13.08.2018 Views

kerja tangan O

litzin kerja tangan isu O buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu O
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dikritik, disunting, ditulis juga oleh ramai orang, tetapi

apabila ia kembali ke tangan playwright untuk ambil

tanggungjawab terhadap skrip itu, ia kembali kepada satu

sosok individu—seorang pengarang.

Di sini saya lihat perkataan ‘demokratik’ tadi menjadi

problematik. Ini kerana demokrasi bermaksud kita menurut

kehendak majoriti. Kehendak majoriti ini tidak selari dengan

kualiti dan mutu. Bagaimana jika ahli-ahli kumpulan ini

sepakat untuk mengeluarkan idea klise seperti yang anda

katakan? Ia tetap amalkan demokrasi, cuma hasilnya sangat

teruk. Dalam proses penciptaan ini, adakah menjadi

‘demokratik’ masih penting?

Naskhah yang bagus boleh dipentaskan menjadi

sesuatu yang teruk. Bagaimana pula sebaliknya? Bolehkah

naskhah yang teruk dipentaskan menjadi sesuatu yang

bagus? Pernah tak anda mengalami situasi seperti ini?

WALID

Ya. Saya setuju sekiranya dikatakan demokrasi dalam

devised itu bermasalah. Namun begitu, ini format

penghasilan karya sebegini. Ini yang saya nyatakan

sebentar tadi. Devised boleh jadi bagus atau teruk. Jadi

saya lihat kumpulan yang mempunyai ahli kreatif dan tahu

mencipta persembahan yang baik itu boleh jadi satu

keutamaan kerana faktor demokratik itu tadi. Orang yang

berkolaborasi itu perlu hebat untuk menghasilkan karya

hebat. Sebab itu, devised yang baik sememangnya

bergantung kepada kumpulan. Kerana ia kolaboratif.

Berbanding teater berskrip; idea awal telah dikawal oleh

penulis cerita. Menjadi terlalu bebas tanpa pedoman juga

bermasalah kerana akhirnya hala tuju persembahan tidak

akan diketahui. Kebanyakan devised yang berjaya

diasaskan oleh satu kawalan idea yang berkesan dan

dipersetujui secara demokrasi. Tanpa kawalan ini, idea akan

terlalu berlegar-legar sehingga nampak celaru. Diulang,

teknik devised berkesan tidak pernah lari dari kawalan idea

yang berkesan dan juga ahli yang hebat.

Sehingga hari ini saya masih tidak berjaya

menjayakan naskhah teruk di atas pentas. MALAYSIA KE

19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!