18.07.2019 Views

MamaPapa Sept 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENA PENGARANG

Perasan tak wahai pembaca

sekalian, begitu cepat masa berlalu

sehingga tahun 2018 seakan-akan

berlumba untuk menggalkan kita?

Masa memang tidak menunggu

sesiapa pun dan oleh itu, kita

harus menghormati masa dan

memastikan kita menggunakan

masa yang ada dengan bijak. Agak

serupa juga dengan wang ringgit -

jika tidak diuruskan dengan bijak,

wang cepat habis dan kesusahan

hidup pula diundang.

Isu bulan September ini sebenarnya

tidaklah berkaitan dengan masa,

tetapi topik khas bulan ini memang

berkaitan dengan wang ringgit dan

ditujukan khas kepada mereka yang

ingin meninggikan kualiti hidup

dengan pendapatan yang tetap. Bak

kata pepatah, nak seribu daya, tak

nak seribu dalih - kami harap ideaidea

serta panduan yang ditawarkan

dapat membantu mereka yang

memerlukan sedikit dorongan untuk

menguruskan wang mereka dengan

lebih baik.

Selain topik khas ini, kami telah

memadatkan isu ini dengan pelbagai

lagi artikel untuk para pembaca, di

antaranya mengenai mitos-mitos

kawalan kehamilan; peralatan

senaman untuk ibu hamil; bagaimana

hendak mengatasi ruam lampin, dan

banyak lagi.

Sehingga berjumpa lagi di isu yang

akan datang, selamat membaca!

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Boleh didapati di

Isi Kandungan

MAMAPAPA

6 Alam Berpantang: Berpantanglah

untuk kebaikan diri

10 Panduan Keluarga:

Panasnya cuaca hari ini

15 Topik: Menyara hidup keluarga

dengan pendapatan tetap

19 Kesihatan kehamilan: 10 peralatan

senaman untuk ibu hamil

21 9 Bulan: Kawalan kelahiran:

Apakah yang patut dipercayai?

26 Mama menawan: 10 rahsia untuk

langsing kembali selepas bersalin

MANJA

29 Kesihatan: Demam dan Selsema

Menjaga anak yang sakit

32 Nutrisi: Snek untuk kanak-kanak:

pilihan bermanfaat

34 Penjagaan bayi & kanak-kanak:

Menangani ruam lampin

36 Pendidikan Awal Kanak-kanak:

Semaikan sikap suka membaca

39 Perkembangan Si Manja:

Fahami bahasa bayi

GAYA HIDUP

40 Jalan-jalan cari hiburan:

Bersantai di pantai

43 Situ! Sana! Sini!: Klik-klik

PENGHIAS KULIT:

Rania Adriana binti

Noor Herwan Shah

Usia: 5 tahun

Berat:13kg

Tinggi: 107cm

Pengalaman: Modelling,

catwalk, berlakon

Diterbit oleh:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Shalina Abdullah

Pereka Grafik

Haziatul Shima

Aina Mardia

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia Chuin,

Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan

semakan telah dilakukan sebelum mengeluarkan

maklumat yang terdapat di dalam buku ini, namun

pihak penerbitan, pengarang, penasihat dan agen

tidak dengan mana-mana cara bertanggungjawab

di atas sebarang kesalahan, pengecualian atau

ketidaktepatan maklumat dalam bahan penerbitan

ini sama ada terhasil disebabkan kecuaian atau

sebagainya, atau sebarang akibat yang disebabkan

olehnya. Rangkuman atau pengecualian terhadap

mana-mana produk juga tidak bermakna

pihak penerbitan menyokong atau menolak

penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada

persetujuan pihak penyunting dan tidak

terpengaruh kepada kandungan editorial atau

penyampaiannya. Pihak penerbit, pengarang,

penasihat dan agen tidak menjamin, secara

langsung atau tidak langsung, kualiti atau

keberkesanan sebarang produk atau perkhidmatan

yang digambarkan dalam iklan atau sebarang

material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2018. AcePremier.com Sdn Bhd.

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005,

To’ Puan Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM,

MRCOG London dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang

anak dan nenek kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di

KPJ Damansara Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik

& Ginekologi.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR

PERUNDING OBSTETRIK &

GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

MBBS (Malaya) MRCOG (London) Cert.

Artificial Reproductive Techniques (S’pore)

Dr Agilan Arjunan adalah graduan dari Universiti Malaya

dan mendapat ijazah kepakaran dari Royal College of

Obstetrician and Gynaecologist, London. Dengan kombinasi

kepakaran dalam pembedahan laparoskopi dan rawatan

kesuburan, beliau membantu pasangan untuk mendapatkan

zuriat melalui kaedah rawatan fertiliti yang terkini.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci

(Ireland), DCH (Glasgow), MRCPCH (UK),

SpecCertPallCare (Aus)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

MBBS (IMU), MRCPCH (UK)

Dr. Kenneth menerima kelayakan doktor beliau dari

International Medical University. Berpengalaman berkhidmat

sebagai Pakar Pediatrik di Hospital Tengku Ampuan

Rahimah, Klang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terengganu, beliau kini merupakan Konsultan Pediatrik di

Hospital Columbia Asia – Cheras.

PAKAR DERMATOLOGI

Dr. Tee Shwu Hoon

MBBS (IMU), MRCP (UK), Advanced Master

in Dermatology (UKM)

Dr. Tee kini berkhidmat di Hospital Columbia Asia – Puchong.

Beliau pernah bertugas di Hospital Selayang sebagai Pakar

Perubatan, menerima latihan subkepakaran dermatologi di Hospital

Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kuala Lumpur, seterusnya

diiktiraf sebagai Pakar Dermatologi. Pernah juga berkhidmat

sebagai Ketua Unit Dermatologi di Hospital Serdang. Beliau turut

aktif menerbitkan artikel untuk ‘Malaysian Journal of Dermatology’.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Saw Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang

pemakanan di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar

pemakanan kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau

banyak mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

Advertorial

INGIN hamil? Pergilah bercuti!

Ramai wanita yang telah cuba untuk hamil selama berbulanbulan

bahkan bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba hamil

semasa dalam percutian bersama pasangan. Adakah ianya

suatu kebetulan sahaja? Pastinya tidak!

Umum diketahui ramai, tekanan hidup merupakan faktor utama

mengapa ramai wanita tidak dapat hamil walau pun tiada

sebarang isu dengan kesuburan mereka atau pun pasangan

mereka. Semakin ramai pasangan ingin mencuba cara-cara yang

kurang invasif, oleh itu, mereka lebih tahu dan yakin bahawa

kehidupan yang bebas dari tekanan adalah jawapannya.

Namun, kita sedia maklum di zaman ini, tekanan sukar untuk

dielakkan, sama ada di rumah, luar rumah, di tempat kerja

dan sebagainya. Tak mungkin anda dapat elak daripada

kesan buruk tekanan yang wujud di sekeliling, dan juga tentu

sukar untuk membawa bertenang apabila dihadapi dengan

ketegangan dari merata arah. Patutlah terdapat pasanganpasangan

yang bernekad untuk pergi bercuti dengan niat

khusus untuk menenangkan jiwa supaya dapat hamil.

Sudah tentunya percutian yang nyaman di lokasi yang

indah dapat menenangkan jiwa dan fikiran yang berselerak.

Memang ramai pun yang telah berjaya hamil semasa

percutian yang khas sebegini, oleh itu, mungkin ia patut

dikategorikan dalam bahagian ‘perlu buat’ bagi mereka yang

ingin hamil, bersama-sama dengan mengambil makanan

yang bernutrisi, menghentikan tabiat-tabiat buruk serta

melakukan hubungan intim tanpa perlindungan.

Pergilah bercuti!

Mula-mula sekali, pastikanlah apa yang dapat merilekskan

anda dan pasangan anda, sama ada ia percutian di

pantai, di kawasan bukit atau pun di sesuatu bandar yang

menakjubkan di luar negara. Yang pentingnya, lokasi

tersebut dapat melahirkan perasaan tenang namun seronok

bagi kamu berdua, supaya anda dapat rehat, bersantai

dan bermanja-manja sebagai suami-isteri. Ingat, uah pula

membawa tekanan kerja bersama-sama - tutupkan email,

senyapkan notifikasi chat-group yang tak penting, dan

sebagainya. Ambillah masa ini untuk bersama-sama beradu

asmara sahaja.

Peringatan: Memandangkan tujuan utama anda adalah

supaya dapat hamil, ingatlah bahawa ketepatan masa masih

penting. Oleh itu, jangan lupa membawa bersama beberapa

alat ujian ovulasi untuk tujuan ini, bersama-sama dengan alat

ujian kehamilan anda.

Jangan menyiakan peluang untuk memanipulasikan waktu

subur anda setiap bulan, atau setiap kitaran haid anda,

perubahan tahap hormon menyebabkan sebutir telur anda

dilepaskan ke salur Fallopian untuk disenyawakan - ini

menandakan waktu paling subur untuk tubuh anda. Kegiatan

seks pada waktu ini memberikan anda peluang yang tinggi

untuk hamil.

Terdapat cara yang mudah dan efektif untuk memastikan

waktu tertentu ini, supaya anda dapat mengambil langkah

yang sewajarnya dengan suami anda - iaitu dengan

menggunakan alat yang bernama Clearblue Digital

Ovulation Test. Nak tahu masa anda yang paling subur?

Biar Clearblue membantu. Clearblue merupakan kit penguji

ovulasi rumah yang dipercayai oleh wanita di seluruh dunia.

Produk pemenang anugerah ini akan membantu anda

mengenal pasti waktu terbaik untuk meningkatkan peluang

kehamilan. Alat penguji kesuburan ini mengukur perubahan

pada paras Luteinising Hormone (LH) daripada garisan dasar

unik anda sendiri, yang berbeza dengan wanita. Inilah cara

paling mudah untuk mengenal pasti waktu paling subur anda!

Apabila digunakan seperti disyorkan, keputusan akan

dipaparkan seperti berikutnya:

for 'Tiada lonjakan LH'

lonjakan LH positif

Selamat bercuti dan selamat memadu asmara!

Adakah anda telah berjaya hamil? Ketahui

dengan pastinya!

Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception

Indicator akan membantu anda untuk mengetahui

sama ada anda hamil atau tidak dengan cepat dan

berkesan. Anda tak perlu pun menjejak kaki keluar

dari bilik untuk mengetahuinya! Berbeza dengan

kit lain yang hanya memberitahu keputusan positif

atau negatif, Clearblue Digital Pregnancy Test with

Conception Indicator direka unik dengan fungsi Smart

Dual Sensor TM yang bukan hanya akan memberitahu

anda keputusan kehamilan, malahan ia juga

memaparkan usia kehamilan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: Email: info@germax.com.my Careline: 03-6151 6629 Website: my.clearblue.com

GAYA SI MANJA

PERMATA HATI

Adakah anak anda berusia antara 1 bulan hingga 36 bulan? Jika ya, hantarkan

gambar terkini si manja anda kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook: MajalahMamaPapa berserta nama, umur dan tempat tinggal.

Snap &

Menang

Hadiah istimewa

bernilai RM100

AQEEL MIKAEL MUHAMMAD FARHAN HIDAYAT

5 bulan, Pulau Pinang

Firas Zayyan Bin Mohd Firdaus

16 bulan, Selangor

Iman Zulaykha

Binti Muhamad Al Syafik

7 bulan, Kuala Lumpur

MUHAMMAD KHUZAIRY AZRIN

BIN MUHAMMAD HADI

12 bulan

Nurfatihah bt Mohd Annas Hafifi

1 tahun, Pulau Pinang

4 MamaPapa | Oktober 2018

TANYA PAKAR

Pakar Dermatologi

Dr Tee Shwu Hoon

MP: Boleh doktor terangkan tentang

penjagaan kulit untuk bayi yang sedang

mengalami ekzema?

Penjagaan kulit untuk bayi baru lahir adalah

bertujuan untuk memastikan kelembapan

dan kebersihan kulit serta mengelakkan penyakit kulit atau

jangkitan kuman. Untuk bayi yang berisiko tinggi untuk

menghidap atopik ekzema, adalah disarankan penjagaan kulit

rapi yang menitikberatkan pengekalan kelembapan kulit serta

fungsi kulit sebagai pertahanan tubuh dari patogen, sinar

matahari, dan gangguan fisik; pengelakkan faktor-faktor yang

akan memarakkan ekzema; serta penggunaan ubat sapu yang

disarankan oleh doktor untuk rawatan kulit jika perlu.

Terlebih dahulu, saya perlu menjelaskan apa itu penyakit

atopik ekzema. Ekzema adalah suatu keadaan yang

menyebabkan kulit menjadi merah, gatal dan meradang.

Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit

alahan seperti ekzema, asma dan allergic rhinitis. Penyakit

atopik ekzema seringkali dikaitkan dengan faktor keturunan.

Golongan yang mempunyai ahli keluarga dekat yang juga

mengalami penyakit alahan seperti atopik ekzema, penyakit

asma atau lelah (bronchial asthma), alahan pada hidung

(allergic rhinitis), serta radang alahan pada mata (allergic

conjunctivitis) adalah berisiko lebih tinggi untuk menghidap

atopik ekzema.

Penyakit atopik eczema adalah penyakit kronik radang kulit

yang menyebabkan kulit kering, gatal, merah dan rekah

yang biasanya berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak di

bawah lima tahun. Atopik ekzema merupakan penyakit kulit

yang bersifat “chronic relapsing”. Ini bermakna ia berlaku

berpanjangan (kronik) dan menunjukkan gejala dalam bentuk

‘pasang dan surut’, iaitu ada kalanya kelihatan terkawal

(remission) dan ada kalanya bertambah teruk (exacerbation).

