13.08.2018 Views

kerja tangan O

litzin kerja tangan isu O buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu O
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kadang-kadang ada kumpulan yang terlalu seronok

sehingga mereka menyebabkan durasi persembahan terlalu

lama. Dalam dunia moden, durasi yang bersesuaian untuk

semua pihak itu penting. Sebab kembali semula kepada

nikmat itu tadi. Tidak boleh terlalu lama sehingga kita rasa

penat dan bosan.

Teater berasaskan skrip lebih baik untuk semua.

Kumpulan teater akan lebih fokus kepada pengarahan dan

aspek lain dalam persembahan. Ternyata ia lebih mudah.

Hanya perlu cari penulis yang bagus. Penulis bagus di sini

ialah penulis yang boleh menulis naskhah teater. Kadangkadang

ada juga penulis skrip filem atau penulis buku sukar

untuk menulis naskhah teater yang baik. Ini juga praktikal

untuk semua. Saya lebih suka bekerja dengan adanya skrip

berbanding membuat devised. Komitmen devised ialah

satu perkara yang perlu diambil kira. Untuk menghasilkan

devised, ahli kumpulan juga perlu hebat. Mereka juga perlu

tahu pelbagai teknik dalam membuat persembahan.

Mereka juga perlu serba boleh. Pengetahuan am juga perlu

tinggi. Risiko devised ialah sama ada persembahan

tersebut teruk atau bagus. Berbeza dengan persembahan

yang berpegang kepada naskhah berkualiti. Pelbagai aspek

boleh menyelamatkan persembahan teater berasas skrip.

Asas persembahan yang bagus ialah boleh diikuti

dan dinikmati. Dalam hal ini, ‘naskhah’ juga perlu wujud

dalam devised. Sekiranya tidak, devised hanya akan

menjadi terlalu informatif atau terlalu eksperimental. Ini

tidak bagus. Biasanya dalam kumpulan devised, akan ada

seorang ahli yang akan mengawal ‘cerita’. Saya banyak

melihat percubaan devised di Malaysia. Ada yang berjaya.

Ada yang hanya dibuat sesuka hati tanpa memahami apa

itu persembahan yang bagus. Keadaan devised yang gagal

ini sama seperti kumpulan pelajar yang menggunakan

lexicon atau teori-teori persembahan tanpa memahami.

Alienasi misalnya diguna sesuka hati sebagai alasan

sekiranya dikritik rasa tidak sampai.

Komitmen devised lebih tinggi dan biasanya dibuat

dalam tempoh masa yang panjang. Rakan saya, Karen

Christopher akan membuat banyak sesi persembahan

17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!