27.08.2018 Views

AKNC 27 Ogos 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Di samping itu, sumber kewangan dan ganjaran akan diberikan kepada staf yang menjalankan

tugas demi kepentingan FSR seperti pembayaran elaun yang selayaknya kepada staf yang

berkhidmat di luar kawasan, surat penghargaan juga diberikan kepada staf yang menjalankan

tugas rasmi dan juga tugas kemasyarakatan yang memerlukan kepakaran staf FSR seperti

jaringan almuni, komuniti dan sukarelawan. Beberapa pensyarah telah terlibat secara

langsung dalam bidang alumni, komuniti dan sukarelawan telah diberi pengiktirafan dan

penghargaan bagi bidang masing-masing di dalam serta di luar negara.

Fakulti juga menjalinkan MOU kerjasama dengan beberapa

universiti luar negara yang membolehkan para pensyarah

berkongsi ilmu dengan para pelajar dari Universiti tersebut.

Pada 13-17 November 2017, Dr. Raja Mohammed Firhad

Raja Azidin dan Datin Dr. Sarimah Ismail telah dijemput

memberi syarahan di Faculty of Physical Education and

Physiotherapy, Opole University of Technology Poland.

Rajah SM. 8: Perkongsian Ilmu Di Peringkat Antarabangsa

Selain itu, Fakulti juga menggalakkan semua staf membentang kertas kerja di mana-mana

konferensi di dalam atau di luar negara bagi bertujuan memperkenalkan program FSR. Bertindak

sebagai pembentang kertas kerja di pelbagai konferen dengan penghasilan inovasi dan kreativiti

yang mantap ataupun sebagai penceramah dalam berkongsi ilmu sains sukan dan rekreasi yang

memberi kesedaran dan makluman kepada setiap komuniti yang terdiri dari pelbagai lapisan

masyarakat. Pada 5-7 December 2017, Fakulti telah berjaya mengadakan International

Conference on Movement, Health and Excercise di Johor Bahru dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan Tinggi Malaysia. Ianya telah menghimpunkan para saintis tempatan dan

antarabangsa untuk berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang perubatan sukan dan sains sukan. Ia

juga memberi peluang masyarakat di Johor Bahru khususnya untuk lebih mendalami ilmu

tersebut. Beberapa pensyarah telah dijemput untuk memberi ceramah dan juga membentang

kertas kerja.

40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!