27.08.2018 Views

AKNC 27 Ogos 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hasil dari peruntukan universiti yang diberikan kepada pihak fakulti untuk projek-projek

pembangunan pelajar, terdapat peningkatan di dalam pencapaian pelajar dari segi akademik,

kemasyarakatan, meningkatkan nilai-nilai murni, meningkatkan aktiviti sukarelawan di

kalangan pelajar dapat membentuk sahsiah pelajar yang lebih baik. Selain daripada itu,

program ini berupaya merapatkan hubungan antara pihak FSR dengan pihak industri bagi

membantu kebolehpasaran pelajar. Peranan FSR dalam usaha untuk meningkatkan

kerjasama bersama alumni, komuniti, dan sukarelawan dilihat berupaya untuk

meningkatkan nilai komersial dalam kemajuan modal insan para pelajar dan warga FSR Shah

Alam. Oleh itu, bagi meneruskan kelangsungan agenda kecemerlangannya menjelang tahun

2020, FSR Shah Alam akan terus berusaha untuk meletakkan fakulti secara realistik dan

mampan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kewangan secara menyeluruh.

7.5(c) Penjanaan pendapatan

Di dalam usaha menyahut saranan UiTM untuk meningkatkan pendapatan, FSR telah

menjana pendapatan melalui bidang tumpuan. Hasil daripada usaha ini, FSR telah berjaya

menjana pendapatan sendiri melalui perkhidmatan pusat latihan gim selain dari sumbangan

dan peruntukan UiTM. Hasil dari pendapatan ini telah disalurkan kepada tabung aktiviti

pelajar untuk meningkatkan dan memperkukuhkan keupayaan untuk memperkayakan aktiviti

pelajar. Jumlah sebenar pendapatan 2017 adalah melebihi dari tahun 2016. Terdapat

beberapa bayaran yang masih belum diselesaikan oleh pihak tertentu. Namun keutamaan

bukanlah mencari keuntungan kerana bidang tumpuan alumni, komuniti, dan sukarelawan

adalah tanggungjawab sosial yang harus dilaksanakan.

TAHUN

JUMLAH PENDAPATAN

2016 RM 12,130.00

2017 RM 8,768.28

Rajah H.4: Penjanaan Pendapatan

59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!