Antara tanda-tanda penyakit atopik ekzema ini termasuklah

keadaan kulit yang kering, gatal,merah dan kelihatan bersisik.

Pada masa ekzema bertambah teruk (acute), kulit boleh

melelehkan cecair dan berdarah. Ianya bertambah teruk

apabila digaru berulang kali. Kulit akan tercedera akibat

kesan garuan yang berterusan dan seterusnya membolehkan

kuman masuk lebih jauh ke dalam dan menyebabkan

jangkitan. Rasa gatal yang teruk boleh mengganggu kualiti

tidur dan kehidupan seharian bayi tersebut serta ahli-ahli

keluarganya. Tanda-tanda atopik ekzema kronik termasuk

kulit kering yang tebal dan bersisik akibat daripada kesan

garuan yang berulangan.

Untuk pesakit atopik ekzema, penjagaan kulit yang rapi

termasuklah kerap melembabkan kulit dengan krim

pelembap yang disarankan oleh doktor sekurang-kurangnya

dua kali sehari. Krim pelembap disarankan untuk disapu

pada kulit sebaik sahaja mengelap badan lepas mandi untuk

menambahkan penyerapannya pada kulit. Kulit juga harus

sentiasa bersih.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan

faktor-faktor yang akan memarakkan atopik eczema patut

diambil. Faktor-faktor ini termasuk pendedahan kulit kepada

keadaan panas terik, terlampau sejuk atau kering untuk

tempoh masa lama; perubahan suhu yang mendadak; peluh

berlebihan; bahan-bahan kimia seperti sesetengah detergen,

kosmetik, minyak wangi; tekanan emosi dan fizikal; jangkitan

kuman kulit dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, jika puan berasa kurang pasti tentang

keadaan kulit bayi terutamanya apabila kulit menunjukkan

tanda-tanda luar biasa seperti menjadi merah, radang,

meleleh cecair atau nanah, puan disarankan untuk mendapat

nasihat daripada doktor dengan segera untuk pemeriksaan

dan rawatan yang lebih lanjut.

MP: Anak lelaki saya berusia 5 tahun dan mempunyai

berat badan 21kg. Selera makannya seperti biasa, malah

dia gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Masalahnya, apabila saya bandingkan tumbesarannya,

anak saya ini lebih besar berbanding rakan sebayanya

yang lain. Adakah berat badan anak saya sesuai

dengan umurnya? Jika tidak, bagaimanakah boleh saya

membantunya mendapatkan berat badan yang sihat?

Konsultan Pediatrik

Dr Kenneth Looi Chia Chuin

Untuk menentukan samaada seseorang

kanak kanak membesar dengan

sihat, kita perlu merujuk kepada carta

pembesarannya (growth chart). Biasanya,

kita akan merujuk kepada tinggi, berat,

BMI dan lilitan kepala (untuk kanak kanak dua tahun ke

bawah). Jikalau pembesarannya mengikut carta, maka

ia dikatakan normal. Sebagai contoh, bayi lelaki yang

dilahirkan 3kg dijangka beratnya 17kg pada umur 5 tahun

tetapi bayi lelaki yang dilahirkan 3.5kg dijangka beratnya

18.5kg pada 5 tahun. Faktor tinggi juga perlu diambil

kira. Saya tidak dapat menentukan sama ada pembesaran

anak normal berdasarkan satu bacaan berat badan sahaja.

Cadangan saya ialah supaya anak puan dibawa ke klinik

berserta dengan carta pembersarannya jika ada, untuk

penilaian yang tepat. Untuk mendapat berat badan yang

sihat, kanak kanak haruslah mengamalkan pemakanan yang

seimbang dan melakukan senaman setiap hari.

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

MamaPapa | September 2018

5

ALAM BERPANTANG

Berpantanglah untuk

kebaikan diri

Alam berpantang merupakan tempoh yang mungkin membosankan bagi kebanyakan ibu baru kerana

perlu berjaga-jaga dari setiap sudut termasuk dari segi pemakanan dan kegiatan harian. Jika tidak

mematuhi amalan berpantang, ibu berisiko untuk mengalami bentan, meroyan, luka lambat pulih dan

lain-lain yang mungkin meninggalkan kesan pada tubuh dan kesihatan pada jangka masa panjang.

6 MamaPapa | September 2018

ALAM BERPANTANG

Membiasakan diri dengan rutin baharu pasti menjadi

cabaran buat si ibu. Selain menjaga bayi baru serta

menjalankan tugas-tugas lain di rumah, ibu juga perlu

bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri selepas

bersalin. Jika kita lihat nenek moyang kita dahulu, mereka

amat mementingkan penjagaan ibu selepas bersalin.

Tidak kiralah masyarakat Melayu, Cina ataupun India,

kesemuanya akan membantu dan memberi sokongan

kepada ibu baru bersalin supaya menjalani amalan

berpantang dengan sempurna.

Tidak kira semoden mana pun, ibu generasi kini tidak

patut memandang ringan amalan berpantang. Ada yang

menganggap amalan berpantang tidak perlu ekoran

terlampau sibuk dengan mengejar kejayaan korporat atau

pun perniagaan masing-masing. Ada juga ibu baru yang

menganggap bahawa badan mereka mampu berfungsi

seperti biasa selepas bersalin dan amalan berpantang tidak

mustahak untuk diikuti.

Usah menolak tawaran bantuan

Dalam memudahkan rutin baharu anda selepas bersalin,

janganlah segan untuk menerima bantuan daripada sesiapa

yang ingin membantu, termasuklah daripada suami,

ibu bapa, mertua, keluarga (adik-beradik atau ipar-duai)

mahupun kawan baik. Beritahu dengan jelas bantuan yang

diperlukan - sama ada membasuh pakaian, memasak,

membersihkan halaman rumah, atau lain-lain bantuan.

Komunikasi ini amat penting supaya bantuan yang

dihulurkan adalah yang diperlukan atau diingini.

Jika berkemampuan, upahlah perkhidmatan penjagaan

semasa berpantang. Lazimnya, khidmat jenis ini

merangkumi penjagaan si-ibu dan juga bayi baru,

termasuk khidmat urut, bertangas, masakan untuk ibu

berpantang, penjagaan bayi baru lahir, mengajar teknik

penyusuan bayi, dan lain-lain.

Peringatan sewaktu pantang

Kerja-kerja

lain seperti

memasak,

mengemas

rumah,

membasuh

baju ataupun

membeli

barang dapur

perlu diketepikan sementara dan diserahkan

kepada suami atau orang yang menjaga anda.

MamaPapa | September 2018

7

ALAM BERPANTANG

Penat? Berehatlah!

Usah mengabaikan kesihatan diri sendiri

sehingga mengalami masalah insomnia

(tidak cukup tidur), pening kepala ataupun

meroyan. Amalkan langkah-langkah

berpantang yang patut, termasuk berehat

secukup-cukupnya.

zat galian dan serat, serta dua hingga tiga hidangan daging

dan produk tenusu rendah lemak untuk protin dan kalsium

yang diperlukan. Kesemua ini adalah nutrien penting yang

diperlukan oleh ibu selepas bersalin untuk keperluan tubuh

yang sihat dan juga penyusuan bayi.

Pengambilan kalori ibu menyusu

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan 500

kalori yang berlebihan berbanding pengambilan

kalori harian iaitu antara 1,800-2,000 kalori.

TIPS UNTUK IBU BERPANTANG

Rehat secukupnya

Memandangkan bayi baru lahir menyusu sebanyak tujuh

hingga lapan kali sehari dan tidak mempunyai jadual

penyusuan yang tetap, tidak hairanlah jika seorang ibu

baru merasa letih dan kadang-kadang tidak terdaya untuk

melakukan sebarang kerja lain. Masa tidur si ibu juga tidak

menentu. Oleh itu, cubalah cari (atau curi) waktu untuk tidur

dan rehatkan badan. Ingatlah bahawa tidur dan rehat yang

secukupnya amat perlu untuk memastikan bahawa tubuh

badan si ibu cepat sembuh dan kekal sihat.

Pemakanan yang berkhasiat

Selepas bersalin, ibu masih perlu menitikberatkan hal

pemakanan. Bagi memastikan ibu baru mendapat

sumber protein, zat besi dan kalsium, diet yang seimbang

diperlukan. Amalkan pengambilan lima hingga tujuh

hidangan yang mengandungi kabohidrat untuk tenaga, dua

hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk vitamin,

Hidrasi

Ada cerita yang mengatakan bahawa ibu berpantang

tidak boleh minum air yang banyak kerana tubuh

akan menyimpan lebihan air dan melambatkan proses

penurunan berat badan. Ini hanyalah mitos, Mama!

Setiap manusia harus mendapat air yang mencukupi dalam

tubuh mereka, termasuk juga ibu yang baru bersalin.

Sekurang-kurangnya lapan gelas air perlu diminum supaya

badan kekal terhidrat dan tubuh mampu menghasilkan

susu tanpa rasa lesu dan ternyahhidrat.

Gejala baby blues

Disebabkan perubahan hormon selepas bersalin,

sesetengah ibu mungkin akan mengalami gejala ‘baby

blues’ dua hingga empat hari selepas melahirkan bayi.

Ini adalah normal tetapi berjaga-jaga supaya tidak

sampai menyebabkan tekanan yang berlebihan atau

perasaan tersentap yang berpanjangan atau berlebihan.

Berundinglah dengan doktor sekiranya ada tanda-tanda

baby blues yang tidak dapat dikawal.

Amalan-amalan semasa berpantang

Selepas bersalin, rahim ibu baru akan mengecut

secara perlahan-lahan dengan mengambil masa antara

enam hingga lapan minggu. Urutan selepas bersalin

akan membantu proses mengecutkan rahim. Walau

bagaimanapun, pastikan urutan selepas bersalin dilakukan

oleh tukang urut yang terlatih dan berpengalaman.

Ibu yang bersalin secara pembedahan bagaimanapun

perlu memastikan luka pembedahan sudah pulih

sebelum berurut. Berbengkung juga satu amalan yang

amat bermanfaat kepada ibu yang telah bersalin untuk

membantu kembalikan bentuk badan yang menarik.

8 MamaPapa | September 2018

Advertorial

Daripada tidak terdaya

sehingga berkeyakinan semula

Natalya Medvedeva, 27

Sebelum tiba masa bersalin, saya memang rajin membaca info dan

tips tentang kelahiran, penjagaan bayi, langkah-langkah kecemasan

dan bermacam lagi bersama suami saya, untuk menyiapkan diri

supaya menjadi pasangan ibubapa yang yakin dan serba tahu. Sudah

tentunya begitu, kerana teruja hendak menimang cahaya mata

yang pertama! Tetapi rupa-rupanya, bukanlah semuanya semudah

yang disangka dan bukan semuanya berlaku seperti dijangka.

Setelah menempuhi sakit bersalin selama 26 jam, akhirnya saya

selamat melahirkan anak saya. Namun, trauma dan kelesuan yang

dirasa tidak dapat diketepikan. Apabila pulang ke rumah, payu

dara saya bengkak dan sakit, dan bayi saya pula tidak dapat menyusu

dengan baik. Ada kalanya kami berdua terlalu letih sehingga tidak

dapat melakukan tugas-tugas harian dengan sempurnanya, tak

usah nak dikatakan pasal menguruskan diri ataupun makan. Harapan

kami, tiada siapa yang terasa hati kerana keinginan saudara mara

dan sahabat handai untuk datang melawat tak dapat kami layan

dengan sempurna disebabkan kecelaruan fizikal dan mental.

Tambahan lagi, bayi kami pula diserang jaundis dan dimasukkan

ke dalam wad. Sementara bayi kami dijaga dengan rapi di hospital,

suami saya bernekad untuk melakukan sesuatu demi kebaikan saya,

lalu dia pun menempah pakej penginapan di pusat ibu dan anak

LYC Mother and Child Centre, sebuah pusat penjagaan selepas

bersalin yang berlokasi di Taman Tun Dr Ismail. Saya didaftar masuk

dulu dan tidak lama kemudian, bayi saya pun telah dapat bersama

saya di sini setelah pulih. Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada

suami kerana tindakannya itu telah memberikan saya kelegaan yang

mendalam lalu membolehkan saya merasai alam berpantang yang

lebih bermakna.

Penginapan saya di bilik Deluxe amat selesa sekali, di mana semua

keperluan saya diuruskan dan saya pula dapat rehat sepuas-puasnya.

Semenjak berada di sini, kelesuan yang dirasa semasa di rumah

lenyap sama sekali, berikutan urut-urutan, mandian herba dan

lain-lain rawatan selepas bersalin oleh kakitangan Tanamera, jenama

unggul bagi produk dan rawatan untuk wanita berpantang, yang

berpusat khas di LYC. Bayi saya juga dijaga dengan rapi dan penuh

kasih sayang oleh matron dan jururawat pakar di dalam nurseri yang

mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mengagumkan. Mereka juga

sanggup membiarkan saya tidur lena waktu malam dan membantu

menyusukan bayi saya dengan susu badan saya yang telah siap dipam.

Ibu saya, yang datang melawat dari Uzbekistan, begitu kagum dengan

khidmat dan layanan yang saya terima dari LYC, dan beliau dapat

lihat sendiri bagaimana kesihatan saya dan juga bayi saya telah dijaga

dengan baik di sini. Dari segi nutrisi, terasa diri ini amatlah bertuah

sebab dihidangkan makanan yang berkhasiat lima kali sehari! Dari

semua aspek, pusat ini telah memberikan saya dorongan yang

diperlukan untuk mengharungi alam keibuan dengan lebih keyakinan.

