04.04.2019 Views

Mama Si Manja V12

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

CORETAN PENGARANG

Diterbit oleh:

Persediaan menjadi ibu bapa hebat

To the world you may be one person; but to one person you

may be the world. –Dr. Seuss, Penulis dan Kartunis

Kehadiran zuriat menjadi penyeri kebahagiaan kepada

sesebuah perkahwinan. Tatkala anda disahkan hamil, di situ

akan timbulnya rasa tanggungjawab untuk anda memelihara

kandungan dengan baik. Belum pun si manja lahir, bermacammacam

agenda yang anda rancangkan untuk permata yang

bakal lahir nanti.

Paling penting, anda dan pasangan perlu melengkapkan diri

dengan pengetahuan tentang alam keibubapaan. Menjadi ibu

bapa bermakna anda perlu menggalas tanggungjawab sebagai

ibu, bapa, penjaga, rakan dan guru kepada si manja anda.

Sebelum bayi lahir lagi, ibu bapa perlu mempelajari kaedah dan

stail mendidik anak untuk menjadi penjaga yang terbaik buat

si manja. Kaedah mendidik anak pada hari ini tidak banyak

berbeza dengan didikan yang diterapkan oleh nenek-moyang

kita dahulu. Namun, didikan pada zaman moden ini tentunya

lebih mencabar. Justeru itu, ibu bapa hari ini perlu bersedia

untuk berdepan dengan tanggungjawab mendidik anak-anak

masa kini.

Buku panduan ini disediakan untuk membantu anda

memberikan yang terbaik buat si manja anda bermula dari awal

anda mengandung. Helaian demi helaian di dalam buku ini

menyediakan informasi bermanfaat yang dapat anda gunakan

untuk membesarkan bayi anda. Dengan adanya buku ini kami

harap anda dapat lebih memahami tentang penjagaan diri dan

bayi, serta memahami tentang pemakanan terbaik untuk bayi,

cara mendapatkan rambut dan kulit yang sihat serta penjagaan

oral bayi tanpa rasa tertekan menempuhi alam keibubapaan.

Semoga perjalanan anda sebagai ibu dan bapa baru dapat

diharungi dengan keriangan dan kebahagian. Sehingga

bertemu lagi!

Pengarang

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas, 50480

Kuala Lumpur, Malaysia.

T: +603-6203 2522

F: +603-6203 4522

E: info@acepremier.com

www.AcePremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk tidak

menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai

ganti kepada konsultasi dan penjagaan kesihatan

profesional. Walaupun kajian dan semakan telah

dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat yang

terdapat di dalam buku ini, namun pihak penerbitan,

pengarang, penasihat dan agen tidak dengan

mana-mana cara bertanggungjawab di atas sebarang

kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya,

atau sebarang akibat yang disebabkan olehnya.

Rangkuman atau pengecualian terhadap mana-mana

produk juga tidak bermakna pihak penerbitan

menyokong atau menolak penggunaannya sama ada

secara keseluruhan atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada

persetujuan pihak penyunting dan tidak terpengaruh

kepada kandungan editorial atau penyampaiannya.

Pihak penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Mama Si Manja diterbitkan 2 kali setahun

oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522

untuk urusan perniagaan dan usahasama

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2018 AcePremier.com Sdn Bhd

Advertorial

Ada Apa Dengan

Berpantang?

Ada beberapa amalan nenek moyang

kita yang dianggap ketinggalan zaman.

Namun, situasinya berbeza jika melibatkan

berpantang selepas bersalin. Berpantang

adalah amalan yang masih diikuti oleh ibu

baru zaman kini. Persoalannya, apakah

amalan berpantang yang masih diamalkan

sehingga hari ini?

1. Pemakanan

Menyentuh soal berpantang, perkara utama

yang terlintas di fikiran ibu adalah menu

berpantang yang membosankan. Ibu lepas

bersalin tidak boleh mengambil sebarangan

makanan seperti makanan berangin, sejuk

dan berais. Selepas bersalin, semua ibu perlu

makan makanan yang seimbang supaya

mereka dapat jadi sihat dan aktif serta boleh

menjaga bayi mereka.

2. Urutan tradisional

Pada minggu-minggu terawal selepas

bersalin, ibu akan diberikan urutan

tradisional khas, bagi mengembalikan

tenaga dan menyegarkan tubuh ibu selepas

melalui proses kelahiran yang memenatkan.

Selain urutan, ibu juga akan mengikuti

amalan tradisional seperti bertangas, pilis

dan param.

3. Sokongan dan bantuan

Kebanyakan wanita lepas bersalin terpaksa

meminta bantuan ibu atau ibu mertua

untuk menjaga mereka semasa tempoh

berpantang. Walau bagaimanapun, ibuibu

zaman kini mempunyai pilihan lain

dalam mendapatkan bantuan penjagaan

selepas bersalin. Antaranya adalah dengan

mengunjungi pusat berpantang bagi

mendapatkan penjagaan terbaik buat

diri mereka dan bayi. LYC Mother & Child

Centre merupakan pusat jagaan untuk ibu

lepas bersalin yang menawarkan kesemua

amalan berpantang seperti yang dinyatakan

sebelum ini.

LYC Mother & Child Centre-

Pusat berpantang mewah

idaman setiap ibu

Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk

mencari menu-menu berpantang di

internet, mencari tukang urut bersalin

ataupun menyusahkan ibu anda untuk

menjaga anda selepas bersalin. Di LYC

Mother & Child Centre, anda akan dilayan

seperti permaisuri serta bayi anda juga akan

dijaga rapi umpama menatang minyak

yang penuh.

Advertorial

Di sini, anda akan ditempatkan di

bilik mewah yang dilengkapi dengan

kemudahan bertaraf hotel lima bintang,

bersesuaian dengan tujuan utama amalan

berpantang iaitu untuk memastikan ibu

mendapat rehat secukupnya bagi membina

semula tenaga selepas proses kelahiran.

Anda juga tidak perlu risau tentang bayi

kerana di sini, ibu dan bayi dijaga oleh

jururawat yang berpengalaman dan

berkelayakan dalam bidang perubatan. Pusat

berpantang yang terletak di Taman Tun Dr.

Ismail ini juga menyediakan klinik untuk ibu

dan bayi berjumpa dengan doktor setiap

minggu untuk pemeriksaan berkala.

Selain itu, ibu juga akan diberikan

menu berpantang yang berkhasiat dan

menyelerakan, lima kali sehari oleh chef

terlatih. Bagi mengembalikan kesegaran

tubuh ibu, LYC Mother & Child Centre juga

menyediakan pakej khas untuk ibu selepas

bersalin seperti urutan tradisional Melayu

dan bertangas, menggunakan jenama

produk terkenal, Tanamera.

Ibu belajar menyesuaikan diri

Tidak hanya membantu ibu menjaga

bayi, di LYC Mother & Child Centre juga,

anda akan diajar tentang cara penyusuan

susu ibu oleh pakar laktasi bertauliah.

Konsultasi penyusuan akan diberikan

bagi membantu ibu menangani cabaran

sepanjang penyusuan.

Satu-satunya pusat berpantang yang

mendapat lesen daripada DBKL ini turut

menawarkan penjagaan eksklusif dan

sokongan psikologi buat para ibu, yang

bertujuan untuk mempersiapkan anda

untuk menguruskan diri sendiri dan bayi

selepas habis tempoh berpantang. Jadi, apa

tunggu lagi! Kunjungi LYC Mother & Child

Centre hari ini untuk merasai pengalaman

berpantang mewah idaman setiap ibu.

Kemudahan yang disediakan:

• Tiga jenis bilik (Deluxe, Premier & VIP)

• Katil saiz Queen & King

• Penghawa dingin

• Televisyen pintar LED 54”

• Saluran Astro & Netflix

• Bilik air persendirian dengan

butang kecemasan

• Tandas automatik

• Toiletries

• Lampu pengesan auto

• Meja makan

• Katil sofa

• WiFi tanpa had

• Peti simpanan elektronik

• Pemain bluetooth

• Peti sejuk mini

• Cerek elektrik

• Ketuhar gelombang mikro

• Mesin pembuat kopi (bilik VIP)

• Kerusi urut (bilik VIP)

• Sky courtyard (bilik VIP)

• Dobi

• Sistem pemantauan bayi 24 jam

• Kamera litar tertutup

Maklumat lanjut tentang LYC Mother & Child Centre boleh didapati di:

Email: enquiry@lychealth.com | Telefon: +6012 627 7335 +603 7733 9222 | Website: www.lychealth.com

Facebook & Instagram: @LYCMotherChild

ISI KANDUNGAN 2018 Vol. 12

KESUBURAN &

KONSEPSI

10 Bersediakah Anda

Untuk Mengandung?

Persediaan Yang Perlu Dibuat Jika

Ingin Hamil

59 Susu & Kesihatan

Bakal Ibu

Minuman Wajib Ambil Setiap Hari

62 Masalah Bahagian Intim

Cegah & Rawat Masalah

Jangkitan Faraj

16 Mengapa Perlu Tahu Bila

Waktu Subur

Kenali Waktu Subur Untuk

Tingkatkan Peluang

23 Pilihan Rawatan Kehamilan

Panduan Untuk Yang Ada

Masalah Kesuburan

27

KALENDAR

KEHAMILAN

Kalendar 40 Minggu

Perkembangan Bayi

Dari Minggu 1-40

65 Bolehkah Bersenam Semasa Hamil

Apa Yang Boleh, Apa Yang Tak Boleh?

70 Do’s & Don’ts Bakal

Ibu Berkerjaya

Teruskan Bekerja, Mama, Tapi...

74 Mulakan Dari Awal

Jangan Biarkan Cela Kulit

Bermaharajalela

77 Hamil Tapi Masih Stailo

Tips Mak Buyung Bergaya

80 Mengiring, Duduk, Mencangkung?

Pilih Posisi Kelahiran Anda

KEHAMILAN

& KELAHIRAN

52 Positif @ Negatif

Petanda Awal Anda Hamil

84

SENARAI BARANG

KEPERLUAN IBU

DAN BAYI

55 Kepentingan Mengambil

Vitamin Pranatal

Sayangi Diri Anda & Bayi

ISI KANDUNGAN 2018 Vol. 12

PENJAGAAN

SELEPAS BERSALIN

90 Pilihan Makanan

Semasa Berpantang

Kembalikan Tenaga Dengan

Makanan Berkhasiat

93 Saya Boleh!

Usaha Mengembalikan Bentuk

Badan Seperti Asal

98 Memilih Pam Susu

Manual Atau Elektrik, Tunggal

Atau Berkembar

PENJAGAAN BAYI

101 Susu Ibu Tiada Tandingannya

Mengapa Perlu Beri Bayi Susu Ibu

105 Jaga Tunggul Tali Pusat Bayi

Menjaga Tunggul Hingga Tertanggal

108 Teknik Perah Dan Simpan Susu

Panduan Untuk Ibu Berkerjaya

112 Bedung: Boleh @ Tidak?

Relevankah Amalan Bedung Kini?

117 Perkuatkan Imun Tubuh

Si Manja

Ketahui Vaksinasi Wajib & Pilihan

122 Lampin Mana Jadi Pilihan?

Lampin Pakai Semula Vs Lampin

Pakai Buang

127 Selamatkah Penggunaan

Anduh Bayi?

Panduan Guna Anduh Bayi

129 Bermain Buih Bersama

Si Manja

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

132 Alahan Bayi

Simptom, Punca, Rawatan & Tips

136 Pastikan Kebersihan

Mulut Bayi

Mulakan Penjagaan Sejak Awal

139 Tangani Ekzema

Legakan Ekzema Bayi Dengan

12 Tips Ini!

142 Sediakan Makanan Bayi Sendiri

Makanan Homemade Sihat

Dan Mudah

151 Nutrisi Untuk Si Manja

Vitamin Dan Mineral Penting

Untuk Tumbesaran

156 Menyediakan Bilik Si Manja

Barang Yang Perlu Ada Dalam

Bilik Bayi

PERKEMBANGAN

BAYI

172

PANDUAN

PERKEMBANGAN

BAYI 0-36 BULAN

162 Bermain Rangsang

Perkembangan Bayi

Si Manja Belajar Dan Membesar

Dengan Bermain

169 Selangkah Ke Hadapan

Anak Lebih ‘Maju’ Jika Ke

Pusat Pengayaan

190 Muzik & Kanak-Kanak

Dedahkan Anak Kepada Muzik

Advertorial

millionair

Membawa Ibu Layari

Alam Kehamilan

yang Sihat

Ramai yang menganggap bahawa

simptom kelesuan, pening kepala dan

tidak bermaya adalah gejala lazim yang

sering dialami oleh ibu hamil. Namun,

mereka tidak sedar bahawa gejala-gejala

yang ditunjukkan ini juga menunjukkan

bahawa tubuh badan wanita hamil

berasid. Bagaimana hal ini terjadi?

BAHAYA RADIASI PENGIONAN

KEPADA IBU HAMIL & BAYI

Tubuh badan yang berasid boleh berpunca

daripada radiasi pengionan. Radiasi

pengionan ini tersebar di udara melalui

banyak sumber di sekeliling kita, antaranya

adalah daripada peranti elektronik

seperti modem wayarles, telefon pintar

dan komputer. Radiasi ini tidak boleh

dilihat dengan mata kasar. Akan tetapi,

radiasi pengionan telah terbukti boleh

mendatangkan bahaya kepada kesihatan

manusia, lebih-lebih lagi kepada wanita

hamil dan bayi dalam kandungan.

Pendedahan yang berterusan kepada

peranti digital dalam jangka masa panjang

boleh merosakkan sistem peredaran tubuh

ibu, di samping melemahkan imun tubuh,

fungsi reproduktif dan metabolik badan

serta memudaratkan perkembangan fetus

sehingga meningkatkan risiko keguguran!

Kajian menunjukkan bahawa bayi

menyerap 60% lebih radiasi berbanding

orang dewasa kerana tulang mereka adalah

lebih nipis dan tubuh mereka mengandungi

kandungan air yang tinggi. Oleh itu, jika

anda sudah bersalin, ibu dan bayi masih

terdedah kepada bahaya radiasi pengionan

di mana pendedahan yang berpanjangan

kepada udara yang tercemar dalam

bangunan akan menghalang anda daripada

menghirup udara segar. Ini bukan sahaja

boleh membahayakan kesihatan ibu, malah

juga bayi baru lahir.

APAKAH CARA PENYELESAIANNYA?

Perhatikan berapa banyak bilangan peranti

digital yang ada di rumah anda? Dengan

mengurangkan penggunaan dan

menjauhkan peranti daripada ibu serta

bayi sahaja tidak mencukupi! Cara terbaik

untuk mengatasi masalah ini adalah

dengan menggunakan millionair.

Ingat udara bersih,

ingat millionair!

millionair adalah pembersih dan penulen

udara yang memelihara dan menyuburkan

kulit, menyingkirkan mikroorganisma,

bakteria, kulapok dan meneutralkan dan

membersih radiasi pengionan yang ada

di udara kita bernafas. Melalui formula

berpaten, Air Vitamin ® yang diperakui

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,

millionair merupakan peranti perubatan

yang dapat membantu meningkatkan

sistem imun, menggalakkan kitaran darah,

menyeimbangkan tahap pH tubuh serta

dapat meningkatkan kualiti tidur wanita

hamil. Oleh itu, lindungi diri, bayi dan ahli

keluarga dengan meletakkan millionair di

rumah anda!

Spesifikasi:

• Luas liputan disarankan 300 kaki persegi

• DC 12V

• Disokong Voltan Global

• AC 100 - 240V

Hubungi +6017 436 8091 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan serta layari

millionair.com.my untuk maklumat lanjut.

KESUBURAN & KONSEPSI

Sudahkah Anda

Bersedia?

Sebelum merancang untuk hamil, anda haruslah melakukan

perubahan gaya hidup. Hal ini adalah kerana, anda akan mengalami

pelbagai perubahan fizikal dan mental sepanjang 40 minggu tempoh

kehamilan. Ketahui beberapa perkara penting dalam mengharungi

saat-saat bergelar seorang ibu.

10 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

Risikorisiko

yang

berkaitan dengan

merokok termasuklah

ketidaksuburan, kelahiran

bayi pramatang

dan kanser.

Hindari daripada merokok

Tahukah anda bahan-bahan toksik yang

disedut daripada rokok boleh merosakkan

sistem kesuburan dan reproduksi seseorang

tanpa disedari? Hal ini kerana asap rokok

sangat berbahaya dan boleh menyebabkan

pelbagai penyakit di samping

meningkatkan risiko penyakit paru-paru

dan juga kemandulan. Risiko-risiko yang

berkaitan dengan merokok termasuklah

ketidaksuburan, kelahiran bayi pramatang

dan kanser. Oleh itu, cegahlah sebelum

terjadi. Usahlah merokok!

boleh membahayakan kandungan anda.

Wanita yang ingin hamil mahupun

sedang hamil dinasihati untuk menjauhi

minuman berkafein kerana ia boleh

meningkatkan risiko keguguran serta

kelahiran bayi dengan kekurangan berat

badan. Antara makanan mengandungi

kafein termasuk kopi, teh, coklat,

serta beberapa jenis ubat-ubatan yang

melegakan kesakitan.

Elakkan minuman berkafein

Kafein adalah bahan semula jadi yang

dikeluarkan pada bahagian daun dan biji

sesetengah tumbuhan. Ia juga dihasilkan

secara tiruan yang ditambah pada

jenis makanan tertentu. Pengambilan

kafein semasa mengandung hendaklah

dihadkan kerana kafein yang berlebihan

Mama & Si Manja Vol. 12

11

KESUBURAN & KONSEPSI

Berat Badan Ideal

Wanita

yang

mengalami

kenaikan berat

badan yang

keterlaluan

ketika

hamil berisiko

melahirkan bayi besar

dan masalah obesiti

selepas melahirkan anak.

Wanita yang mengalami

kekurangan berat badan

pula berisiko melahirkan

bayi yang mengalami

masalah kekurangan

berat badan atau bayi

pramatang. Purata penambahan berat

badan semasa hamil adalah lebih kurang

13kg. Amalkan tabiat pemakanan yang

sihat dan lakukan senaman seperti

berjalan, berenang atau yoga untuk

menjaga berat badan semasa hamil.

Jaga Kesihatan Badan

Wanita hamil perlu sentiasa peka

terhadap kesihatan badan mereka.

Adalah digalakkan untuk mendapatkan

pemeriksaan pranatal setiap bulan

atau seperti disyorkan oleh doktor

ketika hamil, termasuk melakukan

imbasan ultrasound bagi mengetahui

perkembangan pertumbuhan janin. Ini

bagi memastikan supaya ibu dan janin

berada dalam keadaan selamat.

Pastikan anda menjaga pemakanan

dan mengamalkan gaya hidup yang

sihat. Sebaik sahaja anda disahkan

12 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

mengandung, titikberatkan kesihatan

dan keselamatan serta elakkan

daripada melakukan aktiviti yang boleh

mendatangkan kemudaratan.

Pengambilan Asid Folik

Asid folik amat penting untuk

wanita terutamanya pada awal

kehamilan. Malah pengambilan asid

folik disarankan kepada wanita yang

merancang ingin hamil sekurangkurangnya

enam minggu sebelum hamil.

Asid folik diperlukan untuk menghindar

kecacatan janin yang dipanggil ‘Neural

Tube Defect’. Kajian telah banyak

membuktikan kepentingan asid folik

dalam perkembangan saraf dan otak

bayi semasa dalam kandungan.

Tanggungjawab Bakal Bapa

Memang tidak dapat dinafikan bahawa

bapa merupakan ketua dalam sesebuah

institusi kekeluargaan. Seorang

bapa harus bersedia secara mental

untuk segala kemungkinan dan perlu

sentiasa memberi sokongan kepada

pasangan agar dapat mengurangkan

tekanan yang mungkin dialaminya.

Ini adalah saat terbaik untuk

memanjakan isteri kesayangan yang

sedang mengandungkan zuriat anda!

Luangkanlah masa untuk bersama isteri

anda dan keraplah berkomunikasi antara

satu sama lain.

Mama & Si Manja Vol. 12

13

Advertorial

5 Mitos Tentang

Usaha Untuk Hamil

Kita sering menganggap bahawa kita

sudah cukup tahu tentang cara untuk

hamil; iaitu kehamilan akan terjadi jika

pasangan melakukan persetubuhan.

Namun, sebenarnya, masih banyak

yang anda belum tahu tentang

peluang kehamilan. Dengan

mempercayai mitos dan informasi yang

salah akan mengurangkan peluang

anda untuk segera hamil. Ketahui

beberapa mitos tentang peluang hamil

yang selama ini menjadi kepercayaan

anda dan ketahui kebenarannya.

MITOS 1: Kitaran haid tidak

akan mempengaruhi peluang anda

untuk hamil

Fakta: Jika kitaran haid anda tidak tentu

setiap bulan, agak sukar untuk mengetahui

waktu ovulasi anda. Tempoh kitaran haid

boleh memberi kesan kepada peluang anda

untuk segera hamil.

MITOS 2: Anda tidak akan hamil

jika melakukan hubungan intim

semasa haid

Fakta: Tidak mustahil anda boleh hamil jika

waktu ovulasi anda berlaku sejurus selepas

anda habis haid, terutama bagi mereka yang

mempunyai kitaran haid yang pendek. Ini

kerana jangka hayat sperma dalam tubuh

wanita adalah maksimum 5 hari.

MITOS 3: Peluang anda untuk

hamil tinggi pada hari ke-14

kitaran haid anda

Fakta: Tidak semestinya. Ia bergantung

kepada panjang kitaran anda dan bila waktu

ovulasi anda. Waktu paling subur anda adalah

Advertorial

pada hari ovulasi dan sehari sebelum

hari ovulasi (selalunya pada hari ke

12-16 SEBELUM tarikh pertama haid

anda yang akan datang). Katakan

jika anda mempunyai kitaran yang

pendek iaitu 20 hari, maka anda

akan paling subur sebelum hari

ke-14 kitaran haid. Begitu juga jika

kitaran haid anda panjang, contoh

35 hari, maka hari paling subur anda

adalah sekitar hari ke-20 kitaran

haid. Namun, jika anda mempunyai

kitaran haid tetap iaitu 28 hari setiap

bulan, jadi mungkin hari paling

subur anda adalah pada hari ke-14.

Namun, ingatlah bahawa panjang

kitaran bagi setiap pusingan dan

wanita tidak selalunya tetap. Dan,

jangan lupa bahawa sperma boleh

bertahan selama beberapa hari dalam

tubuh wanita. Oleh itu, jika anda

melakukan hubungan intim beberapa

hari sebelum hari ovulasi, anda masih

boleh hamil.

MITOS 4: Anda hanya

boleh hamil pada dua hari

DI SETIAP KITARAN

Fakta: Ini tidak benar. Jendela

subur anda adalah selama 6 hari.

Anda akan paling subur pada hari

ovulasi anda dan hari sebelumnya.

Walau bagaimanapun, disebabkan

sperma mampu bertahan sehingga

lima hari, jadi, jika anda melakukan

hubungan intim sepanjang tempoh

jendela kesuburan atau sehari

sebelumnya, peluang anda untuk

hamil masih ada.

Tidak kiralah jika anda sedang merancang untuk

hamil ataupun tidak, pengetahuan tentang

waktu subur adalah penting bagi meningkatkan

atau mengelakkan peluang kehamilan. Clearblue

Digital Ovulation Test membantu anda untuk

mengenal pasti dua hari paling subur dalam

kitaran haid anda dengan ketepatan sehingga

99% untuk mengesan kehadiran lonjakan LH

dalam ujian air kencing. Kit ini menunjukkan

keputusan yang jelas dalam bentuk digital

seperti di bawah:

Jika kit ujian kesuburan

menunjukkan tanda ini,

bermakna tiada lonjakan LH

pada air kencing anda.

Jika kit ujian kesuburan

menunjukkan tanda ini, bermaksud

lonjakan LH positif dikesan pada

air kencing anda. Jadi, manfaatkan

tempoh ini untuk meningkatkan peluang

kehamilan anda.

MITOS 5: Anda perlu menunggu selama

beberapa hari selepas tarikh haid anda

sebelum melakukan ujian kehamilan

Fakta: Tidak semestinya. Jika anda menggunakan

Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception

Indicator, anda tidak perlu menunggu sehingga

datangnya hari pertama haid anda untuk melakukan

ujian. Anda boleh melakukan ujian ini lebih awal, iaitu

seawal empat hari sebelum kedatangan haid anda.

Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception

Indicator adalah cukup sensitif untuk mengesan

hormon kehamilan, hCG dalam air kencing anda.

Malah, anda juga boleh mengetahui usia kehamilan

dengan menggunakan kit ini. Inilah kit kehamilan

yang memberi anda keputusan jelas dan tepat!

Sila hubungi ahli farmasi anda atau bercakap dengan pakar kesihatan profesional untuk mengetahui

pilihan terbaik bagi meningkatkan peluang kehamilan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai

Clearblue, sila hubungi talian khidmat nasihat di 03-61516629 atau email ke info@germax.com.my.

KESUBURAN & KONSEPSI

Pengetahuan Tentang

Waktu Subur

Sesetengah wanita menganggap kehamilan boleh berlaku pada

bila-bila masa sahaja dan menyerahkannya kepada rezeki. Walau

bagaimanapun, apabila sudah menghampiri tempoh setahun

perkahwinan dan masih tidak hamil (terutamanya bagi wanita yang

tidak pernah merancang keluarga), barulah mereka mula tertanyatanya

mengapa sukar untuk hamil.

16 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

FAHAMI KITARAN HAID ANDA

Setiap wanita yang normal mengalami

kitaran haid setiap bulan, iaitu tempoh

purata kitaran selama 28 hari sehingga

30 hari. Walau bagaimanapun, ada juga

keadaan di mana kitaran haidnya hanya

25 hari dan ada juga yang melebihi

35 hari.

Apakah itu hari subur (fertile

window)?

Hari subur ialah hari-hari tertentu yang

boleh meninggikan kadar kehamilan

selepas melakukan hubungan intim.

Kehamilan akan terjadi apabila sperma

dan ovum disenyawakan semasa ovulasi.

Apakah kitaran haid yang

normal?

Kitaran haid normal ialah 28 hari.

Bagi mereka yang mempunyai kitaran

haid tidak teratur, agak sukar untuk

menentukan waktu suburnya. Mereka

ini disarankan supaya berjumpa

dengan pakar bagi mencari solusi bagi

menstabilkan kitaran haid.

Seseorang wanita yang mengalami

kitaran haid tidak teratur, tidak

bermakna ovum matangnya tidak

dilepaskan. Ada juga kes yang

menunjukkan bahawa wanita yang

mengalami kitaran haid teratur tidak

menghasilkan ovum.

Bilakah hari subur saya?

Bagi kitaran haid tetap, hari subur

meliputi enam hari, iaitu lima hari

sebelum ovulasi dan sehari selepas

ovulasi, iaitu hari ke-10 hingga hari

ke-15. Namun begitu, waktu ovulasi

untuk kitaran haid yang normal ialah

pada hari ke-14 atau ke-15 dari hari

pertama anda mengalami pendarahan

haid. Ovulasi ialah hari di mana telur

(ovum) yang matang dilepaskan dari

ovari dan akan bergerak ke tiub falopio

untuk disenyawakan.

Mama & Si Manja Vol. 12

17

KESUBURAN & KONSEPSI

FAHAMI FASA KITARAN

HAID ANDA

Hari 1-4

Fasa menstruasi (pengeluaran haid)

berlaku ketika ini. Hari pertama

keluar haid adalah penting untuk

anda tandakan pada kalendar supaya

memudahkan anda untuk merancang

kehamilan. Tandakan juga tarikh anda

habis haid. Sekiranya anda sedang

merancang untuk hamil, tandakan waktu

haid anda sekurang-kurangnya tiga atau

enam bulan sebelum itu.

Hari 5-13

Fasa ini dikenali sebagai fasa follicular.

Semasa fasa ini, hormon estrogen

anda akan meningkat dan darah akan

berkumpul di dinding rahim dan menebal

menunjukkan persediaan untuk hamil.

Sementara itu, di kawasan ovari pula,

ovum menjadi semakin matang.

Hari 14

Ketika inilah waktu ovulasi terjadi,

iaitu proses ovum dilepaskan dari ovari

disebabkan oleh peningkatan hormon

yang dipanggil Luteinizing Hormone.

Ovum akan bergerak ke tiub falopio

untuk disenyawakan dengan sperma.

Tetapi jika ovum tidak disenyawakan,

sperma akan mati dan hilang.

Hari 15-28

Fasa ini dipanggil fasa luteal atau fasa

secretory. Selepas ovum dilepaskan dari

ovari, hormon progesteron dirembes

keluar dan menyebabkan dinding

rahim menebal. Jika persenyawaan

tidak berlaku semasa ovulasi, hormon

progesteron semakin berkurangan dan

badan bersedia untuk mengeluarkan

darah haid pada bulan berikutnya.

HARI YANG TERBAIK

UNTUK MELAKUKAN

HUBUNGAN INTIM

Seorang wanita hanya mempunyai satu

telur (ovum) sahaja pada setiap kitaran

haid. Jangka hayat ovum selepas ia

dilepaskan dari ovari hanya sehari hingga

dua hari sahaja. Sementara jangka hayat

sperma pula adalah antara tiga hingga

lima hari.

Apabila suami bersama isteri pada hari

ketiga sebelum ovulasi atau dua hari

selepas ovulasi, maka berkemungkinan

peluang isteri itu untuk hamil adalah tinggi.

Bagi wanita yang mengalami kitaran

haid teratur, anda disarankan bersama

dengan suami antara hari ke- 11 dan

hari ke-16 bagi meninggikan peluang

anda untuk hamil. Namun, bagi yang

sedang merancang keluarga, hindari

persetubuhan pada hari tersebut).

18 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI HARI SUBUR?

Tanda kalendar

Bagi wanita yang mengalami kitaran haid normal mungkin tiada masalah untuk

mengetahui hari subur mereka kerana hari subur jatuh pada hari ke-14 atau hari ke-15

pada setiap kitaran haid.

Namun begitu, bagi mereka yang mengalami kitaran haid selain 28 hari, ketahui cara

pengiraan untuk hari ovulasi dan hari subur anda.

Kitaran Haid yang teratur (setiap bulan kitaran haidnya sama)

= Tolakkan 14 daripada kitaran haid anda.

Contoh:

Kitaran haid Hari ovulasi Hari subur

28 hari Hari ke-14 haid hari ke-9,10,11,12,13,14 dan 15

29 hari Hari ke-15 haid hari ke-10,11,12,13,14,15 dan 16

30 hari Hari ke-16 haid hari ke-11,12,13,14,15,16 dan 17

31 hari Hari ke-17 haid hari ke-12,13,14,15,16,17 dan 18

Berlainan pula kiraannya bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur.

Anda boleh mengagak waktu subur anda dengan menandakan pada kalendar.

= Sediakan kalendar peribadi untuk mencatatkan data haid anda sekurang-kurangnya

enam bulan sebelum merancang ingin hamil. Tandakan hari pertama darah haid anda

keluar sebagai hari pertama kitaran haid bulan itu.

= Pilih kitaran haid yang paling panjang dan yang paling pendek.

= Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek (akan menjadi hari pertama

kesuburan anda)

= Tolakkan 11 daripada kitaran haid yang terpanjang (akan menjadi hari terakhir

kesuburan anda)

Contoh:

Januari 30 hari

Februari 32 hari

Mac 29 hari (kitar haid terpendek)

April 30 hari

Mei 33 hari

Jun 35 hari (kitar haid terpanjang)

Tolakkan 18 dari 29 iaitu hari ke-11 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11

dari 35 iaitu hari ke-24 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur adalah

antara hari ke-11 hingga hari ke-24.

Mama & Si Manja Vol. 12

19

KESUBURAN & KONSEPSI

PERUBAHAN LENDIR SERVIKS

Lendir serviks atau mukus serviks ialah

lendir yang terdapat pada seluar dalam

semasa anda membuang air kecil. Anda

boleh mengetahui waktu subur dengan

melihat perubahan pada lendir. Selepas

haid anda habis, bentuk fizikal dan

jumlah lendir serviks akan turut berubah.

Perubahan ini menandakan peningkatan

tahap hormon estrogen dalam badan

anda, sekali gus menunjukkan anda

semakin menghampiri hari ovulasi.

Sekiranya anda mempunyai kitaran

haid normal 28 hari, tempoh haid anda

kebiasaannya selama enam hari. Pada

hari ketujuh hingga kesembilan, anda

akan mendapati tiada lagi darah malah

tidak terdapat mukus yang banyak

di jari anda. Ketika pengovulan tidak

berlaku, lendir serviks agak melekit

ataupun tiada langsung.

Semasa hari ovulasi/ hari anda paling

subur, lendir serviks akan kelihatan

seperti putih telur yang mentah, licin dan

anjal. Anda boleh merasa serviks anda

dengan menggunakan jari.

Bermula pada hari kesepuluh hingga

kesebelas, anda akan mendapati

kawasan faraj anda melekit dan

terdapat lendir pada seluar dalam

anda. Dari hari ke-12 hingga ke-15

merupakan hari subur anda. Lendir

yang subur akan membantu untuk

mempercepatkan perjalanan sperma

untuk sampai ke uterus. Lendir

mukus ini berfungsi membekalkan

zat dan melindungi sperma apabila

bergerak menuju ke tiub falopio untuk

bersenyawa dengan ovum.

Tingkatkan peluang anda untuk hamil

pada waktu ini dengan melakukan

hubungan intim bersama yang tersayang.

Keinginan seks meningkat

Kajian menunjukkan wanita berkeinginan

untuk melakukan hubungan intim

semasa waktu subur. Lazimnya ia berlaku

beberapa hari sebelum ovulasi atau

proses pengovulan. Ketika ini, wanita

akan rasa dirinya lebih seksi dan berminat

untuk memikat suami. Hal ini kerana

hormon badan anda sedang meningkat.

Ketika inilah waktu paling sesuai untuk

bersama suami.

Kit ujian kesuburan

Ini adalah cara yang paling tepat untuk

mengetahui hari subur anda, tetapi

memakan sedikit modal. Melalui kit

ujian kesuburan, anda dapat mengesan

lonjakan hormon Lh pada air kencing

anda. Anda perlu melakukan ujian air

kencing sehari sekali selama seminggu

sebelum hari jangkaan ovulasi anda.

Waktu yang sesuai menggunakan kit ini

adalah semasa awal petang, iaitu sekitar

2 hingga 2.30 petang. Hal ini adalah

kerana kepekatan kandungan hormon

Lh pada air kencing anda ketika itu amat

tinggi. Kepekatan hormon yang rendah

boleh menyebabkan kesukaran untuk

mengesan hormon Lh.

*Peringatan: Pastikan anda menguji

air kencing pada waktu yang sama

setiap hari. Contohnya jika anda

menguji air kencing hari pertama

pada jam 2.15 petang, maka hari

kedua hingga hari ketujuh juga anda

perlu menguji air kencing pada jam

2.15 petang.

20 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

Posisi serviks berubah

Ketika ovulasi, bukan hanya lendir serviks anda sahaja yag berubah bahkan juga posisi

serviks (pangkal rahim) turut berubah. Pada waktu subur, kedudukan serviks akan

menjadi lembut dan terbuka, sehingga dpat dijangkau dengan jari. Pemeriksaan dapat

dilakukan dengan menyentuh pangkal rahim anda.

Awas! Sebelum melakukan ini anda perlu pastikan jari anda adalah benar-benar bersih.

Anda perlu memasukkan jari hantu anda ke dalam faraj. Sekiranya anda dapat

menjangkau pangkal rahim anda dan permukaan dalam faraj terasa lembut, ia

menunjukkan anda sedang berada pada hari subur anda. Meskipun begitu, jika anda

tidak yakin untuk melakukan kaedah ini, sebaik-baiknya jangan diteruskan.

Payudara lembut

Terdapat segelintir wanita mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Hal ini kerana banyak

hormon yang berkumpul ketika ini sedang melakukan persiapan kebarangkalian

kehamilan terjadi.

Perut lebih besar

Semasa ovulasi, anda mungkin akan mengalami situasi di mana seluar anda lebih

ketat walaupun anda tidak banyak makan atau mengalami peningkatan berat

badan. Hal ini terjadi kerana semasa ovulasi tubuh anda sedang menyimpan air

dalam jumlah yang banyak.

Perubahan suhu badan

Sesetengah wanita mengetahui hari ovulasi mereka melalui perubahan suhu badan yang

berlaku secara semula jadi. Kaedah Basal Body Temperature (BBT) boleh diaplikasikan

dengan mencatat suhu badan asas menggunakan termometer khas. Cara yang betul

dalam mengambil suhu BBT ialah semasa bangun tidur setiap pagi. Suhu badan

seseorang wanita akan meningkat dan kekal tinggi sehingga tempoh pengovulan ekoran

hormon progestron dalam badan.

Mama & Si Manja Vol. 12

21

KESUBURAN & KONSEPSI

PERKARA PENTING YANG

PERLU ANDA AMBIL

PERHATIAN SEMASA

MENGUKUR SUHU BADAN!

1. Mulakan mengambil bacaan selepas

anda haid

2. Letakkan termometer di bawah

lidah anda

3. Ambil suhu pada waktu yang sama

setiap hari

4. Catatkan suhu pada setiap hari dan

beri perhatian pada pertengahan bulan.

(Sebelum ovulasi, suhu badan biasa

selalunya berada pada takat 36.2°C

hingga 36.4°C. Peningkatan BBT akan

berlaku dua hingga tiga hari selepas

ovulasi. Anda akan dapati kenaikan

sekurang-kurangnya 0.25°C, iaitu

36.6°C)

5. Kenaikan suhu badan selama tiga hari

berturut-turut menunjukkan ovulasi

sudah berlaku

Bagi mengetahui mengenai

keberkesanan kaedah ini, anda perlu

mencatat bacaan sekurang-kurangnya

tiga bulan bagi mengetahui tarikh yang

tepat ovulasi anda.

Semoga dapat mengenal pasti waktu

subur anda!

22 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

Pilihan Rawatan Jika

Anda Kurang Subur

Ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk hamil

walaupun telah mengadakan hubungan seks yang tidak terlindung

selama lebih enam bulan jika usia seseorang wanita itu melebihi 35

tahun atau lebih setahun jika usia wanita itu kurang daripada 35

tahun. Secara umumnya, dianggarkan ketidaksuburan berlaku di

antara 10% hingga 15% pasangan. Dengan peningkatan kesedaran

tentang masalah ini, semakin ramai pasangan yang mencari cara

untuk merawatnya. Pelbagai perkembangan perubatan yang berlaku

sejak kebelakangan ini bermakna rawatan ketidaksuburan kini

lebih mudah diperolehi. Jenis rawatan pula bergantung kepada

penyebab ketidaksuburan.

