09.01.2013 Views

continued - The Lion Group

continued - The Lion Group

continued - The Lion Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENYATA PENGERUSI

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya

membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Lion Corporation Berhad (“LCB”) diaudit bagi tahun

kewangan berakhir pada 30 Jun 2010.

PRESTASI KEWANGAN

Selepas tempoh dua tahun Amerika Syarikat (“AS”)

menyebabkan dunia terjerumus ke jurang kemelesetan

ekonomi yang terburuk dalam sejarah, kebanyakan pakar

ekonomi meramalkan pertumbuhan sejagat yang perlahan

sebanyak 4.6% pada tahun 2011 meskipun momentum

pemulihan dilihat semakin menghilang. Kebanyakan

negara maju dijangka mencatat pertumbuhan positif

tetapi pada kadar lebih perlahan manakala negara-negara

baru muncul, terutamanya China dan India, diramalkan

mencatat kadar pengembangan ekonomi lebih tinggi.

Negara-negara di Asia juga kurang terjejas dengan

pertumbuhan perlahan di AS kerana sejak beberapa

tahun lalu, terdapat jumlah perdagangan yang besar di

kalangan pasaran baru muncul, peningkatan pendapatan

di kalangan golongan pertengahan dan harga komoditi

lebih tinggi.

Kumpulan juga tidak terkecuali daripada menerima

kesan akibat kemerosotan permintaan berikutan sentimen

pasaran yang lembab dalam tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, sejajar dengan pemulihan ekonomi serta

pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia berbanding

Dolar AS, Kumpulan bangkit semula dengan mencatat

kedudukan yang kukuh apabila meraih keuntungan

lebih baik pada tahun kewangan semasa. Perolehan

Kumpulan meningkat kepada RM3.7 bilion berbanding

RM3.1 bilion pada tahun lalu. Tanpa mengambilkira

kerugian yang berlaku hanya sekali berikutan kecairan

sebuah syarikat sekutu berjumlah RM287 juta, Kumpulan

mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM142 juta

berbanding kerugian RM1,256 juta tahun lalu.

Syarikat sekutu kami, Lion Industries Corporation Berhad

(“LICB”), yang terbabit dalam pembuatan produk keluli

panjang serta bilet, juga mendapat faedah daripada

pemulihan ekonomi global dan mencatat prestasi jauh

baik pada tahun kewangan dalam kajian.

PERKEMBANGAN KORPORAT

Pada bulan September 2009, Syarikat mengumumkan

bahawa Megasteel Sdn Bhd (“Megasteel”) telah

mencadangkan pelupusan 102 juta saham-saham biasa

bernilai RM1.00 sesaham atau kira-kira 14.3% daripada

modal saham terbitan dan berbayar dalam LICB. Penjualan

itu menjadi tidak bersyarat pada bulan November 2009

dan telah dimuktamadkan pada bulan Jun 2010. Berikutan

itu, kepentingan Kumpulan dalam LICB berkurangan

daripada sekitar 41% kepada 27%.

21

TINJAUAN OPERASI

Kumpulan secara asasnya terbabit dalam kegiatan-kegiatan

berikut:

- Pembuatan dan penjualan besi keluli gelung panas,

besi keluli gelung sejuk dan produk lain berasaskan

keluli (“Keluli”);

- Pembangunan hartanah (“Hartanah”);

- Pembuatan dan perniagaan kelengkapan pejabat,

peralatan keselamatan dan barangan berkaitan keluli

(“Perabot”); dan

- Pegangan pelaburan, perniagaan kenderaan

komersial, pendaftaran saham dan perkhidmatan

kesetiausahaan dan lain-lain(“Lain-lain”).

Segmen

Keuntungan/

Pendapatan (Kerugian)

(RM’Juta) 2010 2009 2010 2009

Keluli 3,606 3,026 249 (832)

Hartanah 61 22 17 6

Perabot 32 46 1 2

Lain-lain * 4 6 8 15

3,703 3,100 275 (809)

Segmen keuntungan/(kerugian) merujuk kepada

keuntungan/(kerugian) operasi sebelum bunga,

pendapatan pelaburan, berkongsi keputusan dalam

syarikat bersekutu dan percukaian.

* Keuntungan lebih tinggi pada tahun 2009

disumbangkan terutamanya oleh keuntungan

berjumlah RM25 juta diraih daripada pelupusan

hartanah berikutan langkah merasionalisasikan

operasi kenderaan

Bahagian Keluli

Operasi pembuatan keluli Kumpulan, yang sebahagian

besarnya dikendalikan oleh Megasteel, berjaya

memulihkan prestasinya dalam tahun kewangan. Syarikat

itu telah mencatat kenaikan perolehan sebanyak 19%

kepada RM3.6 bilion daripada RM3.0 bilion dan meraih

keuntungan operasi berjumlah RM249 juta dalam tempoh

yang sama berbanding kerugian RM832 juta pada tahun

sebelumnya. Prestasi lebih baik ini adalah disebabkan

oleh persekitaran pasaran keluli rata yang lebih baik dan

pengukuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar AS.

Megasteel juga mendapat manfaat daripada liberalisasi

import dan pengurangan duti produk besi dan keluli di

bawah Dasar Baru Keluli yang diumumkan pada bulan Jun

2009 memandangkan gred-gred yang boleh dibekalkan

oleh Megasteel akan menikmati perlindungan duti import

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!