Sebelum menghinap di sini, saya benar-benar tidak sangka bahawa

layanan yang akan diterima begitu ikhlas dan istimewa sekali. tidak

kira dari kakitangan berjawatan tertinggi hinggalah ke mereka yang

berjawatan bawahan dan saya amat terharu dengan sikap mereka

semua. Kepada mereka yang ingin rehat dan kembali sihat dengan

sempurnanya selepas bersalin, inilah tempatnya!

Di LYC Mother & Child Centre, ketelitian kepada penjagaan yang

diberi kepada ibu dan bayi, serta layanan istimewa merupakan

budaya kerja bagi semua yang bertugas di situ. Pusat ini terletak

di Plaza VADS, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang kian berkembang

namun masih eksklusif. Premisnya mewah dan menawan dan ia

merupakan satu-satunya pusat yang berlesen daripada Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur untuk beroperasi sebagai pusat

penjagaan selepas bersalin berperingkat hospital. Pusat ini peka

kepada keperluan ibu-ibu dari pelbagai kaum, termasuk juga dari

segi pemakanan. Ibu-ibu baru dari pelbagai kaum dapat merasakan

alam berpantang istimewa, selamat dan santai dengan khidmatkhidmat

seperti mengurut, membengkung, tangas dan pilis yang

dikendalikan oleh ahli terapi Tanamera, untuk kesihatan dan

manfaat jangka panjang. Makanan yang berkhasiat pula dihidangkan

lima kali sehari dengan menu mingguan yang direka khas untuk

kesihatan ibu baru.

Terdapat tiga jenis pakej penginapan iaitu VIP, Premium atau

Deluxe yang berkelengkapan ala hotel 5 Bintang ynag selamat

dan selesa bagi ibu dan bayi. Setiap bilik dilengkapi dengan

pendingin udara; TV LED 54” dengan saluran Netflix serta Astro;

perkhidmatan laundry; lampu sensor; WiFi percuma, peti simpanan

elektronik, dan juga kad keluar-masuk keselamatan. Bilik VIP juga

mempunyai sebuah beranda untuk bersantai dan juga sebuah

kerusi urut. Semua bilik menerima cahaya suria pada siang hari,

sementara seluruh premis LYC berada bawah pantauan 24 jam

melalui sistem monitor CCTV.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi perkhidmatan pelanggan: +6012 627 7335

LYC Mother & Child Centre Sdn Bhd (972687-K)

Level 2 & 3, Podium Block, Plaza VADS, No 1, Jalan Tun Mohd Fuad Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur

Tel: +603 7733 9222 | Fax: +603 7733 4886 | Website: www.lychealth.com | Email: enquiry@lychealth.com

Facebook & Instagram: @LYCMotherChild

PANDUAN KELUARGA

Panasnya cuaca hari ini!

Sebagai sebuah negara tropika, Malaysia sememangnya bercuaca panas. Pancaran terik daripada

matahari ini mampu meninggalkan kesan buruk pada kulit yang sensitif, terutama sekali pada bayi

dan kanak-kanak.

10 MamaPapa | September 2018

PANDUAN KELUARGA

Perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting jika

kita hendak mengelakkan sebarang masalah kesihatan yang

melibatkan pendedahan berlebihan kepada sinaran ultraviolet

(UV). Perlu diingat bahawa, sinaran cahaya UV matahari

adalah penyebab utama penyakit kanser kulit, selaran

matahari, penuaan pramatang dan kerosakan mata. Sinaran

UV merupakan tenaga yang dihasilkan daripada matahari.

Sinaran UV ini bukanlah seperti pancaran matahari atau

bahang yang boleh dilihat dan dirasa. Sebaliknya, deria kita

tidak boleh mengesan radiasi UV - kerosakan yang berlaku

tidak dapat dilihat sehinggalah melarat.

Sinaran UV yang keterlaluan meninggalkan kesan buruk

yang berjangka panjang pada sesiapa pun tidak kira tua atau

muda. Walau bagaimana pun, bayi dan kanak-kanak lebih

berisiko tinggi disebabkan kulit mereka yang masih dalam

proses perkembangan.

Perlindungan daripada sinaran UV matahari adalah sangat

penting dan tidak patut diambil ringan. Bayi dan kanak-kanak

tidak mampu mengambil tindakan sewajarnya dengan sendiri,

jadi ibu bapalah yang patut bertanggunggjawab terhadap

aspek penjagaan kulit mereka ini.

Bukan sekadar kulit

Bukan hanya kulit sahaja yang akan menerima

kesan akibat pancaran UV. Sebaliknya, sinaran

ini juga boleh menyebabkan penyakit yang

melibatkan mata seperti, photokeratitis, katarak

dan kanser di sekeliling mata.

Kulit gelap kurang berisiko?

Ada yang menganggap bahawa orang yang

berkulit gelap adalah kurang cenderung

mengalami kerosakan kulit akibat cahaya

matahari- namun ini tidak benar! Mereka

yang berkulit gelap juga boleh mendapat

masalah selaran matahari, walaupun kurang

ketara berbanding dengan mereka yang

berkulit cerah. Meskipun tanda selaran

matahari akan semakin pudar, namun

kerosakan yang berlaku akan meningkatkan

risiko menghidap kanser kulit.

Apakah perlindungan yang sesuai?

Dari segi perlindungan UV matahari, selagi ada kulit yang

terdedah, sinaran UV boleh merosakkannya. Pendek kata,

pakaian mestilah menutupi kebanyakan permukaan kulit,

(termasuk topi untuk melindungi kepala dan muka), dan

produk perlindungan kulit seperti penapis UV atau sunblock

perlu digunakan untuk permukaan kulit yang terdedah.

Memandangkan cuaca kita panas, pakaian menyejukkan

seperti pakaian kain kapas yang sederhana nipis pun sudah

memadai. Panduan ini perlu diikuti juga untuk melindungi

bayi dan kanak-kanak daripada sinaran UV. Pilihlah produk

perlindungan kulit yang sesuai untuk kegunaan mereka.

Jadikannya suatu tabiat

Memaksa kanak-kanak berkurung di rumah untuk mengelak

daripada cahaya matahari bukanlah suatu idea jangka masa

panjang yang bagus. Kanak-kanak senang diajar dan oleh

itu, ambillah kesempatan ini untuk mengajar si kecil cara-cara

melindungi diri daripada sinaran matahari yang berlebihan.

MamaPapa | September 2018

11

PANDUAN KELUARGA

Contohnya, ajarlah si-kecil bagaimana memilih pakaian

yang sesuai semasa berada di luar pada siang hari dan

juga memakai krim atau losen perlindungan matahari pada

tubuh dan muka. Bagi anak yang bersekolah, letakkan

produk perlindungan matahari dalam beg mereka dan kerap

ingatkan mereka supaya menggunakannya sebelum keluar

rumah dan apabila di luar. Usaha ibu bapa boleh membantu

menyelamatkan kanak-kanak daripada mengalami masalah

kulit yang serius apabila besar nanti.

Berteduh

Apabila sedang berada di luar semasa siang hari, berilah

perhatian sewajarnya pada tahap pendedahan cahaya

matahari untuk diri sendiri dan juga keluarga. Jika keadaan

cahaya panas terik, carilah tempat berteduh seperti di bawah

pokok yang rimbun, di perhentian bas, di dalam bangunan

dan sebagainya, untuk perlindungan supaya dapat mengelak

daripada selaran matahari (sunburn).

Penjagaan kulit dengan perlindungan UV

matahari

Pelindung matahari sepatutnya menjadi sebahagian daripada

rutin harian seisi keluarga, tak kira umur. Pemakaian krim

atau losen ini hanya mengambil sedikit masa sahaja, tetapi

manfaatnya mungkin berpanjangan.

Pakai topi

Untuk mereka yang serius tentang perlindungan sinaran

UV matahari, topi adalah kemestian yang tidak boleh

ditinggalkan selagi berada di luar rumah pada waktu siang.

Pemakaian topi dapat memastikan kepala, muka dan mungkin

juga leher (terpulang kepada jenis topi), terlindung daripada

pancaran matahari yang terik. Untuk bayi dan kanak-kanak,

pilihlah jenis topi yang bersisi lebar supaya dapat melindungi

kepala dan muka mereka dengan berkesan.

Perkara yang perlu diambil

kira mengenai produk

perlindungan UV matahari

termasuk:

1. Produk yang dipilih harus sesuai

dengan umur pengguna.

2. Pilih produk yang selesa dipakai (tidak

terlalu berminyak, berbau kuat, dll)

3. Uji dulu produk pilihan untuk memastikan tiada

tindak balas seperti alahan kulit.

4. Patuhilah arahan di label supaya produk itu

lebih berkesan.

5. Lazimnya losen, gel atau krim pembatas UV

matahari perlu disapu semula selepas beberapa

jam untuk perlindungan berterusan.

12 MamaPapa | September 2018

FERTILITI & KONSEPSI

Adakah

gaya hidup

moden ini

sesuai untuk

kehamilan?

Kebanyakan pasangan pasti ingin dikurniakan zuriat dan juga tidak sabar untuk digelar ibu dan

bapa, tetapi adakah mereka betul-betul bersedia untuk konsepsi dan kehamilan? Soalan ini

memang penting memandangkan zaman ini yang serba moden dan canggih dalam semua aspek

kecuali kesihatan manusia pada umumnya.

Pasti tidak mudah untuk mengaku jika gaya hidup

seseorang tidak sesuai atau memudaratkan kesihatan.

Tabiat-tabiat seperti merokok, makan dan minum

sebarangan atau makan berlebihan, tidak bergerak

dengan cukup dan juga melayan tekanan hidup semuanya

mempunyai kesan buruk ke atas sistem reproduksi manusia.

Untuk mereka yang sedang cuba untuk hamil, ingatlah

bahawa tubuh badan hanya akan memberitahu anda

tentang kehamilan selepas beberapa minggu berlakunya

konsepsi! Oleh itu, jagalah tubuh badan dari awal-awal lagi,

dan bertindaklah seperti memang sudah hamil.

Apa masalahnya jika merokok?

Masalahnya ialah, setiap batang rokok mempunyai beratus

bahan toksik yang memudaratkan kesihatan dan nyawa

manusia yang menghisapnya. Jika anda seorang perokok,

ketahuilah bahawa tabiat ini mampu mengurangkan kualiti

telur dan mungkin juga menyebabkan kemandulan.

Perokok-perokok yang sedang cuba hamil namun

asyik gagal, sila ambil perhatian! Jika pasangan lelaki

pula yang merokok, pasangannya terdedah kepada

asap rokok lalu menjadi perokok pasif yang tetap akan

memudaratkan kesihatannya dan juga bayi dalam

kandungannya jika dia sedang hamil.

Jangan terlalu bergantung kepada kopi

dan teh

Kopi dan teh mengandungi kafein, sejenis perangsang

yang mampu memudarakan kesihatan jika diambil

secara berterusan. Ia juga amat menagihkan. Jika anda

sedang cuba hamil ataupun sudah hamil, cubalah sedaya

upaya untuk membendungkan ketagihan pada minuman

berkafein. Jika betul-betul susah untuk diketepikan,

hadkan pengambilan kepada secawan sehari.

MamaPapa | September 2018

13

FERTILITI & KONSEPSI

Jaga berat badan

Masalahnya berat

badan terlalu berat atau

terlalu ringan bukannya

sekadar menyukarkan

konsepsi, tetapi lebih

memudaratkan lagi

ialah, jika konsepsi

berlaku, kemungkinan

besar kehamilan itu

akan terjejas dengan

bermacam-macam

komplikasi. Tahukah

anda, dalam keduadua

kes, kekurangan

zat vitamin dan galian

menjadi faktor utama

yang bakal memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam

kandungannya? Sasarlah untuk mencapai Indeks Massa

Tubuh (BMI) yang sesuai supaya berada dalam lingkungan

berat badan yang ideal.. Ukuran ini boleh didapati daripada

mana-mana klinik.

Bergeraklah lebih

Di zaman moden ini, kebanyakan kerja berasaskan komputer

dan juga duduk membincang dalam bilik mesyuarat. Peluang

untuk menggerakan tubuh badan semakin kurang selain

anda rajin bertindak untuk bersenam atau bersukan. Tubuh

badan manusia perlu bergerak supaya sihat, oleh itu, jika anda

inginkan kehamilan yang sihat, bersenamlah. Nota penting:

Dapatkan nasihat doktor jika anda belum pernah bersenam

sebelum ini dan ingin bermula semasa hamil.

Makan apa tu?

Trend makan pada zaman ini memang mengundang

masalah kepada kesihatan di mana terlalu banyak iklan yang

memaparkan cadangan-cadangan yang cepat dan sedap.

Kesemua ini menarik untuk mereka yang inginkan kemudahan

makanan fast food, tetapi ia amat memudaratkan kesihatan,

lebih-lebih lagi untuk ibu yang sedang hamil. Oleh itu,

berikanlah perhatian yang sewajarnya kepada diet masingmasing

dan lebihkan makanan-makanan seperti sayur-sayuran

dan buah-buahan yang berwarna warni; bijirin penuh; susu

dan makanan tenusu; daging serta ikan yang segar, dan

sebagainya. Kurangkan pengambilan gula, garam, minyak dan

juga makanan-makanan diproses seperti biskut, roti putih,

makanan dalam tin dan sebagainya

Jangan abaikan pengambilan asid folik

Asid folik amat penting untuk wanita yang sedang

cuba hamil dan juga yang sedang hamil. Asid

folik ialah sejenis Vitamin B yang diperlukan untuk

mencegah kecacatan tiub saraf dalam fetus yang

sedang mengembang dalam rahim. Mulakan

pengambilan supplemen asid folik sekurangkurangnya

enam minggu sebelum cuba hamil.