Mama & Si Manja Vol. 12

23

KESUBURAN & KONSEPSI

Sebab dan rawatan

Salah satu sebab utama ketidaksuburan

adalah masalah ovulasi, di mana

terdapat keganjilan di dalam profil

hormon yang bertindak menghalang

ovulasi. Sebab utama keadaan ini adalah

sindrom polisistik ovari. Dalam pada ini,

nasihat utama yang sering diberikan

adalah untuk mengawal berat badan.

Lazimnya, ubat percubaan diberikan

Satu lagi sebab ketidaksuburan adalah

masalah anatomi, termasuklah tiub

falopio yang berpenyakit dan tersumbat

atau masalah uterus yang lain. Jika

satu tiub falopio bermasalah, masih

ada peluang untuk persenyawaan

tetapi agak rendah. Di dalam kes

di mana berlakunya pengumpulan

cecair di dalam tiub, yang dipanggil

hydrosalphinx, tiub yang terjejas perlu

dibedah kerana cecair itu merbahaya

buat embrio. Di dalam kes di mana

kedua-dua tiub falopio tersumbat,

rawatan terbaik adalah persenyawaan

in vitro (IVF). Bagi masalah rahim pula,

ia termasuklah fibroid, polip dan bentuk

rahim yang luar biasa. Masalah-masalah

ini menjadikan dinding rahim tidak

sekata dan menghalang penanaman

embrio, lantas boleh menyebabkan

keguguran. Rawatannya adalah

membedah tisu yang tidak dikehendaki

melalui proses histeroskopi. Di dalam

prosedur ini, skop dimasukkan melalui

serviks dan fibroid atau polip itu akan

dibuang. Jika fibroid itu terlalu besar,

pembedahan yang perlu dilakukan

dinamakan laparoskopi atau laparatomi.

untuk mengawal dan menstabilkan

profil hormon. Pilihan lain adalah

memulakan rangsangan ovari dengan

ubat yang dimakan. Untuk meningkatkan

keberkesanan rangsangan ovari, suntikan

hormon (hormon perangsang folikel)

boleh diberi untuk membantu peluang

kehamilan. Ovulasi juga boleh diinduksi

menerusi suntikan yang dinamakan

Human Chorionic Gonadotrophin

(HCG) selepas sperma yang diproses

disenyawakan ke dalam uterus.

24 Mama & Si Manja Vol. 12

KESUBURAN & KONSEPSI

Ketidaksuburan: Peluang akhir

Jika semua usaha tidak berjaya, anda

boleh mencuba Teknik Reproduktif

Bantuan. Ia merupakan terapi kesuburan

di mana telur dan sperma dimanipulasi.

Ia termasuklah Intrauterine

Insemination (IUI), Persenyawaan

In Vitro (IVF) dan Suntikan Sperma

Intrasitoplasmik atau Intracytoplasmic

Sperm Injection (ICSI). IUI merupakan

kaedah yang tidak terlalu mahal dan

kurang invasif berbanding IVF. Ovari

dirangsang menggunakan ubat yang

dimakan atau suntikan. Apabila ovulasi

dan kematangan berlaku akibat suntikan

HCG, sperma akan dimasukkan ke dalam

rahim. Dengan cara ini, sperma tidak

perlu bergerak terlalu jauh.

Rasional di sebalik teknik ini adalah

meningkatkan ketepuan telur dan

sperma di dalam rahim, lantas

memperbaiki peluang kehamilan.

Kelemahan kaedah ini adalah peratusan

ia berjaya hanyalah 15%. Ia tidak

boleh ditawarkan kepada mereka yang

mempunyai tiub falopio tersumbat atau

bilangan sperma rendah. IUI biasanya

lebih sesuai bagi pesakit-pesakit muda.

IVF pula telah diamalkan sejak tiga

dekad dan berjuta-juta bayi telah

dlahirkan menggunakan teknik ini.

Kaedah ini mempunyai pelbagai langkah

dan protokol. Protokol-protokol ini

termasuklah “Protokol Panjang.”

Ia mempunyai kadar keberkesanan

tertinggi dan banyak. Dalam Protokol

Panjang, langkah pertama dikenali

sebagai “Hormonal down regulation.”

Semasa langkah ini, suntikan diberi

untuk menidurkan hormon reproduktif

wanita. Ini membolehkan pembesaran

telur dikawal oleh hormon eksogenus.

Apabila langkah ini selesai, tahap

hormon akan menjadi rendah dan lapik

rahim akan menjadi tipis. Selepas itu

hormon eksogenus yang turut dikenali

sebagai hormon perangsang folikel akan

diberi melalui suntikan. Suntikan hormon

ini akan merangsang ovari.

Mama & Si Manja Vol. 12

25

KESUBURAN & KONSEPSI

Semasa proses rangsangan, beberapa

imbasan ultrabunyi akan dilakukan

untuk mengikut perkembangan folikel

ovari (telur). Jika bilangan dan saiz

folikel tidak memadai, dos suntikan

akan ditingkatkan. Apabila folikel

mencapai saiz yang dikehendaki, satu lagi

suntikan diberikan untuk merangsang

kematangan. Selepas 36 jam, telur

dikeluarkan di bilik pembedahan setelah

pesakit diberikan ubat pelali. Pesakit

akan boleh pulang ke rumah sejurus

selepas pembedahan. Pada masa yang

sama, si suami pula perlu memberikan

sampel sperma dan persenyawaan akan

dilakukan di makmal. Sekiranya kualiti

sperma lemah, suntikan sperma intra

sistoplasmik (ICSI) boleh digunakan.

Selepas persenyawaan, embrio akan

terbentuk. Embrio ini akan diperiksa

dengan kerap untuk memantau

pertumbuhannya. Untuk dua minggu

akan datang, pesakit tidak boleh

melakukan aktiviti berat. Selepas dua

minggu, sampel darah akan diambil

untuk ujian kehamilan. Keberkesanan

IVF adalah sebanyak 60% dan ia paling

berjaya di kalangan pasangan yang

lebih muda.

Jangan tunggu terlalu lama...

Secara keseluruhannya, dengan

kemajuan teknologi masa kini, peratusan

pasangan yang tidak dapat menimang

cahaya mata semakin berkurangan.

Banyak kajian yang menunjukan bahawa

usia merupakan penentu utama,

kerana usia yang semakin matang

mengurangkan peluang kehamilan.

Untuk mengoptimakan peluang anda,

lakukanlah rawatan seawal yang mungkin.

Dalam prosedur ini, sperma tersihat

akan disuntik ke dalam telur untuk

memudahkan persenyawaan.

26 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

40 MINGGU

Kalendar Kehamilan Peribadi

Jika anda sedang

mencuba untuk hamil

atau baru mengetahui

akan kehamilan anda,

kalendar ini amat

penting untuk anda!

Melalui kalendar

kehamilan ini, anda akan

mengetahui perubahanperubahan

yang

berlaku pada tubuh

anda dan kandungan,

setiap minggu

sehinggalah tarikh

bersalin. Tidak dapat

disangkal lagi akan

ada pengalaman ‘turun

dan naik’ menemani

anda sepanjang tiga

trimester ini. Oleh itu,

persiapkan diri anda

untuk menghadapi

cabaran sepanjang

kehamilan.

Mama & Si Manja Vol. 12

27

kalendAr kehamilan

BILA BAYI ANDA AKAN LAHIR? KIRA TARIKH JANGKAAN

BERSALIN (EDD)

Selepas mendapat tahu anda hamil, sudah tentu anda tertanya-tanya bilakah tarikh

anda akan bersalin. Lazimnya, tempoh kehamilan akan berlangsung selama 40

minggu. Tarikh jangkaan bersalin akan dikira mengikut hari pertama saat anda habis

haid. Bagi wanita yang mempunyai purata kitaran haid sederhana panjang, hari mula

dikira adalah dua minggu sebelum konsepsi. Ini bermakna, lazimnya anda akan mula

mendapat tahu anda hamil semasa usia kandungan anda kira-kira 4 minggu!

Ingatlah bahawa tarikh jangkaan bersalin ini hanyalah anggaran sahaja. Ada bayi yang

mungkin akan dilahirkan awal dan ada juga yang lambat (38 minggu-42 minggu).

Anda hanya perlu bersiap-sedia dan melayari alam kehamilan dengan gembira.

PENJAGAAN PEMAKANAN SEMASA HAMIL

Sudah disahkan hamil bukan bermakna anda perlu selalu mengikut selera anda untuk

makan. Semasa kehamilan, anda masih perlu menjaga makan dengan mendapatkan

pemakanan yang sihat dan seimbang, bukan sahaja untuk diri anda, bahkan juga

untuk bayi dalam kandungan. Makan pelbagai jenis makanan segar dan sentiasa

memastikan diri kekal hidrat adalah kunci untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.

Semasa hamil juga, anda perlu meningkatkan pengambilan kalori, terutama semasa

trimester ketiga di mana anda memerlukan sekurang-kurangnya 200 kalori tambahan

setiap hari. Berikut adalah dua contoh mudah hidangan yang mengandungi 200 kalori.

RESIPI 1

• 1 cawan bijirin

• 230ml susu segar

• 1 biji pisang

• 1 teh atau kopi yang dinyahkafein

RESIPI 2

• 1 biji ubi kentang bakar

(saiz sederhana)

• 2 sudu besar krim masam

• 1 cawan hirisan tembikai

• 350ml air

28 Mama & Si Manja Vol. 12

KEPERLUAN SEMASA HAMIL

Antara perkara yang paling

menggembirakan semasa kehamilan

adalah dapat membeli-belah barang

baru untuk keperluan bakal ibu! Pergilah

sesekali menggembirakan hati dengan

menghadiahkan diri sendiri barangan

mengandung seperti:

kalendAr kehamilan

1. Coli materniti: Semakin bertambah

usia kehamilan anda, payudara anda

juga akan semakin membesar. Jaga

payudara anda semasa hamil dengan

mengenakan coli yang dibuat khusus

untuk materniti. Terdapat banyak

coli materniti berkualiti tinggi yang

dijual di pasaran, malah ada coli yang

mempunyai dua fungsi, untuk materniti

dan juga untuk penyusuan. Jadi,

pilihlah yang terbaik untuk diri anda.

2. Bantal materniti: Anda mungkin

salah seorang yang bertuah jika tubuh

anda tidak mengalami kesakitan

sepanjang tempoh kehamilan. Namun,

jika anda tergolong di kalangan

kebanyakan wanita hamil yang

mengalami sakit-sakit badan semasa

kehamilan, anda amat memerlukan

bantal materniti. Bantal ini direka

khusus untuk menyokong tubuh yang

sedang hamil seperti anda supaya

anda dapat tidur dan rehat dengan

lebih selesa.

3. Seluar dalam materniti: Anda

mungkin sudah terbiasa memakai

seluar dalam yang seksi semasa tidak

hamil. Namun, keadaan tubuh anda

berbeza semasa hamil di mana anda

memerlukan seluar dalam materniti

yang dapat memberi keselesaan

kepada tubuh anda, perut dan

punggung yang semakin membesar.

4. Tali pinggang materniti: Inilah trik

untuk membolehkan ibu hamil seperti

anda memakai skirt atau seluar jeans

kegemaran! Tali pinggang materniti

ini dibuat sebagai penyambung pada

bahagian pinggang anda di mana anda

akan berasa selesa apabila mengenakan

skirt atau seluar semasa kehamilan.

Mama & Si Manja Vol. 12

29

kalendAr kehamilan

5. Rawatan kesan regangan

kulit: Kesan regangan kulit boleh

menimbulkan kerisauan kepada

ibu hamil yang pastinya ingin

mengekalkan kulit yang cantik dan

berseri sepanjang kehamilan. Terdapat

pelbagai cara untuk meminimakan

kemunculan kesan regangan kulit

seperti memastikan tubuh kekal

hidrat dan memakai losen, krim atau

minyak yang dibuat khas untuk kesan

regangan kulit.

6. Suplemen pranatal: Semua ibu

hamil perlu mengambil suplemen

pranatal bagi memenuhi keperluan

nutrisi harian. Agak mencabar

sebenarnya untuk para ibu memenuhi

keperluan nutrisi melalui pemakanan,

jadi suplemen pranatal adalah pilihan

yang bijak. Tanya doktor anda jenama

pilihan suplemen pranatal yang

perlu anda ambil yang mengandungi

kesemua nutrisi penting yang

diperlukan oleh bakal ibu.

7. Pakaian kehamilan: Ini adalah

perkara yang paling anda sukai

sepanjang kehamilan. Siapa

kata wanita hamil tidak boleh

bergaya? Pakaian kehamilan yang

ada di pasaran kini banyak yang

menampilkan pelbagai gaya untuk

wanita hamil. Tentunya ini adalah

hadiah yang paling manis untuk diri

anda sendiri!

5 simptom YANG akan dialami oleh setiap ibu hamil

1. Mabuk hamil: Tanda awal anda mengandung adalah anda akan rasa mual-mual,

pening kepala dan muntah-muntah.

2. Payudara membesar: Bukan sahaja perut anda akan mengalami perubahan,

bahkan payudara anda akan turut membesar. Bersedia untuk membeli coli materniti

apabila sampai waktunya.

3. Ketidakselesaan: Di kala perut anda membesar, anda tidak lagi selesa memakai

pakaian yang selama ini anda sarung. Gunakan seluar dalam materniti bagi

membantu anda selesa sepanjang 40

minggu tempoh kehamilan.

4. Kesan regangan kulit: Semua ibu

hamil akan mengalami kesan regangan

kulit. Walau bagaimanapun, anda

masih boleh mengurangkan kesan

ini dengan menyapu krim atau losen

kesan regangan kulit di beberapa

bahagian tubuh.

5. Sukar tidur: Gunakan bantal materniti

bagi membantu anda tidur lena terutama

semasa perut anda semakin membesar.

30 Mama & Si Manja Vol. 12

Sukar buang air besar

Masalah sukar buang air besar atau sembelit

adalah disebabkan oleh perubahan hormon

ketika hamil yang memperlahankan

pergerakan makanan melalui saluran

penghadaman. Faktor-faktor sembelit ketika

hamil adalah kerana kurang pengambilan

makanan berserat, tekanan, kurang

pergerakan fizikal, dehidrasi, rahim yang

membesar sehingga menghalang pergerakan

najis ke usus dan juga hormon progesteron

yang berlebihan di mana ia menjadikan

pemprosesan makanan lebih perlahan.

Antara cara-cara untuk mengurangkan sembelit

ketika hamil adalah dengan meminum air

secukupnya, melakukan senaman ringan

seperti berjalan, makan makanan yang berserat

tinggi dan juga mengambil ubat khas bagi

melembutkan najis.

PAYUDARA sakit

kalendAr kehamilan

Kegatalan yang dialami di bahagian

payudara merupakan perkara biasa

sewaktu hamil. Masalah ini seringkali

dikaitkan dengan kesakitan, bengkak

dan payudara sensitif. Masalah ini

bermula sekitar minggu ke-4 dan ke-6

kehamilan serta berterusan sepanjang

trimester pertama. Namun, ada juga yang

mengalaminya sepanjang kehamilan.

Masalah payudara sensitif berlaku ketika

hamil kerana perubahan hormon di dalam

tubuh. Memandangkan payudara akan

digunakan dalam penyusuan bayi kelak,

maka ia perlu membesar dan berkembang

sehingga menyebabkan bengkak,

kesakitan dan kegatalan. Apatah lagi,

masalah ini mungkin berlaku akibat

peningkatan hormon kehamilan iaitu

estrogen dan progesteron.

Simptom yang sering dikaitkan dengan masalah payudara ketika hamil adalah puting

mudah sensitif, penambahan saiz coli, payudara memberat, urat yang timbul di sekitar

payudara dan rasa panas serta berdenyut-denyut.

Mama & Si Manja Vol. 12

31

kalendAr kehamilan

01

MINGGU

Persiapkan Diri untuk Kehidupan Nyawa Baharu

Secara teknikalnya, minggu pertama anda masih

belum hamil lagi. Namun, kiraan kehamilan anda

akan bermula pada minggu pertama iaitu sewaktu

tempoh permulaan kitaran baru haid anda. Ya,

anda akan datang haid pada minggu pertama

kehamilan, dan jika anda hamil anda tidak akan

datang haid lagi sehinggalah beberapa minggu

selepas kelahiran bayi anda. Jika anda sedang

merancang untuk hamil, ambil berat akan faktor

pemakanan dan gaya hidup anda kerana ini semua

akan mempengaruhi kesihatan anda dan janin.

Janin belum terbentuk lagi ketika ini, malah proses

persenyawaan juga belum berlaku. Pantanglarang?

Sudah tentu ada! Tinggalkan gejala

merokok, mengambil dadah ataupun minuman

beralkohol jika anda ingin hamil! Oh ye! Mulakan

makan asid folik sekarang!

02

MINGGU

Bagaimana Tubuh Anda?

Sesetengah wanita akan mengalami

ketidakselesaan semasa awal kehamilan kerana

dinding rahim akan menebal ketika ini. Antara

simptom yang akan anda alami ialah sakit pada

bahagian kanan atau kiri perut, yang mungkin

menandakan kedatangan hari ovulasi anda.

Ketika ini, ovum akan memulakan perjalanan dari

tiub falopio ke rahim dan bersiap-sedia untuk

persenyawaan.

Telur yang telah

bersenyawa

akan menempel

pada dinding

uterus. Nikmati

saat intim

anda bersama

pasangan!

32 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

03

MINGGU

Konsepsi Ketika Ini!

Keajaiban konsepsi akan berlaku pada tubuh anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin akan rasa

kesan hormon kehamilan iaitu progesteron dan

estrogen yang mula dihasilkan oleh tubuh anda, di

mana menyebabkan sesetengah wanita mengalami

mabuk kehamilan. Bagi sesetengah wanita pula,

mungkin akan

mengalami tandatanda

lain seperti

senak atau sakit

pada bahagian

bawah abdomen.

Pada peringkat

ini mungkin akan

berlaku sedikit proses

pendarahan setelah

proses implantasi.

04

MINGGU

Adakah Berita Gembira?

Jika anda masih

tertanya-tanya sama

ada anda hamil

ataupun tidak,

mungkin kedatangan

haid boleh jadi penentu

akan kehamilan anda.

Selain itu, anda juga

boleh melakukan ujian kehamilan sekarang, cuma

tidak semestinya ujian kehamilan anda berjaya.

Ini kerana sesetengah ujian kehamilan masih

belum dapat mengesan hormon Human Chorionic

Gonadotropin (HCG) yang terhasil pada tubuh

anda. Jika benar anda hamil, bayi anda kini sedang

menjalani proses pembesaran. Ketika ini, tali

pusat bayi akan terbentuk dan berfungsi sebagai

laluan masuk bagi makanan, oksigen serta sistem

pembuangan sisa untuk bayi hidup di dalam rahim.

Mama & Si Manja Vol. 12

33

kalendAr kehamilan

05

MINGGU

Adakah Ini Denyutan Jantung Bayi Saya?

Beberapa simptom kehamilan seperti mualmual,

pening dan mudah letih akan semakin

dirasai kini. Bukan sahaja fizikal anda, malah

emosi juga akan turut terkesan di mana

sesetengah wanita hamil akan mengalami

perubahan emosi- turun dan naik pada awal

kehamilan. Ini masanya untuk anda berjumpa

doktor bagi mendapatkan nasihat dan

penjagaan semasa hamil. Oh ye! Jika Miss P

anda masih belum kunjung tiba, pergilah ke

klinik dan melakukan ujian kehamilan. Bagi

bayi anda pula, jantungnya sedang terbentuk

dan kebanyakan organ-organ utama juga

terbentuk, terutamanya tiub neural yang

menghubungkan saraf spina (spinal cord)

kepada otak.

06

MINGGU

Satu Nyawa sedang Membesar

dalam Rahim Anda

Fizikal anda masih belum menunjukkan tanda

anda sedang hamil, tapi anda akan rasakan kesan

kehamilan minggu ini! Lemah dan letih serta

kerap lapar (juga mual-mual) akan anda alami

pada minggu ini. Peningkatan hormon kehamilan

beserta rahim yang semakin membesar mungkin

akan menyebabkan

anda kerap rasa ingin

terkencing. Namun,

jangan risau kerana ini

adalah tanda-tanda

normal kehamilan.

Sementara itu, saiz bayi

anda ketika ini adalah

sebesar kacang pis

dengan berukuran lebih

kurang 4mm panjang.

34 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

07

MINGGU

Perkembangan Penting Otak

Payudara anda akan semakin membesar

disebabkan oleh penambahan lemak dan

peningkatan peredaran darah. Anda juga

mungkin akan rasa berat semakin meningkat

kerana perubahan pada payudara dan pinggul.

Sementara, bayi anda kini akan kelihatan seperti

berudu. Pada minggu ini, kepala bayi merupakan

anggota terbesar berbanding yang lain kerana ia

menunjukkan bahawa otak bayi giat berkembang

dengan pesat. Ketika ini juga, hati dan usus,

saluran penghadaman, paru-paru, mulut dan

lidah bayi sedang terbentuk sementara tunas

tangan dan kaki pula akan memanjang. Tali pusat

yang terbentuk pada peringkat ini adalah ikatan

yang menghubungkan ibu dan anak, di mana

berfungsi dalam membekalkan oksigen dan

nutrien untuk bayi.

08

MINGGU

Putera atau Puteri?

Anda mungkin mengalami ketidakselesaan

kerana payudara sedang membesar. Jadi,

anda boleh mula membeli coli mengandung

yang bukan sahaja akan menyokong berat

baharu payudara anda, malah mengurangkan

kesakitan pada payudara. Relaxin, hormon

kehamilan, akan melambatkan pergerakan

usus anda, jadi anda mungkin akan mengalami

sembelit. Ambil banyak makanan serat

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk

mengelakkan gejala ini. Bayi anda semakin

membentuk manusia dan tidak lagi seperti

berudu. Kelopak mata, telinga, bibir atas,

batang hidung, jari tangan, kaki dan otot-otot

muka juga terbentuk. Malah, kemaluan bayi

juga akan terbentuk pada minggu ini. Anda

mahu anak lelaki atau perempuan?

Mama & Si Manja Vol. 12

35

kalendAr kehamilan

09

MINGGU

Letihnya!

Kelesuan dan keletihan

adalah masalah bagi

sesetengah wanita hamil

pada peringkat kehamilan

ini. Ini semua kerana

tahap hormon kehamilan

anda. Cubalah untuk

berehat sekerap mungkin

dan amalkan pemakanan

yang sihat dan seimbang

untuk kesihatan anda

dan juga janin. Sementara itu, bayi anda ketika

ini semakin menunjukkan pergerakan, namun

anda belum lagi dapat merasai pergerakannya.

Kemaluan bayi anda siap terbentuk pada

minggu ini dan anda semakin hampir untuk

mengetahui jantina si manja.

10

MINGGU

Utamakan Keselesaan!

Ini bukan lagi masa untuk anda memakai

pakaian yang ketat. Bertukarlah kepada

pakaian yang selesa seperti pakaian materniti

untuk keselesaan tubuh anda, dan juga bagi

meraikan kehamilan anda. Bersedia untuk

membeli-belah pakaian kehamilan pada

minggu ini! Sementara itu,

pada minggu ini, embrio

bayi anda akan bertukar

menjadi fetus di mana

tiub di dalam paru-paru

bayi anda akan terbentuk

dengan sempurna. Sudah

tentu anda tertanya-tanya,

warna mata dan rambut

si manja akan mengikut

siapa? Anda atau suami

anda? Tunggu dan lihat!

36 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

11

MINGGU

Jangan Bergerak Mengejut!

Anda semakin kerap mengalami peningpening?

Jika ya, ini mungkin disebabkan

oleh kelonggaran pada sistem peredaran

anda yang biasa terjadi semasa kehamilan.

Bagi mengelakkan pening atau pitam,

cubalah berehat sekerap mungkin. Elakkan

juga daripada melakukan perbuatan

mengejut seperti terus berdiri daripada

kedudukan duduk. Anda juga akan

mengalami masalah kebocoran, jadi pakailah

pelapik seluar dalam untuk mengelakkan

kebocoran pada pakaian anda. Bagi bayi

anda pula, semua organ pentingnya sudah

terbentuk dan berfungsi termasuklah kuku

jari yang mula kelihatan. Janin juga sudah

mula dipenuhi air ketuban iaitu dalam

anggaran 44ml.

12

MINGGU

Penuhi Keperluan Tubuh Anda

Anda haruslah

mendapatkan rehat

yang cukup kerana pada

waktu ini berlakunya

peningkatan hormon

progesteron yang boleh

menyebabkan tekanan

darah anda berada

pada tahap yang rendah. Ini akan menyebabkan

ibu lemah dan pitam kerana aliran darah menghala

ke otak terbatas. Cara terbaik bagi mengatasi

masalah ini adalah dengan berehat sebanyak

mungkin dan makan apabila anda rasa lapar dan

lemah. Bagi perkembangan bayi anda pula, sistem

penghadamannya kini berfungsi menghasilkan

pengecutan untuk menolak makanan ke usus-usus.

Tubuh bayi mula menghasilkan sel darah putih

sebagai perlindungan selepas kelahiran.

Mama & Si Manja Vol. 12

37

kalendAr kehamilan

13

MINGGU

Penghujung Trimester Pertama

Sudah tentu anda tidak sabar untuk melepasi

trimester pertama kerana trimester kedua

adalah tempoh yang paling menyelesakan

buat ibu-ibu mengandung. Selepas ini, selera

makan dan ketidakselesaan anda akan pulih.

Pada minggu ini, kesan regangan kulit anda

mungkin akan kelihatan, jadi anda sudah

boleh menggunakan losen atau minyak untuk

mengurangkan masalah kesan regangan kulit.

Anda juga mungkin mengalami keputihan di

bahagian alat sulit (leucorrhea) tetapi simptom

ini tidak begitu serius. Minggu ini, anda boleh

melakukan ujian ultrabunyi untuk melihat mata

dan tulang rusuk bayi yang telah terbentuk.

Manakala, tengkorak bayi pula kian mengeras

dan tulang rusuk bayi juga akan terbentuk

pada minggu ini.

14

MINGGU

Hai Trimester Kedua!

Uterus anda akan semakin membesar, jadi

bersedialah untuk melihat baby bump anda

semasa trimester kedua ini. Hormon dalam

badan anda akan membantu mengembangkan

tulang pelvis agar ia menjadi lebih fleksibel bagi

memudahkan proses bersalin. Proses pembentukan

bayi menjadi lebih aktif di mana bayi mempelajari

kemahiran mengawal pergerakan otot di samping

penambahan berat badannya sebanyak 4 kali

ganda. Bulu pada badan atau janin yang dikenali

sebagai lanugo akan tumbuh. Bulu ini akan

gugur sebelum bayi

dilahirkan. Dari segi

perkembangan

janin, pada masa ini

janin mula belajar

menghembus dan

menarik nafas.

38 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

15

MINGGU

Berehat & Tidur

Elakkan tidur secara meniarap. Posisi meniarap

akan menyebabkan rasa tidak selesa semasa

tidur. Sebaik-baiknya, tidur secara mengiring

dengan meletakkan bantal di bahagian perut

sebagai sokongan tambahan. Pada saat ini,

anda akan dapat rasakan bayi kerap tersedu. Ini

adalah caranya untuk dia

belajar bernafas. Jika anda

melakukan ujian sinar X,

anda akan dapat melihat

rangka bayi anda. Janin

kelihatan lutsinar. Oleh itu,

apa jua yang melalui salur

darahnya dapat dilihat

dengan jelas biarpun kulit

bayi dilindungi dengan

rambut halus.

16

MINGGU

Rancang Hari Penting

Anda akan mendapat ahli keluarga baharu, jadi

sudah tiba masa untuk anda merancang tempat

untuk melahirkan si manja. Adakah di kampung

halaman anda ataupun di tempat tinggal sekarang?

Cari maklumat lanjut tentang hospital bersalin

pilihan anda seperti kos dan bilik bersalin. Bakal ibu

juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan

amniosentesis (ujian cecair amnion atau AFT) iaitu

satu prosedur diagnosis bagi mengesahkan jantina

bayi dan juga untuk mengesan sebarang isu berkaitan

kromosom dan jangkitan janin. Pada peringkat ini, bayi

akan berada dalam cecair amnion di mana cecair ini

memainkan peranan penting dalam pembentukan bayi

bagi sistem pulmonari serta membolehkan bayi anda

menghirup utero untuk masuk ke dalam paru-paru

bayi. Selain itu, cecair ini juga memberi perlindungan

sebagai antiseptik bagi menyekat pertumbuhan

bakteria agar bayi dapat dilindungi sebelum dilahirkan.

Mama & Si Manja Vol. 12

39

kalendAr kehamilan

17

MINGGU

Bukan Masa untuk Berdiet

Beberapa bahagian tubuh anda akan

membesar seperti bahagian perut,

payudara, juga paha dan lengan. Jangan

takut melihat perubahan pada tubuh

anda dan jangan pula berdiet kerana tidak

mahu kelihatan gemuk. Hanya amalkan

pemakanan seimbang dan sihat bagi

kesihatan tubuh anda dan bayi. Mengidam?

Layan perasaan mengidam anda dengan

mendapatkan makanan yang diinginkan.

Plasenta si manja semakin matang dan

mengandungi beribu-ribu saluran darah

yang membawa nutrien dan oksigen

kepada tubuh bayi anda yang sedang

membesar. Lemaknya mula terbentuk yang

berfungsi untuk pengeluaran haba dan

metabolisme tubuh bayi.

18

MINGGU

Dapatkah Anda Rasakannya?

Anda tidak boleh lagi menyembunyikan perut

kerana bentuknya semakin kelihatan. Usah

segan untuk memakai baju mengandung bagi

keselesaan tubuh anda dan bayi. Bayi anda

memerlukan pergerakan bebas agar aliran

darah tidak tersekat. Bayi anda juga semakin

aktif di dalam perut sehingga anda sudah

boleh merasakan pergerakannya. Si manja kini

mengalami proses osifikasi di mana tulangnya

berkembang dan keras serta

tunas rasa bayi mula terbina.

Hujung saraf otak serta tulang

tengah telinga juga sedang

berkembang. Sekiranya

bernasib baik, anda akan

dapat melihat kaki, siku dan

lutut si manja bergerak-gerak

di dalam perut anda!

40 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

19

MINGGU

Urut Bahagian yang Sakit

Pada peringkat ini, berat baru anda sedikit

sebanyak menyebabkan anda tidak selesa.

Beberapa bahagian tubuh anda akan

mengalami kesakitan ekoran tubuh yang

semakin membesar. Urutan yang menenangkan

dan lembut daripada pasangan anda akan

dapat melegakan kesakitan yang anda

alami. Anda juga boleh mendapatkan urutan

pranatal di tempat urut, namun cari yang

pakar dan berkelayakan untu mengurut orang

mengandung. Bagi bayi anda pula, satu lapisan

putih akan meliputi seluruh badannya sebelum

ia dilahirkan. Lapisan putih ini dikenali sebagai

verniks akan meliputi seluruh badan bayi anda.

Ia berfungsi untuk melindungi badan bayi

daripada mengecut akibat berendam di dalam

cecair amniotik bagi jangka masa panjang.

20

MINGGU

Tiada Lagi Teka-teki!

Bayi anda yang sedang membesar memerlukan

zat besi untuk menghasilkan sel darah merah.

Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi

seperti daging merah, ikan, bayam dan bijirin yang

dilengkapi dengan zat besi. Berjumpa juga dengan

doktor bagi mengetahui keperluan zat besi yang

anda perlukan semasa hamil atau nasihat untuk

mendapatkan suplemen zat besi. Pada minggu ini,

anda boleh menjalani ujian imbasan ultrabunyi bagi

mengesahkan jantina bayi anda. Tidak sabar, kan?

Bagi perkembangan bayi pula, kulit pada badannya

mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan

dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala

dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam.

Rambutnya pula akan mula tumbuh sekitar minggu

ke 12 hingga 14 dan tumbuh daripada epidermis.

Bayi anda kini mampu membuat beberapa

pergerakan dan mula menggenggam tangannya.

Mama & Si Manja Vol. 12

41

kalendAr kehamilan

21

MINGGU

Berkelip

Memandangkan perut anda masih belum

membesar lagi, anda boleh melakukan

aktiviti senaman mudah. Ini adalah bagi

menguatkan stamina anda semasa hamil

dan mengelakkan kenaikan berat badan

yang berlebihan selepas kelahiran. Alis

mata bayi sudah terbentuk sepenuhnya,

begitu juga dengan keningnya. Jadi bayi

anda sudah boleh berkelip kini! Sistem

penghadaman bayi pula sudah mampu

untuk menelan cecair amnion. Bayi

mungkin akan menelan cecair amnion

sebanyak 500ml dalam tempoh 24

jam bagi membantu pertumbuhan dan

perkembangan sistem penghadaman

agar ia mampu berfungsi dengan baik

semasa dia lahir.

22

MINGGU

Elakkan Masalah pada Kaki

Selera makan anda semakin bertambah kerana

bayi memerlukan lebih banyak makanan untuk

diserap dalam tubuh mereka. Setiap apa yang

anda makan akan dikongsikan dengan bayi

anda kerana hanya itulah sumber makanan si

manja. Sesetengah wanita hamil akan mengalami

edema, iaitu bengkak pada kaki. Jadi ambil berat

akan kasut yang anda pakai. Jika anda mengalami

kekejangan pada kaki, mungkin bermakna

potassium anda rendah. Ambil makanan yang

kaya potassium seperti yogurt dan pisang dalam

diet anda. Tulang pada

bahagian telinga bayi

semakin mengeras dan

pendengarannya semakin

jelas. Kelopak mata dan

kening bayi terbentuk

dan kukunya kelihatan.

42 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

23

MINGGU

Si Manja Mendengar!

Kekal hidrat! Pastikan anda mendapat air

secukupnya dalam badan anda. Ini penting

untuk menggantikan cecair amniotik dan

membantu penghasilan susu badan anda. Bagi

perkembangan bayi anda pula, tulang telinganya

pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di

kulitnya semakin menipis

dan berwarna kegelapan.

Apabila anda melakukan

persetubuhan, bayi akan

menyedarinya dan kadar

denyutan jantungnya

akan naik dan turun

secara mendadak.

Walau bagaimanapun,

hal ini tidak sesekali

memudaratkan janin.

24

MINGGU

Penjagaan Diri

Pemeriksaan glukos

selalunya bermula ketika

ini sehingga minggu

ke-28. Ujian tersebut

akan mengesan kencing

manis yang berlaku

semasa kehamilan.

Jika anda menghidap

kencing manis semasa

hamil, ia akan memberi kesan kepada bayi anda.

Pada peringkat ini juga, janin mula bertindak

balas dengan suara anda di mana ia merupakan

rangsangan yang baik untuk perkembangan

otaknya. Bayi anda masih bernafas melalui cecair

amnion. Dinding paru-paru bayi akan mengeluarkan

surfactant dan lemak yang membantu kantung

udara mengembang selepas kelahiran. Kulitnya

akan mengalami perubahan warna.

Mama & Si Manja Vol. 12

43

kalendAr kehamilan

25

MINGGU

Kebengkakan

Bengkak pada beberapa bahagian tubuh

menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan.

Pertama sekali, ketahui apa yang normal dan

tidak pada tubuh anda. Berjumpa dengan doktor

jika anda mengalami bengkak pada muka,

tangan dan bengkak pada sebelah bahagian

kaki, ini mungkin jadi tanda pre-eklampsia. Ibu

hamil juga akan mengalami kekejangan pada

bahagian tangan dan kaki disebabkan oleh

peningkatan cecair dalam badan anda serta

ia memberi tekanan pada sistem saraf. Bagi

mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda

haruslah mendapatkan kalsium yang cukup di

samping pengambilan vitamin kehamilan. Bayi

anda semakin peka kepada persekitarannya

kerana berlaku pembentukan otak dan hujung

saraf yang sempurna.

26

MINGGU

Rawat Masalah Pening

Anda mungkin akan alami tekanan darah tinggi

juga masalah pening kepala. Namun, simptom ini

adalah normal semasa kehamilan. Jika masalah

sakit kepala anda berlanjutan, tanya doktor anda

tentang rawatan atau ubat yang selamat untuk

ibu hamil. Pada minggu ini, bayi anda mempunyai

satu lapisan lemak

khas yang bertindak

sebagai pengawal

haba di mana ia

akan melindungi bayi

daripada kesejukan

apabila dilahirkan.

Ia boleh didapati

di bahagian leher,

buah pinggang dan

belakang tulang

dada bayi.

44 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

27

MINGGU

Kelas Bersalin & Penjagaan Bayi

Bakal ibu harus peka terhadap tanda-tanda

kelahiran pramatang. Oleh itu, bersedialah

menghadapi rancangan kecemasan sekiranya anda

perlu bergegas ke hospital atau menghubungi

doktor dengan segera demi keselamatan ibu

dan bayi. Malah, anda juga digalakkan untuk

menyertai kelas-kelas

kelahiran dan penjagaan

bayi untuk mempelajari

tentang kehamilan, kelahiran

serta beberapa perkara

penting berkaitan bayi.

Tidak sabar untuk melihat

wajah bayi? Ketika ini wajah

bayi anda kemungkinan

besar sama dengan rupanya

semasa lahir nanti.

28

MINGGU

Meleleh

Anda harus menjalani

ujian darah. Dapatkan

suntikan RhoGAM atau

RH immunoglobulin jika

darah anda Rh negatif.

Daripada segi perubatan,

bayi Rh positif dan

ibu Rh negatif akan

mengakibatkan kesulitan

apabila sel-sel darah merah bayi bocor ke dalam

sistem badan ibu. Kolostrum, iaitu cecair kuning

dan pekat akan mula keluar pada payudara anda.

Jadi, anda sudah boleh mula memakai pelapik

coli untuk mengelakkan kebocoran pada pakaian

anda. Bagi perkembangan bayi, mata, bulu mata

dan keningnya terbentuk dengan sempurna dan

iris matanya kini berwarna. Jaringan otak pula

akan mula berkembang.

Mama & Si Manja Vol. 12

45

kalendAr kehamilan

29

MINGGU

Jangan Menggaru!

Perut anda yang sedang membesar

menyebabkan kulit anda meregang, sekali gus

anda akan alami masalah kegatalan pada perut.

Pastikan anda kerap memakai losen atau minyak

pada badan bagi melegakan rasa gatal dan

mengelakkan anda daripada kerap menggaru.

