10.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4.2. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan Rancangan Tebatan Banjirdilaksanakan secara ekonomik, cekap dan berkesan selaras dengan matlamatnya.4.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan meliputi aspek pengurusan Rancangan Tebatan Banjir Negeri Perlis bagitempoh tahun 2008 hingga 2010. Pengauditan dijalankan terhadap Rancangan TebatanBanjir di kawasan Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat dan kawasan hilir TimahTasoh. Pengauditan dijalankan dengan menilai, menyemak dan menganalisis maklumatberasaskan rekod, fail, data dan dokumen berhubung pengurusan Rancangan TebatanBanjir di <strong>Jabatan</strong>. Temu bual dengan pegawai yang bertanggungjawab dan penduduk yangterlibat juga telah diadakan bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut. Borang soalselidik turut diedarkan kepada penduduk terjejas banjir bagi mendapatkan maklum balasmereka terhadap pengurusan tebatan banjir. Lawatan ke tapak projek turut diadakan bagimenilai pencapaian projek.4.4. PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2010 mendapati padakeseluruhannya pengurusan Rancangan Tebatan Banjir masih boleh dipertingkatkan.Beberapa kelemahan telah dikenal pasti antaranya pembinaan sungai lencongan tidakdibuat, beberapa komponen projek menaik taraf Empangan Timah Tasoh belumdilaksanakan, kawasan alur limpah tidak dipagar, pembinaan rumah pam Kuala Perlis tidakdilaksanakan secara menyeluruh dan penyenggaraan sistem saliran tidak dijalankan secaraberkala. Kelemahan ini adalah antara faktor penyumbang kepada berlakunya banjir besartahun 2005 dan 2010 sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan danorang awam. Kelewatan penyiapan rumah pam Kuala Perlis menyebabkan projek tidakdapat dimanfaatkan dengan segera oleh penduduk Negeri Perlis. Penjelasan lanjutberhubung perkara yang dibangkitkan adalah seperti di perenggan berikut:4.4.1. Sungai Lencongan (Flood By-Pass) Tidak Dibina4.4.1.1. Susulan banjir besar yang berlaku di Negeri Perlis pada tahun 2005, <strong>Jabatan</strong> telahmengemukakan permohonan berjumlah RM30 juta kepada Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri untuk membina sungai lencongan di bawah RMKe-9. Pembinaan sungailencongan adalah perlu bagi mengurangkan risiko bencana banjir daripada berulang.Sungai lencongan sepanjang 16 kilometer dengan kelebaran 60 meter dari alur limpahEmpangan Timah Tasoh akan disalirkan ke Terusan Lencongan Banjir Utara danseterusnya ke Sungai Perlis bagi mengurangkan kejadian banjir di Negeri Perlis.Bagaimanapun, pembinaan sungai lencongan ini tidak dapat dilaksanakan di bawahRMKe-9 disebabkan tidak mendapat kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuanselain kekangan kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri. Peta 4.1 menunjukkancadangan pembinaan sungai lencongan (Jajaran Barat) yang menghubungkan EmpanganTimah Tasoh dengan Sungai Perlis dan seterusnya ke laut.2121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!