14 MamaPapa | September 2018

TOPIK

Menyara keluarga

dengan pendapatan tetap

Menjana pendapatan sampingan untuk perbelanjaan keluarga sudah tentunya sesuatu yang

dialu-alukan, namun bukan semua ibu bapa mampu memperolehi pendapatan seumpama itu. Bagi

ibu bapa yang berpendapatan tetap setiap bulan, pasti mencabar untuk mencari keseimbangan

antara pendapatan yang diperolehi dengan perbelanjaan untuk keperluan keluarga mereka.

Harapan kami, artikel ini dapat membantu dalam menghuraikan isu-isu berhubungan dengan

pendapatan tetap dan mencari penyelesaian-penyelesaian yang paling efektif supaya keluarga

yang mempunyai pendapatan yang terhad dapat hidup dengan lebih selesa.

MamaPapa | September 2018

15

TOPIK

Sudah tentunya faktor utama supaya keseimbangan dapat

dicapai dengan pendapatan tetap ialah dengan cara

hidup yang selaras dengan pendapatan. Cara ini, walau

tak semestinya mudah, dan mungkin juga membosankan,

dapat menjauhi keluarga daripada berhutang keliling

pinggang, sesuatu yang lazimnya berlaku apabila

perbelanjaan keluarga lebih daripada sepatutnya.

Tetapkan bajet bulanan yang sesuai

Sebagai permulaan, tentukan jumlah wang yang diperlukan

untuk perbelanjaan tetap bulanan keluarga anda. Ini

bermaksud segala perbelanjaan atau pembayaran yang

perlu dilakukan setiap bulan, seperti pinjaman untuk rumah

ataupun bayaran sewa rumah; bil air, elektrik dan telefon;

pinjaman untuk kereta; bayaran kad kredit dan sebagainya.

Bajet bulanan juga perlu mengambil kira perbelanjaan

untuk pengangkutan ulang-alik seharian untuk kerja;

keperluan dapur, keperluan asas bulanan bayi atau anak

seperti susu, lampin dan sebagainya, serta juga bayaran

untuk pengasuh/taska/prasekolah jika ada.

Setiap keluarga mungkin mempunyai senarai perbelanjaan

bulanan yang berbeza sedikit, tetapi yang pentingnya,

jumlah wang yang perlu untuk membereskan kesemuanya

perlu diasingkan setiap bulan untuk tujuan tersebut.

Dengan syarat perbelanjaan bulanan ini tidak melebihi

pendapatan sebulan, rancangan yang teliti dari segi

bajet pasti dapat memudahkan kehidupan seharian bagi

sesebuah keluarga, dan wang selebihnya pula dapat

disimpan untuk kegunaan masa depan. Jika jumlah yang

diperlu didapati melebihi pendapatan, rombakan dalam

perancangan dan perbelanjaan perlu dilakukan supaya

keseimbangan dapat dicapai antara pendapatan dan

keperluan-keperluan perbelanjaan ini, dan juga supaya

tidak berhutang.

Langkah-langkah yang bijak pasti dapat membantu dalam

pencapaian status kewangan yang lebih selesa.

Jujur kepada diri sendiri

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan

dan menjimat duit, terutama sekali bagi mereka yang

sudah biasa berbelanja mengikut kemahuan dan bukan

keperluan. Cara yang paling efektif untuk mengatasi

situasi ini ialah dengan mengkaji semula perbelanjaan

bulanan. Contohnya, adakah sesiapa dalam keluarga yang

16 MamaPapa | September 2018

TOPIK

menonton televisyen setiap hari di rumah? Jika tidak,

kenapa masih sanggup membayar bil saluran TV yang agak

mahal setiap bulan? Juga, perlukah sebuah keluarga yang

tidak melebihi empat orang memiliki dua buah kereta,

di mana kedua-dua kereta tersebut perlu diisi minyak,

diservis, dan sebagainya?

Walaupun perkara-perkara di atas seperti remeh-temeh

saja, namun pada keseluruhannya jika dikaji semula, banyak

juga duit yang boleh dijimat melalui tindakan-tindakan

yang sewajarnya.

Selain itu, terdapat banyak lagi cara untuk memastikan

hidup lebih selesa dengan pendapatan terhad.

Membeli-belah? Senaraikan apa yang

hendak dibeli

Kerapkali, apabila membeli-belah, ada sahaja item yang

dibeli tanpa dirancang. Kadang-kadang, barang yang

betul-betul diperlu belum lagi dibeli tetapi wang dalam

saku tiba-tiba habis akibat pembelian-pembelian impulsif.

Kejadian seperti ini dapat dielakkan dengan sedikit

disiplin. Sebelum keluar membeli belah, senaraikan segala

yang hendak dibeli dan patuhlah pada senerai tersebut.

Pastikan juga bahawa senarai itu tidak melebihi bajet yang

ditetapkan. Cari ini dapat mencegah sebarang pembelian

yang tak munasabah atau mengikut nafsu.

Beli barang keperluan tertentu secara borong

Terdapat banyak pasaraya borong seperti Checkers,

Segi dan juga Mydin yang menawarkan harga yang agak

murah dengan pembelian borong. Ambillah kesempatan

untuk menjimat duit dengan memborong barang-barang

keperluan yang paling kerap diguna seperti sabun, ubat

gigi, syampu, kertas tisu, beras dan sebagainya.

Rancangkan menu mingguan untuk keluarga

Mula-mula sekali, cuba geledah dapur sendiri dan asingkan

semua bahan yang tarikh luputnya sudah dekat. Rancang

menu untuk seminggu yang akan datang dan gunakan

bahan-bahan itu supaya tidak terbazir. Barulah beli bahanbahan

baru, termasuk bahan utama untuk menu minggu

seterusnya.

Dalam perancangan menu untuk keluarga, ambillah kira

sayur-sayuran yang tengah bermusim. Lazimnya bahanbahan

ini lebih murah pada ketika itu.

MamaPapa | September 2018

17

TOPIK

TOPIK

Kesihatan keluarga - apa kaitnya?

Kaitannya rapat dengan topik penyaraan hidup keluarga

kerana rawatan di klinik persendirian bukannya murah. Jika

seorang ahli keluarga asyik jatuh sakit, umpamanya kerana

makanan seharian yang tak cukup bernutrisi, ataupun tidak

mempunyai kebersihan diri yang baik, maka duit terpaksa

disalurkan ke rawatan dan ubat-ubatan ahli keluarga

tersebut. Oleh itu, ambillah tindakan-tindakan yang

sewajarnya supaya seluruh keluarga sentiasa sihat. Caracaranya

termasuk:

• Memastikan rumah dan persekitaran

rumah bersih dan mempunyai kitaran

udara segar yang baik

• Pastikan ahli-ahli keluarga menggunakan

sabun mandi serta sabun tangan yang

berfungsi anti-bakteria untuk membantu

dalam segi kebersihan diri.

• Melebihkan makanan yang bernutrisi namun

murah seperti sayur dan buah-buahan yang

sedang bermusim

• Pengambilan suplemen/multivitamin

untuk kesihatan

• Mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya untuk mengelak atau

menghapuskan pembiakan nyamuk

aedes supaya keluarga tidak dijangkiti

demam denggi

• Pastikan setiap ahli keluarga mendapat

senaman sederhana ringan setiap hari

seperti berjalan, berjogging, berbasikal dan

sebagainya supaya sentiasa aktif dan sihat

Gunalah kemudahan pengangkutan awam

Sistem pengangkutan awam di negara kita kian maju

dengan adanya LRT, monorel, MRT, Grabcar, teksi, bas

dan sebagainya. Walaupun elok jika sesebuah keluarga

memiliki kereta sendiri, tak semestinya kereta itu perlu

dipandu ke tempat kerja hari-hari. Bayangkan jumlah duit

yang dapat dijimat dari segi petrol, bayaran untuk tempat

letak kereta, tol, dan sebagainya, jika seorang atau keduadua

ibu bapa rajin menggunakan pengangkutan awam

untuk ulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Tindakan ini

mungkin menyusahkan sikit, dan mungkin juga leceh untuk

dilakukan setiap hari, namun fikirkan pasal duit yang dapat

dijimat dan jika berbaloi, apa salahnya?

Berjalan kaki ke tempat-tempat berdekatan

Apa pula kaitannya dengan kewangan? Mudah saja - Setiap

kali kita pilih untuk berjalan kaki ke kedai yang sederhana

jaraknya dari rumah, kita pasti jimat petrol dan mungkin

juga bayaran untuk parking kereta. Pada masa yang sama

juga, badan kita semakin sihat berikutan senaman yang

diperolehi melalui aktiviti berjalan kaki. Jadi, jika sesuatu

destinasi itu mengambil masa kira-kira 10-20 minit untuk

berjalan kaki, apa kata jalan saja?

Peringatan: Untuk keselamatan diri, cuba elak daripada

membawa beg tangan semasa berjalan kaki. Sebaliknya,

masukkan duit, telefon bimbit dan lain-lain ke dalam saku.

Berwaspadalah selalu semasa berjalan kaki dan berilah

perhatian pada keadaan sekeliling dan juga lalulintas untuk

keselamatan diri.

18 MamaPapa | September 2018

Kesihatan kehamilan

Mengawal

mabuk

kehamilan

kehamilan

Mabuk kehamilan, juga dikenali sebagai

morning sickness, lazimnya bukan sesuatu

yang serius tetapi bagi ibu hamil yang

mengalaminya, ketidakselesaan yang

disebabkan oleh mabuk hamil ini kadangkadang

melampau. Harapan kami, tips dalam

artikel ini dapat membantu.

Alam kehamilan sememangnya

suatu pengalaman yang indah bagi

setiap wanita. Tetapi, sebagaimana

didapati ramai wanita yang hamil,

mabuk kehamilan mungkin mencabar

pengalaman ini. Boleh dikatakan

hampir setiap wanita hamil merasai

simptom awal kehamilan ini yang

termasuk rasa muntah-muntah, loya

dan pening kepala. Meskipun istilah

bahasa Inggerisnya ialah morning

sickness, atau sakit pagi, namun tidak

semestinya wanita hamil mengalami

gejala ini di waktu pagi sahaja. Mabuk

kehamilan ini boleh juga dialami pada

bila-bila sahaja, termasuk waktu malam.

Malah, ramai yang tidak cukup tidur

kerana terpaksa bangun di malam

gara-gara simptom mabuk kehamilan.

Simptom ini boleh dialami seawal usia

6 minggu dan berterusan sehingga

usia 12 hingga 14 minggu kehamilan.

Ada juga wanita yang mengalaminya

sepanjang tempoh kehamilan.

MamaPapa | September 2018

19

Kesihatan kehamilan

Tips untuk pengawalan mabuk kehamilan

Berehat

Letih berulang-alik ke tandas untuk muntah? Tambahan

pula jika anda berada di tempat kerja, pasti waktu kerja

anda terjejas kerana terlalu banyak kali ke tandas. Jadi,

ambillah cuti sakit atau cuti rehat bagi merehatkan diri

daripada melakukan sebarang kerja. Begitu juga jika

anda seorang suri rumah yang sedang mengalami mabuk

kehamilan - berehat seketika daripada melakukan kerjakerja

rumah dan kerja harian.

Kehamilan menyebabkan

kepekaan hidung

Menurut pakar, salah satu punca mengapa

hidung wanita hamil lebih peka adalah kerana

peningkatan hormon estrogen dalam tubuh

mereka. Hormon ini akan menyebabkan deria bau

wanita hamil meningkat dan sesetengah bau akan

membuatkan mereka rasa loya atau tidak selesa.

Jauhi aroma yang tidak menyenangkan

Salah satu penyebab yang mampu memburukkan lagi

keadaan morning sickness ialah bau-bauan. Tidak kiralah

sama ada bau-bauan tersebut busuk ataupun wangi,

namun hidung ibu mengandung yang sedang mengalami

mabuk kehamilan kadangkala sukar dijangka. Ada kalanya

ibu hamil tidak boleh bau haruman minyak wangi yang

biasa dipakai oleh suami ataupun diri sendiri. Dan, ada

ketikanya ibu hamil alah kepada haruman penyegar kereta,

pencuci lantai ataupun sabun basuh. Jika begitu, elakkan

diri anda daripada menghidu haruman-haruman tersebut.

Ramai ibu hamil mendapati bahawa aroma pudina dan/atau

lemon dapat membawa kelegaan apabila timbulnya mabuk

kehamilan. Bawalah sebotol haruman seperti itu ke manamana

jika ia dapat membantu.

Carilah punca

Gejala mabuk kehamilan pada amnya akan datang dan

pergi. Jika anda dapat memberi sedikit perhatian kepada

masa-masa perasaan loya itu muncul, kemungkinana besar

anda dapat mengetahui puncanya. Mungkin ia berlaku

setiap kali anda terbau sesuatu bau tertentu. Ataupun,

mungkin ia asyik timbul apabila sedang makan makanan

tertentu? Carilah puncanya dan anda mungkin dapat

mengawal mabuk kehamilan itu serba sedikit.

Makan sedikit tapi kerap

Sebagai ibu hamil, memang mencabar kalau terpaksa

berdepan dengan perasaan loya setiap kali ingin makan.

Namun begitu, ingatlah bahawa tubuh anda serta bayi

dalam kandungan anda perlukan nutrien-nutrien tertentu

untuk kesihatan dan perkembangan. Cubalah kurangkan

amaun yang dimakan dan tambahkan pula kekerapannya.