Janin pada saat ini sangat sensitif kepada cahaya,

bunyi, bau dan rasa. Posisi bayi pada ketika

ini adalah kepalanya ke arah bawah manakala

jaringan lemaknya terus terbentuk. Kelenjar

adrenalin bayi mula menghasilkan hormon

seperti androgen dan estrogen. Bayi anda kini

semakin aktif di mana dia akan bergerak 10

kali dalam tempoh dua jam. Anda akan merasai

tendangan bayi anda tanpa mengira waktu.

Tendangan yang dilakukannya memudahkan

anda untuk memastikan kesihatannya.

30

MINGGU

Sukarnya Membuang!

Pergerakan usus yang lambat biasa dialami

pada peringkat ini. Ramai ibu hamil yang

mengalami sembelit sekali gus menyebabkan

mereka buasir, di mana saluran darah

membengkak di dubur. Gunakan pad yang

telah direndam dalam herba. Letakkan pada

bahagian yang sakit untuk meredakan segala

kegatalan dan kesakitan. Anda disarankan

untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum

meredakan segala kesakitan tersebut. Dalam

perkembangan bayi,

dia sudah mempunyai

waktu tidur dan berjaga.

Janin juga telah mengisi

hampir seluruh ruang

di dalam rahim anda.

Otak bayi berkembang

dengan semakin cepat.

46 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

31

MINGGU

Semakin Sukar Bergerak

Pada peringkat ini, berat badan anda sudah

semakin bertambah dan anda semakin mengalami

ketidakselesaan dan cepat mengah. Lakukan

senaman mudah dan selamat seperti berjalan

dan berenang untuk meningkatkan stamina

anda. Namun, jangan

terlebih bersenam

pula! Pada saat ini,

simpanan lemak di

bawah kulit bayi anda

menutup salur darah

yang sebelum ini jelas

kelihatan. Sementara

itu, plasenta masih

membekalkan nutrisi

yang diperlukan

oleh bayi.

32

MINGGU

Semakin Basah di Bawah

Leucorrhea, cecair yang keluar dari serviks

dan vagina anda semakin bertambah.

Jadi, gunakan pelapik seluar dalam untuk

memastikan bahagian bawah sentiasa

kering dan bersih. Payudara akan mula

sakit ketika ini berikutan persediaan untuk

menyusukan bayi. Perkembangan pada

ketika ini, jari tangan dan kaki bayi tumbuh

dengan sempurna. Manakala, bulu mata

dan rambutnya jelas kelihatan. Antibodi

anda telah dipindahkan kepada bayi di

dalam kandungan bagi melindunginya

daripada sebarang penyakit. Malah, bayi

juga kini mampu untuk mengelipkan

mata, melihat persekitaran sekeliling,

menggerakkan tangan, membuat pelbagai

mimik muka, berlatih bernafas, membuang

air kecil dan mendengar.

Mama & Si Manja Vol. 12

47

kalendAr kehamilan

33

MINGGU

Bagaimana Melegakan Kesakitan

Waktu bersalin semakin hampir. Sudah pasti

anda ingin belajar cara untuk menangani

kesakitan semasa bersalin termasuklah

teknik pernafasan dan tahu tentang

ubat untuk melegakan kesakitan yang

diberi semasa bersalin seperti suntikan

dan epidural. Berjumpa dengan doktor

anda untuk mengetahui pilihan-pilihan

yang boleh anda lakukan! Sementara itu,

bayi anda kini mula berada dalam posisi

kelahiran. Anda akan dapat merasakan

setiap pergerakan yang dilakukan kerana

bayi semakin hampir mengisi seluruh

ruang rahim. Rangka badan bayi semakin

mengeras dan tengkorak bayi akan terus

berkembang bersama otak dan tisu-tisu

yang lain.

34

MINGGU

Aduh! Tak Tahan!

Kedudukan bayi anda semakin ke bawah

menghala ke bahagian pelvis anda, jadi

paru-paru anda kini mempunyai ruang

untuk kembali bernafas dengan bebas.

Namun, kini tekanannya lebih kepada

pundi kencing anda. Oleh itu, anda

akan lebih kerap terkencing berbanding

biasa. Jika ini yang menjadi masalahnya,

gunakan pelapik seluar dalam atau

tuala wanita untuk mengurangkan

ketidakselesaan anda kepada masalah

ini. Saat ini juga, kesemua sistem tubuh

bayi sudah terbentuk dengan sempurna

termasuklah paru-parunya. Manakala,

pembentukan lemak secara berterusan

berfungsi sebagai pemanas badan dan

pelindung kepada bayi. Malah, matanya

juga akan peka terhadap cahaya.

48 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

35

MINGGU

Semakin Berat

Anda semakin sarat kini dengan perut yang

semakin membesar. Pada usia kandungan 35

minggu, anda akan mengalami perubahan

saiz yang mendadak pada rahim. Bekalan

darah anda pula akan terkumpul di bahagian

perut hampir 1 /6 daripada jumlah isipadu

darah di mana ia akan menyebabkan anda

kerap berasa pening. Sementara itu, bayi anda

kini semakin kerap membuang air kecil, iaitu

1

/8 gelen setiap hari melalui air ketuban dan

pergerakannya akan berkurangan. Lanugo

yang meliputi tubuh bayi akan tertanggal

dengan sendirinya tidak lama lagi, sementara

verniks masih menyelaputi permukaan bayi.

Malah, bayi kini tidak lagi bergantung kepada

antibodi yang dibekalkan oleh plasenta kerana

bayi memiliki antibodinya sendiri.

36

MINGGU

Adakah Ini Masanya?

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan

pakar bayi anda pada setiap minggu bagi

melakukan pemeriksaan dalaman. Doktor

anda akan membuat pemeriksaan dalaman

bagi menentukan permulaan penipisan

dan pembukaan serviks anda. Malah, anda

juga harus sentiasa bersedia untuk proses

kelahiran kerana pada saat ini kepala bayi

akan turun ke dalam rongga pelvis di mana

posisi ini mungkin akan mengurangkan

tekanan pada perut dan usus anda.

Bayi anda kini sudah mencapai proses

kematangan di mana dia boleh dilahirkan

pada bila-bila masa. Sejak dari dalam

rahim lagi, bayi anda sudah mempunyai

aturan tidur yang tetap. Kepala bayi akan

berpusing dan menghala ke arah cahaya

dan bunyi.

Mama & Si Manja Vol. 12

49

kalendAr kehamilan

37

MINGGU

Jangan Panik!

Bila-bila masa sahaja, anda akan

kehilangan lendiran plug mukus

yang meliputi uterus anda. Lendiran

ini berwarna kekuningan, pekat

dan sedikit berdarah. Jika lendiran

ini keluar dari vagina anda, beritahu

pasangan atau doktor anda dan

segeralah ke hospital. Sementara

itu, bayi anda akan terus berlatih

untuk menggerakkan paru-parunya

walaupun kepalanya sudah

berada di ruang pelvis. Malah,

bayi juga akan terus membesar di

dalam rahim walaupun bayi telah

mencapai tahap kematangan

yang sempurna.

38

MINGGU

Debaran Semakin Terasa!

Setiap bakal ibu dinasihatkan untuk

mendapatkan rehat yang secukupnya

kerana ia penting untuk tubuh anda

khususnya semasa proses bersalin nanti.

Disebabkan bayi anda sudah berada di

ruang pelvis, maka anda akan merasakan

tekanan pada bahagian pundi kencing

menyebabkan anda semakin kerap ke

tandas. Anda juga semakin merasakan

kaki anak anda di bahagian vagina. Jadi,

masanya hampir tiba, Mama! Jika bayi

anda merupakan seorang lelaki, testisnya

akan turun mendekati skrotum dan jika

bayi anda adalah seorang perempuan,

alat kelaminnya telah pun berkembang

sepenuhnya. Pembuangan air besar

pertama bayi anda terdiri daripada

meconium (sel kulit mati) dan bulu lanugo.

50 Mama & Si Manja Vol. 12

kalendAr kehamilan

39

MINGGU

Saya Dah Bersedia, Mama!

Anda mungkin akan mengalami beberapa

kesakitan seperti Braxton Hicks. Walaupun

kesakitan tersebut tidak akan berlaku secara

kerap, ia adalah berbeza dari segi tahap

kesakitan. Jika anda berasa sakit seperti ingin

bersalin, bergegas ke hospital dengan segera.

Pada ketika itu, badan anda sudah cukup

membekalkan antibodi yang diperlukan bayi

melalui plasenta bagi mencegah jangkitan selama

enam hingga ke-12 bulan selepas bayi dilahirkan

dan ia membantu sistem imunisasi bayi anda. Tali

pusat bayi anda kini berketebalan 1.3 sentimeter

dengan 50 sentimeter panjang di mana bayi anda

berisiko terbelit dengan tali pusat. Jika perkara

sedemikian berlaku dan membahayakan anda,

doktor akan menyarankan anda untuk menjalani

pembedahan Cesarean (C-section).

40

MINGGU

Selamat Lahir ke Dunia

Bayi anda sudah bersedia untuk melihat dunia. Namun,

tidak semua bayi akan lahir pada minggu ke-40. Jika

dalam tempoh 42 minggu masih tidak muncul tandatanda

kelahiran, doktor akan menyarankan anda untuk

menjalani kelahiran induksi demi kebaikan anda dan

bayi anda. Jika anda menjalani pembedahan Cesarean,

pakar kesihatan akan memberikan rawatan rapi

kepada bayi sebelum bayi diletakkan di dalam pelukan

ibu. Saat ini, bayi anda sudah cukup sempurna untuk

dilahirkan. Bayi mampu mengawal suhu badannya

ketika lahir dengan berat sekitar 3 kilogram dan

panjang 50 sentimeter. Setelah bayi selamat dilahirkan,

ujian Apgar (ujian pantas yang dilakukan ke atas

bayi pada satu dan lima minit selepas kelahiran) akan

dijalankan ke atas bayi untuk mengenal pasti tindak

balas serta tanda-tanda penting pada bayi. Manakala

semua mukus dari mulut dan hidung bayi anda akan

disedut keluar oleh pakar kesihatan.

Mama & Si Manja Vol. 12

51

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Petanda Anda Sedang

Berbadan Dua

Selain membuat ujian kehamilan, ada lagi cara lain untuk mengenal

pasti sama ada anda hamil ataupun tidak. Teruskan membaca.

52 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

1Sesak nafas secara tiba-tiba

Adakah anda tiba-tiba menghadapi

masalah sesak nafas? Sekiranya

aktiviti ringan seperti menaiki tangga

meninggalkan anda tercunggapcunggap

untuk udara, anda mungkin

hamil! Ini adalah kerana janin yang

baru terbentuk memerlukan oksigen

dengan banyak.

2

Dada sakit

Rasa seksa untuk memakai coli juga

adalah petunjuk bahawa bayi anda

kini dalam perbentukkan. Kegelapan

bahagian areola, pembentukan urat

besar di dada serta perkembangan

mendadak di bahagian dada juga adalah

sumber ketidakselesaan dan merupakan

simptom wanita hamil.

3Lebih letih daripada biasa?

Adakah acara utama yang anda

nanti-nantikan hari ini adalah untuk

tidur awal selepas selesai makan

malam? Peningkatan tahap hormon

semasa kehamilan tahap awal boleh

membuatkan anda berasa penat dan

lelah tanpa alasan yang jelas. Anda harus

bersedia untuk perubahan gaya hidup

kerana tabiat tidur lewat setiap malam

mungkin perlu dihentikan.

4

Pendarahan bertompok (spotting)

Adakah anda telah mendapat haid

bulanan atau adakah anda hanya

melalui pendarahan bertompok?

Spotting berlaku beberapa hari lebih

awal daripada masa haid dijangkakan,

disebabkan oleh implantasi telur yang

telah disenyawakan ke dinding rahim.

5

Rasa loya secara rambang

Kebanyakan wanita hamil terpaksa

menghadapi rasa loya dan muntah

(morning sickness) pada

kira-kira enam minggu

dalam tempoh kehamilan.

Anda mungkin terasa

loya dengan lebih awal

lagi disebabkan oleh

perubahan hormon di

dalam badan, dan boleh

mengharapkan ketibaan

seorang cahaya mata

tidak lama lagi!

6

Sakit di bahagian

belakang Adakah

anda tiba-tiba berasa

sakit di bahagian

belakang? Ligamen di

bahagian belakang

badan anda mungkin

mula longgar sebagai

persediaan untuk

menampung berat

bayi anda yang akan

datang. Malangnya,

kesakitan yang tidak selesa

ini mungkin kekal sepanjang

kehamilan untuk

sebilangan wanita.

Mama & Si Manja Vol. 12

53

KEHAMILAN & KELAHIRAN

7Bakat baru: Hidung yang amat

peka sekali

Sesetengah bau mungkin membuatkan

anda berasa mual. Pada masa yang

sama, hidung anda mungkin juga

menjadi sensitif kepada bau yang tidak

dapat dikesan oleh orang lain. Hidung

yang mempunyai kepekaan yang tinggi

adalah satu petunjuk kuat yang anda kini

berbadan dua.

8

Kekejangan

Kekejangan badan boleh disebabkan

oleh premenstrual syndrome (PMS)

tetapi ia juga boleh disebabkan oleh

regangan rahim untuk menampung bayi

yang akan datang.

9

Obsesi dengan makanan

Adakah anda tiba-tiba mengidamkan

makanan secara rawak, seperti tembikai,

durian atau laksa? Pada masa yang

sama, adakah makanan kegemaran

anda kini mampu menjadikan anda

terasa loya sekali? Sekiranya anda

tiba-tiba menghadapi isu-isu makanan

yang tidak pernah wujud sebelum ini, ia

mungkin suatu isyarat daripada badan

anda yang anda kini mengandung.

10

Kembung badan dan sembelit

Anda telah memakai jeans sendat

kegemaran pada hari Isnin, tetapi

mengapakah ia tidak muat tiga

hari kemudian? Pada masa yang

sama, masalah sembelit juga

mungkin disebabkan oleh hormon

progestron yang melambatkan sistem

penghadaman anda.

11

Muram dan Murung

Tanpa sebab, segala isu-isu kecil di rumah

kini cukup untuk meletuskan peperangan

kecil antara suami dan isteri. Perubahan

perasaan yang mendadak (mood swings)

boleh disebabkan oleh perubahan di

dalam badan anda yang kini sedang

menyesuaikan diri dengan hormon baru.

12

Hobi baru ialah pitam

Adegan wanita pitam adalah petunjuk

kehamilan popular yang digunakan dalam

filem. Anda mungkin pitam semasa awal

kehamilan disebabkan oleh tekanan darah

rendah yang boleh menyebabkan kepala

anda berasa pening.

54 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Mengapa

Perlu Ambil

Vitamin

Pranatal?

Semasa hamil, anda perlu

memastikan kesihatan tubuh anda

dan bayi dalam kandungan. Selain

daripada aspek pemakanan yang

perlu diberi perhatian, anda juga

perlu memastikan tubuh anda

mendapat zat dan nutrisi harian

secukupnya yang diperlukan untuk

perkembangan janin.

Mama & Si Manja Vol. 12

55

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Apa itu vitamin pranatal?

Setiap ibu hamil akan dibekalkan

dengan vitamin-vitamin penting yang

diperlukan semasa tempoh kehamilan

mereka. Vitamin yang diambil oleh ibu

hamil dinamakan vitamin pranatal, iaitu

vitamin khusus yang direka mengikut dos

yang diperlukan untuk bakal ibu. Ada

di antara vitamin ini yang menawarkan

satu-satu vitamin manakala ada juga

yang digabungkan dalam satu pil, iaitu

dinamakan multivitamin.

Benar, ibu hamil boleh mendapatkan

vitamin melalui pemakanan yang sihat,

namun jika difikirkan adakah bakal ibu

ini akan mendapat semua zat harian

yang diperlukan pada setiap hari? Jadi,

cara yang lebih mudah adalah dengan

mendapatkan vitamin pranatal bagi

membantu bakal ibu untuk mendapat

kesemua nutrisi yang diperlukan dalam

diet mereka.

Vitamin pranatal mengandungi pelbagai

jenis vitamin dan mineral; termasuklah

vitamin penting iaitu asid folik, zat besi,

iodin, kalsium dan omega-3.

Mengapa perlu ambil

vitamin pranatal?

Vitamin pranatal perlu diambil oleh ibu

hamil kerana dapat membantu dalam

mengurangkan risiko kecacatan semasa

hamil. Di samping itu, pengambilan

vitamin pranatal dapat mengurangkan

risiko kelahiran pramatang dan bayi

kurang berat badan semasa lahir.

Selain itu, vitamin pranatal juga

dapat membantu bakal ibu untuk

mengurangkan rasa loya-loya dan mabuk

kehamilan serta mendapat kesihatan

yang baik sepanjang hamil.

56 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

• Asid folik

Asid folik adalah vitamin penting yang

perlu diambil bagi wanita yang ingin

hamil dan wanita hamil. Asid folik

dapat membantu untuk mengelakkan

kecacatan tiub neural, di samping

membantu pembentukan saraf dan

sel-sel lain.

Kecacatan tiub neural akan berlaku pada

28 hari pertama selepas konsepsi, iaitu

tempoh di mana kebanyakan wanita

belum tahu lagi bahawa mereka sedang

hamil. Memandangkan separuh daripada

kehamilan yang berlaku adalah tidak

dirancang, jadi, setiap wanita yang telah

berkahwin disarankan untuk mengambil

400mcg asid folik sehari, bermula

sebelum konsepsi mereka sehinggalah

12 minggu pertama semasa kehamilan.

Bagi wanita yang pernah hamil dan

pernah melalui pengalaman kecacatan

tiub neural pada bayinya, mereka

perlu berjumpa dan bercakap dengan

doktor untuk mengetahui sama ada

kemungkinan mereka memerlukan dos

asid folik yang berbeza.

• Kalsium

Kalsium juga penting untuk wanita hamil

bagi pembentukan tulang dan gigi.

Lazimnya, kalsium yang terdapat pada

vitamin pranatal mempunyai kadar yang

lebih tinggi berbanding multivitamin

biasa. Bakal ibu akan terdedah kepada

risiko pre-eklampsia jika tidak mendapat

kalsium yang mencukupi. Dos yang

diperlukan ialah 1,000mg kalsium sehari.

Mama & Si Manja Vol. 12

57

KEHAMILAN & KELAHIRAN

• Iodin

Iodin amat penting untuk kesihatan

fungsi kelenjar tiroid wanita semasa

hamil. Kekurangan iodin boleh

membantutkan pertumbuhan fizikal,

kecacatan mental dan masalah

kepekakan. Iodin yang tidak mencukupi

akan membawa kepada keguguran dan

bayi mati di dalam perut.

• Zat besi

Zat besi dapat membantu pembentukan

sel darah merah- antara ibu dan bayiserta

membawa oksigen ke seluruh

badan. Pengambilan zat besi juga dapat

mengurangkan risiko kelahiran

bayi pramatang.

Wanita hamil disarankan untuk

mengambil 27mg dos zat besi. Walau

bagaimanapun, pengambilan zat besi

yang berlebihan boleh membawa kepada

masalah sembelit dan pedih perut.

AWAS!

Jangan ambil pil zat

besi bersama dengan

pil kalsium kerana ia

akan menghalang

penyerapan zat besi

ke dalam tubuh.

• Omega-3

Omega-3 penting untuk perkembangan

otak dan menjamin penglihatan yang

baik. Sumber terbaik bagi omega-3 ialah

minyak ikan. Dos yang dicadangkan

untuk wanita hamil ialah

200-300mg sehari.

Panduan memilih

vitamin pranatal

Pilih vitamin pranatal

yang mengandungi:

• 400mcg asid folik

• 400IU vitamin D

• 200-300mg kalsium

• 70mg vitamin C

• 3mg thiamin

• 2mg riboflavin

• 20mg niacin

• 6mcg vitamin B12

• 10mg vitamin E

• 15mg zink

• 17mg zat besi

• 150mcg iodin

Sumber: www.webmd.com

58 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Susu

untuk Ibu

& Bayi

Sebaik sahaja mengetahui tentang

kehamilan, kebanyakan ibu mahu

segera mengetahui cara-cara yang

terbaik untuk menjaga kesihatan

bayi di dalam kandungan. Satu

perkara yang tidak seharusnya

dilupakan adalah zat makanan

untuk si ibu dan ia boleh didapati

daripada susu materniti. Susu

sebegini dirumus khas untuk

ibu mengandung dan diperkaya

dengan pelbagai nutrien.

Mama & Si Manja Vol. 12

59

KEHAMILAN & KELAHIRAN

DHA

DHA (asid docosahexaenoic) adalah

sejenis asid omega-3 berlemak yang

ditemui dalam minyak ikan. Ia adalah

nutrien yang penting bagi wanita,

terutamanya semasa mengandung. Ini

kerana, DHA membantu membina otak,

sistem saraf dan mata. Oleh kerana

tubuh kita memerlukan DHA tetapi tidak

dapat menghasilkannya sendiri, kita perlu

mendapatkannya dari bahan makanan.

Bayi di dalam rahim mendapatkan lemak

ini daripada ibunya, sementara bayi

yang baru lahir boleh mendapat DHA

dari susu ibu atau daripada formula bayi

yang ditambah dengan DHA. Wanita

mengandung dan menyusu memerlukan

200mg DHA sehari.

Asid folik

Turut dikenali sebagai folat atau vitamin B

(B9), asid folik boleh diperolehi dari sayursayuran

berdaun hijau seperti bayam dan

sawi, jus oren, dan bijirin yang diperkaya.

Banyak kajian telah menunjukkan

bahawa wanita yang mendapat 400

mikrogram (0.4 miligram) asid folik setiap

hari dapat mengurangkan risiko kelahiran

bayi dengan kecacatan tiub neural serius

sebanyak 70%.

Doktor-doktor dan para saintis masih

belum mengetahui mengapa asid folik

mempunyai kesan yang mendalam

terhadap pencegahan kecacatan tiub

neural, tetapi mereka tahu bahawa

vitamin ini adalah penting dalam

pembangunan DNA. Hasilnya, asid folik

memainkan peranan yang besar dalam

pertumbuhan sel dan pengembangan

serta pembentukan tisu.

Besi

Zat besi adalah penting untuk

penghasilan hemoglobin, sejenis protein

dalam sel darah merah yang membawa

oksigen kepada sel-sel lain. Ia juga adalah

satu komponen penting bagi myoglobin

(protein yang membantu pembekalan

oksigen kepada otot anda) serta kolagen

(protein dalam tulang, rawan, dan tisu

perantaraan yang lain). Zat besi juga

membantu anda mengekalkan sistem

imun yang sihat.

Semasa hamil, anda memerlukan lebih

banyak zat besi kerana jumlah darah di

dalam badan anda bertambah semasa

hamil. Oleh itu, anda memerlukan

zat besi yang lebih untuk membuat

lebih banyak hemoglobin. Anda

juga memerlukan zat besi tambahan

untuk bayi dan plasenta yang sedang

membesar, terutama di trimester kedua

dan ketiga. Anemia kekurangan zat

besi semasa mengandung dikaitkan

dengan kelahiran pramatang, berat lahir

yang rendah dan di alam kes-kes tenat,

kematian bayi.

Kalsium

Apabila anda mengandung, bayi anda

memerlukan kalsium untuk membina

tulang dan gigi yang kuat serta jantung,

saraf, dan otot yang sihat. Jika anda

tidak mendapat kalsium yang mencukupi

dalam pemakanan anda ketika hamil,

bayi anda akan menyerap bekalan

kalsium dari tulang anda. Ini boleh

menjejaskan kesihatan anda sendiri di

kemudian hari.

60 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Vitamin C

Vitamin C, yang juga dikenali sebagai

asid askorbik, penting untuk membaiki

tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan

dan pembaikan tulang, serta kulit

yang sihat. Vitamin C juga membantu

melawan jangkitan dan bertindak

sebagai bahan antioksida yang

melindungi sel-sel daripada kerosakan.

Anda dan juga bayi anda memerlukan

vitamin ini setiap hari untuk membuat

kolagen, yang merupakan komponen

tulang rawan, tendon, tulang dan

kulit. Berdasarkan kajian sesetengah

penyelidik, kekurangan vitamin C boleh

menjejaskan perkembangan mental bayi.

Vitamin C juga membantu badan anda

menyerap zat besi.

Iodin

Iodin memainkan peranan yang penting

dalam mengawal kelenjar tiroid dan

metabolisme anda. Dalam kehamilan,

iodin juga membantu membangunkan

otak dan sistem saraf bayi anda. Malah,

kekurangan iodin adalah punca utama

kecacatan mental dan kerosakan otak

di seluruh dunia. Kekurangan iodin

semasa hamil juga telah dikaitkan

dengan peningkatan risiko keguguran,

kelahiran pramatang dan kematian bayi

sewaktu kelahiran.

Ia juga menjaga kesihatan sistem

penghadaman di samping merawat

sindrom usus, penyakit Crones serta

pedih hulu hati, sembelit dan cirit-birit.

Selain daripada itu, wanita mengandung

juga perlu mengambil probiotik untuk

mengurangkan risiko alergi di kalangan

anak-anak mereka.

Demi memastikan kesihatan tubuh

badan anda dan bayi anda, minumlah

susu yang dirumus khas untuk ibu

sebaik sahaja anda merancang untuk

hamil. Untuk mengetahui lebih lanjut

tentang jenis-jenis susu dan makanan

yang sesuai untuk diambil ketika hamil,

jangan teragak-agak untuk mendapatkan

nasihat doktor anda.

Semasa

hamil, anda

memerlukan

lebih banyak zat besi

kerana jumlah darah

di dalam badan anda

bertambah semasa

hamil.

Probiotik

Probiotik merupakan mikroorganisma

hidup atau bakteria yang baik. Ia hadir

di dalam usus manusia secara semula

jadi, tetapi boleh didapati di dalam

produk tenusu seperti yogurt, keju,

susu, krim masam dan minuman susu

yang ditapai. Probiotik penting kerana

ia membangunkan sistem imun ibu

dan bayi serta meningkatkan rintangan

terhadap jangkitan dan bakteria

penyebab penyakit.

Mama & Si Manja Vol. 12

61

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Hormon yang

meningkat semasa

hamil menyebabkan

ramai bakal ibu

mengalami jangkitan

pada faraj. Berikut

merupakan jangkitan

faraj lazim yang

dialami oleh ibu hamil

dan cara merawatnya.

Masalah Jangkitan

Faraj Semasa Hamil

62 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Apa penyebab

masalah jangkitan

faraj semasa hamil?

Semasa hamil, bukan

perut sahaja yang

berubah, tetapi bahagian

intim anda turut

mengalami perubahan.

Jika lelehan pada faraj

bersih atau berwarna

putih dan bebas bau, ia

mungkin disebabkan oleh

hormon kehamilan, serta

menunjukkan bahawa

faraj anda sihat. Akan

tetapi, adakalanya lebihan

lelehan ini memberi

tanda bahawa terdapat

jangkitan yang berlaku

apabila imbangan semula

jadi bakteria pada vagina

diganggu. Jangkitan

vagina yang mungkin

dialami oleh wanita

hamil ialah vaginosis

bakteria (BV), jangkitan

kulat, Group B Strep

(GBS) dan trikomoniasis.

Jangkitan vagina yang

berlaku boleh dirawat

jika dapat mengenal pasti

puncanya. Masalahnya

adalah bagaimana ibu

ingin mengetahui sama

ada lelehan yang datang

adalah normal ataupun

mengandungi jangkitan.

Untuk keluaran ini, kami

kongsikan kepada anda

tentang BV dan juga

jangkitan kulat pada faraj.

VAGINOSIS

BAKTERIA (BV)

Masalah jangkitan ini

berlaku pada 1 dalam

5 wanita hamil. Mereka

yang mengalaminya

akan merasa gatal dan

mengalami jangkitan

yang merengsakan. BV

berlaku apabila bakteria

yang secara semula

jadinya ada pada faraj

tumbuh berlebihan,

kemungkinan dipengaruhi

oleh perubahan hormon

pada wanita hamil. Jika

dibiarkan, bayi anda

mungkin lahir lebih awal

atau bayi yang lahir akan

mengalami berat badan

yang rendah. Sementara

itu, bagi wanita yang

tidak hamil pula, BV

boleh menjurus kepada

penyakit berkaitan

radang pelvis, yang mana

boleh menyebabkan

masalah kesuburan atau

merosakkan tiub falopio.

BV boleh didiagnosis

dengan meletakkan sampel

yang diambil dari lelehan

faraj pada mikroskop.

Simptom BV

• Lelehan nipis

berwarna

putih-kelabu

• Sakit semasa

buang air kecil

• Gatal di

sekitar faraj

Rawatan

Adakalanya BV akan

hilang sendiri. Jika anda

berada dalam trimester

pertama, doktor mungkin

akan menunggu untuk

merawat penyakit BV

sehingga anda memasuki

trimester kedua.

Selalunya, doktor akan

memberikan antibiotik

seperti Metronidazole

atau Clindamycin.

Mama & Si Manja Vol. 12

63

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Cara mencegah

• Jangan memakai lama pakaian mandi atau seluar

dalam yang basah. Pastikan anda memakai seluar

dalam kain kapas yang bersih selepas selesai

berenang atau bersenam.

• Pakai seluar dalam yang selesa dan diperbuat

daripada kain kapas bagi memudahkan aliran udara.

Elakkan daripada memakai seluar atau sarung

kaki yang ketat, yang mana boleh menyebabkan

bakteria terkumpul semasa berpeluh.

• Lapkan bahagian depan ke belakang selepas

anda selesai membuang air. Cara ini dapat

mengelakkan penyebaran bakteria daripada

punggung ke faraj anda.

• Elakkan bath oil kerana mudah

memerangkap bakteria.

Jangkitan kulat

Rasa gatal dan terbakar yang dibawa oleh jangkitan

kulat selalunya berlaku disebabkan oleh kehadiran

kulat yang dipanggil Candida, yang tinggal secara

semula jadi pada faraj, tumbuh berlebihan. Semasa

hamil, peningkatan tahap estrogen dan progesteron

membantu menggalakkan pembiakan kulat. Punca

lain yang menyebabkan jangkitan kulat termasuklah

pengambilan antibiotik dan melakukan hubungan

intim; di mana kedua-duanya mengganggu pH semula

jadi pada faraj anda. Doktor akan mendiagnosis

jangkitan kulat dengan cara meletakkan sampel yang

diambil dari lelehan faraj pada mikroskop.

Simptom

jangkitan kulat

• Sakit dan gatal pada

faraj, kadangkala

bahagian ini

rasa lembap

• Vagina dan bibir

vagina kemerahan

serta membengkak

• Lelehan pekat

berwarna putih

kekuningan;

kadangkala berbau

dan adakalanya tidak

• Sakit dan tidak selesa

semasa melakukan

hubungan seks

• Rasa sakit semasa

buang air besar

Rawatan

Satu krim atau ovul

akan dimasukkan ke

dalam faraj anda,

atau ubat antifungus

seperti Diflucan.

Cara mencegah

• Pakai seluar dalam yang selesa serta diperbuat daripada kain kapas bagi

memudahkan aliran udara dan lelehan mudah menyerap.

• Jangan memakai seluar dalam semasa tidur. Cara ini boleh mengurangkan

risiko jangkitan.

• Kekal hidrat untuk membantu mengeluarkan toksin dalam badan. Minum

sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.

• Kerap buang air besar untuk membantu menghapuskan jangkitan yang disebabkan

oleh bakteria.

• Makan karbohidrat kompleks dan bijian penuh berbanding gula pasir bagi

membantu mengurangkan punca jangkitan.

• Kerap makan yogurt. Lactobacillus, secara semula jadinya ada pada yogurt,

merupakan probiotik yang menggalakkan penghadaman yang baik dan juga dapat

membantu mengelakkan jangkitan faraj.

64 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Bersenam

semasa

Hamil

Sekiranya anda tidak

mengalami isu atau

komplikasi kesihatan,

senaman semasa

mengandung membawa

banyak manfaat

kepada anda! Antara

faedah yang anda akan

perolehi termasuklah

ketenteraman perasaan

dan keterampilan fizikal

yang lebih menarik.

Tabiat bersenam dapat

meningkatkan tahap

kesihatan badan dan

seterusnya dapat

membantu melancarkan

proses kelahiran anda

kelak. Bersenam semasa

hamil mungkin juga dapat

membantu ibu hamil

kembali ke bentuk dan

berat badan asal dengan

lebih mudah selepas

melahirkan anak.

Mama & Si Manja Vol. 12

65

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Ramai wanita hamil berfikir dua kali

tentang bersenam kerana bimbang

kandungan mereka akan terjejas. Hakikat

sebenarnya, terdapat banyak jenis

senaman yang selamat dan bermanfaat

kepada ibu hamil! Antaranya adalah

berjalan, berenang, yoga, senaman arobik

khas untuk wanita hamil dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa soalan yang

sering ditanya (FAQ) tentang bersenam

semasa hamil. Semoga soalan-soalan

berikut serta jawapannya sekali dapat

membantu anda memahami apa yang

boleh dilakukan dan juga apa yang tidak

patut dilakukan ketika bersenam.

Apakah yang patut dielakkan

semasa bersenam?

Bersenamlah mengikut jadual yang

tetap dan bukannya sekali-sekala sahaja.

Selain itu:

• Jangan mengambil bahagian dalam

sukan kompetitif sebagai senaman.

• Jangan bertekad untuk

meneruskan senaman apabila anda

terasa apa jua gejala luar biasa.

• Jangan lakukan aktiviti yang

melibatkan imbangan badan

seperti sesetengah pergerakan

Yoga atau Pilates.

• Elakkan jenis senaman yang

memerlukan anda berbaring

terutamanya semasa trimester

terakhir anda.

• Jangan benarkan kadar denyutan

jantung anda mencapai lebih

daripada 140 denyutan seminit.

Benar atau tidak: Mesin treadmill

amat sesuai bagi wanita hamil?

Mesin ini adalah paling sesuai

terutamanya jika anda baru sahaja

mula bersenam. Aktiviti berjalan adalah

senaman kardiovaskular berimpak rendah

dan boleh memberi manfaat kepada

kesihatan keseluruhan anda. Namun

begitu, sila ambil perhatian tentang

perkara-perkara berikut:

• Mulakan senaman pada

tahap yang paling rendah dan

tingkatkan kelajuan pada kadar

yang selesa dan tidak keterlaluan.

• Behati-hati ketika naik atau

turun daripada mesin! Jangan

melangkah keluar daripada

mesin ketika ia sedang bergerak.

• Jangan bersandar ke depan

semasa menggunakan mesin

dan jangan mengenggam mesin

terlalu kuat.

• Pastikan postur badan

anda sentiasa betul semasa

menggunakan mesin.

• Pakai kasut yang betul. Dapatkan

nasihat daripada pelatih anda

tentang kasut senaman yang

sesuai untuk dipakai.

• Berhenti dengan serta merta

sekiranya anda berasa tidak

selesa, sukar bernafas atau

sukar untuk bertutur.

• Pastikan badan terhidrat

sepanjang latihan anda.

• Jangan lupa untuk melakukan

senaman memanaskan badan

sebelum bersenam dan

senaman menyejukkan badan

selepas bersenam.

66 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Adakah basikal pegun selamat

untuk wanita hamil?

Aktiviti berbasikal dengan basikal bergerak

tidak digalakkan kerana anda perlu

mempertimbangkan faktor-faktor seperti

keseimbangan dan juga keselamatan

di jalan raya. Namun begitu, aktiviti

berbasikal dengan mesin basikal pegun

bermaksud bahawa bakal ibu boleh

mengayuh basikal di dalam persekitaran

yang selamat dan selesa. Namun begitu,

wanita yang hamil pada trimester terakhir

tidak digalakkan menggunakan basikal

pegun kerana kesulitan yang mungkin

wujud semasa menaiki basikal.

Berhati-hati apabila anda naik dan

turun daripada basikal pegun. Semasa

menaiki mesin tersebut, duduk

mengikut sebelah tepi dahulu sebelum

mengangkat kaki. Berhati-hati sehingga

kedua-dua kaki mencapai kayuh basikal.

Elakkan daripada mengangkat kaki

dengan terlalu tinggi kerana ini boleh

menjejaskan pelvis anda.

Badan anda akan terasa semakin tidak

selesa apabila perut anda semakin

membesar. Berikut adalah tip-tip yang

boleh memberikan keselesaan semasa

menggunakan basikal pegun.

• Laraskan kayuh pada ketinggian

yang sesuai.

• Elakkan daripada bersandar terlalu

jauh ke hadapan.

• Sering periksa postur badan dan

tahap keselesaan anda.

Benarkah hanya wanita yang

aktif boleh bersenam dengan

selamat semasa hamil?

Hamil atau tidak, setiap tubuh badan

mempunyai kekuatan dan kelemahan

sendiri. Oleh itu, anda seharusnya

mendapatkan nasihat daripada doktor

sebelum memulakan apa jua jenis

senaman, tidak kira sama ada anda

seorang yang aktif atau tidak. Doktor

anda akan membantu anda menetapkan

matlamat yang realistik supaya anda boleh

bersenam dengan sihat tanpa sebarang

risiko. Secara amnya, kebanyakan wanita

hamil adalah disarankan untuk bermula

dengan program berjalan dan senaman

pelvis yang mudah.

Anda juga boleh melakukan regangan

lembut (gentle stretching) untuk tiga

hingga lima minit dan secara beransuransur

sehingga mencapai 10 minit. Aktiviti

berenang juga amat digalakkan kerana

ia membolehkan anda membentuk otot

kuat tanpa sebarang tekanan. Ingatlah

bahawa senaman semasa hamil bukan

untuk mengurangkan berat badan, tetapi

Mama & Si Manja Vol. 12

67

KEHAMILAN & KELAHIRAN

untuk kesihatan anda dan bayi. Wanita

yang hamil juga tidak digalakkan untuk

melakukan aktiviti senaman yang tidak

pernah dicuba sebelum ini.

Adakah perubahan suhu

badan semasa bersenam perlu

diambil kira?

Suhu badan perlu dikawal kerana suhu

yang terlalu panas boleh memberi kesan

buruk kepada bayi dalam kandungan.

Jaga suhu badan anda dengan meminum

air yang banyak dan berhenti bersenam

sebaik sahaja anda berasa tidak selesa.

Adakah bersenam seminggu

sekali memadai?

Wanita hamil harus merancang untuk

bersenam beberapa kali seminggu. Untuk

mengelakkan rasa bosan, ubah rutin

senaman anda dan jangan tertumpu pada

satu jenis aktiviti sahaja. Contohnya, anda

boleh melakukan aktiviti renang pada hari

Isnin, berjalan-jalan pada hari Rabu dan

menyertai kelas aerobik pada hari Jumaat.

