02.06.2015 Views

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

Negeri Sarawak - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sibu dan Miri masing-masing dipajak pada tahun 1990, 1991 dan 1992 kepada PPES

Premix Sdn. Bhd.

d. Selain daripada pelarasan bil dan kutipan balik bil tertunggak, tiada transaksi lain

diperhatikan berlaku sejak tahun 1998 bagi akaun tersebut. Jabatan Kerja Raya

belum lagi mengkaji semula keperluan kedua-dua akaun ini seperti disyorkan dalam

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 hingga 2010 serta memohon kelulusan

daripada pihak yang berwajib untuk menutup kedua-dua akaun ini. Pada pendapat

Audit, pengurusan bil bagi Akaun Amanah yang diselenggarakan oleh Jabatan Kerja

Raya adalah kurang memuaskan. Selain daripada bil tertunggak RM7.79 juta pada

akhir tahun 2011, juga terdapat bil yang telah tertunggak melebihi 10 tahun. Jabatan

Kerja Raya perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah bil

tertunggak ini.

4.6.2.6. Akaun Pinjaman

a. Akaun Pinjaman merangkumi pinjaman pengangkutan dan komputer bagi Ahli

Pentadbiran, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Yang Di-Pertua Dewan serta

pinjaman pengangkutan, komputer dan perkakasan isi rumah iaitu peti sejuk, ketuhar

dan mesin basuh bagi penjawat awam Kerajaan Negeri. Pegawai Pengawal untuk

akaun ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada akhir tahun 2011, baki akaun ini

meningkat RM0.26 juta atau 1.3% menjadi RM20.91 juta berbanding RM20.65 juta

pada akhir tahun 2010.

b. Analisis Audit mendapati setakat akhir Disember 2011, 500 akaun berbaki kredit

berjumlah RM0.16 juta kerana potongan tidak sempat diberhentikan apabila

peminjam telah menyelesaikan semua pinjaman. Tunggakan pinjaman setakat 31

Disember 2011 adalah berjumlah RM0.38 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah

RM0.26 juta adalah tunggakan pinjaman yang berusia melebihi 6 tahun melibatkan

sebanyak 252 peminjam yang belum menjelaskan pinjaman sejak tahun 1978 hingga

2006.

4.6.2.7. Kumpulan Wang Luar Jangka

a. Kumpulan Wang Luar Jangka ditubuhkan selaras dengan Perkara 103 Perlembagaan

Persekutuan bagi maksud memenuhi keperluan perbelanjaan yang segera dan luar

jangka seperti bencana alam. Pegawai Pengawal akaun ini ialah Setiausaha

Kewangan Negeri Sarawak. Pada tahun 2011, Kumpulan Wang ini menerima

peruntukan berjumlah RM75 juta yang dipindahkan daripada peruntukan

perbelanjaan mengurus menjadikan baki Kumpulan Wang ini sejumlah RM150 juta

iaitu meningkat RM75 juta atau 100% berbanding RM75 juta pada tahun 2010.

29

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!