Ramai ibu hamil telah mendapati bahawa cara ini

membawa kelegaan kepada mereka.

Minum air - Jangan

tunggu sehingga

dahaga

Tahukah anda bahawa

dahaga adalah tanda tubuh

anda sedang mengalami

dehidrasi? Menurut

kajian, dehidrasi mampu

memburukkan lagi perasaan

loya yang sedia ada dan

seterusnya menyebabkan

muntah-muntah. Jika

keadaan ini berterusan,

ia mungkin menjejaskan

kesihatan ibu dan bayi. Oleh

itu, pengambilan air yang

secukupnya disarankan

untuk membantu mengawal

mabuk kehamilan.

20 MamaPapa | September 2018

9 BULAN

Kawalan Kelahiran

- Apakah yang patut

dipercayai?

Terdapat banyak cara yang dapat digunakan untuk mengawal kelahiran. Namun, sebagai manusia, kita

agak mudah percaya pada mitos dan juga pendapat orang ramai yang hanya berdasarkan ideologi turun

temurun yang tidak pernah dibuktikan. Jadi, yang mana benar dan yang mana mitos? Mari kaji bersama.

MamaPapa | September 2018

21

9 BULAN

Ibu yang menyusu badan takkan mengandung

Walaupun ada kebenaran di sebalik penyataan ini, jangan

terlalu bergantung kepadanya. Memang benar bahawa

hormon yang membantu dalam pengeluaran susu

badan adalah hormon sama yang melambatkan (tetapi

tidak menghalang) pembentukan hormon pembiakan.

Sebab itulah kebanyakan wanita tidak berovulasi mahu

pun datang haid semasa mula-mula menyusu badan.

Akan tetapi, kitaran haid akan kembali semula selepas

beberapa minggu, dan oleh itu, si ibu mungkin akan

hamil jika menjalin hubungan intim tanpa perlindungan.

Sebagai panduan, seorang ibu boleh bergantung kepada

penyusuan badan sebagai kawalan kelahiran hanya jika dia

dapat jawab ‘Ya’ kepada semua soalan berikut:

• Adakah anda masih tidak berhaid?

• Adakah anda menyusu badan dengan kerap siang

dan malam?

• Adakah bayi anda berumur kurang dari 6 bulan?

Seks kali pertama tak mungkin menyebabkan

kehamilan

Ini adalah mitos klasik yang telah menyebabkan banyak

kehamilan yang tidak dirancang. Perlu diingati di sini bahawa

selagi ada haid, risiko kehamilan sentiasa ada. Juga, lebih

muda umur seorang wanita, lebih mudah untuk hamil. Jadi,

usahlah menjadi mangsa mitos seperti ini, terutama sekali

jika ingin mengawal kehamilan.

Wanita yang berumur 45 ke atas tak mungkin

akan mengandung

Sama ada seorang wanita dapat mengandung atau tidak

tak semestinya bergantung pada umur, tetapi lebih kepada

kitaran haidnya. Dalam lain kata bagi wanita, selagi ada

haid dan tiada masalah berkaitan dengan kesuburan, boleh

saja mengandung. Untuk mengelak kehamilan, seorang

wanita harus sentiasa anggap bahawa dia sentiasa berisiko

untuk mengandung sehinggalah dia putus haid.

Membasuh faraj selepas seks akan

menghalang kehamilan

Walaupun wanita yang sedang cuba untuk hamil

kadang-kadang dinasihati supaya jangan basuh faraj

selepas melakukan hubungan intim, perbuatan itu tidak

semestinya dapat menghalang kehamilan. Harus diingat

di sini bahawa sperma lazimnya akan mula berenang ke

arah destinasinya (telur) sebaik saja menembusi faraj.

Kebanyakan kali, membasuh selepas seks tidak dapat

menghalang perjalanan ini.

Sudah lama ‘berpuasa’ jadi takkan hamil

Untuk ratusan wanita, sekali sahaja sudah cukup untuk

hamil, tidak kira selepas berapa lama tidak melakukan

hubungan seks. Selagi tubuh badan sihat dari segi

kesuburan, dan kitaran haid adalah normal, kehamilan

masih boleh berlaku.

22 MamaPapa | September 2018

7

PEMAKANAN

jenis makanan untuk

penghasilan susu badan

Ibu yang menyusu badan perlukan makanan yang sesuai yang dapat membekalkan tenaga,

serat dan juga nutrien-nutrien penting supaya dia sihat sepanjang perjalanan penyusuannya.

Tubuh badan seorang ibu mengambil nutrien daripadanya untuk mengeluarkan susu badan

yang berkualiti. Oleh itu, pengambilan makanan bernutrisi tinggi adalah penting bagi ibu

yang sedang menyusu badan.

Menambahkan makanan laktogenik, iaitu makanan yang

membantu dalam pengeluaran susu badan bukanlah

perkara yang baru, dari segi sains. Malah, ada juga petuapetua

turun temurun yang mengajar tentang makananmakanan

khas bagi ibu menyusu. Dengan menambahkan

makanan laktogenik dalam diet anda, di samping kerap

menyusukan bayi serta mengepam susu, pengeluaran susu

seorang ibu dapat dilancarkan.

Berikut adalah antara makanan-makanan laktogenik

yang popular.

1

Beras perang

Beras perang adalah karbohidrat kompleks yang

menyediakan tenaga yang diperlukan semasa penyusuan.

Pengambilan beras perang boleh

meningkatkan tahap serotonin dalam

otak dan membantu mengawal

emosi, serta membantu

meningkatkan kualiti tidur.

Hormon ini juga diperlukan

untuk merangsang rembesan

prolaktin, iaitu hormon utama

dalam penyusuan.

MamaPapa | September 2018

23

PEMAKANAN

2

Bayam

Sayuran hijau ini merupakan sumber baik nutriennutrien

penting seperti kalsium, zat besi, vitamin A dan

K. Sebagai sejenis sayuran berwarna hijau gelap, bayam

juga mengandungi phytoestrogens, yang dipercayai dapat

meningkatkan kesihatan tisu payudara dan membantu

dalam proses laktasi.

3

Buah aprikot

Buah aprikot, terutamanya jenis aprikot kering,

mengandungi phytoestrogens, yang membantu untuk

mengimbangkan hormon semasa laktasi. Aprikot adalah

makanan yang kaya dengan serat, vitamin A dan C,

potassium dan kalsium. Ia juga mengandungi tryptophan,

yang berfungsi untuk meningkatkan tahap prolaktin.

5

Lobak merah (karot)

Tidak ramai yang tahu akan keberkesanan lobak

merah dalam penghasilan susu ibu. Sayuf akar ini

mengandungi phytoestrogens dan kaya dengan betakaroten

serta vitamin A, di mana kedua-duanya amat

berguna untuk penghasilan susu badan. Jus karot juga

dipercayai dapat menyediakan tenaga tambahan yang

diperlukan oleh ibu dan membantu dalam meningkatkan

pengeluaran susu badan.

6

Bijirin oatmeal

Oatmeal merupakan makanan yang dapat membantu

menenangkan tubuh. Ia juga berfungsi sebagai perangsang

oksitoksin (hormon untuk pengeluaran susu), yang membantu

meningkatkan proses penghasilan susu ibu. Selain itu,

oatmeal juga mengandungi serat yang dapat membantu

meyelaraskan sistem penghadaman ibu menyusu.

4

Asparagus

Kaya dengan serat, asid folik, vitamin A, C dan

K, asparagus merupakan lagi satu makanan

laktogenik yang amat mudah disediakan - Stim

sahaja dan nikmati rasa semula jadinya yang enak.

Asparagus mengandungi phytoestrogens yang

berfungsi untuk membantu mengekalkan

pengeluaran susu yang sihat. Tambahan

pula, asparagus juga mengandungi

tryptophan, iaitu asid amino penting

yang boleh merangsang pengeluaran

prolaktin (hormon terbesar

dalam laktasi) lalu meningkatkan

pengeluaran susu.

24 MamaPapa | September 2018

PEMAKANAN

7 Betik

Tidak ramai yang mengetahui bahawa

buah tempatan popular ini dapat membantu dalam

pengeluaran susu badan ibu. Betik muda (yang

berwarna hijau) boleh dimasukkan dalam masakan

untuk dihidangkan kepada ibu berpantang.

Enzim dan phytokimia yang ada di dalam buah

ini berupaya untuk merangsang proses laktasi.

Betik juga digunakan sebagai sedatif semula jadi

yang membantu ibu untuk rasa relaks semasa

menyusukan bayi mereka dan pada masa yang

sama,dalam membantu dalam penghadaman

makanan juga.

Peranan bawang putih sebagai

bahan laktogenik

Bawang putih disarankan bagi

ibu-ibu ynag baru lepas bersalin.

Ia berfungsi untuk memulihkan

luka dalam dan membuang

angin dalam badan, dan juga

mempunyai khasiat dalam

membanyakkan penghasilan

susu badan. Ia boleh dimakan

mentah ataupun dimasak.

Kekacang

Kekacang dapat membantu dalam membanyakkan

penghasilan susu badan dan merupakan sumber protein

yang amat diperlukan. Kandungan lemaknya yang

semulajadi baik untuk kesihatan.

Resipi untuk meningkatkan pengeluaran susu

Smoothie betik

dan pisang

Bahan-bahan:

1. 1½ cawan betik masak yang telah

dipotong (disejuk bekukan dalam peti ais)

2. 1 biji pisang masak (dibuang kulitnya,

dipotong kecil dan disejuk bekukan)

3. 1-2 sudu teh halia (dicincang halus)

4. Jus daripada 2 limau nipis

5. ½ cawan susu atau santan cair

Cara penyediaan:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam

mesin pengisar dan kisar sehingga

hancur dan berkrim. Masukkan air

atau lebih santan cair jika bahan tidak

terkisar hancur.

2. Tuangkan ke dalam gelas dan nikmati

kelazatannya!

MamaPapa | September 2018

25

MAMA MENAWAN

10 rahsia untuk langsing

kembali selepas bersalin

Perubahan paling ketara pada tubuh seorang ibu yang telah bersalin ialah peningkatan berat

badannya. Jika dahulu bersaiz S atau M, kini selepas bersalin saiz badan mungkin berubah kepada

L atau XL. BMI selepas bersalin juga berubah. Pasti ibu tidak sabar untuk mendapatkan kembali

susuk tubuhnya seperti asal.

26 MamaPapa | September 2018

MAMA MENAWAN

3 Bergerak selepas makan

Bakarlah lebih kalori dengan senaman

ringan seperti berjalan santai kira-kira

250 langkah, biarpun di dalam rumah

saja, setengah jam selepas menikmati

hidangan. Selain dapat membakar

kalori, aktiviti berjalan ini juga dapat

membantu dalam penghadaman.

Ikuti beberapa rahsia untuk mendapatkan semula berat badan ideal dengan

selamat dan efektif.

1 Berikan perhatian kepada diet harian

Makanan yang diambil oleh ibu baru seharusnya bernutrisi tinggi

untuk memberikannya tenaga yang diperlukan untuk menyusu bayinya.

Jangan sesekali membiarkan diri sendiri kelaparan kerana ini akan

menjejaskan kesihatan, terutama sekali jika sedang menyusu badan.

Bayi yang menyusu badan mengambil nutrien daripada ibunya, oleh itu,

pastikan makanan yang diambil adalah daripada kumpulan makanan

yang berkhasiat. Lebihkan makanan yang mengandungi protein juga

vitamin untuk membantu menguatkan otot dan menganjalkan kulit yang

menggelebeh.

2 Menyusu badan -

baik untuk bayi dan juga

untuk ibu

Pemberian susu ibu bukan

hanya dapat mengeratkan

jalinan ibu dan bayi, bahkan

juga dapat membantu ibu

untuk mendapatkan kembali

susuk tubuh yang menawan.

Ada mitos yang mengatakan

bahawa menyusu badan akan

menghalang usaha seorang

ibu untuk melangsingkan

badannya, kerana dia akan

sentiasa lapar. Kenyataan itu

tidak benar, dan jikalau seorang ibu yang menyusu badan terasa lapar, dia

pasti dapat menilai dengan sendiri makanan jenis apa yang patut diambilnya

demi kesihatan diri dan juga bayinya.

Penyusuan dan pemakanan seimbang dapat membantu menurunkan

berat badan kerana kalori akan dibakar setiap sesi penyusuan. Selain itu,

penyusuan juga membantu dalam pengecutan rahim ibu.

4 Lebihkan meminum air

Minumlah air kosong sekurangkurangnya

lapan gelas sehari bagi

mengelakkan dehidrasi. Air yang

mencukupi dalam badan dapat

membantu dalam meningkatkan

metabolisma tubuh badan, maka secara

tidak langsung dapat membantu dalam

usaha menurunkan berat badan.

5 Jangan abaikan sarapan pagi

Sarapan pagi amat penting untuk

mengekalkan paras tenaga dan juga

untuk memastikan tubuh tidak terlalu

penat atau terlalu lapar. Jika terlalu

lapar, kemungkinan besar seseorang

akan terlebih makan dan juga makan

ikut nafsu dan bukan mengikut

keperluan badan. Oleh itu, makanlah

sarapan pagi yang berkhasiat semasa

sedang berusaha untuk menurunkan

berat badan.

Sarapan pagi juga dapat membantu

tubuh anda meningkatkan

metabolisma sekaligus menyebabkan

kadar pembakaran tenaga berlaku

dengan lebih cepat.

