02.06.2015 Views

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN VI

PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN

MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

14. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA

KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Mengikut Perkara 112A(1) Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara

mengenai Akaun Kerajaan Negeri yang telah diaudit hendaklah dibentangkan seberapa

segera di Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata

Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi

Negeri Sarawak Tahun 2010 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti

Kementerian/Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun

2010 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 14 November 2011.

15. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

15.1. Sepanjang tahun 2011, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam telah bermesyuarat

sekali sahaja pada Januari 2011 untuk membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan

Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sarawak Tahun 2009 serta

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Dan

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun 2008 dan 2009. Semasa

membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Pegawai

Pengawal bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri/Anak Syarikat Kerajaan yang berkenaan

telah diminta hadir untuk menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa. Pada

tahun 2012, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Sarawak telah bermesyuarat pada

24 hingga 25 Julai 2012 untuk membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam Laporan

Ketua Audit Negara Tahun 2010.

15.2. Selaras dengan peranan Jawatankuasa untuk memastikan wujudnya Akauntabiliti

Awam, Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat dengan lebih kerap bagi membincangkan

Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri, membuat

lawatan ke tapak projek dan anak syarikat Kerajaan Negeri, mengkaji isu-isu lama yang

belum selesai, membincangkan isu semasa yang mempunyai kepentingan umum serta

memastikan syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri diambil tindakan oleh Ketuaketua

Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri.

15.3. Bagi melengkapkan kitaran akauntabiliti, Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang

Awam Negeri terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibincangkan perlu

disediakan dan dibentang di Dewan Undangan Negeri. Laporan yang terkini dibentangkan di

Dewan Undangan Negeri pada 14 Mei 2012 adalah Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang

Awam Negeri Ke-44 yang membincangkan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun

2008.

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!