10.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

(GLC), Program Transformasi GLC telah dilancarkan oleh Kerajaan sebagai dasar dan garispanduan untuk diguna pakai oleh GLC bagi meningkatkan prestasi syarikat. Adalah menjaditanggungjawab Yayasan untuk memastikan syarikat subsidiari mematuhi semua PekelilingKerajaan yang berkaitan dan juga mempunyai dasar dan prosedur operasi yang munasabah.Antara penemuan audit berhubung tadbir urus adalah seperti berikut:8.4.3.1. Garis Panduan Dan Prosedur KerjaGaris Panduan Dan Prosedur Kerja (SOP) merupakan dokumen utama menerangkansecara lengkap setiap operasi yang dijalankan oleh IPTIPs. Ia bertujuan menyeragamkanurusan dan operasi harian IPTIPs serta dijadikan asas rujukan pegawai. SOP yanglengkap akan menjelaskan proses kerja, peraturan, pegawai yang bertanggungjawab danhubungan kerja antara pegawai. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi kewajipanSyarikat mengeluarkan garis panduan serta prosedur untuk mengurus dan mengawalurusan kewangan dengan cekap dan teratur. Antaranya berhubung dengan aspekpendapatan, perbelanjaan, pengurusan aset, perolehan, pelaburan dan penyelenggaraanrekod kewangan. SOP juga bertujuan menyokong pencapaian matlamat penubuhanSyarikat kerana ia memberi penjelasan terhadap prosedur dan tanggungjawab yang perludilaksanakan. Garis panduan yang telah dikeluarkan itu hendaklah dibentang dandiluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat. Polisi serta prosedur syarikatyang telah diwujudkan hendaklah sentiasa disemak dan dikaji semula dari semasa kesemasa untuk memastikan ianya masih relevan diguna pakai. Setiap pekerja Syarikathendaklah dimaklumkan akan kewujudan SOP dan diberi sesalinan bertujuanmemastikan pematuhan terhadap perundangan, peraturan, standard dan polisi.Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan Syarikatmelaksanakan dasar dan peraturan kewangan serta perakaunan yang sempurna yangtelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah bagi menguruskan pendapatan danperbelanjaan serta aset termasuk tunai, stok, pelaburan dan penghutang. Semakan <strong>Audit</strong>mendapati Syarikat tidak mempunyai SOP berhubung pengurusan kewangan,perakaunan, perolehan dan juga aset seperti dikehendaki.8.4.3.2. Mesyuarat Lembaga PengarahArtikel 79 Memorandum Dan Artikel Penubuhan Syarikat menghendaki mesyuaratLembaga Pengarah diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini Syarikat supayatindakan segera dan sewajarnya dapat diambil. Artikel 78 Memorandum dan ArtikelPenubuhan Syarikat menghendaki Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah disediakan danditandatangani oleh Pengerusi. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 menetapkanLembaga Pengarah bermesyuarat sekali setiap 3 bulan. Perkara yang perlu dibincangkanialah mengenai laporan operasi dan prestasi kewangan Syarikat. Bagaimanapun,Lembaga Pengarah tidak pernah bermesyuarat sejak Syarikat ditubuhkan.6969

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!