Walau apa pun senaman yang dilakukan,

elakkan badan anda daripada berasa letih.

Anda kini berbadan dua. Oleh itu, stamina

anda juga kini berkurangan. Jangan paksa

diri untuk meningkatkan kekuatan badan

dalam jangka masa ini kerana ianya hanya

akan memudaratkan kesihatan anda.

Melakukan senaman secara sederhana

selama 30 minit beberapa kali seminggu

adalah mencukupi untuk kebanyakan

wanita mengandung.

Apakah maksud “Post

Workout Fatigue”?

Post Workout Fatigue (PWF) adalah

berkait dengan tahap keletihan anda

selepas bersenam. Ia adalah perkara

biasa untuk sesiapa pun yang tidak

biasa bersenam, termasuklah wanita

hamil. Sekiranya anda mengalami situasi

ini, mungkin anda telah mendorong

badan anda untuk bersenam dengan

keterlaluan pada hari sebelumnya.

Nilai semula senaman yang telah anda

lakukan untuk mengelakkan keletihan

yang melampau ini.

68 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Sebaik-baiknya, ringankan senaman

anda dengan hanya berjalan-jalan untuk

15 hingga 20 minit pada hari-hari yang

anda berasa letih. Ingat bahawa apa jua

jenis bentuk senaman, walaupun ianya

merupakan senaman ringan, adalah

cukup untuk anda menikmati hormon

positif seperti serotonin.

Benar atau tidak: Bahawa

senaman pada peringkat awal

kehamilan boleh menyebabkan

keguguran?

Kenyataan ini bersumber daripada para

pakar yang sering menasihati wanita

hamil untuk mengelakkan sebarang

aktivit yang berat semasa tempoh 12

minggu pertama kehamilan. Sebenarnya,

keguguran semasa trimester pertama

berlaku pada peringkat implantasi dan

tiada kaitan dengan aktiviti senaman

yang dilakukan. Untuk keselamatan,

teliti aktiviti anda dengan melakukan

senaman yang lebih ringan. Sekiranya

anda berasa kejang, hentikan segala

aktiviti dan dapatkan nasihat daripada

doktor dengan segera. Kekejangan tidak

semestinya menjadi petanda sebarang

isu serius, tetapi lebih baik untuk

berwaspada daripada menyesal.

Patutkah wanita hamil berisiko

tinggi bersenam?

Wanita hamil yang berisiko tinggi

sebenarnya tidak digalakkan untuk

melakukan apa jua jenis senaman.

Sekiranya anda masih berminat untuk

melakukan aktiviti fizikal, dapatkan

nasihat doktor. Doktor anda boleh

membantu anda memahami keadaan

dan faktor-faktor risiko sebelum anda

melibatkan diri dalam rutin senaman.

Dapatkan nasihat doktor anda sebelum

memulakan apa jua jenis senaman

sekiranya anda menjawab YA kepada

mana-mana soalan berikut:

• Adakah anda pernah mengalami

keguguran?

• Adakah anda mempunyai masalah

kesihatan seperti kencing manis,

masalah pernafasan, tekanan

darah tinggi atau masalah-masalah

yang berkaitan dengan tekanan

darah tinggi?

• Adakah anda mempunyai sejarah

melahirkan bayi pra-matang?

• Adakah anda hamil dengan

kembar dua, tiga atau lebih?

• Adakah anda kini mengalami

kekurangan berat badan?

• Adakah anda kini mengalami berat

badan yang berlebihan?

• Adakah anda mengalami

kecederaan belakang atau sendi

dan sebagainya?

Mama & Si Manja Vol. 12

69

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Pesanan untuk Ibu

Hamil Berkerjaya

Do’s & Don’ts

Bukan mudah untuk ibu hamil bekerja, terutamanya jika anda hamil

anak sulung, dan inilah pengalaman pertama anda. Ketahui cara untuk

menangani komplikasi-komplikasi yang bakal terjadi di tempat kerja

dan tips untuk mendapatkan kesihatan yang baik semasa hamil.

70 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Sesetengah wanita hamil akan

mengambil keputusan berat untuk

berhenti kerja (bagi menumpukan

sepenuh perhatian pada kehamilan

mereka), namun ada juga sesetengahnya

yang mampu untuk terus bekerja

semasa mengandung. Keadaan tubuh

dan beberapa komplikasi yang berlaku

semasa hamil mungkin memberikan

cabaran buat bakal ibu di tempat

kerja. Bagi mengekalkan kesihatan dan

produktiviti kerja, fahami serta ketahui

cara untuk menangani ketidakselesaan

semasa hamil yang kerap berlaku.

Mual-mual dan muntah

Ia dipanggil mabuk hamil. Masalah mualmual

dan muntah boleh berlaku bila-bila

masa sahaja. Bagi mengelakkan loya di

tempat kerja, elakkan daripada sebarang

benda yang boleh mendatangkan

keloyaan bagi anda seperti bau makanan

yang kuat atau bau kopi. Selain itu,

kerap makan untuk mengurangkan

keloyaan anda. Sediakan snek seperti

biskut atau makanan ringan lain di

tempat kerja anda. Air teh halia juga

mungkin boleh membantu!

Kelesuan

Anda mungkin akan berasa terlebih letih

semasa hamil memandangkan tubuh

anda bekerja kuat untuk menyokong

kehamilan di samping menangani

tekanan kerja yang ada. Jadi, bagi

membantu anda mengatasinya, anda

perlu makan makanan yang kaya

dengan zat besi dan protein. Kelesuan

merupakan salah satu simptom

yang disebabkan oleh anemia atau

kekurangan zat besi. Cara mengatasinya

adalah dengan menukar diet anda. Pilih

makanan seperti daging merah, ayam,

makanan laut, sayur-sayuran hijau, bijirin

penuh dan kekacang.

Mama & Si Manja Vol. 12

71

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Selain itu, anda boleh ambil rehat

sebentar seperti berjalan sekeliling,

meregangkan tangan dan kaki atau

mungkin berbaring sebentar untuk

melepaskan lelah. Pastikan juga air

kosong sentiasa ada di meja kerja anda

dan jangan lupa untuk minum air yang

mencukupi setiap hari.

Elakkan juga aktiviti berat dan dapatkan

banyak rehat terutama semasa hari

minggu. Jika anda perlu membeli

barang, lakukan membeli-belah secara

online. Minta tolong pasangan atau

upah orang untuk membersihkan rumah

anda. Meskipun anda sedang hamil,

jangan berhenti daripada melakukan

senaman kerana aktiviti fizikal ini

sebenarnya membantu meningkatkan

tahap tenaga anda- terutama jika

kerja anda hanya duduk memandang

komputer sahaja! Berjalanlah selepas

habis kerja ataupun sertai kelas pranatal.

Dapatkan tidur yang cukup bagi

membantu anda bertenaga pada

keesokannya. Masuk tidur awal dengan

mendapatkan tidur berkualiti iaitu antara

tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

Tidur mengiring ke sebelah kiri juga

dapat membantu memaksimakan kitaran

darah kepada bayi dan melegakan

masalah pembengkakan. Bagi

menambah keselesaan, letakkan bantal

di antara kaki anda dan di bawah perut.

Tidur

mengiring

ke sebelah kiri

juga dapat membantu

memaksimakan kitaran

darah kepada bayi dan

melegakan masalah

pembengkakan.

72 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Cari keselesaan

Sepanjang kehamilan anda, semua aktiviti

tidak kira berdiri, bangun atau duduk

akan jadi tidak menyelesakan buat diri

anda. Bagi menanganinya, bergeraklah

ataupun jalan-jalan di sekitar tempat

kerja anda untuk melegakan kesakitan

otot dan membantu menghalang

pengumpulan cecair pada kaki. Selain itu,

anda boleh juga cuba cara ini:

• Duduk - Gunakan kerusi boleh laras

untuk menyokong bahagian bawah

anda semasa duduk. Jika kerusi anda

tidak boleh laras, letakkan bantal kecil

atau kusyen untuk menyokong bahagian

belakang badan anda. Elakkan juga

daripada bersilang kaki!

• Berdiri - Jika anda mesti berdiri pada

jangka waktu yang lama, letakkan satu

kaki anda ke atas kotak atau bangku

kecil. Kemudian, tukar pula kaki sebelah

dan ulang dengan kerap. Selain itu,

pakai kasut yang selesa dan yang dapat

menyokong anda berdiri.

Tangani tekanan dengan baik

Tekanan di tempat kerja tidak dapat

dielakkan. Namun, anda perlu

sentiasa ingat akan bayi anda. Bagi

mengurangkan tekanan di tempat kerja,

cubalah cara di bawah:

• Kawal - Buat jadual harian dan

senaraikan kerja yang perlu anda

lakukan setiap hari. Utamakan kerja yang

penting. Jangan segan untuk meminta

bantuan daripada rakan sekerja anda

kerana dia pasti faham akan keadaan

anda kini.

• Suarakan - Jika anda rasa terbeban,

kongsi perasaan anda dengan pasangan,

rakan terdekat ataupun rakan

di tempat kerja.

• Relaks - Berlatih teknik pernafasan

untuk membantu anda mengosongkan

fikiran dan menolak jauh-jauh tekanan.

Sumber: www.mayoclinic.org

Mama & Si Manja Vol. 12

73

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Nyah Kesan

Regangan Kulit

Kesan regangan kulit ataupun stretch marks pada bahagian badan

akan terjadi kepada semua wanita yang mengandung. Ianya juga

salah satu perubahan fizikal mendadak yang boleh mengubah

penampilan tubuh anda dalam sekelip mata! Walaupun kesan

regangan tidak menyakitkan tubuh badan secara fizikal, namun ia

boleh mengugat imej dan keyakinan diri.

74 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Anda kini pasti sibuk dengan pelbagai

persediaan sementara menantikan

kedatangan si manja comel, tetapi adakah

badan anda juga menerima penjagaan

yang secukupnya? Agihkan masa dengan

sebaik-baiknya supaya tidak mengabaikan

kecantikan dan keperluan anda sendiri.

Ingat, ibu yang gembira selalu akan

menghasilkan bayi riang-ria!

Alamak! Adakah Saya

Mempunyai Kesan Regangan?

Keregangan pada kulit dikenalpasti

sebagai garis-garis pada kulit di bahagian

abdomen serta bahagian-bahagian badan

yang lain semasa kehamilan. Anda akan

mendapati bahawa kebanyakan tanda

regangan di perut disebabkan oleh

perkembangan bayi comel semasa 40

minggu mengandung. Kebiasaannya,

kulit manusia dapat menyesuaikan diri

dengan penambahan atau pengecutan

badan semasa bergerak atau apabila berat

badan berubah. Namun begitu, kulit kita

tidak cukup kenyal untuk berkembang

pada kadar perkembangan bayi. Hasilnya,

kesan pada kulit yang disebabkan oleh

perkembangan yang mendadak dikenali

sebagai kesan regangan kulit.

Kebanyakan wanita hamil mengalami

kesan regangan kulit pada bahagian

abdomen. Namun begitu, kesan

ini boleh juga muncul di bahagian

payudara, paha, pinggul, belakang

dan punggung. Secara amnya, kesan

regangan kulit akan muncul dengan

lebih nyata di bahagian badan yang

paling meregang dan membesar.

Selain daripada perut yang pesat

mengembang, ada juga yang percaya

kesan regangan kulit disebabkan

oleh perubahan hormon pada wanita

hamil. Hormon-hormon ini dipercayai

menyebabkan kulit menyerapkan lebih

banyak air, justeru merenggangkan

jalinan di antara serat kolagen di bawah

kulit badan. Pembentukan kesan

regangan kulit adalah hasil tisu kulit yang

telah menjadi lemah.

Kebanyakan wanita mengandung

selama bermingu-minggu tanpa

perlu bimbang tentang kesan

regangan kulit. Ini tidak bermaksud

yang parut-parut langsung tidak

akan muncul! Secara lazimnya,

parut regangan akan muncul pada

trimester terakhir kehamilan, iaitu

dari minggu ke-29 ke minggu ke-40

kerana inilah tempoh masa perut

anda akan mula membuncit.

Wanita yang berkulit cerah akan

mendapati kesan regangan kulit

berwarna merah jambu manakala

wanita dengan pigmen kulit gelap

akan perhatikan kesan regangan

kulit yang lebih cerah berbanding

dengan kulit di sekelilingnya.

Apakah Kaedah Untuk Elakkan

Kesan Regangan Kulit?

Pengamalan gaya hidup sihat boleh

mengurangkan kemunculan tanda

regangan, tetapi anda perlulah bersedia

menghadapi kenyataan bahawa

tiada cara yang boleh menjaminkan

bahawa badan anda akan 100% tidak

berparut. Namun begitu, cubalah untuk

mengamalkan petua-petua berikutnya

dalam gaya hidup anda semasa

mengandung supaya kesan regangan

kulit tidak terlalu nyata kelak.

Mama & Si Manja Vol. 12

75

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Misi No. 1: Makan Untuk

Tegangkan Kulit

Makanan yang kaya dengan serat

kolagen dan elastin adalah penting

untuk memastikan kulit tetap tegang

and elastik supaya dapat kembali

ke bentuk asal walaupun perut

mengembang dengan cepat. Antara

senjata rahsia yang disyorkan termasuk:

ÅÅ

Vitamin C dari buah-buahan sitrus,

lada benggala, kacang hijau, strawberi,

betik, kentang, brokoli dan tomato

ÅÅ

Zink dari daging merah, ayam,

kekacang, bijian penuh, bijirin yang

diperkaya, tiram dan produk tenusu

ÅÅ

Niasin (Vitamin B3) dari makanan

berprotein tinggi, bijirin, roti yang

diperkaya, daging, kacang dan telur

ÅÅ

Riboflavin (Vitamin B2) dari daging,

ayam, produk tenusu, ikan, bijirin

diperkaya dan telur

Misi No. 2: Bersenam Untuk Kulit

dan Tubuh Badan Cantik!

Waktu kehamilan adalah tempoh di

mana anda akan berkurangan tenaga

and lemah motivasti untuk bersenam.

Namun begitu, aktiviti fizikal boleh

membantu untuk mempertingkatkan

tahap tenaga, kurangkan perubahan

emosi, perbaiki corak tidur dan menaiki

imej anda sebagai wanita hamil moden.

Senaman juga merupakan cara yang

baik untuk mengurangkan pembentukan

kesan regangan pada kulit kerana ia

boleh memperbaiki peredaran darah,

justeru menjadikan kulit lebih anjal.

Peredaran darah yang baik akibat senaman

juga bermanfaat untuk mengurangkan

pembentukan vena varikos (varicose veins)

dan pembengkakan buku lali semasa

tempoh kehamilan.

Misi No. 3: Kelembapan

Yang Menyerlah

Kulit yang kering adalah lebih mudah

terdedah kepada kesan regangan

kulit. Oleh itu, cara paling baik untuk

mengelakkan masalah ini adalah

untuk memastikan kulit anda sentiasa

terhidrat dan lembut sepanjang masa

kehamilan. Selain daripada pemakanan

sihat dan senaman yang mencukupi,

anda juga perlu rajin menggunakan

produk sapuan yang dirumus khas

untuk memaksimakan keanjalan kulit

badan anda lalu meminimakan kesan

regangan kulit.

Sebaik-baiknya, sapukan produk

melembapkan kulit dua kali setiap hari

sebaik sahaja anda mandapat tahu anda

hamil. Semasa membeli produk tersebut,

pilihlah pelembap yang berasaskan

minyak kerana ia lebih berkesan untuk

mengekalkan kelebapan kulit, terutamanya

di bahagian yang mudah mendapat

kesan regangan kulit. Selain itu, produk

yang mengandungi Vitamin A, Vitamin E,

minyak pati lavender, koko dan badam juga

dikatakan amat berkesan untuk menangani

masalah kesan regangan kulit.

Walaupun amat mudah untuk

mengabaikan penjagaan diri, kaum

ibu perlulah rajin menjaga diri

supaya mempunyai keyakinan untuk

memperagakan pakaikan kesukaan

selepas melahirkan anak. Keyakinan diri ini

akan memanfaatkan kebahagiaan anda,

bayi dan si suami juga!

76 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Pilihan Pakaian

Semasa Hamil

Perut yang semakin membesar dengan penambahan berat

badan yang mendadak akan menjadikan pilihan pakaian

semakin mencabar! Adakah anda kini hanya memakai beberapa

helai pakaian yang sama sahaja setiap hari, atau adakah anda

selalu lewat ke tempat kerja kerana tiada pakaian yang muat?

Mama & Si Manja Vol. 12

77

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Janganlah biarkan masalah ini

mempengaruhi perasaan anda

sepanjang hari kerana setiap kehamilan

yang gembira bermula dengan bakal

ibu yang sentiasa riang! Walaupun

anda kini berbadan dua, penampilan

diri masih perlu dijaga. Sentiasa

kelihatan anggun dan menarik

walaupun dalam fasa hamilan.

Berikut adalah panduan yang boleh

membantu anda memilih pakaian sesuai

untuk dipakai semasa mengandung:

Utamakan Keselesaan

Kebanyakan wanita akur pada

kepercayaan bahawa beauty is

pain, tetapi moto ini tidak boleh

diaplikasikan kepada wanita hamil.

Ketepikan segala pakaian yang

tidak selesa, termasuk pakaian

ketat dan kasut tumit tinggi yang

boleh memudaratkan keselesaan

dan kesihatan anda untuk jangka

masa yang panjang. Kasut bertumit

tinggi boleh menampakkan kaki

panjang dan langsing tetapi ia tidak

sesuai untuk tapak kaki yang kini

berkembang dan boleh mengundang

bahaya. Sebaliknya, pilihlah kasut

yang mempunyai bukaan yang lebar

di hadapan supaya kulit anda boleh

bernafas dengan baik.

Wanita yang hamil juga berpeluh

dengan lebih banyak. Oleh itu,

pilihlah fabrik kain yang boleh

menyerap peluh dengan baik seperti

kain kapas. Seluar dalam yang selesa

juga boleh memberikan keselesaan

yang optima. Berikan lebih perhatian

kepada keselesaan berbanding

dengan fesyen kerana anda akan

mempunyai lebih banyak peluang

untuk memakai baju dalam seksi

selepas kelahiran anak.

Apa Yang Sedia Ada?

Masa Untuk Mengemaskan

Almari Anda!

Gunakan hujung minggu ini untuk

mengemaskan segala pakaian yang

ada. Pakaian yang hampir atau

langsung tidak muat lagi harus dilipat

dan diketepikan supaya ianya lebih

mudah untuk melihat apa yang anda

perlu beli dengan serta-merta. Secara

amnya, pakaian biasa masih boleh

dipakai sehinggalah perut anda mula

membuncit. Walaupun wanita harus

kelihatan cantik dan menarik setiap

masa (walaupun mengandung),

tetapkanlah perbelanjaan secara

cermat kerana pakaian untuk wanita

mengandung hanya akan dipakai

untuk tempoh beberapa bulan sahaja

sebelum si comel dilahirkan.

78 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Beli atau Tidak? Apa yang

Wanita Hamil Perlukan?

Apabila perut anda telah sarat, anda

mungkin teringin untuk sembunyikan

tubuh badan disebalik baju labuh

ataupun jubah. Cubalah pelbagaikan

corak pakaian supaya anda senantiasa

kelihatan dan berasa lebih ceria,

walaupun berbadan dua.

Ibu yang

mengandung

juga memerlukan

beberapa helai

seluar khusus

yang direka

khas untuk

menampung

pinggang yang

kian membesar.

Belilah beberapa

helai seluar

tersebut demi

keselesaan

anda. Seluar

khusus untuk

wanita hamil juga senang dipadankan

dengan pakaian lain dan boleh

menjimatkan masa anda semasa

memilih apa yang hendak dipakai.

kerana ia boleh juga menambah kepada

keselesaan badan.

Bentuk dan saiz coli yang sesuai untuk

payudara anda juga boleh membantu

pakaian yang kelihatan lebih cantik,

walaupun jika anda hanya gemar

memakai baju t-shirt. Sekiranya anda

tiada pengalaman, bincangkanlah niat

anda dengan jurujual supaya anda

boleh memilih baju dalam yang paling

sesuai untuk badan.

Kecantikan Bermula Dari Dalam

Ini adalah masa terbaik untuk

menunjukkan lengkungan yang baru

terbentuk pada badan hamil anda!

Laburlah dalam

beberapa helai

coli yang boleh

menampung

payudara anda

yang membesar

Mama & Si Manja Vol. 12

79

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Posisi

Kelahiran Terbaik

Di dalam era informasi ini, kita mahu mempercayai bahawa wanita

yang sedang bersalin tidak perlu lagi diposisikan berbaring agar tidak

bergerak, dengan kakinya diletakkan ke dalam stirrup dan disuruh

menolak. Posisi ini sememangnya sesuai bagi kebanyakan doktor,

kerana ia memberikan akses mudah dan pandangan yang jelas untuk

kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, apa yang baik untuk doktor

tidak semestinya yang terbaik untuk ibu yang sedang bersalin!

80 Mama & Si Manja Vol. 12

KEHAMILAN & KELAHIRAN

Posisi kelahiran optima

Terdapat beberapa posisi kelahiran yang

boleh anda cuba semasa peringkat

pertama dan kedua kelahiran. Asalkan

ia dibenarkan oleh doktor dan anda

berfikiran terbuka, posisi-posisi di bawah

mungkin dapat memberikan lebih

keselesaan dan kawalan semasa

anda bersalin.

1Duduk: Posisi ini boleh

meringankan kesakitan kontraksi

dan membolehkan graviti untuk

membantu bayi anda ke saluran

kelahiran. Anda boleh bersandar pada

katil atau riba suami anda, biarpun

anda telah diberikan

epidural atau

sedang memakai

monitor janin.

Dengan bergoyang

perlahan-lahan pada

posisi ini, kesakitan

kontraksi dapat

dikurangkan.

2Posisi merangkak: Kedudukan

merangkak adalah satu lagi cara

untuk memberi keselesaan dan

kawalan pada kelahiran belakang (back

labour). Kelahiran belakang adalah

apabila belakang kepala bayi menolak

tulang belakang anda. Kedudukan

ini membolehkan anda untuk

mencondongkan

pelvis anda dengan

lebih selesa dan

pada masa yang

sama membolehkan

pasangan anda

memberikan urutan

yang diperlukan

dan memberi tekanan (pressure) pada

tempat-tempat tertentu. Wanita yang

pernah bersalin dalam posisi ini akan

mengatakan bahawa ia membuka

pelvis dengan lebih mudah dan kuasa

graviti akan membantu membawa bayi

ke bawah dan keluar.

3

Mencangkung: Posisi ini baik

di peringkat akhir kelahiran

dan mungkin semasa kelahiran

itu sendiri. Mencangkung juga

membolehkan graviti bertindak untuk

membuka pelvis lalu memberi bayi

anda lebih ruang

untuk turun ke bawah.

Semasa mencangkung,

anda mungkin

memerlukan sokongan

pasangan anda atau

palang sokongan.

Bersandar pada palang

ini boleh melegakan

kaki anda.

4Melutut (pada kerusi): Ini

merupakan satu lagi kedudukan

untuk memudahkan kelahiran

belakang (back labour) kerana ia

menggalakkan bayi untuk bergerak

ke hadapan, mengurangkan tekanan

dari belakang

anda. Anda

juga boleh

bersandar

pada riba

pasangan

anda,

membolehkan

beliau mengurut belakang anda untuk

memberikan kelegaan yang lembut

dan menenangkan.

Mama & Si Manja Vol. 12

81

KEHAMILAN & KELAHIRAN

5Berbaring mengiring: Posisi ini

masih boleh diduduki sekiranya

anda diberikan epidural atau

sedang dipantau. Berbaring mengiring

lebih baik daripada berbaring terlantar

kerana ia tidak menekan vena-vena

utama di dalam badan anda (ini boleh

menyekat aliran

darah kepada

bayi anda).

Mengiring juga

membolehkan

suami anda

memberi urutan

lembut.

6Bersandar atau duduk di atas

bola kelahiran: Bola kelahiran

merupakan bola senaman

besar yang boleh dijadikan tempat

duduk atau bersandar

untuk meringankan

kesakitan kontraksi.

Posisi ini lebih selesa

dari mencangkung bagi

sesetengah wanita dan

posisi duduk membantu

membuka pelvik.

7

Bergoyang:

Bergoyang

ke

hadapan dan ke

belakang dengan

perlahan-lahan

sama ada di atas

kerusi goyang atau

bola kelahiran membolehkan pelvik

anda bergerak dan menggalakkan

bayi anda turun. Tambahan lagi,

anda boleh duduk di kerusi goyang

walaupun sedang dipantau.

8Berdiri atau

berjalan: Posisi

menahan sakit

kelahiran yang paling

kurang dimanfaatkan

adalah berdiri atau

berjalan. Walaupun

bunyinya agak pelik, ia

berupaya membantu

penurunan bayi anda

ke dalam pelvis dan

mengelakkan tekanan

daripada tertumpu di tempat tertentu.

Menurut Anne Frye dalam Holistic

Midwifery: A Comprehensive Textbook in

Midwives in Homebirth Practice, Vol. 2,

posisi kelahiran yang baik membolehkan

sacrum dan coccyx si ibu bebas bergerak

ke belakang, bahagian pelvis yang lain

untuk membuka dan memudahkan

kelahiran, dan kontraksi terus kuat dan

tetap. Si ibu seharusnya dapat memilih

posisi yang boleh memperbaiki kualiti

kontraksi dan kebolehannya meneran.

82 Mama & Si Manja Vol. 12

SENARAI SEMAK

Barang

Keperluan

Bayi &

Bakal Ibu

Memandangkan waktu bersalin anda semakin hampir,

sudah pasti banyak barang kelengkapan bayi yang

sudah anda sediakan. Takut jika anda tertinggal/

terlupa salah satu barang? Usah bimbang! Kami

sediakan senarai lengkap barang keperluan untuk anda

meraikan kedatangan si manja. Oh ya! Jangan lupa

juga persiapkan barang keperluan anda.

84 Mama & Si Manja Vol. 12

SENARAI SEMAK

PAKAIAN BAYI

Bayi baru lahir memerlukan beberapa

helai pakaian sehari sebagai persediaan

jika dia muntah atau bocor disebabkan

kencing atau membuang air besar.

Bilangan persalinan yang anda perlukan

bergantung kepada berapa banyak

helaian yang mampu anda cuci sehari.

Berikut merupakan cadangan untuk

persalinan bayi baru lahir:

• Baju dan seluar lengan pendek (4 set)

• Baju dan seluar lengan panjang (3 set)

• Baju tanpa lengan (2 set)

• Baju tidur (3 helai)

• Sarung tangan dan sarung kaki

(2 helai)

• Barut (3 helai)

• Topi (1)

• Jaket / kardigan (1)

KEPERLUAN PENYUSUAN

• Bantal penyusuan: sekurangkurangnya

1 bantal bagi memberi

keselesaan kepada si manja semasa

menyusu

• Alas dada: beberapa helai

mencukupi untuk memastikan

pakaian anak tidak mudah kotor

kerana susu tumpah atau muntah

• Napkin atau tuala kecil: untuk

lap mulut bayi jika susu tumpah

atau muntah

• Pam susu: penting untuk anda

menyimpan stok susu sewaktu bayi

tiada bersama anda

• Botol susu: walaupun anda

menyusukan bayi secara eksklusif,

anda masih memerlukan botol susu

untuk menyimpan susu yang dipam

• Berus pembersih botol:

memudahkan tugas ibu untuk

mencuci ruang sempit dalam botol

• Alat pemanas botol susu: jika anda

ibu bekerjaya, anda memerlukan alat

ini bagi memanaskan simpanan susu

yang diletakkan dalam peti ais

Mama & Si Manja Vol. 12

85

SENARAI SEMAK

KEPERLUAN LAMPIN

• Meja menukar lampin: meja

untuk anda meletakkan bayi semasa

menukar lampin

• Lampin: buat keputusan lampin

yang ingin digunakan; adakah lampin

kain atau lampin pakai buang?

Persiapkan 12 helai lampin setiap hari

sekurang-kurangnya untuk persediaan

beberapa minggu terawal

• Tisu basah: untuk membersihkan

bahagian bawah bayi anda terutama

semasa menukar lampin

• Krim lampin: pilihlah krim yang

mesra bayi supaya kulit bayi kekal

sihat dan lembut

• Beg lampin: memudahkan anda

untuk meletakkan kesemua

keperluan bayi dalam satu beg

terutama jika anda hendak

membawa bayi keluar rumah.

Pilihlah beg yang praktikal yang

turut mengandungi ruang untuk

anda menyimpan kunci, beg duit

dan telefon

86 Mama & Si Manja Vol. 09 12

SENARAI SEMAK

MASA TIDUR

• Katil bayi/ buaian:

walaupun bayi anda tidur

bersama anda, namun

katil/ buaian bayi masih

diperlukan

• Tilam: pilihlah tilam bayi

yang lembut bagi membantu

si manja tidur lena

• Cadar: sediakan dua atau

tiga helai cadar untuk

membalut tilam si manja

MASA MANDI

• Tab mandi bayi/ besen:

terdapat pelbagai pilihan

tab mandi bayi. Pilihlah yang

selamat untuk bayi. Lebih

baik jika anda cari tab mandi

yang mempunyai pelapik atau

tempat sandar

• tuala mandi bayi:

memastikan bayi kekal hangat

dan kering selepas mandi

• Peralatan mandian bayi:

termasuklah syampu, mandian

badan, losen, krim bayi dan

minyak urut bayi

Mama & Si Manja Vol. 12

87

SENARAI SEMAK

DANDANAN DIRI & KESIHATAN

• Putik kapas bayi: pastikan

putik kapas bayi anda bersaiz

kecil dan khusus untuk bayi bagi

memudahkan anda membersihkan

telinga bayi

• Pemotong kuku bayi: memotong

kuku halus bayi dengan cara

yang selamat

• Picagari dan alat penitis saline:

membantu melegakan hidung bayi

yang berhingus/ berair

• Sikat rambut bayi: pilih berus

yang lembut untuk menyikat

rambut halus bayi

• Kit kecemasan: boleh didapati

di farmasi

BERJALAN-JALAN

• Anduh bayi: memastikan

bayi anda sentiasa dekat

bersama anda dan

selamat

• Kereta bayi/stroller:

bagi bayi baru lahir,

anda tentunya inginkan

kerusi bayi yang boleh

dibaringkan

• Kerusi keselamatan

bayi: pastikan barang ini

dipasang sebelum bayi

anda lahir!

88 Mama & Si Manja Vol. 12 09

SENARAI SEMAK

KEPERLUAN IBU

• Coli penyusuan: memberi

keselesaan kepada payudara anda

dan memudahkan proses penyusuan

• Pakaian penyusuan: memudahkan

proses penyusuan di mana anda

boleh terus selak dan susu

• Pad penyusuan: pelapik kepada

payudara yang sering bocor/

tumpah susu

• Pelapik seluar dalam: mengelakkan

kebocoran di bahagian bawah seperti

terkencing

• Set berpantang: jamu dan

suplemen berkhasiat untuk keperluan

tubuh ibu selepas melahirkan bayi

• Krim puting: bagi melegakan

kekeringan dan sakit puting, atau

puting luka

BARANG LAIN

ÅÅSelimut bayi

ÅÅAlat mainan bayi

ÅÅKelambu

ÅÅPemantau bayi

ÅÅKerusi penyusuan

Mama & Si Manja Vol. 12

89

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Pilihan Makanan

Semasa Berpantang

Proses bersalin amat memenatkan di mana ibu-ibu akan kehilangan

banyak tenaga dan darah bagi memastikan bayi keluar dengan

selamat. Perkara paling penting yang perlu dilakukan selepas

bersalin adalah memastikan anda mendapat kembali tenaga dan

kesihatan anda. Caranya adalah dengan memilih makanan yang

betul semasa berpantang.

90 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Tidak kiralah jika anda mengikuti amalan

berpantang ataupun tidak, namun

kesihatan dan kesejahteraan tubuh perlu

dipelihara sebaik sahaja melahirkan bayi.

Secara tradisinya, tentu ada pemakanan

yang boleh anda ambil dan dilarang

ambil semasa berpantang. Pemilihan

makanan yang betul semasa berpantang

penting bagi mengembalikan semula

tenaga ibu baharu.

Makanan yang diambil semasa

berpantang perlulah secara sederhana

dan tidak berlebihan. Jika makanan

berlebihan diberikan (biarpun ada

khasiatnya pada tubuh), maka akan

menyebabkan mudarat pada tubuh

anda dan memberi kesan kepada

kesihatan. Bukan itu sahaja, anda juga

mungkin akan naik berat badan dan

mengalami masalah kesihatan yang lain.

Makanan yang kaya dengan herba

dan tonik akan memberi kesan kepada

susu badan anda jika diambil secara

berlebihan, sehingga menyebabkan

bayi anda hilang selera makan atau

mengalami masalah kembung perut.

mengehadkan amaun makanan harian

yang perlu diambil. Terus menyekat

makanan sebaik sahaja selepas bersalin

boleh memberi kesan buruk kepada

tubuh anda dan bayi, apatah lagi jika si

ibu dalam proses menyusukan bayi.

Ibu baru perlu memastikan

pengambilan nutrien penting yang

mencukupi seperti kalsium, protein,

karbohidrat, vitamin dan mineral untuk

cepat pulih selepas kelahiran dan juga

untuk tujuan penyusuan.

Ibu menyusu sudahpun kehilangan

banyak nutrien setiap hari semasa

menyusukan bayi. Oleh itu, jika nutrien

yang diberikan kepada bayi tidak

digantikan dengan makanan yang

berkhasiat, ini akan menyukarkan

ibu untuk menghasilkan susu yang

banyak buat bayi mereka. Diet semasa

berpantang bukan sahaja memberi kesan

kepada tubuh ibu, bahkan juga bayi.

Sebaik-baiknya, teruskan amalan

pemakanan yang anda ambil semasa

hamil bagi meningkatkan kesihatan

tubuh anda dan memastikan si

manja membesar dengan sihat serta

mendapat khasiat yang diperlukan untuk

tumbesaran dan perkembangan mereka.

Bukan masa untuk turunkan

berat badan!

Kebanyakan ibu berlumba-lumba untuk

menurunkan berat badan selepas

bersalin bagi mendapatkan semula

bentuk badan asal. Dengan itu, mereka

banyak berpantang makan dengan

Mama & Si Manja Vol. 12

91

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

5 MAKANAN PILIHAN SEWAKTU BERPantang

HALBA DAN BAYAM

Makanan seperti halba membantu meningkatkan penghasilan susu badan

ibu. Selain itu, pengambilan halba dalam makanan berpantang juga

dapat membantu menghilangkan rasa sakit pada sendi ibu selepas proses

bersalin. Sementara, sayuran seperti bayam yang kaya dengan

kalsium adalah makanan yang wajib diambil semasa

berpantang. Bayam juga kaya dengan nutrien lain

seperti vitamin A dan C, serat dan zat besi, yang

mana dapat menambah kiraan sel darah merah

dan membantu ibu cepat sembuh.

LADA HITAM

Lada hitam adalah sebagai pengganti kepada cili.

Secara tradisionalnya, lada hitam digunakan dalam

masakan berpantang bagi memberikan rasa pedas

dan panas pada badan ibu. Ini kerana, pori badan

dipercayai terbuka semasa proses bersalin, jadi, para ibu

digalakkan untuk mengambil makanan yang ‘panas’.

IKAN TENGGIRI

Membantu ibu merendahkan risiko meroyan atau

postpartum depression, meningkatkan fungsi otak dan

membantu mengembangkan sistem saraf bayi.

DAGING PEJAL

Ibu lepas bersalin memerlukan sekurang-kurangnya 19mg zat

besi sehari untuk membantu mengembalikan semula darah

yang hilang semasa proses melahirkan bayi. Jadi, anda memerlukan

daging pejal kerana tubuh anda boleh menyerap zat besi lebih baik

melalui sumber haiwan (seperti daging) berbanding melalui sayursayuran.

Daging boleh dimasak panggang, digoreng atau dibuat stew.

AIR

Paling penting untuk diambil semasa berpantang. Sebaik-baiknya, ibu

lepas bersalin perlu mengambil air kosong atau air panas/ suam untuk

pilihan penghidratan terbaik. Malah, kira-kira 88 peratus susu badan

mengandungi air, jadi amat penting untuk ibu yang menyusukan bayi

mengambil air yang mencukupi (8 gelas air kosong) setiap hari.

92 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Kekal Ramping Selepas

Melahirkan Bayi

Perubahan paling ketara pada tubuh anda selepas bersalin ialah

peningkatan berat badan. Jika dahulu anda bersaiz S atau M,

kini selepas bersalin saiz badan anda berubah kepada L atau XL.

BMI anda selepas bersalin juga berubah. Pasti ibu tidak sabar

untuk mendapatkan kembali susuk tubuhnya seperti asal. Ikuti 10

rahsia untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin dan

mendapatkan semula berat badan ideal anda!

Mama & Si Manja Vol. 12

93

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

1

Kawal diet harian

Elakkan daripada mengambil makanan

yang berkalori tinggi dan elakkan

minum air sejuk yang berlebihan. Walau

bagaimanapun, jangan biarkan diri

anda tidak bertenaga dengan menyekat

makanan kerana bayi anda memerlukan

zat dari badan anda untuk terus

membesar. Lebihkan makanan yang

mengandungi protein juga vitamin bagi

membina otot tubuh dan menganjalkan

semula perut yang menggeleber.

2

Tiada yang lebih baik daripada

susu ibu

Pemberian susu ibu bukan hanya dapat

mengeratkan jalinan ibu dan bayi sahaja,

bahkan juga dapat membantu ibu untuk

mendapatkan kembali susuk tubuh asal.

Ada ibu yang berpendapat dengan

memberikan susu badan kepada bayi

akan menyebabkan tubuh badannya

sukar langsing seperti asal kerana ibu

akan cepat lapar dan dahaga selepas

menyusukan bayi. Namun, sebenarnya,

apabila anda menyusukan bayi anda,

anda akan mengawal cara pemakanan

dengan mengambil makanan yang

benar-benar berkhasiat. Hal ini kerana

bayi bergantung kepada khasiat susu

badan anda.

Penyusuan dan pemakanan seimbang

dapat membantu anda menurunkan

berat badan kerana kalori akan dibakar

setiap kali sesi penyusuan. Selain itu,

penyusuan juga membantu pengecutan

rahim ibu.

3

Bergerak selepas makan

Bakar kalori anda dengan berjalan

santai kira-kira 25 langkah selepas

anda menikmati hidangan. Selain

dapat membakar kalori, aktiviti ini juga

dapat membantu makanan anda untuk

mudah hadam.