MamaPapa | September 2018

27

MAMA MENAWAN

6 Elakkan makan bersulam air

Walaupun air sangat mustahak kepada kesihatan manusia,

makan bersulam air mampu meninggalkan kesan buruk

kepada sistem penghadaman tubuh, di mana makanan

tidak dapat dihadam dengan baik. Selain itu, makan

berselang-seli dengan air juga mampu menyebabkan lemak

pada perut berkumpul dengan cepat. Sebab itulah makan

bersulam air tidak digalakkan jika seseorang itu sedang

berusaha untuk menurunkan berat badan.

Sebaliknya, minumlah air sebelum makan dan/atau

setengah jam selepas makan. Menurut kajian, meminum air

sebelum makan dapat mengurangkan berat badan anda

dan meningkatkan metabolisme tubuh badan.

8 Memakai bengkung

Memakai bengkung selepas bersalin merupakan

pengamalan tradisonal sejak zaman nenek moyang kita.

Amalan ini amat bermanfaat bagi membantu ibu baru

supaya dapat kembali pada bentuk badan yang asal dengan

cepat dan efektif. Jika rajin diamalkan, berbengkung dapat

merampingkan pinggang dan memejalkan otot-otot di

perut dan pinggul.

7 Dapatkan tidur yang cukup

Walau macam mana sukar pun, cuba dapatkan tidur yang

secukupnya supaya tubuh cukup bertenaga untuk melakukan

seharian dan juga senaman untuk menurunkan berat badan.

Tanpa cukup tidur, tubuh tentu lesu dan tidak terdaya,

dan keadaan ini akan menghalang sebarang usaha untuk

menurunkan berat badan.

Nota: Dalam satu kajian, ibu baru yang tidur lima jam

sehari atau kurang didapati sukar untuk menurunkan

berat badan berbanding dengan mereka yang tidur

tujuh jam sehari. Jadi, cuba tidur atau rehat sekerap

mungkin, terutama semasa bayi anda tidur.

9 Senaman untuk tenaga

Senaman adalah perlu untuk semua orang, termasuk ibu

baru bersalin. Pergerakan badan, walau pun hanya sekadar

berjalan sahaja, dapat melancarkan pengaliran darah ke

seluruh tubuh.

Setelah luka sembuh atau selepas berpantang, rutin

senaman boleh dipelbagaikan, contohnya dengan

bangkit tubi, senaman lantai pelvik, senaman kaki dan

senaman abdomen. Senaman-senaman ini bertujuan untuk

mengempiskan perut, merapatkan kembali otot faraj serta

membantu menguatkan otot abdomen.

Jika dilakukan secara rutin, perbezaannya tentu ketara.

Bukan sahaja tubuh kembali ramping tetapi juga badan

akan lebih bertenaga.

10 Usah bandingkan diri dengan selebriti

Ramai ibu baru mudah tergoda dengan gaya hidup

para selebriti sehingga ingin mengikut atau mencontohi

mereka. Masalahnya, selebriti-selebriti tersebut mungkin

terpaksa hilang berat badan secepat mungkin demi kerjaya

masing-masing, sehingga kesihatan mereka pun terpaksa

diabaikan. Oleh itu, bersyukurlah dengan keadaan

diri sendiri dan ambillah masa yang diperlukan untuk

melangsingkan tubuh badan secara selamat.

28 MamaPapa | September 2018

KESIHATAN

Demam & Selsema -

Menjaga anak yang sakit

Setiap ibu bapa pasti tidak terlepas daripada menjaga anak yang sakit. Tidak kiralah demam

atau selsema, setiap kanak-kanak pasti pernah merasainya. Sakit yang dialami oleh bayi dan

kanak-kanak adalah sebahagian daripada proses perkembangan dan tumbesaran mereka.

Penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak ini juga adalah kaedah semula jadi untuk

mereka membina imuniti semasa membesar.

MamaPapa | September 2018

29

KESIHATAN

Demam dan selsema merupakan penyakit yang biasa

dialami oleh bayi dan kanak-kanak dan ibu bapa perlu tahu

bagaimana hendak mengetahui apa kesakitan anak serta

cara-cara mengurangkan ketidakselesaan semasa sakit.

Demam

Demam lazimnya berlaku apabila tubuh badan seseorang

sedang melawan jangkitan. Jika yang mengalami demam

itu seorang bayi, pasti amat merisaukan bagi ibu bapanya,

terutama jika suhu badannya semakin naik.

Berikut merupakan simptom-simptom demam dalam bayi

dan kanak-kanak yang perlu ketahui. Walau bagai mana

pun, perlu diingat bahawa si manja anda tidak semestinya

akan menunjukkan semua simptom di bawah. Berjumpalah

dengan doktor jika anda curiga tentang keadaan anak anda

atau jika mana-mana simptom seperti tidak dapat dikawal.

Demam disebabkan oleh selsema:

• Hidung kemerah-merahan

• Batuk kering

• Sakit-sakit badan

• Hilang selera makan

• Pening kepala

• Muntah dan cirit-birit

Demam disebabkan oleh jangkitan pada

telinga:

• Sering menarik atau mengorek telinga

• Sakit telinga atau kepala

• Sering merengek di waktu malam

• Gagal bertindak balas kepada bunyi

• Pening kepala

• Kurang selera makan

• Telinga berdarah

Demam disebabkan oleh sakit tonsil:

• Tidak mahu makan atau minum

(kerana sakit semasa menelan)

• Tekak sakit berserta suara serak

• Tonsil bengkak

• Bengkak pada limfa

• Sakit perut

Menjaga anak yang demam

Pastikan anak anda minum air dengan kerapnya supaya

tidak ke tahap dehidrasi. Jika dia lalu makan, berikan

makanan yang tidak akan membebankan tubuhnya yang

sedang melawan infeksi. Makanan seperti bubur atau bijirin

antara pilihan yang sesuai. Jika anak anda menyusu badan,

biarlah dia menyusu seperti biasa, dan jika boleh, lebih

kerap lagi.

Jika usia anak anda lebih lapan minggu, anda boleh berikan

ubat demam yang khusus untuk bayi bagi menurunkan

suhu badannya. ( Dapatkan nasihat doktor sebelum

memberi sebarang ubat kepada bayi anda).

Untuk keselesaan bayi atau kanak-kanak yang sedang

demam, pakaikan mereka pakaian yang diperbuat daripada

kain kapas yang menyejukkan.

30 MamaPapa | September 2018

KESIHATAN

Selesema

Kanak-kanak yang mengalami selesema akan kerap

merengek dan meragam kerana sistem pernafasan mereka

terganggu, membuatkan mereka tidak selesa. Oleh kerana

tiada selera makan, mereka mungkin akan berada dalam

keadaan letih dan tidak bermaya. Selain itu, selsema juga

ada kalanya menyebabkan mereka demam.

Jika si kecil anda mengalami simptom-simptom

di bawah, dia mungkin mengalami selsema:

• Suhu badan melebihi 38°C

• Lesu

• Kesejukan

• Masalah pernafasan seperti hidung

berhingus dan batuk

• Kurang selera makan

• Sakit tekak

• Kelenjar tekak bengkak

• Cirit-birit

• Muntah

Merawat selsema

Pastikan si kecil anda

mendapatkan rehat yang

secukupnya dan minum air

yang banyak

Kerapkan

penyusuan badan

untuk bayi yang

masih menyusu,

kerana susu ibu

memberikan khasiat

serta perlindungan

yang baik untuk bayi

Elakkan hubungan antara anak anda dengan mereka

yang tengah sakit, kerana daya pertahanan anak anda

adalah lemah semasa tengah selsema, dan mungkin

memudaratkan lagi keadaannya.

Selsema: Berikan perhatian

yang sewajarnya

Selsema adakalanya berbahaya kepada bayi kerana

puncanya disebabkan oleh jangkitan virus influenza.

Ibu bapa perlu mengambil perhatian jika bayi di

bawah usia dua tahun mengalami selsema dan

segeralah berjumpa dengan doktor untuk dirawat.

Ada juga bayi atau kanakkanak

yang terpaksa ditahan di

hospital jika masalah berlarutan.

Ada juga di kalangan kanakkanak

yang mendapat jangkitan

kedua (secondary infection)

disebabkan daya pertahanan

yang lemah setelah mengalami

selsema yang teruk.

Sapukan ubat salap

pada hidung dan

dada anak anda untuk

melegakan sebarang

kesesakan.

Jaga kebersihan diri

sendiri, contohnya

mencuci tangan

sebelum memegang

anak yang selsema

untuk mencegah

hinggapan kuman.

Bila perlu bawa anak

berjumpa doktor?

• Jika bayi anda berusia kurang daripada tiga

bulan dan mengalami demam 38°C atau lebih

• Jika suhu badan bayi anda yang berusia tiga

hingga enam bulan melebihi 38.3°C.

• Jika bayi anda yang berusia enam bulan

ke atas mengalami demam dengan suhu

melebihi 39.4°C

• Jika si manja anda mengalami demam yang

berlarutan sehingga tiga hari

Penting: Sebaik-baiknya berjumpalah dengan

pakar pediatrik kerana mereka lebih tahu ubat yang

sesuai untuk diberikan kepada bayi dan kanak-kanak.

Dapatkan rawatan doktor dengan segera supaya

pencegahan awal dapat dilakukan. Pastikan anda

peka akan perubahan pada si manja anda.

MamaPapa | September 2018

31

NUTRISI

Snek untuk kanak-kanak:

Pilihan yang baik

membawa manfaat

Menawarkan snek kepada anak kecil mungkin dilihat sebagai tindakan yang tidak beberapa bagus oleh

sesetengah ibu bapa. Tidak dinafikan bahawa makanan snek yang tak betul, dan pada masa yang tidak

sesuai mungkin akan menyebabkan kanak-kanak hilang selera untuk hidangan utama seperti makan

tengah hari atau makan malam. Tapi, takkanlah nak biar si-kecil lapar jika dia minta sesuatu untuk

dikunyah beberapa jam sebelum hidangan utama? Mari kita kaji bersama.

32 MamaPapa | September 2018

NUTRISI

Dilema memberi snek kepada si-kecil

Seperti sesetengah orang dewasa, kanak-kanak juga

mungkin akan terasa lapar sebelum tiba waktu makan

tengah hari atau makan malam. Sebab utama dalam kes

kanak-kanak adalah keperluan tenaga yang lebih semasa

bermain, belajar, dan sebagainya. Jenis makanan yang

diingini ataupun citarasa mereka adalah cerita yang lain

sama sekali, di mana kebanyakan kanak-kanak memang

gemarkan makanan yang manis sebagai snek. Hal inilah

yang sebenarnya menjadi masalah utama tentang

pemberian snek kepada kanak-kanak. Jika kanak-kanak

sudah biasa dengan snek yang manis, lama-kelamaan,

ia mungkin akan mengurangkan selera mereka untuk

makanan utama yang berkhasiat seperti sayur-sayuran,

daging, nasi dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak

juga mudah sekali tertagih kepada makanan manis.

Jadi, patutkah kanak-kanak diberi makan snek atau tidak?

Terpulanglah kepada ibu bapa namun kami sarankan

supaya beri, tetapi usah berikan sebarangan makanan snek,

dan cubalah prihatin tentang masa untuk memberi anak

makan snek tersebut.

Snek jenis apa yang patut diberi?

Sudah tentunya yang bernutrisi dan berkhasiat untuk

tubuh badan yang sedang membesar. Atau, lagi satu cara

untuk mendefinasikan pilihan snek yang sesuai ialah, snek

tersebut tidak harus mengandungi bahan bahan yang akan

memudaratkan kesihatan kanak-kanak yang memakannya.

Hal ini sebenarnya suatu yang perlu dititikberatkan oleh ibu

bapa kerana kebanyakan snek yang sedia ada di pasar raya

untuk kanak-kanak mengandungi gula, gram dan perasa

tiruan yang berlebihan untuk menyedapkan rasanya supaya

kanak-kanak gemarkannya.

Pillihan snek yang lebih elok ialah seperti berikut:

• Buah-buahan

• Sayur dicicah dengan mayonis

• Kismis

• Telur rebus

• Sandwic mentega kacang

• Biskut bergula rendah

• Keju

• Smoothie buah

Snek perlu diberi pada masa yang sesuai, iaitu tidak terlalu

dekat dengan waktu makan tengah hari ataupun waktu

makan malam. Waktu yang paling sesuai ialah kira-kira tiga

jam sebelum hidangan utama. Jika snek diberi pada masa

malam, pastikan ia suatu yang ringan seperti buah atau

sekeping keju, supaya si-kecil tidak terlalu kenyang semasa

hendak masuk tidur.

Pandangan yang sihat terhadap

snek kanak-kanak adalah:

• Pilihan snek

yang ringan

tetapi berkhasiat

• Menawarkan

snek pada masa

yang sesuai

Manis namun berbahaya!

Makanan bergula

merupakan suatu ketagihan

zaman kanak-kanak yang

utama di seluruh dunia dan juga

punca utama pelbagai penyakit kronik

zaman kanak-kanak seperti obesiti dan

kencing manis.

MamaPapa | September 2018

33

penjagaan bayi & kanak-kanak

Menangani

ruam lampin

Kebanyakan bayi pasti mengalami ruam lampin semasa umur mereka antara satu hingga 12 bulan.

Ruam jenis ini lazimnya berlaku di sekitar kawasan sulit, di celah kelangkang dan juga di bahagian

punggung. Kulit bayi yang terkena ruam ini harus dijaga rapi supaya pulih kembali.

