02.06.2015 Views

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Selain itu, Laporan Suku Tahunan Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan

bagi peruntukan Negeri dan Persekutuan hendaklah dikemukakan kepada Unit

Pemantauan Pelaksanaan Negeri seperti kehendak Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan

Sarawak Nombor 23 Tahun 2006. Bagi Badan Berkanun Negeri Laporan Anggaran Bajet

Tahunan disediakan dan dikemukakan kepada Lembaga Pengarah dan Menteri yang

bertanggungjawab. Pihak Berkuasa Tempatan pula mengemukakan Laporan

Perbelanjaan Dan Tanggungan, Laporan Prestasi Perbelanjaan pada setiap bulan dan

mana-mana laporan apabila diminta oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan

Pembangunan Komuniti. Bagi Ketua Jabatan yang bukan Pegawai Pengawal, laporanlaporan

berkenaan akan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal berkenaan untuk

disatukan.

11.3.3. Kawalan Terimaan

Bagi menentukan sama ada segala terimaan telah dikendalikan mengikut peraturan dan

diakaunkan dengan sempurna, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama

kawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukan

pungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan pengurusan Akaun Belum

Terima seperti berikut:

11.3.3.1. Kawalan Borang Hasil

Kawalan terhadap borang-borang hasil seperti buku resit adalah penting untuk

memastikan ia tidak disalahgunakan.

11.3.3.2. Penerimaan Wang

Setiap Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawainya yang

dipertanggungjawabkan dengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturan kewangan

yang berkaitan. Semakan Audit telah dijalankan terhadap 4 aspek kawalan dalaman yang

ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan bagi penerimaan wang iaitu dari segi

kebenaran/kelulusan menerima wang, ciri-ciri keselamatan semasa menerima kutipan,

penerimaan melalui mel dan penerimaan wang di kaunter.

11.3.3.3. Kemasukan Pungutan Ke Bank

Arahan Perbendaharaan telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wang

pungutan ke bank bagi memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan.

Antaranya adalah mengenai penetapan tempoh memasukkan wang ke bank, kawalan

keselamatan penghantaran wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya, semakan

oleh pegawai bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dan

keselamatan wang yang tidak dimasukkan ke bank.

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!