94 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

4Minum banyak

Dengan mendapatkan air yang

mencukupi, badan anda akan kekal

terhidrat. Walau bagaimanapun,

anda disarankan untuk minum air

kosong sekurang-kurangnya enam

6

gelas sehingga lapan gelas sehari

bagi mengelakkan dehidrasi. Air yang

mencukupi dalam badan membantu

anda untuk kurang rasa lapar. Ada

kajian yang menunjukkan, mereka yang

mendapat air yang mencukupi akan

meningkatkan tahap metabolisme tubuh.

Sarapan pagi dapat membantu tubuh

anda meningkatkan metabolisme

badan sekali gus menyebabkan kadar

pembakaran tenaga berlaku dengan

lebih cepat.

Elakkan bersulam air

Tahukah anda, makan bersulam air

akan memberikan kesan buruk kepada

sistem penghadaman tubuh? Selain

itu, makan berselang-seli dengan air

juga dapat membuatkan lemak pada

perut anda berkumpul dengan cepat

sekali gus meningkatkan insulin badan.

Sebab itulah, kita tidak digalakkan untuk

makan bersulam air.

Anda boleh menukar tabiat anda itu

dengan meminum air sebelum makan

dan selepas setengah jam makan.

Menurut kajian, dengan meminum air

sebelum makan dapat mengurangkan

berat badan anda dan meningkatkan

metabolisme tubuh badan.

5Ambil sarapan pagi

Jika ingin mendapatkan kembali

susuk asal tubuh, anda tidak boleh

meninggalkan sarapan pagi. Ramai yang

menganggap dengan terus menikmati

brunch (sarapan sekali dengan makan

tengahari) akan mengurangkan nafsu

makan mereka. Akan tetapi, sebaliknya

anda akan mengambil lebih banyak

makanan kerana memikirkan makanan

itu sebagai pengganti untuk sarapan

yang tidak diambil.

Mama & Si Manja Vol. 12

95

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

7Dapatkan tidur yang cukup

Setelah bergelar ibu, pasti waktu tidur

anda juga berubah. Kini, semakin sukar

untuk anda mendapatkan tidur lengkap

selama lapan jam sehari. Namun,

tahukah anda, ibu yang kurang tidur

akan membuatkannya lagi sukar untuk

menurunkan berat badan? Dalam

satu kajian, ibu baru yang tidur lima

jam sehari atau kurang adalah kekal

berada pada bentuk badan semasa

hamil berbanding dengan mereka yang

tidur tujuh jam sehari. Untuk itu, cuba

dapatkan tidur sekerap yang boleh

terutama semasa bayi anda tidur.

8Memakai bengkung

Memakai bengkung selepas bersalin

adalah warisan turun-temurun

daripada nenek moyang kita.

Amalan berbengkung ini dibuat bagi

membolehkan ibu untuk mendapatkan

kembali bentuk tubuh asal secara

semula jadi. Jika dilakukan secara

berdisiplin, berbengkung juga

dapat merampingkan pinggang ibu

dan memejalkan otot-otot badan

seperti pinggang, perut dan pinggul.

Berbengkung perlu dilakukan selepas

mandi pagi dan berurut serta sebelah

petang sehingga keesokan paginya.

9

Tetapkan sasaran

Bagi menambahkan semangat anda

untuk kembali langsing, anda perlu

membuat jadual dan menetapkan

sasaran untuk mengecilkan tubuh

badan anda.

Contohnya, anda membuat jadual setiap

bulan dan meletakkan sasaran bulan

pertama akan berkurangan dua kilogram,

bulan kedua berat anda akan berkurangan

lima kilogram dan seterusnya. Tidak salah

untuk anda meletakkan sasaran yang

tinggi asalkan relevan sebagai pemangkin

semangat anda untuk mencapai tahap

yang diinginkan.

96 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

10

Senaman beri tenaga

Siapa kata ibu selepas bersalin tidak

boleh melakukan senaman? Sama seperti

keadaan ibu hamil, senaman masih boleh

dilakukan oleh ibu selepas bersalin.

Caranya adalah dengan melakukan

senaman ringan sementara menantikan

luka anda sembuh. Antara senaman

ringan yang boleh anda cuba adalah

seperti berjalan di kawasan rumah anda

bagi melancarkan perjalanan darah.

Setelah luka sembuh atau selepas tiga

bulan anda berpantang, anda boleh

memulakan rutin bersenam dengan

cara bangkit tubi, lantai pelvik, senaman

kaki dan senaman abdomen. Senamansenaman

ini bertujuan untuk

mengempiskan perut anda, merapatkan

kembali otot faraj, membentuk otot kaki,

paha dan tangan serta membantu otot

abdomen anda.

Jika anda melakukan rutin senaman ini,

anda akan dapat melihat perbezaannya.

Bukan sahaja tubuh kembali ramping

tetapi juga badan anda akan lebih

bertenaga kerana menghasilkan beta

endorfin yang bertindak sebagai

penyegar badan.

11

Bersabarlah

Beri masa untuk tubuh anda kembali

ke bentuk asal. Dalam mencapai misi

mengurangkan berat badan dan kembali

ramping, jalanilah kehidupan anda seperti

biasa dan jangan tertekan! Ingatlah,

tekanan hanya akan membuatkan anda

sukar mencapai impian anda itu. Asalkan

anda berasa sihat dan bersedia, anda

boleh mulakan misi anda seawal usia bayi

anda enam bulan. Sementara itu, lakukan

perkara-perkara mudah yang boleh

membantu membuatkan tubuh anda

kembali langsing.

Mama & Si Manja Vol. 12

97

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Panduan Membeli

Pam Payudara

98 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Pam payudara banyak membantu ibu-ibu yang menyusukan bayi, di sini adalah cara

untuk memilih pam yang terbaik:

Adakah saya

memerlukan pam

payudara?

Jika anda

menyusukan bayi

tentu tiba masanya

bila anda perlu

memerah susu

lebihan. Anda juga

mungkin mahu

menyimpan susu buat

jangka panjang. Anda

boleh memerah,

membeku dan

menggunakan susu

bila-bila masa.

Berapa harganya?

Pam payudara yang tidak

berkuasa elektrik lazimnya

berharga di antara RM35

– RM98, sementara

pam payudara berkuasa

elektrik pula biasanya

berharga dari RM199.90 –

RM2,299.

Apa pilihan

yang ada?

Terdapat dua jenis pam

payudara. Anda boleh

memilih pam tanpa

elektrik yang dikendalikan

dengan kuasa tangan

atau pam elektrik yang

memerlukan kuasa bateri

atau punca elektrik.

Ada juga model yang

lebih efisien dan boleh

memerah susu dari keduadua

payudara pada masa

yang sama.

Apakah ciriciri

yang perlu

saya cari?

Dapatkan pam yang

mudah dipasang,

mudah digunakan

dan mudah

dibersihkan. Ia juga

haruslah selesa dan

efisien. Jika anda

bercadang membeli

pam elektrik, pilihlah

yang boleh berfungsi

menggunakan kuasa

bateri dan plug.

Yang mana

lebih baik?

Ia bergantung kepada

kekerapan dan di mana

anda akan mengepam

susu. Untuk kegunaan

harian, belilah sesuatu

yang mudah dan efektif

seperti pam elektrik.

Bila saya patut

membelinya?

Anda boleh mula

membezakan harga ketika

masih hamil. Tunggu

sehingga penyusuan bayi

telah tetap sebelum anda

mula memerah susu, lebih

kurang 6 minggu selepas

bayi lahir. Jika anda

atau bayi memerlukan

perhatian perubatan

sejurus selepas kelahiran,

anda mungkin tidak dapat

menyusu serta-merta.

Anda boleh menyewa

pam dari hospital untuk

memulakan laktasi.

Mama & Si Manja Vol. 12

99

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Bolehkah saya

menyewanya?

Ya, anda boleh

menyewa pam

bergred hospital di

hospital atau melalui

perkhidmatan khas.

Apa lagi yang saya

perlukan?

Anda akan memerlukan

botol-botol simpanan,

label, berus botol,

pencuci botol susu khas

dan alat pensteril.

Adakah anda

bekerja atau mahu

pergi berjalanjalan?

Jika anda akan pulang

ke tempat kerja, belilah

pam yang ringan dan

mudah alih. Anda juga

akan memerlukan beg

berpenebat dan segala

kelengkapan yang

perlu untuk memerah

susu di luar rumah.

Peringatan...

Botol penyimpan susu lazimnya muat pada model tertentu sahaja. Pastikan

pam payudara yang anda beli versatil dan boleh digunakan dengan pelbagai

botol penyimpan.

100 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Susu Ibu

Tiada Tandingannya!

Susu ibu lebih bernilai daripada wang, malahan susu ibu disamakan

seperti nutrisi emas untuk si manja. Hal ini kerana, melalui penyusuan

susu badan, ibu bukan setakat memberikan nutrisi terbaik dan semula

jadi kepada bayi mereka, bahkan juga proses penyusuan adalah

lambang cinta dan kasih ibu kepada si manja. Pemberian susu badan

eksklusif untuk enam bulan pertama adalah yang terbaik.

Mama & Si Manja Vol. 12

101

PENJAGAAN BAYI

Susu ibu: Pilihan semula jadi

terbaik untuk bayi anda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) dan Kementerian Kesihatan

Malaysia menyarankan bayi baru lahir

diberikan susu ibu bagi enam bulan

pertama selepas dilahirkan. Mereka

juga menggalakkan ibu untuk terus

memberikan susu ibu sehingga usia bayi

dua tahun walaupun bayi telah mula

beralih kepada makanan pejal.

Semua doktor bayi di seluruh dunia

bersetuju bahawa susu ibu merupakan

makanan terbaik untuk bayi anda. Bayi

bukan hanya mendapat khasiat untuk

jangka masa pendek, tetapi juga untuk

jangka panjang. Kajian menunjukkan

bayi yang diberikan susu badan kurang

menghidap penyakit semasa tahun

pertama selepas kelahiran mereka.

Selain itu, bayi yang menyusu badan

juga kurang berisiko mendapat penyakit

tekanan darah, kencing manis dan

kolesterol tinggi apabila besar nanti.

Makanan lengkap

Bermula lahir sehingga bayi

berusia enam bulan, ibu hanya

perlu menyusukan bayi secara

eksklusif kerana susu ibu sudah

cukup lengkap dan menepati

keperluan nutrisi bayi. Maksud

eksklusif ialah bayi tidak

perlu diberikan makanan lain

termasuk air.

Susu ibu mengandungi

sekurang-kurangnya 400

nutrien, hormon dan kuasa

melawan penyakit, yang tidak

dapat diperolehi daripada susu

formula. Komponen utama yang

ada dalam susu ibu ialah lemak,

laktos dan protein yang berfungsi

sebagai sumber tenaga,

membantu perkembangan otak

bayi dan struktur tubuh bayi

serta membina otot.

102 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Mulakan penyusuan

Ramai ibu yang bertanyakan

bilakah waktu yang sesuai untuk

mereka memulakan penyusuan

bayi. Hal ini kerana selepas

melahirkan bayi, lazimnya bayi

akan menghabiskan masa

mereka untuk tidur. Bayi perlu

diberikan susu dalam tempoh

satu jam selepas kelahiran. Antara

kebaikan menyusukan bayi lebih

awal selepas melahirkan adalah

bagi merangsang laktasi atau

penyusuan, membantu pengecutan

rahim dan mengurangkan

kehilangan darah, merupakan

imunisasi pertama bayi, melegakan

jaundis serta merapatkan jalinan

ibu dan bayi.

Berapa banyak susu yang bayi

anda perlukan pada tempoh

permulaan?

Ibu selalu risau jika susu badan mereka

tidak mencukupi untuk bayi. Namun,

tahukah anda payudara anda akan

menghasilkan susu yang secukupnya

untuk keperluan bayi anda?

Bagi bayi yang baru lahir, kolostrum

yang anda hasilkan adalah bilangan

yang secukupnya untuk penyusuan

pertama bayi. Lazimnya, bayi baru lahir

memerlukan susu antara 5ml hingga

7ml pada hari pertama dan kedua

selepas kelahirannya.

Permintaan susu akan meningkat

kepada 20ml hingga 40ml pada hari

ketiga dan keempat selepas kelahiran

serta 40ml hingga 60ml pada hari

kelima hingga tujuh.

Semakin kerap anda

menyusukan bayi, semakin

banyak badan anda akan

menghasilkan susu.

Mama & Si Manja Vol. 12

103

PENJAGAAN BAYI

Baik untuk bayi, baik untuk anda

Susu ibu bukan sahaja memberi

manfaat kepada bayi, tetapi juga

kepada anda. Bayi yang menyusu

badan akan mendapat nutrisi

yang seimbang dan meningkatkan

kemampuan kognitif mereka.

Selain itu, susu ibu juga dapat

meningkatkan imunisasi tubuh

bayi dan mengurangkan risiko

jangkitan penyakit. Menurut kajian,

bayi menyusu badan juga kurang

mengalami alergi dan kurang masalah

obesiti semasa besar.

Ibu yang menyusukan bayi pula akan

mengalami kurang risiko kanser dan

kemurungan selepas bersalin. Selain

itu, penyusuan juga membantu rahim

ibu untuk mengecut dan membantu

mengembalikan kelangsingan tubuh ibu

seperti sebelum hamil.

104 Mama & Si Manja Vol. 12

5 perkara anda perlu tahu

tentang penyusuan:

1. Susu ibu boleh disimpan pada suhu

bilik selama empat hingga 10 jam.

2. Susu ibu mengandungi antibiotik

untuk bayi baru lahir.

3. Anda boleh mengepam susu ibu

menggunakan tangan, pam manual atau

pam elektrik mengikut kesesuaian dan

keselesaan anda.

4. Untuk mengepam susu badan, anda

memerlukan pam susu, botol atau beg

penyimpan susu dan beg penyejuk.

5. Puting dan payudara anda tidak perlu

dibasuh sebelum mula mengepam.

Sekiranya anda memerlukan nasihat

atau sokongan, hubungi perunding

laktasi atau doktor anda. Selamat

menyusukan bayi!

PENJAGAAN BAYI

Penjagaan Tunggul

Tali Pusat Bayi

Semasa dalam kandungan, bayi menerima kesemua khasiat

makanan yang mereka perlukan melalui plasenta atau uri, yang

bersambung dengan rahim ibu. Perantaraan antara plasenta

dengan bayi adalah tali pusat.

Mama & Si Manja Vol. 12

105

PENJAGAAN BAYI

Semasa lahir, tali pusat akan diasing dan

dipotong serapat-rapatnya dengan bayi,

meninggalkan tunggul tali pusat pada

bayi, yang lama-kelamaan akan kering

dan tertanggal.

Sementara menantikan tunggul tali

pusat tertanggal, penjagaan tunggul

tali pusat perlu diberikan perhatian bagi

mengelakkan jangkitan. Bagaimana

cara untuk menjaganya? Berikut kami

sediakan langkah-langkah yang perlu

untuk anda ikuti:

BERSIH & KERING

Jika tunggul tali pusat kelihatan

kotor atau melekit, bersihkannya

dengan berhati-hati menggunakan

kain lembut yang bersih bersama air

kosong. Sebelum ini, ramai ibu bapa

yang menggunakan alkohol untuk

membersihkan tunggul tali pusat semasa

proses menukarkan lampin bayi, akan

tetapi, kajian terbaharu menunjukkan

bahawa tunggul tali pusat akan lebih

cepat baik tanpa alkohol 1 . Jadi, ibu bapa

disarankan untuk mengikut nasihat yang

diberikan oleh doktor atau bidan anda

tentang penjagaan tunggul tali pusat.

Selain itu, biarkan tunggul tali pusat

bayi terdedah kepada udara segar

sekerap mungkin bagi membantunya

cepat kering. Elakkan daripada

menutup kawasan tunggul tali pusat

bayi semasa memakaikan si manja

lampin, dan elakkan juga daripada

terkena air kencing.

PAKAIAN BAYI

Bagi mempercepatkan tunggul tali

pusat cepat kering dan tertanggal,

pakaikan bayi anda pakaian yang selesa

dan tidak ketat. Elakkan memakaikan

si manja pakaian jenis one piece seperti

rompers atau bodysuit. Pakaian-pakaian

jenis ini tidak memberikan aliran udara

yang baik kepada tubuh badan anak

anda. Juga, jangan pakaikan bayi

anda pakaian yang terlampau ketat

pada bahagian perutnya. Tujuannya

adalah supaya tunggul tali pusat anda

mendapat aliran udara sebanyak

mungkin bagi cepat pulih.

106 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

BELUM SAMPAI MASA

UNTUK BERENDAM

Sebagai ibu bapa baru, anda pasti

tidak sabar untuk menikmati masa

memandikan anak. Sabar, Mama! Belum

masanya untuk anda berendamkan

si manja di dalam besen atau tab

mandian. Bagi mengelakkan jangkitan,

hanya lapkan badan bayi anda

menggunakan span mandi dan elakkan

daripada meletakkan bayi di dalam

tab mandian. Sebaik sahaja tunggul

tali pusat tertanggal dan luka telah

sembuh sepenuhnya, anda sudah

boleh memandikan bayi di dalam besen

ataupun tab mandian.

JANGKITAN

Ambil berat jika berlaku jangkitan pada

tunggul tali pusat bayi, kerana ia mungkin

boleh membawa kepada infeksi yang

mengancam nyawa, iaitu omphalitis.

Tanda-tanda jangkitan adalah seperti:

• Pangkal tunggul timbul kemerahmerahan

atau bengkak

• Pangkal tunggul masih berdarah selepas

beberapa hari pertama kelahiran

• Nanah kekuningan atau berwarna

putih pada tunggul

• Tunggul mengeluarkan bau

yang busuk

• Bayi anda menunjukkan tandatanda

sakit terutama semasa anda

menyentuh kawasan tunggul

tali pusatnya

Segera bawa bayi berjumpa dengan

doktor jika anda lihat tanda-tanda di atas.

Anda juga perlu segera berjumpa doktor

jika tali pusat si manja masih berdarah.

JANGAN TARIK!

Meskipun anda rasa geram apabila

melihat tunggul tali pusat tergantung

pada pusat anak anda, namun elakkan

daripada menarik tunggul tersebut! Kulit

bayi anda masih belum kuat lagi, jadi ia

mungkin boleh membawa kepada luka

dan jangkitan jika tunggulnya ditarik.

Biarkan tali pusat kering dan tertanggal

dengan sendiri.

Apabila tunggul

tertanggal

Semasa tunggul tali pusat

tertanggal, anda mungkin akan

lihat berlaku sedikit pendarahan.

Walau bagaimanapun, ia tidak

seharusnya timbul nanah atau

sekeliling kulit menjadi merah dan

bengkak. Jika perkara ini berlaku,

bawa anak anda segera bertemu

dengan doktor kerana ini juga

tanda-tanda jangkitan.

Rujukan:

1. www.medscape.com/viewarticle/497030,

Trends in Umbilical Cord Care: Scientific

Evidence for Practice

Mama & Si Manja Vol. 12

107

PENJAGAAN BAYI

Teknik Perah dan

Simpan Susu

Setiap ibu pasti ingin memberikan yang terbaik kepada bayi

mereka. Salah satunya adalah dengan cara menyusukan bayi.

Menyedari akan khasiat susu badan kepada bayi, para ibu

mendambakan untuk menyusukan bayi dan memberikan bayi

penyusuan eksklusif sehingga usia bayi enam bulan. Namun,

ibu berkerjaya khususnya berdepan dengan masalah-masalah

tertentu untuk meneruskan penyusuan bayi mereka terutama

apabila tamat tempoh cuti bersalin.

108 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Terdapat situasi di

mana ibu tidak dapat

memberikan penyusuan

secara terus kepada bayi

mereka disebabkan oleh

beberapa faktor. Walau

bagaimanapun, itu

bukanlah alasan untuk

para ibu menghentikan

penyusuan susu ibu kepada

bayi. Malahan, tidak

mustahil untuk para ibu

termasuklah suri rumah

dan ibu berkerjaya untuk

meneruskan pemberian

susu badan sehinggalah

usia anak dua tahun.

Biar apapun halangan

yang ibu tempuhi,

terdapat pelbagai cara

untuk mereka menjayakan

penyusuan susu ibu asalkan

para ibu mempunyai

ilmu penyusuan yang

mencukupi. Justeru,

amatlah penting untuk

para ibu mengikuti kelas

penyusuan semasa hamil

sebagai persediaan awal.

Selain itu, ibu juga boleh

mendapatkan maklumat

menerusi buku dan majalah

keibubapaan ataupun

melalui carian di internet.

Jika anda mengalami

masalah untuk

meneruskan penyusuan

badan, salah satu cara

yang perlu anda lakukan

adalah dengan mematuhi

kaedah memerah dan

menyimpan susu ibu.

MEMERAH SUSU

Sebagai ibu bekerjaya,

bayi anda tidak akan

berada di sisi anda

semasa anda bekerja.

Walau bagaimanapun,

anda masih boleh

memberikan bayi

susu ibu dengan cara

memerah susu ibu tiga

jam sekali di tempat

kerja bagi merangsang

pengeluarannya.

Ibu perlu memerah

susu badannya bagi

mengurangkan masalah

bengkak pada payudara,

melegakan masalah

duktus tersumbat dan

mengelakkan mastitis,

untuk membantu

mengekalkan pengeluaran

susu (terutama bagi

ibu yang berjauhan

dengan bayi), untuk

membekalkan susu

kepada bayi pramatang,

bayi yang mengalami

kurang berat badan dan

bayi yang menghadapi

masalah untuk menghisap

puting serta sebagai

alternatif pemberian

susu badan kepada ibu

yang mengalami masalah

puting luka atau melecet.

Bagi merangsang

pengeluaran susu,

anda perlu berada

dalam keadaan

tenang. Anda juga

boleh melihat gambar

bayi anda untuk

mendapatkan mood

merangsang susu

keluar. Selain itu,

sebelum memerah

susu, anda boleh

menuam sekitar

payudara dengan

menggunakan

air suam.

Mama & Si Manja Vol. 12

109

PENJAGAAN BAYI

Terdapat dua kaedah

perah susu yang ibu

boleh lakukan:

1Perah menggunakan

tangan atau teknik

marmet. Memerah

menggunakan tangan

selalunya dibuat semasa

hari pertama hingga

ketiga selepas kelahiran.

Caranya, anda perlu

memastikan tangan

anda dalam keadaan

bersih dan sediakan

bekas serta steril. Urut

payudara anda dengan

menggunakan gel

pengurut payudara. Anda

juga boleh menggentel

puting payudara untuk

memberikan rangsangan

pengeluaran susu.

• Buat pegangan

‘C’ pada payudara

dengan keadaan

ibu jari diletakkan

atas areola dan jari

telunjuk di bawah

areola.

• Tekan payudara

dan kemudian, picit

lembut di keduadua

bahagian

hujung areola tadi

selama dua saat

serta lepaskan.

• Teruskan memicit

lembut sehingga

susu keluar.

• Teruskan memerah

payudara lagi satu

dengan turutan

yang sama.

2Perah menggunakan

pam. Bagi

menggunakan kaedah

pam, pemilihan pam

yang berkualiti adalah

penting. Ibu disarankan

untuk membaca panduan

penggunaan dan

pembersihan pam yang

disertakan ketika anda

membeli pam tersebut.

Terdapat tiga jenis pam

yang dijual di pasaran

iaitu pam manual, pam

bateri atau pam elektrik.

Sama seperti teknik

marmet, anda perlu

memastikan tangan

anda bersih

sebelum

mengepam

susu.

Anda

masih

perlu merangsang

puting payudara

supaya susu

mudah keluar.

• Posisikan puting

payudara ke dalam

corong pam.

• Mula mengepam

dengan kelajuan

rendah (jika anda

menggunakan

pam bateri atau

pam elektrik).

• Kemudian, laraskan

kelajuan mengikut

keselesaan anda.

• Masa mengepam

adalah antara 10

minit sehingga

20 minit.

110 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

MENYIMPAN SUSU

Ibu disarankan untuk

memerah dan membuat

simpanan stok susu

seawal satu atau dua

minggu selepas kelahiran.

Pada tempoh awal

selepas kolostrum habis,

pengeluaran susu adalah

banyak ketika ini. Sebaikbaiknya,

ibu memerah

susu ketika berkelapangan

terutama jika merasakan

masih ada lebihan susu

pada payudara anda

selepas bayi menyusu.

Penting untuk ibu

melabelkan bekas

penyimpanan susu sebaik

sahaja habis setiap sesi.

Ibu perlu meletakkan

tarikh dan waktu perahan

untuk mengetahui

tempoh bilakah susu

tersebut boleh digunakan.

Susu yang siap diperah

boleh disimpan di

dalam botol susu

bebas BPA atau beg

simpanan susu.

CARA MENYIMPAN

SUSU IBU (EBM)

Susu ibu mengandungi

sel hidup. Justeru itu,

susu perlu disimpan

dengan baik bagi

memastikan kandungan

nutriennya terpelihara.

Susu yang baru diperah

boleh berada pada suhu

bilik tidak lebih daripada

empat jam atau lapan

jam jika berada di dalam

bilik berhawa dingin yang

bersuhu kurang dari 25°C.

Walau bagaimanapun,

tempoh ini hanya boleh

untuk bayi yang dalam

keadaan sihat sahaja. Jika

bayi kurang sihat atau lahir

pramatang, susu yang

baru diperah tidak boleh

ditinggalkan langsung.

Susu ibu juga boleh

disimpan di dalam peti

sejuk yang bersuhu antara

2 hingga 4°C dan hanya

boleh disimpan selama

dua hingga tiga hari.

Bagi susu yang disimpan

di dalam tempat

pembeku, tempoh

simpanan adalah selama

dua minggu untuk peti

sejuk satu pintu dan tiga

bulan untuk peti sejuk

dua pintu.

Info untuk penyediaan

susu ibu

• Gunakan susu ibu

yang disimpan

dengan segera selepas

mengeluarkannya

daripada peti sejuk.

• Susu yang telah

diperah perlu

disuamkan terlebih

dahulu sebelum

diberikan kepada bayi.

• Susu yang telah

dibekukan perlu

dibiarkan cair dengan

meletakkannya di

dalam peti sejuk

selama enam hingga

lapan jam atau

letakkan bekas

simpanan susu di

bawah laluan air paip.

• Rendamkan bekas susu

yang telah diperah di

dalam air suam.

• Susu yang telah

dikeluarkan dari peti

sejuk mesti diberikan

kepada bayi dalam

tempoh satu jam.

• Susu ibu yang telah

dinyahbeku tidak boleh

disimpan semula dalam

peti sejuk ataupun

tempat pembeku.

• Susu ibu tidak

boleh dipanaskan di

microwave kerana

kandungan nutrisinya

akan hilang.

Sumber: www.myhealth.

gov.my

Mama & Si Manja Vol. 12

111

PENJAGAAN BAYI

BEDUNG:

Boleh @ Tidak?

Membedung bayi merupakan amalan turun-temurun yang

sekian lama diamalkan oleh nenek-moyang kita. Namun,

kini amalan membedung bayi dikatakan tidak lagi relevan

untuk dipraktikkan kepada si manja. Benarkah persepsi

itu? Bersama Uswatun Hasanah, Konsultan Baby Cry

untuk mengetahui tentang amalan turun-temurun ini.

112 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Berabad lamanya, amalan bedung

telah wujud di dunia. Imej para ibu

‘membalut’ dan memasukkan bayi ke

dalam gendongan seterusnya menggelek

bayi di sisi atau belakang badan, bukan

imej asing bagi mana-mana masyarakat

pun. Sudah tentu, tujuannya adalah

untuk memudahkan ibu membuat kerja

atau berjalan dari satu tempat ke satu

tempat yang lain.

APAKAH MANFaat BEDUNG

KEPADA BAYI PULA?

Memberikan sensasi sentuhan

1 berpanjangan

Kulit adalah organ terbesar manusia.

Sentuhan pula adalah yang paling

mententeramkan deria kita. Bedung

membaluti tubuh bayi dengan sensasi

sentuhan berpanjangan. Setiap dari kita

tahu akan nikmat sentuhan. Namun bagi

bayi kecil, ia bukan sekadar nikmat atau

keseronokan yang dirasakan, malah,

lebih daripada itu. Sentuhan ibarat

penyambung nyawa buat bayi kecil!

Bayi yang diberikan susu namun

dinafikan untuk dipegang atau didukung

akan sama ada ‘terencat’ atau mati.

Tiada sentuhan maka tiadalah sensasi

deria. Tiada sensasi ransangan deria,

maka tiadalah isyarat yang dihantar ke

otak. Sudah tentu, membedung tidaklah

seenak berada di dalam dakapan ibu.

Namun, ia adalah alternatif terbaik

selepas dakapan ibu pada waktu-waktu

di mana ibu tidak dapat mendukung

atau mendakap bayi.

Bedung mengelakkan bayi

2 daripada pergerakan luar kawalan

Perhatikan imej fetus semasa di dalam

kandungan. Ia kelihatan seperti

seorang ahli gimnastik yang sedang

melipat keseluruhan badannya dan

terapung di dalam suatu ruang yang

sempit. Kehilangan dinding rahim

melenyapkan ‘halangan’ yang dimiliki

sebelum ini. Maka, sedikit keresahan

boleh segera mengaktifkan reflek Moro

bayi dan memulakan gerakan luar

kawalan tangan dan kakinya diikuti

dengan tangisan.

Reflek moro atau reflek kejatuhan ini

adalah tindak balas bila mana bayi

merasa kehilangan sokongan pada

badannya secara tiba-tiba ibarat sedang

jatuh dari suatu tempat yang tinggi.

Kebiasaannya, bayi akan mendepakan

tangan dan membuka kesemua jarinya.

Ia adalah reflek yang hadir pada semua

bayi sehingga usia 4-5 bulan. Maka, ibu

akan sedari kerapnya bayi kecil mereka

tersentak dan mula menangis atau terus

terjaga dari tidur apabila tidak dibedung.

Mama & Si Manja Vol. 12

113

PENJAGAAN BAYI

Membedung membantu bayi

3 fokus kepada cubaan anda

mententeramkannya

Bayi yang sedang tenggelam di dalam

kitaran tangisan dan jeritannya sendiri

sukar untuk keluar dari situasi tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila tangan dan kakinya

bergerak di luar kawalan. Ia bukan sahaja

sukar buat bayi malah, menyukarkan

orang dewasa yang ingin memegang

bayi dalam cubaan mententeramkannya.

Bedung juga menghalang henjutan baru

akibat pergerakan luar kawalan yang

mampu menghidupkan semula kitaran

tangisan bayi.

GARIS PANDUAN BEDUNG

Terdapat pelbagai cara atau gaya

bedung. Malah, bedung moden

yang membanjiri pasaran memberi

pelbagai alternatif buat para ibu. Apa

jua bedungan yang ingin digunakan,

ia haruslah mematuhi beberapa garis

panduan berikut;

Tidak boleh longgar

1 Bedungan yang longgar tidak akan

mencapai manfaat membedung yang

telah disenaraikan. Ia bukan sahaja

mudah terlerai malah, membahayakan

andai kain bedungan mula menutupi

muka bayi. Gunakan kain bedung yang

cukup lebar agar balutan menyelimuti

keseluruhan badan bayi dan dapat

diketatkan. Ketat yang dimaksudkan di

sini adalah cukup untuk membuat satu

balutan yang kemas dan menyelesakan

bayi, bukannya untuk mendatangkan

ketidakselesaan atau kesukaran buat

bayi. Andai anda risau bedungan terlalu

ketat, cuba masukkan tangan anda di

antara bedungan dan dada bayi. Jika ia

dapat dilakukan, maka bedungan anda

adalah baik- baik sahaja.

114 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Membedung dengan tangan

2 ke bawah

Walau dalam bedungan yang cukup

ketat, membedung dengan tangan

membengkok akan memudahkan tangan

bayi terselinap keluar dan memburaikan

keseluruhan ikatan.

Tidak menyakitkan pinggang dan

3 ‘mengunci’ kaki bayi

Bahagian yang perlu diberi perhatian

untuk mengehadkan pergerakan luar

kawalan adalah tangan bayi, seperti di

dalam panduan ke-2 tadi. Bedungan

tidak seharusnya menyakitkan pinggang

bayi atau menyekat terus kaki bayi

daripada dapat dibengkokkan atau

digerakkan. Amalan membedung begini

dapat mengakibatkan hip dysplasia atau

masalah pembentukan sambungan pada

pinggang bayi.

Kain bedungan tidak menyentuh

4 muka atau pipi bayi

Kain bedungan yang mengenai muka

atau pipi bayi, ia boleh mengaktifkan

‘rooting reflex’ iaitu tindak balas bayi

memalingkan muka dan mengikuti

objek yang menyentuh pipinya dalam

cubaan ‘menangkap’ objek tersebut

untuk dihisap. Ia refleks yang biasa

terutama ketika bayi lapar. Kain

bedungan yang mengenai pipinya akan

mengaktifkan reflek tersebut berulang

kali hingga bayi merasa keliru, kecewa

dan menangis disebabkannya.

Pastikan bayi tidak kepanasan

5 Jika anda khuatir bayi akan tidak

selesa akibat kepanasan, cuba periksa

jari dan telinga bayi anda. Jika terasa

panas, kelihatan merah dan berpeluh,

bayi sedang kepanasan. Pilih kain bedung

yang menyerap peluh dan tidak tebal.

Kain batik adalah antara pilihan terbaik.

Ketika cuaca panas, pakaikan bayi

dengan baju yang nipis atau bedung

dengan bayi hanya memakai lampin.

Mama & Si Manja Vol. 12

115

PENJAGAAN BAYI

Seeloknya mulakan membedung

6 tidak lewat dari usia 3 bulan

Kerana tujuan meniru sebarang

sensasi rahim adalah untuk membantu

penyempurnaan proses peralihan dari

dunia rahim ke dunia luar rahim, maka

bedung boleh dimulakan pada bila-bila

masa pada 3 bulan pertama. Bukan

bermakna menjadi kesalahan andai anda

baru ingin memulakan bedung pada

usia yang lebih lewat dari itu. Tetapi

pada kebanyakan masa, bayi sudah

pandai menghisap jari dan mengekalkan

jarinya di dalam mulut pada usia 4 bulan.

Membedung berkemungkinan besar

akan membuat bayi marah kerana tidak

dapat menghisap jarinya lebih-lebih

lagi kerana mereka tidak kenal apa itu

bedung. Malah, sebahagian bayi telah

menguasai kemahiran membalikkan

badan untuk meniarap sekitar usia

4 bulan. Ia mungkin menyukarkan

jika baru hendak memperkenalkan

bedung pada usia sebegini namun tiada

salahnya mencuba. Ini kerana, walau

sesetengah bayi telah sedia bercerai

bedung sekitar usia 3-4 bulan, ramai bayi

yang tidur lebih lena ketika dibedung

dan memerlukannya sehingga sekitar

mencecah usia 1 tahun.

SALAH FAHAM

berkaitan BEDUNG

“Bayi saya tidak gemar dibedung.

Dia marah dan menangis lebih

kuat jika dibedung..” -Antara

dakwaan popular tentang bedung.

Bayi kecil tidak faham dengan apa

yang cuba anda lakukan termasuk

cubaan anda membedung untuk

membantunya bertenang. Namun,

berhenti di tengah jalan atau

menganggap bayi anda bencikan

bedung hanyalah satu salah faham

yang biasa. Helahnya, jika bayi

anda dari kategori bayi sensitif atau

colic (sawan tangis), membedung

sahaja selalunya tidak cukup

untuk mententeramkan mereka.

Ia harus disusuli dengan kelakuan

mententeramkan, misalnya

membuai atau/ dan memasang

bunyian yang mendamaikan bayi.

Sumber:

Bystrova K, et al. The effect of Russian

Maternity Home routines on breastfeeding and

neonatal weight loss with special reference to

swaddling. Early Human Development, 2007;

83, 29-39.

Bystrova K, et al. Early lactation performance

in primiparous and multiparous

Women in relation to different maternity

home practices. A randomised trial in St.

Petersburg. International Breastfeeding

Journal. 2007; 2:9

Moore ER, Anderson GC. Randomized

controlled trial of very early mother-infant

skin-to-skin contact and breastfeeding

status. Journal of Midwifery & Women’s

Health.2007;52;116-25.

116 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Patuhi Jadual

Vaksinasi

Dahulu, penyakit seperti campak, difteria, cacar air dan pertussis

menjadi pembunuh utama bayi dan kanak-kanak. Sehinggalah

munculnya vaksin pertama yang dicipta oleh Edward Jenner dalam

menghalang jangkitan cacar. Dan sehingga kini, vaksin masih lagi

digunakan sebagai tujuan untuk mencegah sebarang jangkitan

penyakit-penyakit berbahaya terutama kepada bayi dan kanak-kanak.

Mama & Si Manja Vol. 12

117

PENJAGAAN BAYI

Setiap ibu bapa pastinya mengambil

berat akan hal kesihatan dan kebajikan

anak-anak. Namun, disebabkan khabar

angin yang bertebaran di dalam

media sosial dan internet sekarang

menyebabkan segelintir ibu bapa yang

bertindak menolak ‘kewajipan’ yang

sepatutnya anak mereka perolehi.

Perkara paling ketara adalah tentang isu

vaksinasi anak. Pengalaman kejayaan

vaksinasi dahulu dalam membantu ramai

bayi dan kanak-kanak tidak dihiraukan

oleh segelintir ibu bapa kini. Hal ini

berlaku ekoran pelbagai desas-desus

mengenai status vaksin ataupun kesan

vaksin kepada manusia, menjadikan ibu

bapa waswas dan bertindak menolak

vaksin dalam kehidupan mereka

sekeluarga. Akibatnya, anak-anak mereka

yang akan menerima kesan disebabkan

sikap degil ibu bapa ini.

MENGAPA VAKSIN PENTING?

Vaksinasi memainkan peranan penting

dalam perkembangan kesihatan bayi dan

anak kecil di seluruh dunia. Sesetengah

penyakit berjaya dikawal dengan

mengunakan vaksin seperti hepatitis,

pertussis, tetanus, meningitis, demam

campak dan cacar.

Vaksin ialah virus atau bakteria yang

mati atau dilemahkan. Bakteria atau

virus akan diproses melalui salah satu

cara iaitu mendedahkannya kepada

haba yang tinggi atau mengubah unsur

genetik sel mereka. Bakteria atau virus

ini kemudiannya dijadikan vaksin dan

dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara

disuntik atau dimakan. Vaksin bertindak

membantu sistem imun tubuh bersedia

kepada sebarang jangkitan penyakit.