34 MamaPapa | September 2018

penjagaan bayi & kanak-kanak

Bersihkan kulit bayi dengan produk pembersih yang

sesuai: Bukan semua produk bayi seperti tisu basah dan

sebagainya sesuai untuk semua bayi. Banyak antara kes-kes

ruam lampin muncul akibat daripada penggunaan produk

yang tidak sesuai. Jika was-was, gunakan air bersih dan

kapas sahaja untuk membersihkan kulit bayi dan berikannya

peluang untuk pulih sepenuhnya. Yang pentingnya, kulit

mesti bersih daripada sisa-sisa najis.

Ruam lampin terjadi berikutan pendedahan kulit pada

air kencing dan/atau najis. Di samping itu, kelembapan

berpanjangan, geseran antara kulit dan lampin serta

pengeluaran ammonia dari najis tadi boleh menimbulkan

iritasi pada kulit si manja dan menimbulkan ruam lampin.

Ruam lampin adalah salah satu punca bayi merasa tidak

selesa dan merengek.

Bagaimana hendak mengelaknya?

Kata orang mengelak adalah lebih baik daripada merawat,

dan ruam lampin memang dapat dielak dengan sedikit

usaha dan juga ketelitian dalam penjagaan kulit bayi.

Berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan ruam lampin.

Lebih kerap tukar lampin: Ini juga bermaksud menukar

lampin bayi sebelum air kencing ataupun najis dapat

bertindakbalas dengan kulit. Oleh itu, periksalah lampin

bayi sekerap mungkin untuk mengetahui jika bayi itu telah

membuang air besar, atau lampinnya telah basah dengan

air kencing.

Sapukan krim ruam lampin: Krim ruam lampin bukan

sahaja untuk merawat ruam yang sedia ada tetapi juga

dapat membantu mengelak daripada terkena ruam. Ia

berfungsi sebagai penghadang antara kulit bayi yang

sensitif dengan air kencing atau najis, supaya dapat

membeli sedikit masa sebelum lampin bayi itu ditukar.

Pilih lampin yang sesuai dan serasi dengan kulit bayi:

Terdapat pelbagai jenama lampin yang kian popular di

pasaran tetapi tidak semestinya semua jenama tersebut

sesuai dengan kulit semua bayi, malah ada bayi yang

mempunyai alahan terhadap sesetengah jenama lampin

disebabkan bahan-bahan buatan lampin tersebut. Jika

sejenis lampin itu disyaki menyebabkan kulit bayi yang

memakainya merah dan beruam, hentikan pemakaian

lampin tersebut dengan segera dan gunakan lampin kain

sementara menunggu ruam itu pulih.

Biar tanpa lampin untuk seketika: Setiap hari, cuba biarkan

si-manja bermain tanpa lampin untuk sekurang-kurangnya

setengah jam untuk membolehkan kulit punggung bernafas.

Alaskan lantai atau permukaan lain dengan tuala bersih

sebelum meletakkan si-manja di atasnya.

Pakai-buang atau lampin guna semula?

Ramai yang berpendapat bahawa lampin guna

semula dapat membantu menangani ruam

lampin dengan baik manakala lampin pakai

buang tidak sesuai untuk dipakai jika ingin

mengelak ataupun merawat ruam lampin.

Hakikatnya ialah, tidak kira apa

jenis lampin pun yang digunakan,

tanpa penjagaan rapi, ruam

lampin pasti muncul. Oleh itu,

rajinlah menukar lampin, jaga

kebersihan kawasan lampin

bayi dan berilah perhatian

sewajarnya kepada produk

penjagaan kulit bayi.

Perlukah berjumpa dengan doktor?

Lazimnya, ruam lampin merupakan

keadaan yang dapat ditangani dengan

sendiri di rumah dengan penjagaan rapi.

Walau bagai mana pun, jika keadaan ruam

itu bertukar menjadi serius, dan bayi pula

mengalami demam disebabkan jangkitan kuman

di kawasan lampin, bawalah dia berjumpa

dengan doktor untuk mendapat rawatan dan

juga ubat-ubatan yang sepatutnya.

MamaPapa | September 2018

35

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Semaikan sikap

suka membaca

Menggalakkan anak membaca kadang-kadang mencabar juga, terutamanya pada

zaman ini yang berbudaya singkat dengan kata-kata singkatan serta ‘bahasa’ media

sosial yang tidak mementingkan ejaan mahupun tatabahasa. Ibu bapa yang ingin

menyemai sikap membaca ke dalam jiwa anak mereka perlu mengambil tindakantindakan

awal yang sewajarnya, di mana lebih awal lebih baik.

Berikut adalah beberapa panduan yang dapat

membantu menyemai sikap suka membaca ke dalam

diri kanak-kanak.

Ketahui apa yang menarik perhatian mereka

Adakah anak anda suka pada imej kartun? Atau mungkin

dia suka melihat gambar-gambar haiwan, tumbuhan,

pengangkutan dan sebagainya? Ketahuilah apa yang

diminati oleh anak anda untuk memudahkan usaha untuk

mencari buku-buku yang pasti menarik perhatiannya.

Cara ini lebih efektif untuk memupuk minat membaca

dalam diri kanak-kanak berbanding dengan teknik

paksaan. Ingat juga bahawa buku-buku pertama si kecil

tidak patut mempunyai perkataan yang terlalu banyak

sehingga dia hilang semangat untuk cuba membacanya.

Bawalah anak anda ke kedai buku supaya dia dapat

peluang untuk memilih bahan bacaan sendiri. Setelah

membeli buku-buku yang sesuai, jangan lupa untuk

mengajak anak anda untuk membaca bersama dan juga

menggalakkan dia untuk membaca.

Gunakan flashcards

Tidak kira jika anak anda masih bayi lagi atau pun

telah berada dalam taska atau tadika mahu pun Tahun

Satu di sekolah. Terdapat satu cara yang efektif untuk

memantapkan lagi perbendaharaan kata si kecil anda, iaitu

dengan menggunakan flashcards, iaitu set-set kad yang

mengandungi gambar/huruf/perkataan atau sukukatasukukata

perkataan dalam pelbagai kombinasi. Kad-kad ini

lazimnya berwarna warni dan

sudah tentu menarik perhatian

kanak-kanak. Lama-kelamaan,

kanak-kanak pasti dapat

mengenal dan menghafal

kandungan kad-kad tersebut

dan dengan sendirinya akan

pandai membaca. Namun,

ibubapalah yang mesti rajin

menggunakan alat ajaran ini

untuk menggalakkan anak

mereka untuk belajar membaca.

36 MamaPapa | September 2018

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tetapkan ruang khas untuk membaca

Jika tiada ruang untuk mendirikan perpustakaan mini di

rumah anda, apa kata hias sahaja bilik anak anda dengan

rak buku dan hiasan lain di sudut khas untuk membaca?

Dengan adanya tempat khas di mana dia dapat duduk

dan membaca dengan tenang, anak anda pasti akan

bermotivasi untuk meluangkan masa setiap hari untuk

membaca. Pastikan bilik tersebut sentiasa kemas dan

bersih, sebab persekitaran seorang kanak-kanak mampu

mempengaruhi daya dan minatnya untuk membaca,

mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

Penyertaan ibu bapa amat bermakna

Temanilah anak anda ketika dia sedang belajar

membaca, kerana kehadiran dan sokongan daripada

anda dapat mendorongnya supaya berusaha dengan

lebih giat lagi. Sudah tentu kanak-kanak ingin selalu

membanggakan ibu bapa. Oleh itu, berjaga-jagalah

supaya tidak terlalu

mengkritik kesilapankesilapan

dalam bacaan

anak anda. Sebaliknya,

pujilah usahanya supaya

dia didorong untuk

memperbaiki kemahirannya

dalam membaca.

Kraf bacaan

Sekali-sekala, cubalah kerja kraf berikutnya untuk

mendorong anak anda untuk rajin membaca: Guntingkan

huruf-huruf ataupun perkataan-perkataan mudah

dan ringkas daripada majalah atau surat khabar dan

tampalkan pada kertas lukisan. Anak anda boleh turut

serta aktiviti ini. Huruf-huruf boleh ditampal untuk

menghasilkan perkataan manakala perkataan-perkataan

boleh ditampal pula untuk membina ayat. Mengikut

kerajinan masing-masing, bermacam-macam perkataan,

ayat, malah juga cerita pendek dapat dihasilkan

menggunakan kaedah ini. Kreatif, bukan?

Bacalah, ibu nak dengar!

Galakkan anak anda yang sedang belajar membaca

supaya membaca sesuatu di hadapan anda, dan jangan

lupa untuk memuji usahanya itu! Ini menunjukkan kepada

anak anda yang ibunya ( atau bapanya) memang prihatin

dan mengambil berat tentang keinginannya untuk

mengasah kemahirannya untuk membaca dengan lancar.

Biar buku jadi teman anak

Amalan suka membaca dapat memastikan kanak-kanak

tidak terasa bosan pada bila-bila masa asalkan ada

buku dalam tangan mereka. Bukankah itu sesuatu yang

melegakan ibu bapa? Nota penting: Pastikanlah anak

anda terdedah pada bahan bacaan yang bermanfaat

dan sentiasa memantau buku-buku, majalah dan bahanbahan

bacaan lain yang diminati anak anda.

Melentur buluh biarlah dari

rebungnya

Peribahasa ini amat bermakna bagi ibu

bapa yang ingin menyemaikan sikap suka

membaca dalam diri anak mereka, iaitu,

biarlah usaha itu bermula sejak anak itu

kecil lagi. Sama seperti nilai-nilai murni

yang lain, amalan membaca perlu dipupuk

sejak awal lagi supaya menjadi satu

kebiasaan pada diri mereka.

MamaPapa | September 2018

37

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PERLU & JANGAN

Ketahui perkara yang PERLU dan TIDAK PERLU dalam usaha mendidik kanakkanak

membaca.

Perlu

Jangan

Motivasi dan galakan ibu bapa

Kanak-kanak akan timbul minat membaca

jika mendapat sokongan daripada mereka

yang terdekat dengannya

Paksa

Jika anak enggan membaca, elak

daripada memaksanya. Menggunakan

kekerasan bukannya jawapan atau

penyelesaian. Sebaliknya, kekerasan

mungkin akan menyebabkannya hilang

minat untuk membaca.

Hadiah Buku

Bila tiba masa untuk memberikan hadiah

atau ganjaran kepada anak untuk sesuatu

pencapaiannya, hadiahkanya buku

ataupun langganan majalah

Marah

Tak usah meninggikan suara setiap kali

anak tidak mahu membaca kerana tindakan

seperti itu akan menjejaskan potensi anak

untuk memupuk minat membaca pada

masa akan datang

Proaktif tetapi tidak paksa

Fikirkan cara-cara yang tidak ketara supaya

anak anda dapat menanam minat untuk

membaca seperti mengajak anak anda

mengeja “nasi”, “sayur”, “buah” dan

sebagainya semasa di meja makan

Rasuah

Jangan membiasakan anak anda dengan

ganjaran jika dia berjaya melakukan

sesuatu. Sebaliknya, upahnya dengan

bahan bacaan supaya minat membaca

semakin bertambah.

Jadi Teladan

Jika anda sendiri tidak mengamalkan budaya

membaca, bagaimana minat membaca boleh

disemai dalam diri anak anda. Umpama

“ketam mengajar anaknya berjalan”, teladan

yang baik perlu diberi kepada kanak-kanak

supaya mereka pun berminat untuk

mengikut jejak langkah anda.

Mengkritik pilihan bahan baca anak

Ada kanak-kanak yang lebih minta pada

bahan bacaan yang ringan seperti komik

dan majalah berbanding dengan buku-buku

cerita. Tak perlu mengkritik pilihan mereka

itu. Sbaliknya cuba carikan majalah yang

mengandungi komik berilmu di dalamnya.

Anda juga boleh mengumpul komik kartun

yang terdapat dalam surat khabar.

38 MamaPapa | September 2018

PERKEMBANGAN SI MANJA

Fahami Bahasa Bayi

Seorang bayi sudah tentunya merengek tak kira masa. Ada kalanya kita tahu sebabnya, dan ada kalanya

kita langsung tak tahu mengapa si-manja menangis begitu. Inilah sebabnya kenapa kita perlu memahami

‘bahasa’ seorang bayi. Ianya agak penting supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya lalu

mententeramkan bayi berkenaan.

Menendang dan

menghentak kaki

Kadang-kadang seorang bayi

akan menendang-nendang atau

menghentakkan kakinya bagi

menyampaikan maksud bahawa dia

sedang teruja di saat itu. Namun,

kemungkinan besar juga dia tidak

selesa, di mana tendangan kaki itu

mungkin disertai dengan tangisan.

Mungkin lampinnya sudah penuh,

lembab atau kotor? Jadi, periksalah si

manja supaya pasti!

Ada juga tanda gembira!

Pandangan mata ke mata

Jika si bayi tersenyum dan memandang

mata penjaganya dengan tenungan

yang lama, kemungkinan besar bayi

itu sedang cuba mengecam wajah

penjaganya itu. Jika pandang sambil

senyum, maksudnya dia gembira

dengan kehadiran penjaganya. Jadi,

tunggu apa lagi? Senyumlah balik!

Bukan semua bayi mempunyai bahasa

dan gaya yang serupa semasa mereka

ingin menyampaikan kehendak

mereka kepada si-penjaga. Namun

begitu, kita masih boleh cuba

mengecam beberapa tanda dan

petunjuk am dengan memerhatikan

bahasa tubuh seorang bayi yang

sedang merengek.

Pandangan merata

Ada kalanya seorang bayi akan cuba

mengelak tenungan penjaganya, lalu

akan memusing kepalanya. Kadangkadang,

bayi akan memandang

sekeliling seolah-olah tercari-cari

sesuatu. Aksi ini lazimnya bermaksud

bahawa bayi itu telah menerima terlalu

banyak stimulasi dari persekitarannya

dan ingin berehat - dalam lain kata,

biarlah bayi itu rehat dan usahlah

memanggil namanya ( kerana itu

pun suatu stimulasi untuk si-kecil).

