09.01.2013 Views

continued - The Lion Group

continued - The Lion Group

continued - The Lion Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Operasi yang dijalankan oleh Kumpulan adalah mematuhi

undang-undang alam sekitar dan juga peraturan yang

mentadbir industri di mana ia beroperasi.

Kumpulan menerima pakai peraturan-peraturan berkaitan

keselamatan, kesihatan dan alam sekitar dengan

pendekatan sistematiknya diperkuatkan menerusi latihan

dan pengawasan berterusan supaya dapat memastikan

keselamatan dan kesejahteraan para pekerja.

PROSPEK

Pelbagai petunjuk memperlihatkan berlakunya pemulihan

yang beransur-ansur dalam ekonomi global di sebalik

keadaan yang tidak menentu di AS berikutan pengurangan

pesanan kilang, kemerosotan jualan rumah kediaman dan

meningkatnya pengangguran. Pasaran negara-negara baru

muncul dilihat lebih kukuh dan berdaya tahan selepas

pakej rangsangan dilaksanakan untuk melonjakkan

ekonomi. China kekal menerajui kenaikan ini dengan

sektor pembuatannya mencatat pertumbuhan yang kukuh

pada bulan September manakala India dan negara-negara

lain di Asia mencatat pemulihan ekonomi yang mantap.

Dalam melangkah ke hadapan, di sebalik beberapa

cabaran mendatang, Kumpulan akan terus mengenal pasti

cara dan kaedah untuk memantapkan kecekapan operasi

supaya kekal berdaya saing dalam bidang pembuatan

keluli dunia.

23

PENGHARGAAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin menyatakan rasa

terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua pelanggan

yang dihargai, para pembiaya, rakan-rakan perniagaan,

badan-badan kerajaan serta para pemegang saham di

atas sokongan dan kerjasama berterusan serta keyakinan

terhadap Kumpulan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan rasa

terhutang budi kepada rakan-rakan Lembaga Pengarah

di atas tunjuk ajar dan sumbangan yang tidak ternilai

sepanjang tahun kewangan dan juga menyatakan

penghargaan saya kepada kakitangan di semua peringkat

di atas sikap dedikasi, komitmen dan sumbangan mereka

kepada Kumpulan.

TAN SRI WILLIAM H.J. CHENG

Pengerusi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!