118 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

VAKSIN, VAKSINASI DAN

IMUNISASI

Apakah perbezaan antara vaksin,

vaksinasi dan imunisasi? Jika anda

masih samar-samar tentang perkara ini,

teruskan membaca.

Vaksin: Produk yang mengandungi

organisma pembunuh dan pelemah

yang menghasilkan imuniti kepada

penyakit.

Vaksinasi: Suntikan atau pelalian

vaksin yang disuntik terus ke badan

untuk menghasilkan imuniti dalam

tubuh bagi menentang penyakit.

Imunisasi: Proses di mana manusia

atau haiwan dilindungi daripada jangkitan

penyakit. Vaksin akan menyebabkan

imunisasi, namun ada sesetengah jenis

penyakit pula memberikan imunisasi

kepada individu selepas dia pulih daripada

penyakit tersebut.

PERLINDUNGAN DARIPADA

PENYAKIT BERBAHAYA

Vaksinasi adalah selamat dan efektif.

Setakat ini, vaksinasi merupakan

perlindungan terbaik untuk mencegah

jangkitan penyakit yang berbahaya.

Kesemua vaksin ini telah melalui

pemantauan dan penyelidikan yang

rapi selama bertahun-tahun oleh

doktor, saintis, pakar dan kerajaan

bagi memastikan ianya selamat untuk

diberikan kepada individu.

Vaksinasi dapat melindungi kanak-kanak

daripada penyakit yang berbahaya dan

perlindungan kepada komplikasi yang

memudaratkan akibat penyakit tersebut

seperti kudung pada tangan atau kaki,

lumpuh anggota badan, hilang deria

pendengaran atau pekak, sawan,

kerosakan pada otak dan kematian.

Sekiranya seseorang kanak-kanak

itu tidak divaksin, mereka boleh

menyebarkan penyakit kepada

kanak-kanak lain (khususnya yang

belum mencapai tahap umur untuk

menerima vaksin yang dijadualkan)

atau kanak-kanak yang lemah sistem

imun badannya, seperti mereka yang

mengalami kanser atau penyakit

berbahaya lain. Perkara ini akan

memberi komplikasi jangka panjang

kepada individu tersebut atau boleh

juga menyebabkan kematian. Penyakit

yang boleh dihindari melalui vaksin

seperti campak, beguk ataupun batuk

kokol boleh memberikan ancaman

kepada individu lain.

Mama & Si Manja Vol. 12

119

PENJAGAAN BAYI

LINDUNGI ANAK ANDA DENGAN PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN

Setiap ibu bapa perlu tahu akan keperluan vaksin kepada bayi mereka. Di Malaysia,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan imunisasi wajib yang perlu

diambil bagi setiap bayi. Bagaimanapun, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama

ada untuk mendapatkan imunisasi tambahan untuk bayi mereka. Jadual mengenai

vaksin wajib juga turut disediakan oleh KKM. Justeru itu, tidak ada alasan untuk ibu

bapa tidak mengetahui tarikh yang diperlukan untuk membawa anak mereka ke

hospital atau klinik.

Jadual imunisasi wajib:

Bayi baru lahir

BCG

Hepatitis B- dos pertama

1 bulan Hepatitis B- dos kedua

Dos pertama:

• DtaP

2 bulan

• Polio

• Hib

Dos kedua:

• DTaP

3 bulan

• Polio

• Hib

Dos ketiga:

• DTaP

5 bulan

• Polio

• Hib

Hepatitis B- dos ketiga

6 bulan

Measles (Sabah sahaja)

MMR- dos pertama

9 bulan

JE (Sarawak sahaja)

12 bulan MMR- dos kedua

Dos tambahan:

• DTaP

18 bulan

• Polio (IPV)

• Hib

120 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

PELABURAN BERBALOI UNTUK

VAKSIN TAMBAHAN

Terdapat beberapa jenis vaksin penting

yang tidak termasuk dalam NIP,

antaranya ialah vaksin cacar air, hepatitis

A, influenza, demam kepialu, taun,

rotavirus, meningokokal, pneumokokal

dan banyak lagi.

Vaksin tambahan ini jika diberikan

kepada kanak-kanak boleh mencegah

epidemik dan penyebaran wabak

penyakit. Walau bagaimanapun, vaksin

tambahan tidak disediakan secara

percuma, sebaliknya ibu bapa perlu

melabur sedikit demi memastikan

anak mereka sihat dan selamat. Vaksin

tambahan boleh didapati di hospital dan

klinik swasta di seluruh Malaysia.

SINGKATAN VAKSINASI

BCG: Basile Calmette-Guerin

(terlindungan terhadap

Tuberkulosis)

DtaP: Difteria, Tetanus,

accellular Pertussis

Hib: Haemophilus Influenzae

type B

MMR: Mumps (beguk),

Measles (campak), Rubella

JE: Japanese Encephalitis

IPV: Inactivated Poliovirus

Jadual imunisasi tambahan:

Pneumokokal (conjugated vaccine)

Meningokokal

Rotavirus

Varicella (cacar air)

Hepatitis A

Selepas usia 6 minggu- dos pertama

*lengkapi 3 dos pada umur 1 tahun

Satu dos vaksin memberi imuniti selama

3 tahun

Selepas usia 6 minggu- dos pertama

12 bulan- 12 tahun: 1 dos

1 tahun dan ke atas- 2 dos dengan jarak

vaksin di antara 6 hingga 12 bulan

Mama & Si Manja Vol. 12

121

PENJAGAAN BAYI

Kelahiran Semula

Lampin Kain

Jika ditanya kepada ibu bapa masa kini, rata-rata mereka

menggunakan lampin pakai buang untuk keperluan bayi mereka.

Penggunaan lampin pakai semula atau lampin kain atau pun

cloth diapers dianggap ketinggalan terutama bagi ibu yang

berkerjaya. Kebenarannya, segelintir mereka ini kurang peka

akan evolusi lampin kain masa kini. Justeru itu, kupasan kali ini

memperkenalkan kepada Mama di luar sana ‘kelahiran semula’

lampin kain dan kebaikannya.

122 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Mana satu pilihan ibu bapa?

Tatkala berbicara mengenai lampin, sudah tentu setiap ibu bapa lebih gemar memilih

lampin pakai buang atau disposable diapers untuk anak mereka. Sesetengah ibu bapa

ada yang sedari kecil sudah mendedahkan anak mereka kepada penggunaan lampin

pakai buang. Lantaran tidak hairanlah jika semakin banyak jenama lampin pakai

buang diperkenalkan di pasaran pada masa kini dek kerana sambutan yang amat

menggalakkan daripada ibu bapa moden zaman sekarang.

Apabila disebut sahaja lampin kain, kebanyakan ibu bapa membayangkan kain

berwarna putih yang perlu dilipat membentuk segi tiga dan disematkan dengan pin

lampin. Cukup-cukuplah dengan bayangan anda itu kerana sekarang lampin kain

sudah mengalami evolusi baharu seiring dengan zaman moden pada masa kini. Malah,

lampin kain kini fungsinya sudah sama seperti lampin pakai buang. Mari kita senaraikan

mengapa ibu bapa masa kini lebih gemar menggunakan lampin pakai buang.

Tanggapan ibu bapa moden mengenai lampin pakai semula dan lampin pakai buang

Lampin Pakai Semula

Lampin Pakai Buang

= Leceh

= Membazir masa

(perlu dicuci dan dikeringkan)

= Tidak praktikal

= Kotor

= Berbau busuk

= Tidak kemas

= Tidak menarik

= Mudah

= Menjimatkan masa

(pakai dan buang)

= Praktikal terutamanya untuk

ibu berkerjaya

= Bersih dan selesa

= Bayi sentiasa segar dan harum

= Kemas dan mudah dipakai

= Corak pada lampin menarik

Mama & Si Manja Vol. 12

123

PENJAGAAN BAYI

Realitinya...

Adakah anda dapat terima jika

kami nyatakan tanggapan anda

itu sama sekali silap?

Tibalah masanya untuk anda membuka

minda dan mengetahui ‘kelahiran

semula’ lampin kain yang dahulunya

berwarna putih dan kini.... pelbagai

warna, pelbagai corak dan fleksibel dari

segi saiz.

Lampin kain masa kini telah dinaik

taraf dari segi corak dan warna, namun

kegunaannya masih sama. Lampin kain

ini memainkan fungsi yang sama seperti

lampin pakai buang tetapi perbezaannya

adalah lampin kain boleh dibasuh dan

diguna semula selepas dipakai.

Masih lagi nampak renyah? Mari kita

tinjau kebaikan dan manfaat lampin kain

kepada ibu bapa dan bayi.

Lebih ekonomi

Anda umpamakan lampin kain ini

seperti baju yang anda akan basuh

dan pakai semula. Jika dilihat dari segi

kewangan, anda dapat berjimat lebih

banyak sekiranya menggunakan lampin

kain. Ya lampin kain kini harganya lebih

mahal daripada lampin pakai buang

yang paling rendah berharga 30 sen

sekeping (harga ketika promosi mengikut

jenama tertentu), namun cuba anda kira

kos anda membeli lampin pakai buang

selama tiga tahun atau lebih dengan kos

sekali anda membeli lampin kain.

Kebanyakan ibu bapa menghabiskan

antara enam ribu hingga lapan ribu

keping lampin pakai buang untuk

seorang anak sebelum anak itu

pandai menggunakan tandas. Jika

dikira kos lampin, ibu bapa akhirnya

membelanjakan begitu banyak wang

hanya untuk seorang anak dan

malangnya barang tersebut tidak boleh

diguna semula untuk anak yang lain.

Jika anda menggunakan lampin kain,

mungkin perbelanjaan awal akan

kelihatan banyak tetapi jika diukur dalam

jangka masa panjang, pelaburan anda ini

adalah berbaloi kerana lampin kain untuk

seorang anak boleh digunakan untuk

anak yang lain.

124 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Kulit bayi anda juga lebih sihat kerana

tidak terdedah dengan bahan kimia yang

terdapat pada lampin pakai buang.

Lebih selamat dan sihat untuk

bayi anda

Mungkin tidak ramai ibu bapa yang

menyedari akan kehadiran bahan

kimia dalam lampin pakai buang.

Dioksin, bahan sampingan yang terhasil

daripada proses meluntur kertas di

dalam pembuatan lampin pakai buang

membawa kesan negatif kepada bayi.

Menurut kajian, kebanyakan bayi baru

lahir yang diberikan lampin pakai buang

menghidap ruam lampin.

Bukan itu sahaja, lampin pakai buang

juga mengandungi sodium polyacrylate

yang berfungsi untuk memudahkan

penyerapan pada lampin. Bahan ini akan

bertukar kepada gel apabila basah sekali

gus menyebabkan kulit bayi menjadi

sensitif jika terdedah lama kepada bahan

ini.

Bayi yang berkulit sensitif juga mudah

mendapat ruam lampin dengan

memakai lampin pakai buang kerana

kurang aliran pengudaraan.

Sementara itu, lampin kain yang diketahui

diperbuat daripada kain kapas semula jadi

sudah tentunya memberikan keselesaan

kepada bayi anda. Bayangkan anda sendiri

yang memakai pakaian yang diperbuat

daripada kain cotton, sudah tentu

keselesaannya berbeza dengan pakaian

yang diperbuat daripada bahan lain.

Mudah dibasuh

Jika ada lagi ibu bapa yang

menggunakan alasan bahawa lampin

pakai semula renyah dan meletihkan

kerana perlu dibasuh setiap hari,

mungkin anda tidak tahu lampin kain

kini sudah boleh dibasuh menggunakan

mesin basuh.

Anda hanya perlu membuang kotoran

yang terdapat pada lampin dan

meletakkannya dalam mesin basuh.

Bagaimanapun, jangan gunakan sabun

pembasuh yang mengandungi bahan

peluntur kerana akan merosakkan lampin.

Gunakan sabun pembersih yang mesra

bayi sama seperti yang anda gunakan

untuk membasuh pakaian bayi anda.

Lampin kain juga perlu ditukar selang

dua atau tiga jam penggunaan. Biarpun

ia nampak sedikit rumit namun lamakelamaan

pasti ibu bapa akan biasa dari

segi penukaran dan pembersihan lampin.

Mama & Si Manja Vol. 12

125

PENJAGAAN BAYI

Tambahan pula, saiz lampin kain

juga pelbagai dari saiz bayi baru lahir

sehinggalah ke saiz besar seperti xl.

Warnanya yang cantik dan coraknya

yang menarik juga membuatkan bayi

anda kelihatan comel dan seperti

memakai seluar.

Mesra alam

Pemilihan lampin pakai semula pastinya

menjadikan anda seorang yang

berbakti kepada alam sekitar dengan

mengurangkan risiko pencemaran

alam. Penggunaan bahan Tributyltin

(TBT) dalam lampin pakai buang

mencemarkan alam sekitar dan

menyebabkan kos untuk pemulihan

alam sekitar semakin bertambah.

Mudah digunakan

Jika zaman dahulu, kebanyakan ibu bapa

baru perlu belajar cara untuk memakaikan

lampin bayi dengan cara melipat dan

menggunakan penyepit, namun kini tidak

lagi kerana pemakaian lampin kain kini

sama seperti lampin pakai buang.

Cepat belajar ke tandas

Menurut kajian, bayi yang memakai

lampin kain lebih cepat belajar membuang

air di tandas kerana senang merasa

ketidakselesaan jika terkencing atau

terbuang air besar di dalam lampin.

Mereka lebih cepat membezakan

permukaan yang basah dan kering.

Justeru itu, mereka ini lebih mudah diajar

untuk pergi ke tandas sekiranya ingin

membuang air.

Nota: Lampin kain lazimnya terdiri

daripada tiga bahagian:

= Lampin luar (sarung)

= Penyerap

= Pelapik

126 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Penggunaan

Anduh Bayi:

Selamatkah?

Anduh bayi atau baby carrier boleh jadi selamat dan

boleh jadi tidak selamat untuk si manja anda. Apabila

digunakan dengan betul, anduh akan jadi selamat

untuk bayi anda manakala jika tidak digunakan dengan

betul, anduh bayi akan membahayakan nyawa si manja

terutama kepada bayi yang berumur 4 bulan ke bawah.

Mama & Si Manja Vol. 12

127

PENJAGAAN BAYI

Bayi mempunyai otot leher yang lemah

dan mereka tidak dapat mengawal kepala

mereka terutama semasa bulan-bulan

pertama selepas kelahiran. Bayangkan

jika fabrik anduh bayi menekan hidung

dan mulut mereka, sudah tentu bayi

anda akan mengalami kesukaran untuk

bernafas, sekali gus menyebabkannya

lemas. Bayi juga lazimnya akan diletakkan

pada posisi dagu mereka menunduk ke

dada ibu bapa, dan posisi sedemikian

akan mengehadkan aliran udara dan

bekalan oksigen bayi, serta menghalang

bayi untuk menangis meminta tolong dan

mudah kelemasan.

Perkara yang perlu anda tahu ialah,

bayi yang lahir pramatang atau kurang

berat badan (kurang daripada 2.5

kilogram) berisiko untuk lemas jika

diletakkan di dalam anduh bayi. Selain

itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya

tidak meletakkan bayi yang mengalami

masalah pernafasan seperti selesema

dalam anduh bayi.

Jika bayi anda mengalami salah satu

daripada keadaan tersebut, anda

dinasihatkan supaya tidak menggunakan

anduh bayi dan mendapatkan nasihat

doktor sebelum menggunakannya.

Bagi anda yang bercadang untuk

menggunakan anduh bayi, ambillah

langkah-langkah yang perlu untuk

mengurangkan risiko. Cara-caranya ialah:

• Baca arahan yang disertakan pada

anduh bayi dengan teliti. Periksa semula

berat minimum pada anduh sebelum

menggunakannya pada si manja.

• Pastikan aliran udara bayi tidak

terhalang. Pastikan juga muka si manja

tidak ditutupi dengan anduh dan anda

dapat memantaunya sepanjang masa.

• Berhati-hati ketika penyusuan. Jika

anda menyusukan bayi di dalam

anduh, pastikan anda ubah posisi si

manja selepas menyusukannya supaya

kepalanya dapat menghadap muka

dan tubuh anda.

• Berhati-hati semasa menunduk.

Semasa menggendong bayi, jika anda

ingin menunduk untuk mengambil

barang atau sesuatu, bengkokkan

lutut anda berbanding menundukkan

pinggang. Keadaan ini akan

membantu memastikan bayi anda

terletak selamat di dalam anduh.

• Kerap perhatikan bayi. Pastikan si

manja anda kekal berada pada posisi

yang selamat.

• Pastikan anduh dalam keadaan baik.

Periksa tali atau kain anduh sebelum

meletakkan bayi anda.

• Gunakan anduh bayi yang sesuai

dengan berat dan umur si manja.

Sumber: www.mayoclinic.org

128 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Si Manjaku

Gemar Mandi!

Satu lagi cabaran dalam penjagaan bayi bagi ibu bapa baru

adalah tentang cara untuk mengendalikan bayi semasa mandi.

Pertama kali memandikan bayi sudah tentunya memberikan

pengalaman berbeza buat anda. Justeru itu, setiap ibu bapa

wajar mengetahui cara pengendalian yang betul dalam

memandikan bayi anda supaya aktiviti mandi si manja jadi

lebih menyeronokkan.

Mama & Si Manja Vol. 12

129

PENJAGAAN BAYI

Ketahui suhu yang sesuai

Bayi yang baru dilahirkan amat sensitif

kepada kesejukan. Sewaktu memandikan

bayi, anda perlu pastikan suhu air yang

digunakan tidak terlalu panas dan

tidak pula terlalu sejuk. Sebaik-baiknya,

mandikan bayi anda dengan air suam

supaya badannya tidak terkejut dengan

suhu baru yang disentuhkan pada

tubuhnya. Suhu air yang dicadangkan

ialah anggaran 37°C.

Anda boleh memastikannya dengan

menggunakan termometer khas untuk

menyukat suhu air. Bagaimanapun, jika

anda tidak mempunyai termometer,

anda boleh mencelupkan siku anda di

dalam air bagi menguji suhu air sebelum

memandikan bayi.

Selain itu, anda perlu pastikan suhu bilik

berada dalam keadaan yang baik sebelum

dan selepas memandikan bayi. Pastikan

suhu bilik anda cukup panas dan selesa

untuk bayi.

Peringatan!

Bayi yang baru dilahirkan hanya cukup

dimandikan sehari sekali bagi menjaga

kelembapan kulitnya. Tambahan pula, bayi

tidak berpeluh seperti kanak-kanak dan

130 Mama & Si Manja Vol. 12

orang dewasa. Sebagai alternatif, anda

boleh lapkan badannya menggunakan

tuala yang telah direndamkan dengan air

suam pada waktu petang.

Sediakan tab mandian

Bagi memudahkan anda untuk

memandikan bayi, sediakan tab mandian

khas bayi atau besen mandian. Sebelum

membawa bayi anda ke bilik mandi,

sediakan dahulu air mandian dan

letakkannya di dalam tab mandian.

Setelah anda memastikan suhu air

mandian bersesuaian, barulah anda boleh

membawa bayi untuk dimandikan.

Cara memandikan bayi

Sediakan tempat rata yang bersih

seperti meja menukar baju sebelum

memandikan bayi anda. Pastikan

juga peralatan menyiapkan bayi

selepas mandi turut diletakkan di atas

meja tersebut sebelum anda mula

memandikan bayi anda.

Tanggalkan baju dan lampin bayi

serta letakkannya di meja menukar

baju. Lapkan wajah bayi anda dengan

menggunakan kain dan air bersih.

Kemudian, basuh muka bayi anda

dan lap sehingga kering. Jangan lupa

untuk mengelap kawasan telinga

dan hidungnya.

Sewaktu membasuh rambutnya, gunakan

syampu khusus untuk bayi kerana ia tidak

akan memedihkan mata si manja anda.

PENJAGAAN BAYI

Kawasan yang berlipat seperti bahagian bawah telinga, bawah lengan, bawah perut,

leher, tengkuk dan sekitar paha dan alat sulitnya biasanya agak berdaki. Penggunaan

bebola kapas dapat membantu menghilangkan daki dengan mudah.

Setelah selesai memandikan si manja anda, lapkan seluruh badannya dengan tuala yang

lembut sehingga kering.

Balutkannya dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikannya lampin. Selepas

itu, selimutkan bayi dan peluklah dia bagi memanaskan badannya.

Sediakan keperluan mandian bayi

SEBELUM memandikan bayi!

u Tuala bayi

u Lampin bersih

u Air mandian suam

u Bekas mandian bayi mengikut saiz badan bayi

u Span mandian

u Berus lembut untuk membersihkan kepala bayi

u Syampu rambut

u Mandian badan

u Kapas

u Baju bersih dan selesa

Aksesori mandian tambahan

Alat sokongan bayi - Diperbuat daripada rangka besi dan berlapik kain lembut.

Anda boleh meletakkannya ke dalam tab mandian dan membaringkan bayi anda

di atasnya. Ini bermakna bahawa tangan anda bebas untuk memandikan bayi dan

membasuh rambutnya.

Alat pemegang tab mandian (Bath Stand) - Dengan alat ini, anda tidak perlu lagi

membongkok atau mencangkung untuk memandikan

bayi anda. Ia amat berguna bagi ibu yang melahirkan

anak melalui pembedahan.

Mangkuk air basuhan muka dan punggung -

Mangkuk ini mempunyai dua bahagian yang boleh

diisi dengan air. Satu bahagian boleh dikhaskan

bagi membasuh muka dan satu lagi untuk

membasuh punggung.

Mama & Si Manja Vol. 12

131

PENJAGAAN BAYI

Alahan Bayi:

Simptom, Punca,

Rawatan & Tips

Adakah si manja anda mengalami gejala seperti ini; mendesah,

bersin atau mengalami gatal-gatal? Itu tandanya bayi anda

mungkin mengalami alahan atau alergi. Ikuti panduan dan tips

yang kami sediakan untuk merawat dan mencegah masalah

alahan di kalangan bayi dan kanak-kanak.

132 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Tindak balas alergi

akan tercetus apabila

sistem imun sensitif atau

tidak bertindak balas

sewajarnya. Bagi orang

biasa, badan mereka tidak

bertindak balas terhadap

bahan seperti debunga

atau sesetengah jenis

makanan, namun tidak

kepada mereka yang

mengalami alahan. Tindak

balas alahan atau alergi

yang lazim dialami adalah

bersin yang melampau,

kegatalan atau timbul

keradangan pada kulit/

tubuh badan. Malah,

dalam keadaan tertentu,

mereka yang mengalami

alahan juga boleh terkena

serangan yang lebih

teruk seperti asma dan

sukar bernafas sehingga

menyebabkan kematian.

Ada kalanya ibu bapa

tidak perasan akan

simptom-simptom

yang disebabkan oleh

tindak balas alergik ini

dan menganggapnya

sebagai jerawat bayi,

sakit perut ataupun

masalah bayi meragam.

Gejala kecil yang

mungkin dialami oleh

bayi termasuklah hidung

berhingus dan meragam.

Walau bagaimanapun,

gejala-gejala ini tidak

semestinya menunjukkan

tindak balas alahan.

APAKAH TANDA

& SIMPTOM

ALAHAN BAYI?

Tanda-tanda dan simptom

reaksi alergi bergantung

kepada umur bayi dan

bahagian tubuh yang

mendapat gejala alahan.

• Kulit. Tindak

balas alahan yang

sering muncul

pada kulit seperti

ruam atau bintik

kemerahan. Lazimnya,

reaksi alahan ini

menimbulkan

kegatalan.

• Sistem penghadaman.

Gejala-gejala yang

melanda mungkin

berbeza seperti loya,

muntah dan kejang

bahagian perut

sehinggalah cirit-birit.

• Hidung. Alergi yang

melanda boleh

menimbulkan reaksi

alahan seperti hidung

berhingus dan bersin.

Alergi pada hidung

boleh terjadi jika

demam alergi dan

rhinitis alergik yang

menyebabkan mata

merah dan berair

serta batuk.

• Simptom lain.

Lain-lain gejala

termasuklah asthma

yang menyebabkan

pernafasan cepat,

mendesah dan

batuk kering.

Fakta

Jika anda atau

pasangan anda

mempunyai alergi,

bayi anda juga berisiko

tinggi untuk mendapat

alergi. Akan tetapi,

tidak semestinya bayi

anda akan mengalami

jenis alergi yang

sama dengan anda;

contohnya, jika anda

alergik kepada habuk,

si kecil anda mungkin

alergik kepada

bulu kucing.

Mama & Si Manja Vol. 12

133

PENJAGAAN BAYI

ALERGI MAKANAN

Menurut laman sesawang

WebMD, kira-kira 6 juta

kanak-kanak mempunyai

alahan makanan. Alahan

makanan ini lebih

banyak terjadi kepada

anak lelaki berbanding

perempuan. Si manja

anda boleh mengalami

alergik kepada satu-satu

jenis makanan ataupun

lebih daripada satu jenis

makanan.

Kacang adalah pencetus

utama alahan makanan

pada kanak-kanak.

Pencetus alahan lain

ialah susu lembu, telur,

ikan, kacang daripada

pokok-pokok seperti

badam, gajus dan walnut,

makanan laut seperti

ketam dan udang, soya

dan gandum.

Antara simptom yang

sering dialami oleh bayi

yang mendapat alahan

makanan ialah sakit

perut, batuk, cirit-birit,

pitam, loya atau muntah,

ruam atau gatal, ruam

merah di sekeliling mulut,

hidung berair, bengkak

pada muka, kaki atau

lengan, sakit tekak atau

sukar bernafas.

Tiada penawar untuk

alahan makanan. Akan

tetapi, ada pakar yang

menyarankan supaya ibu

bapa memperkenalkan

makanan lebih awal iaitu

seawal usia 4 hingga

6 bulan kepada anakanak

yang berisiko tinggi

menghidap ekzema

dan alahan telur. Walau

bagaimanapun, pakar

berpendapat bahawa

pengenalan makanan

seperti kacang perlulah di

bawah seliaan doktor.

Sebaliknya, jika

anak anda sudah

didiagnosis mendapat

alahan makanan,

cara terbaik adalah

anda jauhkan mereka

daripada makanan

tersebut. Pastikan anda

memeriksa label sebelum

memberikan anak

sebarang makanan .

ALERGI BERMUSIM

Jika simptom anak anda

bertambah terus pada

sesetengah masa, ia

mungkin kerana demam

alergi atau digelar rhinitis

alergik. Lazimnya, kanakkanak

yang mengalami

masalah ini akan terbersin

dan mendengus.

Debunga daripada pokok

dan tumbuhan adalah

pencetus utama gejala

ini berlaku di kalangan

kanak-kanak.

ALERGI DALAMAN

Mainan kegemaran anak

anda mungkin boleh jadi

pencetus alerginya. Hama

debu yang ada pada

bantal dan mainan kain si

manja menjadikan alahan

dalaman ini lebih teruk.

Selain itu, kulapok, asap

rokok dan pewangi juga

boleh menjadi pencetus

alahan dalaman pada

kanak-kanak.

Kira-kira 1 dalam 6

kanak-kanak mengalami

alahan dalaman.

Simptomnya adalah sama

dengan alahan bermusim

termasuklah hidung

berair dan berhingus

serta bersin.

134 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Jika anak anda mengalami

alahan dalaman, anda

boleh mengurangkan

risiko pencetus dengan

melakukan cara

seperti berikut:

• Tukar penapis saluran

udara sebulan sekali.

• Elakkan memakai

permaidani kerana

boleh mengumpulkan

habuk.

• Kerap menyapu dan

memvakum rumah.

• Gunakan pelindung

alergen untuk tilam

dan bantal.

• Basuh cadar dan

sarung bantal setiap

dua hingga tiga

minggu dalam air

panas dan keringkan

menggunakan

pengering panas.

• Letakkan mainan kain

plush dalam beg plastik

bertutup dan letakkan

dalam penyejuk beku

sekurang-kurangnya 5

jam, sekali setiap hari.

Cara ini akan dapat

membunuh debu hama.

• Jangan gunakan alat

pelembap atau alat

vape kerana alatan ini

menambah lembapan

pada udara sekali gus

meningkatkan risiko

kehadiran kulapuk dan

debu hama.

ALERGI HAIWAN

Haiwan peliharaan

seperti kucing boleh

membuatkan si manja

(dan juga anda)

mengalami alahan. Alergi

haiwan juga adalah jenis

alergi dalaman. Jika anak

anda mempunyai alergi

kepada haiwan berbulu

seperti kucing, cuba

anda bela haiwan lain

seperti ikan.

MENDIAGNOS ALERGI

PADA BAYI DAN

KANAK-KANAK

Perhatikan simptom yang

dialami oleh si manja

dan catatkan apa yang

berlaku. Cara ini dapat

membantu doktor

mengenal pasti jenis alergi

anak anda dan bagaimana

ingin merawatnya.

Anda mungkin perlu

membawa anak anda

berjumpa dengan pakar

alergi. Di sana, doktor

akan bertanyakan tentang

simptom dan sejarah

kesihatan keluarga.

Pastikan anda beritahu

doktor keadaan semasa

simptom berlaku, seperti

keadaan selepas anak

anda makan atau semasa

waktu tertentu apabila

gejala berlaku.

MERAWAT

ALERGI BAYI

Rawatan anak anda

mungkin bergantung

kepada jenis alergi yang

dihadapi. Secara umumnya,

doktor mungkin akan

mengesyorkan cara-cara

di bawah bagi membantu

merawat alahan di

kalangan bayi dan

kanak-kanak:

• Mengambil ubat

pil atau cecair yang

dipanggil antihistamine

bagi melegakan ruam

pada kulit ataupun

hidung berhingus.

• Menggunakan alat

sedut apabila anak

anda sukar bernafas.

• Pemberian EpiPen

akan diberikan sebagai

rawatan kecemasan

jika mengalami

tindak balas yang

mengancam nyawa.

Mama & Si Manja Vol. 12

135

PENJAGAAN BAYI

Penjagaan Oral

Bayi & Anak Kecil

Penjagaan mulut atau oral bayi dan kanak-kanak perlu bermula

sebelum gigi pertama tumbuh. Hal ini kerana karies gigi atau

kerosakan gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.

Justeru, ibu bapa perlu menitikberatkan soal penjagaan oral dengan

memastikan gigi dan gusi dibersihkan setiap hari.

136 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Gigi pertama bayi akan mula tumbuh

semasa usianya enam hingga lapan

bulan dan gigi akan lengkap sepenuhnya

semasa usia kanak-kanak tiga tahun. Anda

perlu membawa bayi anda ke klinik gigi

ketika gigi susu pertamanya tumbuh atau

selewat-lewatnya semasa usianya setahun.

terus merebak dan menjangkiti pulpa

gigi. Jika tidak dirawat, kanak-kanak

bakal mengalami masalah bisul pada gusi

dan radang muka.

Ibu bapa perlu mendidik dan memastikan

anak-anak mendapat penjagaan gigi

yang betul. Faktor utama kerosakan

gigi berpunca daripada cecair, minuman

atau makanan bergula yang diberikan

kepada anak. Minuman dan makanan

ini mengandungi gula tersembunyi yang

akan menyebabkan plak terbentuk sekali

gus menyebabkan gigi rosak.

Penjagaan mulut perlu dilakukan secara

berterusan setiap hari. Salah satu caranya

adalah dengan menggosok gigi dengan

kaedah yang betul. Jika gigi tidak

digosok dengan betul, plak gigi yang

mengandungi bakteria akan terbentuk

dan melekat pada gigi. Bakteria akan

bertindak dengan gula menjadi asid dan

menyerang serta mereputkan enamel

atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk

karies gigi yang akan menyebabkan gigi

mereput dan berlubang.

Kanak-kanak yang mengalami sakit gigi

adalah kerana bakteria di dalam karies

Selain itu, jangan ajar bayi anda

untuk menghisap botol sepanjang

hari terutama jika botol diisi dengan

minuman atau jus bergula. Justeru,

anda perlu mengehadkan pengambilan

jus pada waktu-waktu tertentu seperti

waktu tengah hari atau makan malam.

Jangan biasakan anak anda menyusu

botol sebelum tidur.

Mama & Si Manja Vol. 12

137

PENJAGAAN BAYI

Ubat gigi berfluorida adalah

baik untuk gigi anak anda yang

sedang membentuk. Fluorida

adalah sejenis bahan mineral yang

menghalang kerosakan gigi dan

menguatkan lapisan enamel gigi.

Ia juga dapat membuatkan gigi

tahan kepada serangan asid yang

dihasilkan oleh bakteria.

Langkah-langkah menjaga oral bayi &

anak kecil:

Mula bersihkan gigi pertama yang

baru tumbuh dengan meletakkan

sedikit ubat gigi berfluorida pada kain

lembut dan sapukan pada gigi bayi.

Selepas gigi geraham mula tumbuh,

anda boleh tukarkan kain kepada

penggunaan berus gigi lembut untuk

bayi dengan meletakkan ubat gigi

sebesar biji kacang pea.

1

2

Ibu bapa tidak digalakkan

memberikan bayi mereka puting

kerana penggunaannya yang

berterusan boleh menyebabkan

susunan gigi kekal tidak rata

dan tidak cantik. Selain itu, bayi

dan anak kecil juga tidak boleh

diberikan benda-benda yang keras

kerana boleh mencederakan gigi

dan gusi mereka jika menggigitnya.

Penjagaan kesihatan oral bayi

dan anak kecil memerlukan

pemerhatian dan penjagaan yang

teliti. Justeru itu, ibu bapa perlu

melengkapkan diri mereka dengan

ilmu bagi memastikan penjagaan

oral berjalan lancar. Percayalah

gigi yang sihat akan menyumbang

kepada pertumbuhan kanak-kanak

yang sihat.

Berus di sekitar lidah dan gusi untuk

menghilangkan bakteria tersembunyi

dan mengelakkan mulut berbau.

3

Berus gigi anak anda dua kali sehari

iaitu di waktu pagi dan malam

sebelum tidur.

4

138 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

12

Tip Untuk

Menangani

Ekzema Bayi Anda

Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal yang melanda

lebih kurang 15 ke 20 peratus kanak-kanak. Ia biasanya mula muncul

sebelum kanak-kanak mencecah umur dua tahun.

Mama & Si Manja Vol. 12

139

PENJAGAAN BAYI

Berita baik ialah kebanyakan kanakkanak

yang menghidap ekzema akan

beransur pulih menjelang umur belasan

tahun. Kebanyakan kes ekzema tidak

dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal

dengan rawatan yang sesuai.

Lazimnya, sifat penghalang pada kulit

penderita ekzema tidak berfungsi dengan

sebaiknya. Ini boleh membuatkan

kulit menjadi lebih lemah dan kurang

berupaya untuk melawan infeksi dan

juga, amat cepat menjadi kering.

Berikut merupakan beberapa petua

ringkas tetapi amat berkesan bagi

membantu menangani ekzema.

3Uruskan dengan lembut

Sama ada semasa memandikan

anak anda atau membasuh mukanya,

beringatlah supaya menyentuh kulit

anak anda dengan selembut yang

mungkin. Keringkan kulitnya sedikit

demi sedikit dengan menggunakan tuala

dan jangan gosok kulitnya. Letakkan

krim perlahan-lahan.

4Tuaman air batu

Untuk meredakan kegatalan,

bungkus sebotol air sejuk atau air batu di

dalam tuala dan tuamkan perlahan-lahan

pada kulit anak anda.

5Pilih suhu air yang betul

Air mandian anak anda sepatutnya

suam dan bukan panas. Mandian yang

kerap boleh menghilangkan lapisan

pelembap semula jadi kulit anak anda.

Oleh itu, kanak-kanak yang menghidap

ekzema hanya perlu mandi sehari sekali.

1Lembapkan kulit

Kanak-kanak yang menghidap

ekzema mempunyai kulit yang kering

dan gatal. Oleh itu, anda perlu

memastikan kulit anak anda lembap

pada setiap masa.

2Gunakan krim atopik yang

disyorkan oleh doktor

bila perlu

Doktor biasanya akan menetapkan

pengunaan krim hidrokortison untuk

mengawal ekzema dari terasa gatal dan

merebak. Jika ekzema anak anda menjadi

lebih teruk, gunakanlah krim atopik ini,

tetapi gunakan pada dos yang disyorkan.

6Pantau keadaan sekeliling

anak anda

Jangan biarkan anak anda terasa terlalu

panas dan berpeluh. Jika cuaca panas,

sejukkan tubuhnya dengan memasang

penghawa dingin. Anda boleh juga

cuba mesin penghidrat udara yang

mempunyai penapis hama. Kipas juga

berkesan dan pastikan bilik anak anda

bebas dari habuk.

140 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

7Lengan panjang

Kanak-kanak yang menghidap

ekzema sering menggaru diri mereka

sendiri. Belilah lengan tangan yang

bertutup dihujung kerna ia dapat

mengelak garuan.

berselerak

gunakan permaidani,

10Jangan

alas lantai, kusyen atau tilam

lama di dalam bilik anak anda kerana ia

boleh mennggalakkan hama. Gunakan

pelindung anti hama pada bantal dan tilam

anak anda. Jika boleh, gunakan cadar yang

diperbuat daripada kain organik.

8Pilih pakaian dengan teliti

Kain kapas boleh bernafas dan

adalah paling sesuai bagi kanak-kanak

berekzema. Pakaian anak anda juga

seharusnya longgar.

9Gunakan pencuci pakaian

yang sesuai

Kimia di dalam sabun membasuh

pakaian dan pelembut pakaian boleh

memudaratkan ekzema. Gunakanlah

produk pencuci organik untuk mencuci

pakaian anak anda.

bersama

Tidurlah bersama anak anda

11Tidur

untuk mengelaknya dari

menggaru diri semasa tidur.

label

Rajinlah membaca label

12Bacalah

pada produk-produk seperti

makanan, minuman, sabun dan

sebagainya untuk memastikan tidak

ada bahan yang boleh menyebabkan

radang pada kulit anak anda.

Mama & Si Manja Vol. 12

141

PENJAGAAN BAYI

Panduan Lengkap

Menyediakan Makanan

Bayi Homemade

Dari makanan separa pejal

hingga hidangan penuh

Makanan bayi homemade bukanlah sesukar mana untuk

disediakan. Ada yang boleh anda sediakan bahan sejak awal

supaya lebih mudah dan cepat dibuat semasa memerlukan.

Pelajarilah cara bagaimana menjadi ‘chef’ untuk si kecil anda!

142 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Makanan separa pejal mula

diperkenalkan kepada bayi ketika usia

mereka enam bulan. Boleh dikatakan

hampir setiap minggu anda perlu

menukar menu baru untuk diperkenalkan

kepada bayi anda. Sememangnya, bayi

perlu diberikan pelbagai jenis makanan

yang berkhasiat supaya mereka dapat

mengenal bermacam-macam rasa.