Setelah berehat dengan cukupnya,

bayi tersebut pasti akan sedia untuk

bermain atau berkomunikasi sekali lagi

dengan penjaganya.

Menggosok telinga

Ada kalanya si bayi didapati merabaraba

telinga seolah-olah tidak selesa

atau keliru. Jika aksi ini disertai dengan

tangisan dan rengekan, si manja

anda mungkin mengalami masalah

jangkitan pada telinga, oleh itu,

bawalah dia berjumpa dengan doktor.

Jika dia hanya bermain-main dengan

telinganya, kemungkinan besar dia

baru sedar bahawa ada anggota tubuh

lain di sebelah kepalanya!

Membebel

Jika si bayi mengeluarkan bunyi

‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya

bertakung pada mulut, ia bermakna si

kecil itu sedang cuba untuk bercakap.

Dia akan bermain dengan suaranya

untuk memberitahu sesuatu dan juga

mengajak si penjaganya untuk berborak.

MamaPapa | September 2018

39

gaya hidup

Bersantai di Pantai

Memilih destinasi pantai bagi percutian seisi keluarga bukanlah suatu perkara

yang sukar kerana terdapat pelbagai lokasi yang menarik dan bersesuaian

untuk bersantai bersama keluarga.

Menghabiskan masa dengan keluarga di pantai pasti

menerujakan! Bayangkanlah bayu pantai yang nyaman, pasir

yang halus dan juga panggilan air laut yang mengasyikkan.

Pasti seronok!

Apakah yang patut dibawa bersama jika hendak bercuti di

pantai? Terpulanglah kepada anda, namun antara barang yang

tak patut ditinggalkan ialah: Tuala mandi; pakaian berlebihan;

baju mandi; tikar; mainan seperti bola, frisbee ataupun layanglayang

jika hendak; air minuman; makanan dan sebagainya.

Sebuah khemah juga amat berguna apabila hendak menukar

pakaian atau pun jika ada ahli keluarga yang ingin rehat.

Adakah anda telah bersedia untuk bercuti di pantai? Berikut

merupakan enam destinasi yang sesuai untuk membawa

keluarga bercuti.

Desaru

Dengan lokasinya yang

terletak kira-kira 75 kilometer

dari bandar Johor Bahru,

Desaru menjadi pilihan

warga tempatan dan

pelancong dari luar negara

sebagai destinasi percutian

yang mengasyikkan kerana

pasir pantainya yang

putih dan bersih serta

pemandangan pepohon ru

di sepanjang pantai.

Sempena pokok-pokok ru

yang tumbuh luas di sini

juga, Desaru dikenali dengan

nama Tanah Causarina.

Terdapat banyak aktiviti

yang dapat dinikmati oleh

para pengunjung termasuk

bermandi-manda di laut,

memancing, mengembara

denai dan lain-lain.

Dari segi penghinapan,

para pelancung dapat

memilih ikut bajet masingmasing

sama ada hendak

menghinap di chalet, hotel,

atau resort dan sebagainya.

Ibu bapa pasti lega berehat

di pantai sambil mendengar

deruan ombak serta

menikmati tiupan angin laut

sementara anak-anak mereka

bermain berdekatan.

Port Dickson

Port Dickson atau PD

adalah pantai terkenal yang

terletak di Negeri Sembilan.

Destinasi ini sering menjadi

tumpuan keluarga tempatan,

terutama sekali mereka

yang berada di ibu negara,

sebagai destinasi percutian

hujung minggu, disebabkan

lokasinya yang amat sesuai

sebagai tempat berkelah dan

bermandi-manda yang tidak

begitu jauh daripada rumah.

Terdapat deretan kedai dan

juga gerai yang menjual

pakaian mandi, pelampung

dan permainan-permainan

pantai di sini. Terdapat juga

pelampung untuk di sewa

di sepanjang pantai-pantai

di PD. Jika ingin membawa

keluarga menghinap di

mana-mana hotel atau

rumah penghinapan di PD,

terutama sekali semasa

musim cuti, lebih baik

menempah lebih awal

dulu, sebab tempahan

penginapan amat laris

semasa musim cuti sekolah.

Pantai-pantai di PD tidak

mempunyai banyak

pokok yang rendang

untuk berteduh, oleh itu,

kebanyakan keluarga yang

bersantai di sana mendirikan

khemah masing-masing

untuk berteduh, bertukar

baju, rehat, dan sebagainya.

Antara pantai yang terkenal

di Port Dickson ialah Teluk

Kemang, Glory Beach dan

Cape Rachado.

40 MamaPapa | September 2018

gaya hidup

Pantai

Cherating

Bagi mereka yang ingin

bercuti di Pantai Timur,

pastinya pantai Cherating

menjadi pilihan. Pantai

peranginan yang sangat

popular di Kuantan, Pahang

ini bukan sahaja menjadi

tarikan kepada mereka yang

berada sana, bahkan juga

ramai pelancong tempatan

dan asing memilih pantai ini

sebagai destinasi percutian

seisi keluarga.

Dikenali dengan keindahan

pantai yang bersih dan

pokok kelapa yang membuai

pandangan, Cherating turut

menjadi lokasi pilihan untuk

aktiviti meluncur air oleh

para pelancong luar negara

kerana ombaknya yang agak

tinggi dan buas.

Satu tarikan Cherating bagi

keluarga yang iunginkan

pengalaman percutian yang

eksklusif tentunya ialah

pusat peranginan eksklusif

terkemuka, Club Med yang

mewah dan bergaya.

Pantai Morib

Pantai Morib merupakan

destinasi yang menjadi

tumpuan perkelahan hujung

minggu bagi para keluarga

yang duduk di Lembah

Klang dan persekitarannya.

Boleh dikatakan bahawa

lokasinya meriah sekali

setiap hujung minggu

dengan pengunjungnya

yang bertali arus. Pantai

yang berlokasi di Banting,

Selangor ini agak mudah

juga untuk dikunjung oleh

mereka yang datang dari

ibu negara. Pantai Morib

sering menjadi tumpuan

untuk permandangan indah

semasa matahari terbenam.

Selain itu, pusat peranginan

Gold Coast Morib

International Resort yang

tidak jauh daripada pantai

ini turut menjadi tarikan

bagi pengunjung di mana

terdapat sebuah taman tema

air untuk kanak-kanak.

MamaPapa | September 2018

41

gaya hidup

Pantai Cahaya

Bulan

Pantai yang dahulunya

dikenali sebagai Pantai

Cinta Berahi pasti memikat

hati sebagai destinasi

percutian bagi seisi

keluarga. Pantai ini sering

menjadi pilihan penduduk

di sekitar Kota Bharu,

Kelantan sebagai tempat

perkelahan yang tidak jemu

untuk dikunjungi. Selain

berkelah sambil menikmati

pemandangan laut yang

membiru, para pengunjung

di sini pasti tertawan

dengan keindahan

matahari terbenam di

waktu senja.

Permainan layang-layang

amat popular d pantai ini

dan pengunjung dapat

membelinya di kedaikedai

sekitar pantai. Pantai

Cahaya Bulan juga terkenal

dengan hidangan makanan

lautnya yang segar dan

enak yang boleh dinikmati

di mana-mana gerai makan

atau restoran di sini.

Pantai Batu

Buruk

Negeri Terengganu

memang terkenal dengan

pantai-pantai yang indah,

namun tiada yang boleh

menandingi Pantai Batu

Buruk yang terletak hanya

dua kilometer sahaja dari

Kuala Terengganu, iaitu ibu

negeri Terengganu.

Tiada apa yang buruk

tentang Pantai Batu Buruk,

malah ia lengkap dengan

taman permainan, gerai

makanan dan tandas

awam, serta juga tapak

pameran, pentas budaya

dan tempat letak kereta

yang mencukupi.

Bagi mereka yang ingin

main air tetapi enggan

mandi di laut, kolam

renang Pusat Akuatik Majlis

Bandaraya berdekatan saja.

Salah satu keistimewaan

Pantai Batu Buruk ialah

kereta kuda berhias yang

boleh dinaiki oleh para

pengunjung.

Setiap hari Jumaat, terdapat

pasar malam di kawasan

ini di mana pelbagai jenis

cendera mata dapat dibeli.

Mereka yang gemar makan

tentu tidak kecewa dengan

pelbagai jenis makanan

dan hidangan di geraigerai

makan di sini seperti

satay, rojak buah, keropok

lekor, jagung bakar dan

sebagainya.

42 MamaPapa | September 2018

KLIK-KLIK

All Things Confinement:

Bengkel keibubapaan yang memberangsangkan

Majalah BabyTalk, MamaPapa dan juga laman 100Comments

baru-baru ini telah mengendalikan bengkel khas bernama

All Things Confinement dengan jayanya bagi bakal ibu bapa.

Bengkel keibubapaan pada hari itu, yang diadakan di pusat

penjagaan selepas bersalin Bliss Confinement and Retreat

Cenre, Puchong, menarik minat ramai penyerta yang ingin

menambahkan ilmu masing-masing melalui nasihat dan juga

tips yang dikongsi oleh para pakar yang hadir.

Bengkel bermula dengan ucapan daripada Puan Salmiah,

Konsultan Bliss Confinement and Retreat Centre di mana

beliau memberi panduan dalam penyusuan ibu. Puan

Salmiah, yang berpengalaman luas dalam bidang penjagaan

bayi, menasihati para bakal ibu yang hadir supaya menyusu

badan untuk kebaikan bayi mereka lalu mendemonstrasikan

cara-cara penyusuan yang betul.

Bengkel berterusan dengan pakar daripada Cryocord

yang memberi ucapan bertajuk: “The Wonder of Umbilical

Cord”. Sebagai salah satu bank sel stem yang terbesar dan

terunggul di Asia Tenggara, Cryocord merupakan pemenang

pelbagai augerah termasuk anugerah BabyTalk & MamaPapa

Readers’ Choice Awards dalam kategori bank sel stem yang

terbaik bagi enam tahun berturut-turut.

Encik Keith Lim daripada Princeton, sebuah syarikat pembuat

beg lampin designer, menutup sesi bengkel dengan

ucapannya yang memberangsangkan di mana beliau

telah berkongsi maklumat mengenai cara-cara hendak

memudahkan kehidupan dengan menggunakan beg lampin

yang sesuai dan berfungsi tinggi. Beg lampin Princeton, yang

telah dilancarkan pada tahun lepas, kian terkenal di kalangan

pengguna-pengguna di Malaysia dan juga di Singapura.

Bengkel diakhiri dengan cabutan bertuah di mana pemenang

hadia utama telah memenangi penginapan 2-hari 1-malam

di Bilik VIP pusat Bliss. Selain hadiah utama. Hadah-hadiah

lain telah pun dimenangi, tajaan dari ada Lavigato, Bmama,

Eve Love dan juga Chomel. Penaja-penaja bengkel termasuk

Borden Company (Private) Limited (Eagle Brand), FAFC,

Propharm, Yakult, Fiffy, Chomel, Bmama, Eve Love dan juga

Lavigato & Solaio SalonSpa.

Senarai Penaja:

MamaPapa | September 2018

43

PERCUMA hadiah menarik bernilai sehingga RM200.00

dengan langganan minimum RM50.00.

(Untuk 50 Pelanggan Pertama Sahaja!)

BabyTalk menawarkan

info dan panduan

tentang kehamilan,

keibubapaan & bayi

(Inggeris - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

MamaPapa menawarkan

info dan panduan

tentang kehamilan,

keibubapaan, bayi &

kanak-kanak

(Melayu - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

Natural Health

menampilkan yang

terkini mengenai

kesihatan, kecantikan,

penawar dan kehidupan

semula jadi

(Inggeris - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

A Healthy Lifestyle

menonjolkan

tips kesihatan &

kecantikan moden

(Cina - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM60

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM120

Franchise Asia

ialah satu-satunya

penerbitan yang

menampilkan peluang

francais di Malaysia dan

seluruh dunia

(Inggeris - 4x setahun)

□ 4 keluaran (setahun)

RM48

□ 8 keluaran (2 tahun)

RM96

Smart Kids World ialah buku panduan bermanfaat untuk perkembangan

& pembelajaran serta kesihatan kanak-kanak ( 2x setahun)

□ Inggeris □ Melayu □ Cina

□ 2 keluaran (setahun) RM39.80

□ 4 keluaran (2 tahun) RM79.60

Baby Guidebook ialah buku panduan berguna tentang kehamilan &

keibubapaan untuk ibu bapa baru ( 2x setahun)

□ Smart Parenting □ Mama SiManja □ 妈 妈 宝 宝 世 界

□ 2 keluaran (setahun) RM39.80

□ 4 keluaran (2 tahun) RM79.60

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

Untuk

40 Pelanggan

Pertama Sahaja!

Langgan MamaPapa

dan anda berpeluang

memenangi hadiah

misteri bernilai RM100

KINI ANDA TIDAK AKAN LAGI TERTINGGAL

SETIAP KELUARAN MAMAPAPA!

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG KESUBURAN, KEHAMILAN,

PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK

ADA DI DALAM MAMAPAPA.

LANGGAN

Ya, saya mahu melanggan majalah MamaPapa

□ 12 keluaran (1 tahun) MamaPapa berharga RM72 (penghantaran PERCUMA*)

□ 24 keluaran (2 tahun) MamaPapa berharga RM144 (penghantaran PERCUMA*)

*dalam Malaysia sahaja

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

MajalahMamaPapa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!