10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAB 6 : tERAS 3

mENINGKAtKAN KEBERKESANAN ORGANISASI

Pada tahun 2009, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah dipisahkan dan ditubuhkan

sebagai dua jabatan berasingan iaitu Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej

Komuniti (JPKK). Sebagai sebuah jabatan baharu, JPKK memikul pelbagai fungsi dan mendepani cabaran

dalam membina sebuah organisasi pembelajaran (learning organisation).

Struktur organisasi JPKK pada ketika ini sedang disusun semula agar jabatan dan kolej komuniti boleh

berfungsi dengan lebih berkesan. Penambahbaikan struktur organisasi di JPKK dan kolej komuniti

diperlukan untuk meningkatkan keresponsifan dan keberkesanan organisasi secara keseluruhan.

Cadangan perubahan struktur dan perubahan perjawatan telah dibentangkan kepada Yang Berhormat

Menteri Pengajian Tinggi pada bulan Februari 2012. Lanjutan itu cadangan tersebut dizahirkan dalam

perancangan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015.

Empat strategi dikenal pasti bagi mencapai teras ini, iaitu:

• Penjajaran semula fungsi dan struktur JPKK dan kolej komuniti;

• Pelaksanaan penarafan kolej komuniti;

• Pemantapan penyampaian latihan dalam bidang tujahan; dan

• Peningkatan imej.

Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015 51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!