10.07.2015 Views

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KATA PENDAHULUAN1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendakiKetua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan dan mengemukakan Laporanmengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang MahaMulia Sultan Johor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supayaLaporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Duli Yang Maha Mulia Sultan Johormenitahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor. Bagi memenuhitanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 2 kaedah pengauditan sepertiberikut:1.1 Pengauditan Penyata Kewangan – Pengauditan ini bertujuan untuk memberipendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berkenaanmenggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunanmengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Jabatan Audit Negarajuga telah membuat analisis terhadap penyata kewangan sama ada kedudukan KewanganKerajaan Negeri sangat baik, baik, memuaskan atau tidak memuaskan.1.2 Pelaksanaan Sistem Penarafan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti PengurusanKewangan Jabatan/Agensi – Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telahmemperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) bertujuan untuk membuat penilaian secaraobjektif terhadap pengauditan pengurusan kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeribagi mengukur dan menambah baik kawalan pengurusan kewangan yang cemerlang.Indeks Akauntabiliti diberi penarafan berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadapperaturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan pengurusan, terimaan,perbelanjaan, akaun amanah/ kumpulan wang amanah /deposit, aset, pinjaman, pelaburandan penyediaan Penyata Kewangan. Dengan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti ini bolehmembantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu, budaya“membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul” bukan sahaja dapatmempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan Jabatan malah aspek integriti,keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan akan dapat dicapai.2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan PengurusanKewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2008 disediakan hasil daripada pengauditanyang dijalankan di Pejabat Kewangan Negeri dan 19 Jabatan/Agensi Negeri sepanjangtahun 2008. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2008,pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan denganpembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.vii vii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!