Kebaikan menyediakan makanan

bayi homemade

Makanan yang dibuat di rumah adalah

diyakini selamat untuk bayi kerana anda

sendiri yang mengetahui kandungan atau

bahan yang anda letakkan dalam resipi

masakan si manja. Dengan memasak

sendiri, anda dapat mengawal bahanbahan

yang diperlukan serta tidak

diperlukan untuk tumbesaran bayi anda.

Keselamatan dan kesihatan anak anda

diyakini selamat kerana anda yang

akan mengendalikan sesi memasak.

Pastinya, anda akan memastikan bahan

yang anda pilih dikendalikan dengan

betul seperti mencuci sayur-sayuran dan

buah-buahan sebelum memasaknya atau

mungkin anda hanya akan mengukus

buah avokado atau kentang berbanding

merebusnya, bagi mengekalkan khasiat

yang ada pada bahan tersebut.

Anda pasti teruja saat pertama

kali ingin menyediakan makanan

homemade yang dibuat sendiri di

rumah. Mungkin pada awalnya,

anda bersemangat memberikan

makanan yang dimasak sendiri untuk

si manja, tetapi semakin meningkat

bulan usia bayi anda, anda sudah

buntu untuk memperkenalkan resipi

baru. Kami sedar ramai ibu yang

mungkin kekeringan idea untuk

memperkenalkan menu baharu buat

si kecil. Jadi, pada keluaran ini kami

kongsikan kepada anda manfaat

menyediakan makanan bayi homemade

dan contoh resipi untuk bayi mengikut

usia, semuanya untuk meningkatkan

lagi semangat Mama menjadi chef

untuk si kecil!

Selain itu, anda juga boleh mencipta

sendiri makanan bayi dengan cara

menggabungkan bahan-bahan dalam

sesebuah jenis masakan mengikut

kegemaran dan keperluan si kecil. Bukan

itu sahaja, anda juga boleh berjimat

jika menyediakan makanan bayi sendiri

di rumah. Paling penting, dengan

menyediakan makanan bayi homemade

akan melahirkan kepuasan bukan sahaja

untuk diri anda, malah juga si manja.

Mama & Si Manja Vol. 12

143

PENJAGAAN BAYI

Tips perkenal makanan pejal

Semasa pertama kali memperkenalkan

makanan pejal kepada bayi, anda perlu:

1. Perkenalkan satu-satu jenis makanan

dalam beberapa hari sebelum beralih

ke makanan baru yang lain bagi

mengenalpasti sama ada bayi anda ada

alahan terhadap makanan tersebut.

2. Jika anak anda tidak mahu

menghabiskan satu-satu jenis

makanan, cuba memberinya kembali

selepas beberapa hari kerana

mungkin dia belum sesuai dengan

makanan yang diberikan.

3. Tidak meletakkan bahan-bahan

perasa seperti gula ataupun garam

pada makanan bayi.

4. Makanan yang sesuai diberikan

kepada bayi usia enam bulan ialah

makanan separa pejal seperti puri.

5. Jika bayi masih belum boleh menerima

makanan pejal, cuba campurkan

sedikit susu ibu dalam makanannya.

Membuat makanan bayi

homemade makan masa?

Kebanyakan ibu-ibu memberi alasan

bahawa menyediakan makanan bayi

homemade memakan masa yang lama

sedangkan mereka sibuk dengan kerja

lain. Jika anda menyediakan bahanbahan

lebih awal, sudah tentu tiada

masalah untuk anda segera menyiapkan

hidangan tersebut.

Bagi memudahkan anda memilih menu,

kami himpunkan bahan-bahan yang

selamat dan sesuai untuk si manja anda

mengikut peringkat umur.

Makanan pertama bayi (6 bulan)

Makanan pertama bayi perlulah

mempunyai tekstur yang halus dan

lembut. Ramai pakar yang menyarankan

untuk memberikan bayi puri sebagai

makanan pertamanya. Anda boleh

cuba tawarkannya puri buah-buahan

atau sayur-sayuran seperti puri pisang,

avokado, keledek, lobak merah, epal,

labu dan pear.

6-9 bulan

Selepas memperkenalkan bayi satusatu

jenis makanan, anda boleh mula

menyediakan campuran bahan dalam

satu-satu puri seperti mencampurkan

pisang dengan avokado atau lobak

merah. Namun, ingatlah bahawa

berikan bayi anda mencuba satusatu

jenis makanan sahaja dalam satu

tempoh, seperti memperkenalkan puri

pisang dan avokado selama empat hari

berturut-turut atau seminggu sebelum

mula memperkenalkan jenis makanan

lain. Cara ini adalah supaya anda boleh

mengetahui sama ada si manja anda

mempunyai alergi ataupun tidak pada

sesuatu jenis makanan. Antara makanan

yang boleh anda tawarkan semasa

peringkat usia ini adalah epal, aprikot,

asparagus, avokado, pisang, beetroot,

bluberi, brokoli, lobak merah, kubis

bunga, kiwi, mangga, betik, peach,

pear, kacang pis, nenas, plum, ubi

kentang, keledek, tomato dan zukini.

144 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

10-12 bulan

Pada usia ini, bayi anda perlu mendapat kalori daripada pelbagai sumber yang

sihat. Bayi memerlukan sumber kalsium dan zat besi untuk tumbesaran tulang

dan gigi yang sihat serta menyokong tumbesaran dan perkembangannya.

Mama sudah boleh perkenalkan bayi kepada pelbagai jenis tenusu seperti

keju, ikan, daging, ayam serta bijian penuh. Tekstur makanan bayi juga

sudah berubah di mana ketika ini anda perlu tawarkan

bayi makanan pejal yang mempunyai tekstur lebih tebal

ataupun finger food bagi menggalakkan bayi untuk

mengunyah dan menggigit makanan.

Puri Lobak Merah

RESIPI MAKANAN BAYI HOMEMADE

Bahan-bahan

• 350g lobak merah (dikupas &

dipotong kiub)

Cara penyediaan

1. Letakkan lobak merah dalam

pengukus dan kukus selama

20 minit.

2. Masukkan lobak merah ke dalam

mesin pemproses makanan dan

kisar sehingga lumat. Tambah

sedikit air daripada pengukus dan

kacau sehingga sebati.

Puri Pisang dan Avokado

Bahan-bahan

• 1 pisang bersaiz sederhana

• ½ avokado

Cara penyediaan

1. Kupas pisang dan potong kepada

beberapa bahagian.

2. Buang biji avokado dan

potong kecil.

3. Masukkan dua bahan ini ke dalam

mesin pemproses makanan. Kisar

sehingga menjadi puri.

4. Segera hidangkan dan makan

kerana kedua-dua buah-buahan

ini akan bertukar warna apabila

terdedah lama kepada udara.

Mama & Si Manja Vol. 12

145

PENJAGAAN BAYI

Makaroni Keju

Bahan-bahan

• 350g makaroni

• 4 tomato (dikupas kulit, dibuang

biji dan dipotong kecil)

• 75g hirisan ayam, dicarik (pilihan)

• Sos putih

• 45g mentega

• 45g tepung

• 450ml susu

• 85g parutan keju Cheddar

• 60g parutan keju Parmesan

Hiasan

• 40g serbuk roti

• 20g parutan keju mozarella

Cara penyediaan

1. Rebus pasta di dalam air yang

diletakkan garam sehingga

mendidih.

2. Kemudian, cairkan mentega di

dalam kuali. Masukkan tepung

dan masak selama 1 minit.

Masukkan susu sedikit demi

sedikit, dan kacau pada api

perlahan selama 5-6 minit.

3. Tutupkan api, kemudian masukkan

keju Cheddar dan keju Parmesan.

Kacau hingga cair dan sebati.

4. Toskan pasta, kemudian letakkan

semula di dalam kuali, tuangkan

¾ sos putih dan kacau perlahan

sehingga sebati. Masukkan tomato

dan hirisan ayam.

5. Masukkan hidangan ke dalam

bekas tahan panas atau bekas

aluminium. Taburkan lebihan sos

putih, keju mozarella dan serbuk

roti di atasnya.

6. Bakar selama 35 minit atau

sehingga bahagian keju atas

bertukar keperang-perangan pada

suhu 160°C.

146 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Risoto Labu

Bahan-bahan

• 50g bawang merah

(dicincang halus)

• 25g mentega tawar

• 110g beras basmati (dicuci bersih)

• 450ml air mendidih

• 150g labu (buang kulitnya dan

dipotong kecil)

• 225g tomato masak (potong kecil)

• 50g keju Cheddar (diparut)

Cara penyediaan

1. Tumis bawang merah bersama

mentega sehingga layu.

2. Masukkan beras dan kacau

sehingga sebati.

3. Tuangkan air mendidih sedikit

demi sedikit dan tutup tudung

periuk. Kuatkan api dan masak

selama 8 minit.

4. Kemudian, kecilkan api dan

masukkan labu. Tutup tudung

periuk dan masak selama 12 minit

atau sehingga masakan sebati.

5. Sementara itu, maasukkan lebihan

mentega di dalam kuali kecil serta

masukkan tomato dan tumis

selama 2-3 minit.

6. Masukkan keju dan kacau

hingga mencair bersama tomato.

Kemudian, campurkan bahan

tadi ke dalam risoto. Gaulkan dan

boleh dihidang.

Mama & Si Manja Vol. 12

147

PENJAGAAN BAYI

Lempeng bluberi ala Amerika

Bahan-bahan

• 150g tepung gandum

• 2 sudu besar gula pasir

• 1 sudu teh serbuk penaik

• ½ sudu teh soda bikarbonat

• Secubit garam

• 250ml buttermilk / dadih

• 1 biji telur

• ¼ sudu teh esen vanila

• 200g bluberi

• Minyak bunga matahari

(untuk menggoreng)

• 2 sudu besar sirap maple

Cara penyediaan

1. Masukkan tepung, gula, soda

bikarbonat, serbuk penaik dan

garam ke dalam mangkuk.

Kemudian, masukkan separuh

dadih, telur dan esen vanila.

2. Pukul semua bahan sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan baki dadih

tadi dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan bluberi dan campurkan

ke dalam adunan tadi serta gaulkan

perlahan-lahan.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

Tuang 2 sudu besar adunan dan

ratakan adunan menggunakan

sudip. Masak selama 1½

hingga 2 minit atau sehingga

permukaan bawah pancake

menjadi keperangan. Terbalikkan

sehingga lapisan satu lagi

bertukar keperangan.

5. Siap untuk dihidangkan bersama

sirap maple.

148 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Nuget Ayam Krispies

Bahan-bahan

• 200g dada ayam

• 100ml susu

• 1 ulas bawang putih (dikisar)

• 1 sudu teh daun thyme segar

• 1 sudu besar jus lemon segar

• 45g Rice Krispies

• 15g keju Cheddar (diparut halus)

• 1 sudu besar Parmesan (diparut)

• 4 sudu besar tepung gandum

• 3-4 sudu besar minyak matahari

(untuk menggoreng)

• Garam dan lada hitam

(sebagai perasa)

• 1 susu besar susu (untuk pencicah)

• 1 telur

Cara penyediaan

1. Potong dada ayam

membentuk kiub dan letakkan di

dalam mangkuk.

2. Masukkan susu, bawang putih,

thyme, jus lemon, ¼ sudu teh

garam dan lada hitam ke dalam

mangkuk ayam tadi. Gaulkan.

3. Perap ayam di dalam peti ais

selama 4 jam atau semalaman.

4. Masukkan Rice Krispies ke dalam

mesin pemproses makanan

dan kisar selama 1-2 minit atau

sehingga halus.

5. Letakkan keju, garam dan lada

hitam ke dalam Rice Krispies,

kemudian gaulkan. Letakkan di

dalam pinggan besar.

6. Dalam mangkuk kecil lain, pukul

telur bersama sesudu susu.

7. Campurkan tepung bersama sedikit

garam dan lada hitam. Letak di

dalam pinggan besar lain.

8. Keluarkan ayam yang diperap.

Ambil sedikit ayam dan toskan,

letakkan dalam adunan tepung

tadi, kemudian celup di dalam

adunan telur serta salut pada

pinggan Rice Krispies.

9. Panaskan minyak dan goreng nuget

selama 2-3 minit atau sehingga

kedua-dua bahagian bertukar

warna keperang-perangan.

10. Tos sebelum dihidangkan.

Mama & Si Manja Vol. 12

149

PENJAGAAN BAYI

Kek Cawan English Rose

Bahan-bahan

• 125g mentega (dibiarkan pada

suhu bilik)

• 125g gula kastor

• 2 biji telur

• ¼ sudu teh serbuk penaik

• 125g tepung naik sendiri

• 1 sudu teh esen vanila

• ¼ sudu teh esen ros

Aising

• 125g mentega (dibiarkan pada

suhu bilik)

• 80g keju krim

• 450g gula aising

• ½ sudu teh esen ros

• Pewarna merah jambu

• 2 sudu besar susu

Hiasan

• 12 bunga hiasan

Cara penyediaan

1. Panaskan ketuhar pada suhu

160°C. Griskan bekas kek cawan

dan letakkan dalam loyang.

2. Masukkan mentega dan gula ke

dalam mangkuk. Putar sehinga

adunan sebati. Masukkan bahanbahan

kek yang lain dan putar

lagi sehingga kembang dan

sebati. Ambil sesudu adunan dan

masukkan ke dalam bekas kek

cawan. Bakar selama 20 hingga

25 minit atau sehingga masak.

Biarkannya sejuk.

3. Untuk membuat aising, masukkan

kesemua bahan aising dan putar

sehingga kembang. Masukkan ke

dalam piping bag. Hias aising di

atas kek mengikut bentuk yang

anda suka dan letakkan bunga

hiasan di atasnya.

Sumber: www.annabelkarmel.com, www.marthastewart.com

150 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Nutrisi & Suplemen

untuk Bayi

Bayi anda sudah mula menunjukkan minat untuk makan makanan

pejal? Sebaik sahaja usianya mencecah 6 bulan, bayi tidak lagi boleh

bergantung kepada susu semata-mata. Tahun pertama kehidupannya

adalah tentang memperkenalkan bayi anda kepada pelbagai makanan

yang mempunyai khasiat.

Mama & Si Manja Vol. 12

151

PENJAGAAN BAYI

Perkenalkan makanan pejal

Bubur, oat atau kuinoa? Yang mana

satu perlu anda perkenalkan kepada

bayi anda dahulu? Lazimnya, bayi di usia

enam bulan akan mula diperkenalkan

kepada makanan separa pejal

seperti puri.

Ketika usia yang masih terlalu muda, bayi

perlu diperkenalkan kepada makanan

secara berperingkat. Ibu digalakkan

untuk memberi bayi merasa satu-satu

jenis makanan selama kira-kira 2 atau 3

hari sebelum memberikannya makanan

yang lain. Hal ini adalah supaya ibu dapat

mengenalpasti sama ada bayi anda ada

alahan terhadap makanan tersebut.

Ketika mula memperkenalkan makanan

separa pejal, ibu boleh menarik selera si

manja dengan mencampurkan sedikit

susu ibu ke dalam makanan bayi. Awas!

Jangan letakkan bahan perasa seperti

garam dan gula ke dalam makanan

bayi anda!

Makanan perlu dielakkan:

• Telur

• Madu

• Kacang

INFO

American Academy of Pediatrics

(AAP) menyarankan susu ibu

dijadikan sebagai sumber utama

untuk nutrisi bayi anda sehingga

usianya 6 bulan. Setelah anda

memperkenalkannya dengan

makanan pejal, teruskan juga

pemberian susu ibu sehingga

usia bayi 12 bulan.

Berikan bayi makanan yang kaya dengan

warna, tekstur, bau dan rasa semula

jadi- yang mana dapat membantu dalam

membina perkembangan otak dan tubuh

si manja.

152 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Makanan yang diperlukan

oleh bayi

Sayur-sayuran oren

Lobak merah dan ubi keledek adalah

dua jenis pilihan makanan pejal yang

baik untuk bayi kerana mudah untuk

disediakan, senang didapati dan rasa

manisnya akan digemari oleh bayi. Sayursayuran

oren diketahui mengandungi

antioksidan beta-karoten yang tinggidi

mana badan akan menukarkan

kepada vitamin A- vitamin penting yang

diperlukan untuk mendapatkan kulit,

gigi, tulang dan tisu yang sihat. Vitamin

A juga dapat menajamkan mata si manja

dan membantunya melihat dalam gelap.

Sayur-sayuran hijau

Penting untuk memperkenalkan si

manja anda kepada sayur-sayuran hijau,

walaupun kita tahu sayuran hijau tidak

mempunyai rasa manis seperti sayuran

oren. Khasiatnya untuk bayi anda

ialah sayuran hijau seperti bayam kaya

dengan folat dan zat besi- simpanan zat

besi dalam tubuh bayi anda akan mula

menurun sekitar usianya 4-6 bulan.

Daging dan ayam

Perkenalkan daging merah, ayam dan

daging ayam turki kepada bayi anda

kerana kandungan zink dan zat besi

yang terkandung di dalamnya. Walau

bagaimanapun, perkenalkan makanan

ini selama 2-3 hari bagi melihat sama

ada bayi anda mempunyai alahan

terhadap jenis makanan ini. Makanan ini

mengandungi zink yang amat baik untuk

bayi yang lahir kurang berat, kerana

dapat menggalakkan pertumbuhan sel

yang sihat, selain meningkatkan sistem

imun badan. Di samping itu, makanan ini

juga dapat membantu mengelakkan bayi

daripada mengalami cirit-birit.

Mama & Si Manja Vol. 12

153

PENJAGAAN BAYI

Buah-buahan

Seperti sayur-sayuran, buah juga adalah

sumber terbaik yang membekalkan

nutrien seperti vitamin A dan C,

potassium dan serat. Antara buahbuahan

yang boleh menjadi makanan

pejal pertama bayi anda ialah pisang

dan buah pic. Buah-buah ini tidak perlu

dimasak sebelum dilenyekkan untuk

beri bayi anda makan. Khasiat yang

terdapat dalam pisang ialah, buah ini

mengandungi sumber potassium terbaik

yang bagus untuk mengekalkan tulang

yang sihat. Pisang juga mengandungi

prebiotik, iaitu sebatian yang membentuk

probiotik, bakteria baik untuk perut

bayi anda, yang membantu proses

penghadamannya dan mengelakkan

sembelit serta cirit-birit. Buah pic pula

kaya dengan vitamin A dan C yang baik

untuk perkembangan sistem imun bayi.

yang memainkan peranan dalam

perkembangan kognitif bayi selain

meningkatkan memori.

Avokado

Buah hijau ini kaya dengan kalori dan

lemak yang sihat. Avokado antara

makanan yang boleh diberikan sebagai

makanan pejal pertama bayi. Hanya

potongkannya membentuk kiub dan

lenyekkan. Khasiat bagi bayi ialah buah

ini mengandungi vitamin A, C dan E

serta folat dan potassium. Vitamin A baik

untuk penglihatan bayi anda, vitamin

E dan lemak bagus untuk memastikan

kulit bayi kekal hidrat dan vitamin C

meningkatkan perkembangan sistem

imun badan.

Beri biru

Jika si manja anda sudah mula makan

finger food,

anda boleh

berikannya

beri biru segar

ataupun

beku. Beri biru

kaya dengan

antioksidan

Bijirin penuh

Perkenalkan bayi anda dengan beras

perang, roti bijirin penuh, barli atau

oatmeal. Bijirin penuh baik untuk sistem

penghadaman bayi dan kaya dengan

vitamin B dan bagus untuk tumbesaran

sel dan kulit.

154 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

Vitamin & Bayi

Adakah anda perlu memberikan bayi

anda vitamin? Jika anda menyusukan

bayi, si manja anda akan kekurangan dua

nutrien penting iaitu vitamin D dan

zat besi.

PENTING:

AAP menyarankan pengambilan

suplemen vitamin D sebanyak

400 IU (Unit Antarabangsa)

sehari untuk bayi.

Menurut kajian CDC (dari laman

Webmd), bayi yang diberikan susu ibu

secara eksklusif kurang mendapat vitamin

D dalam diet mereka, diikuti dengan bayi

yang minum susu ibu dan susu formula.

Bayi yang lahir pramatang memerlukan

suplemen vitamin untuk tumbesaran

dan perkembangannya.

Vitamin D adalah salah satu vitamin yang

amat penting kepada bayi. Vitamin D

penting untuk membina tulang yang kuat

serta zat besi perlu untuk perkembangan

sel darah dan otak yang sihat. Bayi juga

memerlukan mineral untuk mengelakkan

kekurangan zat besi dan anemia.

Sumber:

www.healthychildren.org

www.webmd.com

www.parenting.com

www.healthychildren.org

Sumber makanan yang mengandungi

vitamin D ialah lemak ikan, telur dan

susu. Tubuh kita mendapat vitamin D

melalui cahaya matahari. Namun, AAP

menyarankan supaya bayi di usia bawah

6 bulan untuk mengelakkan pendedahan

kepada cahaya matahari dan dipakaikan

pakaian pelindung.

Vitamin D telah lama dikaitkan dengan

pembentukan tulang yang sihat,

malah kekurangan vitamin D dikatakan

meningkatkan bilangan

kanak-kanak yang

mengalami diabetes.

Mama & Si Manja Vol. 12

155

PENJAGAAN BAYI

Menyediakan

Bilik Si Manja

Dalam pada berdebar

menantikan detik kelahiran

bayi, bakal ibu bapa tentu

tidak ketinggalan berasa

teruja untuk menyiapkan

bilik khas bagi menyambut

bayi mereka. Perasaannya

umpama dapat mendeko

rumah baru! Bilik bayi anda

juga nanti perlu dilengkapi

dengan perabot-perabot

cantik yang semestinya

mesra bayi. Mari kami

bantu anda menyiapkan

bilik nurseri si manja.

156 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

KATIL BAYI

Katil bayi boleh digunakan sehingga

usia anak anda dua atau tiga tahun.

Anda perlu mencari katil yang kuat

dan kukuh, tidak merekah, retak,

patah atau bergerigi. Jika anda ingin

membeli katil baru, pastikan pilihan

anda menepati aspek keselamatan

untuk si manja.

Tidak kiralah katil baru ataupun lama,

namun pastikan jarak antara setiap

palang atau tiang katil tidak kurang

daripada satu inci atau tidak lebih

daripada dua setengah inci. Cara ini

adalah bagi menghalang kepala bayi

tersepit atau terkeluar daripada palang.

Tips: Tin minuman aluminium tidak

muat untuk melepasi jarak antara

tiang katil bayi.

TILAM DAN CADAR

Tilam untuk bayi bukan sahaja perlu

mempunyai ciri-ciri selesa, tetapi ia

juga perlulah boleh menyokong tulang

bayi yang sedang membesar semasa

dia tidur. Pastikan tilam bayi yang anda

pilih direka khusus untuk bayi kerana

permukaan tilam orang dewasa dan

kanak-kanak yang lebih tua adalah

lebih lembut, jadi bayi anda berisiko

untuk mengalami lemas semasa tidur.

Jika anda beli tilam berasingan dengan

katil, anda perlu pastikan bahawa

tilam bayi muat-muat diletakkan pada

katil, malah dua jari anda juga tidak

muat untuk menembusi di antara

penjuru tilam dan katil.

Kebanyakan katil bayi juga mempunyai

alas boleh laras bagi memudahkan

anda untuk meletak atau

mengeluarkan bayi memandangkan

si kecil akan membesar. Adalah

disarankan supaya anda merendahkan

alas katil apabila bayi sudah semakin

membesar, supaya si kecil kekal

selamat. Cari juga rekaan katil disalut

dengan plastik pada setiap penjuru,

untuk mengelakkan kejadian bayi

mengunyah atau terkena serpihan

kayu pada tiang.

Mana satu jadi pilihan?

Plastik atau kayu? Yang mana mungkin jadi

pilihan katil bayi anda? Adakah anda inginkan

katil bayi mudah alih yang boleh dibawa

ke mana-mana? Pergilah menjenguk ke

kedai-kedai perabot bayi bagi mendapatkan

idea. Jangan hanya memandang kepada

kecantikan luaran sebaliknya pertimbangkan

juga aspek keselamatan bayi anda.

Mama & Si Manja Vol. 12

157

PENJAGAAN BAYI

Anda juga perlu menyediakan banyak

cadar dan alas tilam bayi sebagai

persediaan jika si manja anda mengalami

kebocoran lampin, air liur meleleh,

muntah atau beberapa insiden lain

yang menyebabkan alas tidurnya kotor.

Bagi memastikan keselesaan bayi,

sudah tentu anda akan menukar alas

dengan yang baru. Mungkin anda boleh

pertimbangkan pelapik tilam kalis air

untuk mengurangkan kekotoran pada

cadar dan tilam.

MEJA MENUKAR LAMPIN

Bersiap-sedialah untuk menukar

sekurang-kurangnya 2,400 lampin

pada tahun pertama kelahiran anak

anda. Ramai ibu bapa yang tidak kisah

untuk melakukan tugasan tukar lampin

di atas lantai atau di mana-mana sahaja

(tanpa tiada sebarang tempat khas

untuk tukar lampin). Namun, untuk

keselesaan dan kemudahan anda,

gunakan meja tukar lampin khas yang

sesuai dengan ketinggian anda. Hal

ini kerana, anda atau pasangan akan

melakukan tugasan menukar lampin

lebih dua kali setiap hari. Bukan untuk

menukar lampin sahaja, meja ini juga

berguna untuk anda menyiapkan bayi

selepas mandi dan mengurut bayi.

BARANG TUKAR LAMPIN

Selain lampin, anda memerlukan

tisu basah, putik kapas, losen, krim

ruam lampin dan minyak bayi semasa

menukar lampin si manja. Jadi, jika

anda membeli meja menukar lampin,

anda boleh menyimpan semua

peralatan menukar lampin dalam

laci meja. Barang-barang ini juga

mudah dicapai, jadi anda tidak perlu

meninggalkan bayi semasa sedang

menukar lampinnya.

KERUSI PENYUSUAN

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa,

kerusi penyusuan bukan termasuk

dalam barang keperluan. Namun,

percayalah, kerusi penyusuan

menjadikan proses penyusuan lebih

selesa baik untuk ibu dan juga untuk

bayi. Banyak model kerusi penyusuan

dijual dengan fungsi boleh baring

kepada posisi yang berbeza. Tujuannya

adalah untuk memastikan belakang

badan ibu selesa semasa penyusuan

berlangsung. Malah, ada juga

kerusi penyusuan yang mempunyai

ciri berenjut, tujuannya untuk

menenangkan bayi.

158 Mama & Si Manja Vol. 12

PENJAGAAN BAYI

BARANG PENYUSUAN

Pelapik payudara, pam susu, bantal

penyusuan dan selendang penyusuan

adalah barang-barang penting yang

diperlukan semasa anda menyusukan

si manja. Letakkan barang-barang ini

di dalam bilik nurseri anak anda supaya

mudah untuk anda menyusukan si

manja sebelum dia tidur. Letakkan juga

barang-barang ini di dalam laci atau

bakul berdekatan dengan kerusi anda.

ALMARI PAKAIAN BAYI

Bayi tidak memerlukan almari pakaian

yang besar seperti orang dewasa.

Almari kecil untuk bayi dan kanakkanak

mungkin sudah mencukupi bagi

menjimatkan ruang bilik nurseri. Susun

dengan kemas pakaian bayi dalam almari

supaya anda mudah untuk mencapai

pakaian yang bayi perlukan. Anda juga

boleh asingkan pakaian harian bayi dan

pakaian untuk berjalan.

ALAT PEMANTAU BAYI

Jika berkemampuan, disarankan anda untuk

memiliki alat pemantau bayi bagi membantu

anda memantau bayi di dalam biliknya

terutama semasa waktu tidur. Alat pemantau

bayi amat berguna bagi ibu bapa yang sudah

mula mengajar anak berpisah bilik. Selain dapat

mengetahui keadaan bayi anda semasa tidur

dan apabila dia sudah terjaga, alat pemantau

bayi juga boleh membantu menenangkan bayi.

Cara terbaik adalah dengan meletakkan alat

pemantau ini 10 kaki daripada katil bayi anda

supaya anda boleh melihat keadaan sekeliling

bilik bayi, mengagah dan mendengar

tangisan bayi.

Mama & Si Manja Vol. 12

159

PENJAGAAN BAYI

TEMPat BUKU DAN MAJALAH

Mengapa bilik nurseri bayi memerlukan

tempat menyimpan buku dan majalah?

Sementara menantikan bayi anda tidur,

sudah tentu anda ingin melakukan

sesuatu yang bermanfaat. Justeru,

persiapkan nurseri dengan meletakkan

rak kecil di dalam bilik tersebut yang

dilengkapi dengan buku atau majalah

untuk bacaan waktu senggang anda. Jika

anak anda semakin membesar, gantikan

tempat rak buku dengan meletakkan

buku-buku untuk kegunaannya.

BAKUL LAMPIN

Sediakan bakul sampah yang besar

untuk membuang lampin kotor

kerana anda pasti akan membuang

berkeping-keping lampin kotor

setiap hari. Namun, pastikan anda

membersihkan bakul sampah tersebut

setiap hari supaya bilik anak anda

kekal bersih dan terhindar daripada

bau yang kurang menyenangkan.

TEMPat SIMPANAN MAINAN

Beberapa bekas kotak mainan lebih

tersusun jika diletakkan pada rak. Bekas

kotak berfungsi untuk membezakan

jenis-jenis mainan yang disimpan.

Namun, pastikan bekas kotak yang

anda beli tidak tajam di bahagian

bucunya dan selamat untuk bayi atau

anak kecil. Selepas anak anda bermain,

mainan mereka akan disimpan di dalam

bekas mainan tersebut.

160 Mama & Si Manja Vol. 12

BAKUL BAJU

Bakul baju berfungsi untuk anda

meletakkan baju-baju kotor bayi di satu

tempat. Bayi anda mungkin masih kecil,

tetapi jangan terkejut jika pakaiannya

lebih banyak perlu dibasuh berbanding

baju anda sendiri.

PENJAGAAN BAYI

MAINAN TERGANTUNG

Mainan bayi yang tergantung

selalunya berserta dengan stimulasi

visual untuk menarik perhatian bayi.

Pilih apa-apa sahaja bentuk, warna,

muzik atau gerakan mainan. Namun,

pastikan mainan yang tergantung ini

tidak dapat dicapai oleh bayi anda.

Ada kalanya mainan tergantung

juga berperanan membuatkan bayi

‘berkhayal’ sebelum tidur.

PENGENJUT

Barang ini boleh digunakan sesekali

jika anda mahu bayi anda tidur

berdekatan dengan kerusi anda duduk.

Akan tetapi, anda tidak digalakkan

untuk meninggalkan bayi anda tidur di

dalam pengenjut atau membiarkannya

lama di dalam. Pastikan bayi sentiasa

ada di hadapan mata anda.

LAMPU TIDUR

Bagi merangsang bayi anda tidur,

sudah tentu anda memerlukan

pencahayaan yang malap atau gelap

untuk bilik bayi. Untuk mengelakkan

anda tersepak barang di dalam gelap,

letakkan lampu tidur di bilik bayi anda.

TIKAR AKTIVITI

Waktu bermain sememangnya seronok

jika dilakukan di dalam bilik nurseri.

Dengan warna menarik dan mainan

yang tergantung seperti yang terdapat

pada baby play-gym atau baby

playmat, pasti bayi anda akan terhibur.

PEMAIN CAKERA Padat

ataU MP3

Muzik dapat mencipta suasana

nyaman untuk bayi. Bagi merangsang

bayi tidur, pasangkan alunan-alunan

zikir atau lagu yang mendamaikan

untuk menidurkan bayi anda.

LANGSIR

Bagi merangsang waktu tidur bayi,

sediakan langsing dengan pilihan

warna sesuai untuk memberikan

suasana tenang dan damai di bilik

bayi anda. Pilihan yang tepat pasti

akan membuatkan bayi tidur lebih

lama dan lena.

Mama & Si Manja Vol. 12

161

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

BAYI

DAN KANAK-KANAK

Belajar & Membesar

Menerusi Bermain

162 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Bermain adalah amat penting bagi

perkembangan kanak-kanak kerana ia

menyumbang kepada kesihatan kognitif,

fizikal, sosial dan emosi mereka. Ia juga

menawarkan peluang yang baik bagi ibu

bapa untuk berinteraksi dengan anakanak

mereka. Bermain adalah begitu

penting bagi perkembangan optima

kanak-kanak hingga ia diiktiraf oleh

Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Bangsabangsa

Bersatu sebagai hak asasi setiap

kanak-kanak.

Biarpun begitu banyak kebaikan yang

boleh diperolehi melalui bermain untuk

kanak-kanak dan juga ibu bapa, masa

yang diluangkan untuk bermain secara

bebas kini kian berkurangan untuk

setiap kanak-kanak. Awas! Keadaan ini

diakibatkan sikap ibu bapa yang terlalu

mementingkan daya saing sehingga

merampas peluang anak-anak untuk

berseronok dan mengalami zaman

kanak-kanak yang penuh keriangan

“Ibu bapa yang terlalu tegas

terhadap anak-anak akan

menjejaskan peluang mereka untuk

bermain secara bebas, dan ini

akan mengakibatkan lebih banyak

keburukan daripada kebaikan.”

- Peter Gray, professor penyelidikan

psikologi di Kolej Boston dalam

American Journal of Play.

Gray menghimpun data dari beberapa

kajian yang menunjukkan kaitan di

antara kemerosotan peluang bermain

dengan bebas di kalangan kanak-kanak

di negara-negara maju, dan peningkatan

dalam insiden narsisisme, perasaan tidak

berdaya, kemurungan dan bunuh diri di

kalangan kanak-kanak, remaja dan belia.

“Ibu bapa kini terlalu giat mengatur

aktiviti sukan dan mengawal anakanak

mereka. Mereka berbincang

tentang kebaikan permainan

video dan laman media sosial yang

sebenarnya membawa kepada

kemerosotan permainan bebas pada

hari ini. Jika kanak-kanak tidak

bermain di luar, mereka akan lebih

mudah mempunyai berat badan

yang berlebihan, mengalami masalah

kesihatan dan memiliki kemahiran

sosial yang kurang berkembang. -

Lenore Skenazy, penulis Free-Range

Kids: How to Raise Safe, Self-Reliant

Children, dan Hara Estroff Marano,

bekas ketua pengarang Psychology Today

dan penulis A Nation of Wimps.

Mama & Si Manja Vol. 12

163

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Belajar dan membesar

menerusi bermain

Cara-cara bagaimana bermain

mendatangkan kebaikan kepada

anak anda:

• Bermain membolehkan anak anda

untuk menjadi penentu

Ketika bermain secara bebas, kanakkanak

dapat menjadi penentu.

Mereka berlatih membuat keputusan,

bergerak pada masa mereka sendiri

dan meneroka bidang yang diminati.

Apabila waktu bermain dikawal

oleh orang dewasa, kanak-kanak

diberitahu apa yang perlu dilakukan

dan bagaimana ia harus berlaku.

Ini mengurangkan kebaikan yang

boleh ditawarkan oleh mainan

secara bebas, terutamanya dari segi

perkembangan kreativiti, kepimpinan

dan kemahiran berkumpulan.

teori, meneroka sebab dan kesan,

mempelajari peranan kemasyarakatan

dan nilai-nilai murni. Apabila mereka

semakin mahir tentang dunia

sekeliling, mereka juga semakin mahir

dalam perkara-perkara lain yang

membina keyakinan dan ketahanan

diri untuk menghadapi dugaan di

masa hadapan.

• Bermain membina keyakinan diri

Kanak-kanak akan menggunakan

tenaga mereka untuk bermain sesuatu

yang mereka ketahui dan dapat

lakukan dengan baik, kerana mereka

percaya mereka boleh berjaya. Lambat

laun, mereka akan menjadi ‘pakar’

dalam minat mereka itu.

• Bermain mendidik kanak-kanak

tentang dunia persekitaran

Melalui bermain, kanak-kanak dapat

berinteraksi dengan dunia di sekeliling

mereka. Mereka boleh meneliti,

menemui, bereksperimentasi dengan

164 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

• Bermain memupuk

kemahiran sosial

Tahukah anda apabila bayi bermain

dengan objek-objek yang tidak

mendatangkan bahaya, seperti

mainan lembut, mereka dapat melatih

kemahiran komunikasi mereka?

Apabila mereka kian membesar,

mereka akan bermain pula dengan

kanak-kanak lain. Bermain tanpa

arahan orang dewasa membolehkan

kanak-kanak mempelajari cara-cara

untuk bekerja dalam kumpulan,

untuk berkongsi, berunding,

bersimpati, menyelesaikan konflik dan

mempertahankan diri.

kepada mereka dan ini membantu

untuk menjalin kemesraan yang

berkekalan. Apabila ibu bapa

memerhati dan turut serta dalam

permainan yang diarah oleh si anak,

mereka akan dapat melihat dunia

dari perspektif dan keperluan anak

tersebut. Selain itu, ibu bapa juga

akan dapat berkomunikasi dengan

lebih berkesan dengan anak mereka.

• Bermain menjalin kemesraan

antara ibu bapa dan anak-anak

Interaksi yang berlaku ketika

bermain memberitahu kanakkanak

bahawa ibu bapa mereka

memberikan perhatian sepenuhnya

• Bermain mengajar kanak-kanak

cara untuk mengawal emosi

Biarpun adalah sukar bagi kanakkanak

untuk berhadapan dengan

emosi yang negatif, namun begitu,

banyak faedah yang boleh diperolehi

dengan menangani perasaan-perasaan

tersebut. Contohnya, seorang kanakkanak

yang risau tentang lawatan ke

doktor gigi boleh menangani perasaan

takutnya melalui bermain dengan

anak patung dan berpura-pura si anak

patung pergi ke klinik gigi.

Mama & Si Manja Vol. 12

165

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

• Bermain membantu

memperkembangkan

kemahiran bahasa

Perkataan-perkataan yang

diulang semasa bermain boleh

memperkembangkan kemahiran

bahasa dan tatabahasa kanak-kanak.

• Bermain menggalakkan

pencapaian akademik

Bermain terbukti membantu kanakkanak

menyesuaikan diri di sekolah dan

memperbaiki kesediaan belajar, sikap

dan kemahiran menyelesaikan masalah.

• Bermain menjana kreativiti

dan imaginasi

Bermain membolehkan kanak-kanak

untuk berpura-pura memegang

pelbagai watak, seperti doktor, guru,

jurutera dan juga raja!

