02.06.2015 Views

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki

Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan mengemukakan

Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengarahkan untuk dibentangkan di Dewan

Undangan Negeri Sarawak. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah

menjalankan 2 kaedah pengauditan seperti berikut:

1.1. Pengauditan Penyata Kewangan – Pengauditan ini bertujuan untuk memberi

pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun berkenaan

menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan

mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan ini juga

dibuat terhadap Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan

Majlis Agama Islam.

1.2. Pengauditan Pengurusan Kewangan – Pengauditan ini bertujuan untuk menilai

sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan

mengikut undang-undang dan peraturan kewangan. Jabatan Audit Negara telah

memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) pada tahun 2007 dan tahun 2011 adalah tahun

kelima pelaksanaannya. AI diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif

terhadap pengauditan pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri bagi

mengukur dan menambah baik kawalan pengurusan kewangan yang cemerlang. AI diberi

penarafan berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan

berhubung dengan kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang

amanah/akaun amanah/deposit, aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan

Penyata Kewangan. Dengan pelaksanaan AI ini, ia boleh membantu mewujudkan budaya

kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu, budaya “membetulkan yang biasa dan

membiasakan yang betul” bukan sahaja dapat mempertingkatkan kecemerlangan

pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri malah aspek integriti, keutuhan

dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan akan dapat dicapai.

2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Tahun 2011 disediakan hasil daripada

pengauditan yang dijalankan di beberapa Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sarawak

sepanjang tahun 2011. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun

2011, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan

pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Jabatan Perbendaharaan Negeri.

vii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!