• Bermain membina tubuh yang

aktif dan sihat

Bermain dengan bebas adalah cara

yang baik untuk meningkatkan

aktiviti fizikal kanak-kanak. Ini dapat

memastikan gaya hidup sihat dan

mengelak obesiti kanak-kanak.

166 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Jenis-jenis bermain

Seperti orang dewasa, kanak-kanak

menyukai kepelbagaian dan akan

bertukar dari satu jenis permainan ke

jenis yang lain, menggunakan mainan

berbeza dalam jangka masa yang singkat.

Lazimnya, terdapat enam jenis cara

bermain yang membantu perkembangan

kanak-kanak.

• Bermain secara kreatif berlaku

apabila seorang kanak-kanak

meluahkan idea dan perasaannya

untuk mencipta karya tersendiri.

Contohnya, melukis gambar, memodel

haiwan dari plastisin atau membina

rumah menggunakan blok. Seorang

anak kecil lazimnya lebih mudah

meluahkan idea dan perasaannya

dengan melukis, berbanding melalui

perkataan kerana tatabahasa dan

pertuturannya masih terhad. Apabila

kanak-kanak itu semakin membesar

dan lebih petah bercakap, dia

mungkin boleh menulis cerita, sajak

atau berteater.

• Bermain secara penemuan

membolehkan kanak-kanak untuk

mempelajari tentang warna, bentuk,

saiz dan tekstur. Kanak-kanak tersebut

juga akan mempelajari tentang sebab

dan kesan, contohnya, sesuatu itu

boleh pecah maka dia perlu menjaga

barang miliknya dengan rapi.

• Bermain secara imaginatif

merupakan permainan berpura-pura

atau fantasi. Selalunya, kanak-kanak

gemar meniru tingkah laku orang

dewasa dan membayangkan bahawa

mereka menjadi orang lain atau

seekor haiwan seperti arnab atau

kucing. Ini membantu kanak-kanak

itu memahami tingkah laku orang lain

dengan lebih luas.

• Bermain secara fizikal atau senaman

berlaku apabila seorang kanak-kanak

bergerak secara aktif, seperti – berlari,

melompat, memanjat, merangkak,

mengimbang, menghayun, melontar

bola dan sebagainya.

Mama & Si Manja Vol. 12

167

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

• Bermain secara sosial berlaku

apabila kanak-kanak bermain

bersama. Ia mengajar kanak-kanak

untuk bekerjasama, berkongsi dan

berunding. Ia juga mendidik kanakkanak

bahawa tingkah laku buruk dan

menipu membawa padah. Pergaduhan

semasa bermain di antara kanak-kanak

adalah normal. Ia membantu kanakkanak

mempelajari tentang reaksi satu

sama lain dan bagaimana berbelas

kasihan dan menyelesaikan konflik.

168 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Mengapa Perlu

Hantar Anak Ke

Pusat Pengayaan?

Memasukkan anak ke pusat pengayaan atau playschool sebelum

mereka mula berjalan atau bercakap kini menjadi trend ibu bapa

moden. Persoalannya, adakah kelas-kelas ini benar-benar bermanfaat

untuk masa depan si manja anda atau anda sebagai ibu bapa hanya

mengikut trend tersebut?

Mama & Si Manja Vol. 12

169

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

KESAN STIMULASI POSITIF

Bayi dan anak kecil adalah golongan

yang cepat belajar dan mereka lebih

cepat menyerap informasi berbanding

dengan kanak-kanak yang lebih

besar. Golongan ini juga mempelajari

kemahiran-kemahiran baru setiap hari

dan belajar tentang dunia melalui

interaksi sosial serta pelbagai

stimulasi luaran.

Jika anda lihat graf perkembangan

kanak-kanak, ketika usia inilah keluk

pembelajaran menunjukkan peningkatan

yang berterusan. Bermakna, usia ini

adalah yang terbaik untuk memberikan

pembelajaran bagi membentuk asas

penting kehidupan mereka. Justeru itu,

ibu bapa perlu mengambil peluang ini

untuk meletakkan si manja anda setapak

ke hadapan dengan cara menyediakan

sebanyak mungkin stimulasi positif untuk

si manja.

SEGALANYA DI TANGAN ANDA

Bagi mencapai hasrat tersebut, ibu bapa

boleh meluangkan masa bersama si

manja untuk merangsang minda mereka

dan mencuba pelbagai stimulasi positif

untuk perkembangan mereka. Ya,

ada ramai yang berpendapat stimulasi

positif ini boleh dilakukan di rumah.

Aktiviti seperti membawa anak melawat

zoo, menyanyi, menari, membacakan

anak buku cerita atau membawa anak

bersiar-siar di padang permainan juga

dapat menyediakan peluang untuk

mengembangkan kemahiran dan

bahasa anak.

Akan tetapi, tugas ini bukanlah mudah,

terutama jika anda dan suami berkerjaya.

Jadi, semuanya terpulang kepada

anda sama ada ingin meletakkan bayi

anda ke tangan yang pakar ataupun

menghantar bayi ke pengasuh (yang

tidak berkemahiran dalam merangsang

stimulasi positif bayi). Tepuk dada

tanya selera!

170 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Apa yang si manja akan dapat?

Pusat pengayaan atau playschool dibuka

bagi membantu ibu bapa mendapatkan

stimulasi positif yang diinginkan untuk

perkembangan bayi mereka. Justeru,

sudah tentulah tenaga terlatih dan

berkepakaran sahaja diambil bekerja

di sana. Disebabkan lambakan pusat

pendidikan awal bayi dibuka, maka anda

perlulah mencari pusat yang bersesuaian

dan dapat memenuhi keperluan si manja

anda, seperti yang anda inginkan. Antara

manfaat menghantar anak ke pusat

pengayaan atau playschool ialah:

Interaksi sosial

Bayi dan anak kecil anda akan

mempelajari cara bersosial jika dihantar

ke pusat pengayaan. Hal ini kerana

kebanyakan yang dihantar adalah seusia

dengan mereka. Malah, anda akan dapati

bayi anda juga tidak takut dengan orang

yang tidak dikenali.

Asas pembelajaran

Semasa di pusat pengayaan, memang

kanak-kanak tidak akan diajar untuk

mengenali buku kerana sudah tentu usia

mereka yang kecil tidak akan belajar

secara formal. Walau bagaimanapun,

bayi anda akan diajar secara informal

melalui bermain, mencipta keseronokan

semasa melakukan satu-satu aktiviti dan

bergerak. Kesemua ini adalah penting

untuk perkembangan mereka semasa

memasuki sekolah.

Pupuk semangat belajar

Di pusat pengayaan, bayi akan diajar

banyak perkara seperti menari dan

menyanyi serta mendengar cikgu

membacakan buku cerita. Matlamat

utama di pusat pengayaan adalah

mencipta keseronokan bayi dan anak

kecil untuk belajar secara informal.

Melalui cara itu, mereka tidak akan rasa

dipaksa untuk belajar dan menganggap

mendapat suatu ilmu baru adalah

perkara yang menyeronokkan.

Aspek penting perlu diambil kira sebelum

menghantar anak ke pusat pengayaan:

• Ketahui jadual bayi anda di pusat

pengayaan terbabit. Pilih pusat

pengayaan yang menyediakan

program menarik seperti seni dan kraf,

bercerita, menyanyi, aktiviti indoor

atau outdoor

• Lihat tenaga pengajarnya. Adakah

mereka terdiri daripada yang

berpengalaman dan mesra kanakkanak?

Selain itu, cari guru yang

mempunyai kelayakan tentang

pendidikan awal kanak-kanak

• Cari pusat pengayaan yang selamat,

bersih dan dapat merangsang

persekitaran pembelajaran yang baik

buat si manja anda

Mama & Si Manja Vol. 12

171

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Lihat Si Manja

Membesar

Tahniah, anda selamat melahirkan si manja! Tentu

anda tidak sabar-sabar lagi untuk melihat bayi

membesar. Bertenang, Mama! Buat masa sekarang,

nikmati hari-hari anda bersama si manja dengan

melihat keletah dan ragamnya. Ambil tahu tentang

perkembangan bayi setiap bulan supaya anda dapat

bersedia dalam membantu si manja melalui tahuntahun

terawal kelahirannya.

172 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

1-2

Bulan

Ekspresi &

Komunikasi

Fizikal

Jaga-jaga dengan kepala si manja

semasa anda mengangkatnya dari

tilam atau semasa mendukungnya.

Pun begitu, bayi anda sudah boleh

mengangkat kepalanya seketika

semasa anda dukung. Bayi anda

semakin lincah dan cuba untuk

menangkap barang yang berdekatan

dengannya. Jika anda meletakkan

mainan di hadapannya, dia mungkin

akan cuba untuk mengambil mainan

tersebut, akan tetapi belum pandai

lagi untuk menggenggamnya.

Semasa usianya dua bulan, bayi amat

tertarik kepada mainan berwarnawarni

yang tergantung. Dia akan

cuba untuk menggapai mainan

tersebut sambil mengangkat-angkat

kaki dan lengannya.

Bayi anda semakin pandai

bersosial dan menunjukkan

ekspresi berdekut, mengagah dan

mendengus bagi memberitahu anda

emosinya. Ajuk kembali ekspresi

si manja sebagai respons anda

memahami pertuturan awalnya

itu. Dia akan ketawa apabila

anda bercakap-cakap dengannya.

Keraplah berborak dengan si

manja bagi menggalakkan lebih

komunikasi antara anda berdua.

Bersedia dengan kamera semasa

usia bayi dua bulan- ketika ini dia

semakin banyak tersenyum. Buatlah

memek muka lucu atau main

‘cak-cak’ untuk menggalakkannya

tersenyum dan ketawa.

Mama & Si Manja Vol. 12

173

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Bunyi

Bayi anda dapat membezakan suara

yang biasa didengari dan mula

bertindak balas kepada bunyi di

sekelilingnya. Untuk mengetahui

ketajaman pendengaran si manja,

cuba bunyikan sesuatu dan anda

akan lihat bayi anda menoleh

mencari arah datangnya bunyi

tersebut. Letakkan alat mainan

kerincing atau telefon muzikal

berdekatan dengan bayi dan

kemudian rangsang deria bunyinya.

Anda boleh lihat si manja akan

menggoyang-goyangkan tangan

dan kakinya semasa mendengar

bunyi tersebut.

Penglihatan

Penglihatan bayi masih lagi terhad

tetapi si manja anda amat gemar

memerhati keadaan sekelilingnya.

Dia mula biasa untuk menggunakan

kedua-dua belah matanya dan boleh

mengesan objek yang bergerak. Dia

juga akan lebih fokus pada objekobjek

yang berdekatan dengannya.

Rangsang penglihatan bayi anda

dengan menggerakkan objek secara

perlahan di hadapan matanya (dengan

jarak sekitar 20cm). Pada usia dua

bulan, bayi akan lebih tertarik kepada

benda yang mempunyai dua warna

ataupun berwarna-warni.

174 Mama & Si Manja Vol. 12

3-4

Bulan

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Ekspresi &

Komunikasi

Kepala dan leher bayi sudah

semakin kuat dan stabil.

Anda pasti gembira melihat

tumbesaran si manja. Saiz

bayi anda semasa usia

empat bulan adalah dua kali

saiznya semasa baru lahir. Si

manja juga sudah mengenali

muka anda sebagai orang

terpenting dalam hidupnya.

Fizikal

Pada usia anak tiga bulan, bayi anda

sudah boleh mengangkat kepalanya

selama beberapa minit. Semasa

anda menelentangkan bayi, anda

akan lihat si manja mengangkat

kepala, tangan dan kakinya. Hal

ini kerana sendi pinggul, lutut

dan sikunya semakin fleksibel dan

kuat. Ketika ini, otot-otot si manja

semakin lincah bergerak. Dia sudah

pandai menggenggam tetapi tidak

tahu bagaimana untuk melepaskan

barang yang digenggam. Si

manja juga sudah bijak mengawal

pergerakan tangan dan kakinya.

Bayi anda kini sudah faham dan

mengenali orang-orang terpenting

dalam hidupnya. Bahagian otak

mereka berhubung dengan

pendengaran, bahasa dan bau

menjadikan bayi semakin peka apabila

mendengar suara anda, bau badan

anda dan akan terus mencari arah

suara anda jika dia mendengarnya.

Pada usia empat bulan, bayi akan

sedar akan tindak balas orang lain

terhadap perlakuannya. Contohnya,

jika dia menangis dia akan lihat

anda segera datang kepadanya, jika

dia terjatuhkan barang, anda akan

mengambilnya dan memberikan

kembali barang tersebut kepadanya.

Ketika ini juga bayi sudah pandai

menunjukkan pelbagai emosi

seperti muka gembira, marah dan

terkejut. Malah, dia juga akan belajar

menunjukkan emosi berdasarkan

suara dan ekspresi wajah anda.

Mama & Si Manja Vol. 12

175

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Bunyi

Penglihatan

Bayi anda masih terlalu kecil untuk

memahami cerita yang anda

sampaikan, akan tetapi tidak salah

jika anda mula membacakannya

buku cerita ketika ini. Aktiviti ini

dapat membantu mengembangkan

kemahiran bahasa si manja selain

mengajar pendengarannya pada

nada dan rima penceritaan.

Semasa membacakannya buku

cerita, ubah suara anda mengikut

nada tinggi dan rendah ataupun

melagukan cerita bagi menarik

minat si kecil. Tunjukkan buku

yang mempunyai gambar yang

besar dan berwarna terang.

Pada peringkat ini, penglihatan

bayi anda semakin tajam dan dia

sudah mengenali warna-warna

kontra dan terang. Bayi anda

akan lebih memerhati ke arah

bentuk dan warna yang terang.

Contohnya, jika anda letakkan

butang berwarna merah pada baju

putih, dia akan mengambil butang

merah tersebut. Bayi mula berminat

kepada permainan interaksi dan

objek yang ditempatkan pada

satu-satu jarak. Apa lagi? Mainlah

bersama si manja.

176 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

5-6

Bulan

Ekspresi &

Komunikasi

Kepala dan leher bayi sudah

semakin kuat dan stabil.

Anda pasti gembira melihat

tumbesaran si manja. Saiz

bayi anda semasa usia

empat bulan adalah dua kali

saiznya semasa baru lahir. Si

manja juga sudah mengenali

muka anda sebagai orang

terpenting dalam hidupnya.

Fizikal

Bayi anda tahu untuk

memberitahu anda perasaannya

seperti sedih, bosan, marah,

gembira atau menunjukkan rasa

sayang. Dia akan mendepakan

tangan atau menangis jika

mahu didukung. Dia juga

mula memahami lawak jika

anda membuat ekspresi muka

atau membuat bunyi yang

menghiburkannya. Semasa usia

enam bulan, anak kecil anda

akan gemar tersenyum, tergelak

dan membebel. Bayi akan

menunjukkan ketidakselesaan jika

berada di samping orang yang

tidak dikenali atau berada pada

persekitaran baharu.

Di usia ini, bayi sudah boleh duduk

sendiri beberapa ketika tanpa

bantuan anda. Cuba bersilakan

si manja dan letakkan mainan di

hadapannya. Ini akan membantu

menguatkan otot tubuhnya. Selain

itu, anda juga boleh meniarapkan

si manja untuk membantu

menguatkan kawalan kepala dan

otot leher. Semasa usia enam

bulan, bayi anda sudah pakar

memusingkan badannya. Bayi di

usia ini sudah boleh duduk tegak

dengan bantuan penjaga dan

jangan terkejut jika dia menghisap

jarinya sendiri.

Mama & Si Manja Vol. 12

177

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Bunyi

Penglihatan

Si cilik anda mula berlatih bahasa

dengan membuat bunyi-bunyi baru.

Dia gemar ketawa dan menjerit.

Ini adalah perkembangan yang

menyeronokkan untuk setiap

ibu bapa. Bayi sudah pandai

mengucapkan satu suku kata;

‘ma’, ‘da’, ‘ka’ dan ‘eargh’ sebagai

persediaan untuk bercakap. Dia

juga sudah mula belajar untuk

faham akan percakapan anda.

Jika bayi membuat bunyi baru,

ajuk kembali percakapannya bagi

membantu kemahiran bahasanya.

Bayi juga tahu apabila namanya

disebut dan akan menoleh apabila

anda sedang bercerita tentang

dirinya kepada ahli keluarga atau

orang sekeliling.

Si manja anda semakin tajam

penglihatannya sekarang. Dia

juga semakin sensitif terhadap

persekitarannya. Hiburkan bayi

anda dengan menyorokkan barang

di bawah bantalnya dan anda akan

lihat dia mencari barang tersebut.

Dia pasti akan seronok dengan

pemainan baru yang anda cipta.

178 Mama & Si Manja Vol. 12

7-8

Bulan

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Bayi anda semakin pandai

menggunakan kedua-dua

belah tangannya. Ini adalah

perkembangan yang baik

dan memudahkannya untuk

minum menggunakan cawan

dua tangkai. Bayi anda akan

belajar bertepuk tangan dan

menunjukkan penghargaan jika

anda menyanyi atau menari.

Bersedia dengan sapu tangan

kerana air liur bayi akan kerap

meleleh ketika ini sebagai

persediaan tumbuh gigi.

Fizikal

Bayi anda gembira menggunakan ototnya

terutama tangan untuk memegang, dan

meneroka objek yang diberikan kepadanya.

Pada peringkat usia ini, dia akan belajar

untuk meningkatkan kemahiran motor

menggunakan derianya. Contohnya, dia akan

merangkak ke arah mainan atau mencampak

bola. Bayi kecil anda masih berusaha

untuk menajamkan kemahirannya dengan

melakukan pelbagai aktiviti seperti mengutip

barang-barang dan melontarkannya. Dia juga

gemar menunjuk-nunjuk kemahiran barunya

itu kepada ayah dan ibunya. Jadi, tunjukkan

minat anda dan pujilah anak anda tentang

kemahiran barunya itu. Awas, Mama! Si

manja juga akan mengambil barang-barang

kecil yang dijumpainya dan memasukkannya

ke dalam mulut.

Ekspresi &

Komunikasi

Si comel anda semakin

pintar! Dia semakin bijak dan

cuba bercakap dengan anda

menggunakan pelbagai bunyi

seperti ‘ba-ba’ dan ‘da-da’, jadi

berikan perhatian kepadanya.

Dia juga masih belajar untuk

menggabungkan suku kata.

Anda bertuah jika si kecil mampu

mengucapkan ‘mama’ atau

‘dada’ ketika ini. Selain itu,

dia juga sudah tahu tentang

rutin hariannya- jika anda

meletakkannya di atas tilam,

itu tandanya waktu tidur, dan

jika anda meletakkannya di atas

kerusi makan bayi, menandakan

waktu makan.

Mama & Si Manja Vol. 12

179

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Bunyi

Bayi anda semakin peka akan bunyi.

Kedua-dua telinganya berfungsi

dengan baik. Dia juga akan mula

merangkak mendekati bunyi yang

didengari. Jadi, pastikan persekitaran

bayi anda selamat daripada objekobjek

yang berbahaya.

Penglihatan

Bayi anda masih belum tahu

membezakan mainan dengan bukan

mainan. Malah, jangan terkejut jika

anda lihat si kecil memasukkan telefon

bimbit anda ke dalam mulutnya atau

mencampak-campakkannya kerana

menyangka itu mainan. Jika anda tidak

mahu barang berharga anda daripada

selamat ‘dimainkan’ oleh si kecil,

letakkannya di tempat yang sukar dicapai

atau tempat tersorok. Aktiviti soroksorok

amat disukai si manja ketika ini.

Tunjukkan mainan yang ingin disorok,

kemudian minta si manja mencarinya!

180 Mama & Si Manja Vol. 12

9-10

Bulan

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Fizikal

Mainan dan bayi tidak

dapat dipisahkan lagi

ketika ini. Berikan si

manja mainan blok atau

gegelang untuk merangsang

perkembangannya. Bayi anda

masih belum faham ayat

atau perkataan yang anda

nyatakan, namun dia dapat

‘menangkap’ maksud anda

melalui intonasi suara anda.

Bayi anda mula belajar berjalan.

Walau bagaimanapun, lazimnya,

dia akan hanya dapat langkah

pertamanya semasa usia setahun.

Selain terpaksa bergantung kepada

perabot semasa bertatih, bayi juga

kini belajar cara membengkokkan

lutut untuk duduk dan berdiri.

Semasa usia 10 bulan, kordinasi

bayi semakin mantap. Bayi ketika

ini sudah pandai mengutip dan

menggenggam objek kecil.

Ekspresi &

Komunikasi

Jika bayi anda masih lagi tidak

mahu berenggang daripada anda,

bantunya dengan memberikan dia

sapu tangan atau baju anda. Jika

bayi dapat menghidu bau anda,

itu mungkin dapat membantu

menenteramkannya. Selain itu,

persekitaran yang biasa buat si

manja juga dapat membantunya

berasa selesa.

Mama & Si Manja Vol. 12

181

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Penglihatan

Semasa bayi anda berusia 10 bulan,

dia gemar meniru memek muka

anda dan perlakuan anda seperti

semasa mengangkat telefon atau

melambai tangan mengucapkan

selamat tinggal. Selain itu, jika anda

menunjukkan sesuatu kepada si

manja seperti kucing atau anjing, dia

akan turut menuding jarinya ke arah

benda yang anda sebutkan. Ketika

ini juga adalah waktu yang sesuai

untuk anda membawanya berjalanjalan

ke taman dan menikmati

pemandangan alam. Perkenalkan si

manja kepada pokok, awan, tasik,

bunga atau binatang-binatang bagi

meningkatkan kosa katanya.

182 Mama & Si Manja Vol. 12

11-12

Bulan

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Ekspresi &

Komunikasi

Genaplah setahun usia si manja!

Ketika ini, dia sudah memahami

perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’.

Walau bagaimanapun, itu

bukanlah bermakna bayi anda

akan sentiasa mendengar setiap

kata anda. Gunakan perkataan

‘tidak’ atau ‘jangan’ hanya

apabila si manja melakukan

perkara-perkara yang

membahayakannya sahaja.

Jika si manja tidak

mengendahkan kata-kata

anda semasa mengungkapkan

‘jangan’, itu bukan bermakna

dia tidak mendengar kata.

Sebaliknya, anak anda kini

penuh dengan rasa ingin tahu. Si

kecil juga semakin lancar dalam

pertuturannya dan menguasai

perkataan-perkataan mudah.

Jaga bahasa anda kerana si kecil

akan meniru percakapan anda!

Fizikal

Kebanyakan bayi mula berjalan

pada peringkat ini, jadi dia

memerlukan sepenuh perhatian

daripada anda atau anda akan

terlepas untuk melihat langkah

pertamanya. Pada mulanya,

dia akan bangun dan terjatuh.

Latihan berterusan akan

membantu. Anda akan lihat si

manja semakin gigih mencuba

untuk berjalan. Komunikasi

si manja dengan anda akan

semakin berkurangan kerana

kini dia fokus kepada kemahiran

baru, memanjat perabot di

rumah anda!

Mama & Si Manja Vol. 12

183

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Penglihatan

Bayi mampu untuk fokus

pada objek yang terletak

jauh daripada penglihatan

mereka. Lazimnya, si manja

akan menunjukkan minat pada

warna-warna tertentu.

Bunyi

Si manja anda tahu apabila anda

melarangnya untuk melakukan

sesuatu perkara kerana kini dia boleh

memahami maksud ‘boleh’ dan

‘tidak’, walaupun ada kalanya dia

buat-buat tidak faham. Bertuah jika

anak anda menunjukkan minat pada

program kanak-kanak di televisyen

kerana anda boleh mencuri peluang

‘berehat’ ketika ini.

184 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

12-24

Bulan

Perkembangan

Kognitif

Otak bayi anda berkembang

pesat semasa usianya 12

hingga 24 bulan- ditambah

pula dengan pencapaianpencapaiannya

seperti

bercakap, berjalan dan

mengingat. Ambil berat akan

si manja anda tentang aspek

perkembangan fizikal, sosial,

emosi, bahasa, kognitif dan

kemahiran motornya.

Anak anda sudah boleh

berfikir, belajar dan mengingat.

Pada peringkat ini, dia boleh

mengingati tempat percutian

yang anda sekeluarga pergi

ataupun aktiviti yang dilakukan

di sana. Anak anda juga gemar

bermain ketika ini. Barangbarang

yang ada di sekelilingnya

akan dijadikan mainan.

Penglihatan

Sosial

Personaliti si manja semakin

terserlah dan dia menunjukkan

kegemaran serta ketidaksukaannya.

Luangkan masa bersama si

manja dan ajarnya tentang nilai

persahabatan, kebaikan dan

kemahiran sosial lain.

Si manja gemar untuk meneroka

barang baru. Mainan yang

berwarna akan membuatkan si

manja anda tertarik. Lakukan

tugasan anda dengan bercerita

tentang warna mainan dan

bagaimana mainan itu

berfungsi. Pada

peringkat ini, junior

anda gemar untuk

memeriksa persekitarannya.

Bawalah dia bersiar di

kawasan taman kejiranan

atau taman permainan.

Mama & Si Manja Vol. 12

185

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Perkembangan

Bahasa

Pendengaran

Junior berkemampuan untuk

mendengar setiap perkataan

yang anda utarakan, dan lebih

memahami percakapan anda.

Perkembangan

Fizikal

Si kecil anda semakin pro dalam

bercakap. Dia boleh memahami

arahan mudah dan malangnya, dia

juga sudah pandai memberontak.

Anak anda mungkin sudah boleh

memberitahu nama objek yang

ditunjukkan kepadanya. Ini adalah

hasil daripada ‘meniru’ kelakuan

dan percakapan ibu bapa yang

dipelajari semasa kecil. Sebagai ibu

bapa, pastikan segala kelakuan

dan percakapan yang diucapkan

di hadapan anak anda adalah

perkara-perkara yang positif.

Otot si manja semakin kuat

di mana dia sudah boleh

mengutip objek yang ada di

lantai. Kawasan luar rumah

atau outdoor menjadi kawasan

kegemarannya dan dia gemar

meneroka. Kawasan indoor pula

menjadi cabaran untuk para ibu

bapa kerana anak anda akan

memanjat kerusi, meja dan juga

tangga. Jadi, pastikan kawasan

dalam rumah anda selamat.

186 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

24-36

Bulan

Anak anda dalam lingkungan

umur dua hingga tiga tahun

mula belajar menunjukkan

perasaan dan tantrumnya.

Ketika ini, anak anda tidak

kira lelaki atau perempuan

semakin lincah dan aktif;

gemar memanjat, berlari dan

melompat. Kemahiran bahasa

dan pertuturan si manja semakin

meningkat di mana anak anda

kini sudah bijak untuk bercakap

menggunakan ayat yang

panjang. Selain itu, kemahiran

sosialnya juga semakin

berkembang di mana dia sudah

semakin minat untuk bergaul

dengan rakan sebayanya.

Kognitif

Pada peringkat ini, kanak-kanak

prasekolah gemar berimaginasi.

Mereka sukakan aktiviti atau

mainan imaginatif yang

memuatkan mereka gembira dan

seronok seperti bermain dengan

anak patung atau kereta. Kanakkanak

ketika ini sukar untuk

membezakan perkara fantasi

dan realiti, di mana mereka

percaya rakan-rakan ‘imaginasi’

mereka benar-benar hidup. Oleh

itu, ibu bapa perlu berhati-hati

dengan percakapan mereka di

hadapan anak kerana pemahaman

kanak-kanak berbeza dengan

pemahaman orang dewasa.

Pendengaran

Cakaplah sebanyak mana yang

anda inginkan kerana si manja

anda kini boleh mendengar dan

memahami percakapan anda.

Ajarnya tentang penggunaan

tandas, tidak mengenakan

puting (pacifier) atau menyimpan

kembali barang mainan selepas

bermain. Latihan semasa kecil

akan membantu si manja untuk

mendengar kata anda.

Mama & Si Manja Vol. 12

187

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Perkembangan

Sosial & Emosi

Perkembangan

Fizikal

Anak anda sudah pandai

membina persahabatan dan

menunjukkan empati serta kasih

sayang terhadap mainan atau

rakan sepermainan. Dia juga akan

memahami konsep menunggu

giliran atau beratur dan mula

pandai menunjukkan tantrum.

Ketika ini, si manja anda juga

tahu apa yang mereka inginkan

dan suka mengarah. Malah, anda

juga akan ketahui perkataan

kegemaran mereka ketika itu;

‘tak nak’ dan ‘adik punya’.

Bersabarlah dengan tantrum anak

kerana mereka masih tidak tahu

cara untuk mengawal emosi.

Ketika ini juga, si manja anda

akan mendapati kesukaran untuk

berkongsi, membuat pilihan atau

meminta maaf. Anak kecil ketika

ini suka meniru perbuatan orang

dewasa. Jadi, tunjukkanlah contoh

yang baik kepada si kecil anda.

Junior semakin aktif, gemar

bermain dan suka berkawan.

Latihan yang banyak akan

membantunya untuk menguatkan

otot dan mengaktifkan mindanya.

Playschool dan pusat pengayaan

dapat membantu mengembangkan

lagi kemahiran si manja. Selain

itu, bawalah anak anda ke

luar rumah untuk membantu

perkembangannya. Amalkan juga

amalan kebersihan seperti mencuci

tangan selepas menyentuh barangbarang

yang kotor.

Bahasa

Pertuturan anak anda semakin lancar

dan kurang pelat. Tiada apa yang

mampu menghalang anak anda

daripada berkata-kata. Dia semakin

sibuk belajar perkataan-perkataan

baru dan menyambungkan

perkataan menjadi ayat. Dia gemar

memanggil nama anda tanpa

sebarang alasan. Bersedialah untuk

menjawab setiap pertanyaan dari

mulut si comel!

188 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Perkembangan

Perkembangan setiap kanakkanak

berbeza dan unik. Carta

perkembangan ini adalah sebagai

panduan ringkas buat ibu bapa. Jika

anak anda masih belum mencapai

perkembangan mengikut peringkat

usianya, berjumpalah dengan pakar

kanak-kanak untuk mendapatkan

nasihat. Jangan paksa anak anda

berjalan, bercakap ataupun belajar.

Sebagai ibu bapa juga, anda jangan

terlampau tertekan jika anak anda

berbeza dengan anak orang lain

dalam mencapai tahap-tahap

perkembangan tertentu. Jangan

membandingkan si manja dengan

rakan-rakan sebayanya!

Umur kronologi: Dikira pada

waktu lahir

Umur betul: Dikira mengikut

tarikh jangkaan bersalin

sebenar (EDD)

Dengan kelahiran bayi

pramatang, ibu bapa perlu

menilai perkembangan anak

mereka mengikut tarikh EDD

mereka bukannya berdasarkan

tarikh bayi lahir. Bagi memastikan

perkembangan sebenar si kecil,

doktor akan membantu ibu bapa

yang mempunyai bayi pramatang

untuk menilai tahap perkembangan

dan kemahiran si manja semasa

awal kelahirannya lagi

Jika bayi anda lahir pramatang,

anda perlu tahu bahawa tahap

perkembangannya adalah berbeza

dengan bayi normal lain. Disebabkan

itulah, doktor biasanya akan

memberikan dua umur untuk bayi

yang lahir pramatang.

Mama & Si Manja Vol. 12

189

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Manfaat Muzik

kepada Anak Kecil

Muzik mempunyai kuasa luar biasa dalam mempengaruhi

emosi kita, tidak terkecuali kepada bayi dan kanak-kanak.

Kebanyakan ibu bapa sedar irama muzik yang lembut dan

mendamaikan mampu menenangkan bayi yang meragam.

Muzik juga dapat membantu dalam menggalakkan

perkembangan sosio-emosi, kognitif, fizikal dan kreativiti

kanak-kanak termasuklah bayi kecil.

190 Mama & Si Manja Vol. 12

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Pendekatan muzik mampu meningkatkan

perkembangan kreatif kanak-kanak dan

kepekaan mereka kepada bunyi dan

persekitaran. Ia dapat mengaktifkan

imaginasi melalui ciptaan bunyi dan

nada, serta dapat melalui segala maklum

balas yang diberi dan diterima. Kajian

juga membuktikan bahawa muzik dapat

memantapkan perkembangan bahasa

dan meningkatkan keupayaan intelektual

kanak-kanak.

penghafalan. Keistimewaan muzik

kepada kanak-kanak istimewa ini ialah

ia dapat menambahkan keyakinan

dalam diri mereka.

Kepentingan muzik

Muzik merupakan salah satu elemen

yang sangat penting bagi perkembangan

diri kanak-kanak. Melalui pendedahan

terhadap muzik termasuk latihan muzik,

otak kanak-kanak dapat berkembang

dengan lebih menyeluruh. Para ibu bapa

dapat memupuk minat terhadap muzik

dalam diri anak-anak mereka melalui:

Memasang atau memainkan

muzik di rumah

Dedahkan bayi anda dengan pelbagai

genre muzik. Jika anda pandai

memainkan instrumen muzik, anda

boleh berlatih berhampiran dengan bayi

anda. Namun, pastikan volum tersebut

adalah pada kadar yang sederhana.

Muzik yang kuat hanya akan merosakkan

pendengaran bayi anda.

Muzik sebagai terapi

Muzik kerap menjadi alternatif dalam

rawatan moden oleh pakar terapi

kanak-kanak untuk tujuan pemulihan,

pemeliharaan dan peningkatan taraf

kesihatan fizikal dan mental pesakit

muda mereka. Selain itu, ia turut

digunakan sebagai sumber keseronokan,

alat interaksi sesama individu dan

berfungsi sebagai hubungan integrasi

kepada emosi.

Muzik juga memiliki daya pemulihan

yang efektif. Ia mampu membentuk

kanak-kanak istimewa supaya

lebih cekal dalam daya pemikiran,

pemahaman, pendengaran dan

Mama & Si Manja Vol. 12

191

PERKEMBANGAN AWAL BAYI

DAN KANAK-KANAK

Menyanyi bersama

Jika anak anda masih kecil, anda boleh

mendodoikannya dengan menyanyikan

lagu-lagu berentak perlahan. Sekiranya

anak anda sudah boleh bertutur, anda

boleh mengajaknya untuk mengikut

anda menyanyi bersama-sama. Tidak

kisahlah suara anda sedap atau tidak,

tetapi apabila bayi anda mendengar anda

menyanyi, ia akan dapat membantu bayi

untuk belajar bahasa. Bayi sukakan irama

dan rentak yang terdapat dalam lagu.

Jangan terkejut apabila bayi kecil anda

mampu mengenali melodi yang pernah

anda nyanyikan padanya sebaik sahaja

mendengarnya buat kali kedua.

Mulakan pembelajaran muzik

sejak awal

Jika anda berhasrat untuk mengajar

anak anda bermain instrumen muzik,

anda tidak perlu menunggu sehingga

dia memasuki sekolah rendah untuk

memulakan pembelajaran muzik. Sebaikbaiknya

mulakan pembelajarannya sejak

awal lagi kerana otak kanak-kanak sejak

kecil boleh menerima pembelajaran

muzik. Kebanyakan kanak-kanak

empat hingga lima tahun cukup gemar

menikmati muzik dan sudah boleh

belajar asas bermain instrumen. Malah,

pembelajaran muzik sejak awal juga

dapat memupuk minat kanak-kanak

terhadap muzik secara berterusan.

Menggalakkan sekolah anak

anda untuk mengajar muzik

Menyanyi dapat membantu merangsang

otak. Sejak dahulu lagi, pendidikan muzik

di sekolah-sekolah dapat membantu

dalam memupuk kemahiran koordinasi

dan kreativiti kanak-kanak.

Tahukah anda?

Muzik juga dapat menjadi terapi

kepada bayi pramatang bagi

meningkatkan berat badan mereka.

Ibu bapa disarankan untuk

memberi sokongan dan galakan

kepada anak mereka untuk

memupuk minat terhadap muzik,

tetapi usahlah memberi anak-anak

tekanan untuk menyertai bidang

muzik jika itu bukannya yang

benar-benar mereka minati.

192 Mama & Si Manja Vol. 12

Advertorial

Tiada lagi

parut, kini

anda rasa

lebih yakin!

Risau melihat parut-parut luka pada

tubuh anda yang sukar hilang? Dengan

mematuhi beberapa tips dan produk yang

betul, tiada lagi cela pada tubuh anda.

Kesan parut akibat caesarean,

pembedahan dan kesan terbakar memang

sukar untuk dihilangkan. Biarpun

sesetengah parut berada di tempat

tersorok pada tubuh badan, namun bagi

wanita khususnya, pasti akan rasa kurang

yakin dengan penampilan diri mereka.

Jadi, sudah pasti anda ingin mencari cara

terbaik untuk menghilangkan kesan parut.

Bagaimana cara

menghilangkan parut?

Semua parut boleh dihilangkan jika

betul caranya. Namun, sesetengah

parut mengambil masa yang lama

untuk dihilangkan. Antara tips bagi

mempercepatkan proses pemudaran parut

sekali gus membantu menghilangkan

parut ialah:

1. Makan makanan sihat dan seimbang

supaya tubuh anda mempunyai nutrien

yang betul untuk menyembuh dan

menghasilkan tisu yang sihat.

2. Pada peringkat awal penyembuhan,

pastikan luka dibersihkan dengan betul

bagi mengelakkan jangkitan.

3. Jika luka anda disebabkan caesarean,

elakkan daripada banyak bergerak

atau melakukan kerja-kerja yang berat

terutamanya pada enam minggu pertama

selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan

regangan atau iritasi pada parut luka.

4. Sapukan parut anda menggunakan

serum atau minyak bagi

mempercepatkan fasa pemudaran parut.

Palmer’s Scar Serum-

Disyorkan oleh para doktor

Palmer’s Cocoa Butter Formula Scar Serum

with Vitamin E merupakan penawar

intensif anda untuk menghilang dan

memudarkan parut. Diformulasi dengan

lima bahan yang diperkaya iaitu cocoa

butter, Vitamin E, safflower seed oil, silicon

dan allium cepa (pati bawang), serum yang

pekat ini cepat meresap ke dalam kulit .

Serum yang disyorkan oleh para doktor

ini juga membentuk satu rintangan kaliskelembapan

untuk menyembuh dan

mengurangkan kesan-kesan parut yang

disebabkan oleh caesarean, pembedahan,

kecederaan, kelecuran, terbakar, jerawat,

kesan regangan, luka atau jahitan serangga.

Cara penggunaannya mudah sahaja, hanya

sapukan secara membulat pada kesan parut

sebanyak 3 hingga 4 kali setiap hari.

Boleh didapati di semua farmasi runcit seluruh negara & klinik terpilih.

Untuk maklumat lanjut layari: www.palmersonline.com.my

PROPHARM (M) SDN BHD (104117-H) Tel (O): 03-62436389

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!