11.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

c) Panduan Keselamatan Sistem Pendaftaran Tanah BerkomputerPanduan ini disediakan bagi memaklumkan peraturan dan panduan yang perludipatuhi bagi menjaga keselamatan aset Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.Panduan ini menggariskan 3 aspek kawalan yang perlu diberi perhatian iaitu kawalanfizikal, kawalan akses, dan kawalan sistem komputer. Panduan ini juga mengandungitajuk berkaitan pengurusan kertas keselamatan, pembetulan data dan pengurusankunci bilik kebal/ruang/kabinet.d) Manual Pengguna Sistem Pendaftaran Tanah BerkomputerKementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi telah mengeluarkan Buku BidangLiputan SPTB sebagai panduan kepada pengguna SPTB.e) Manual Kualiti Dan Prosedur KualitiPelaksanaan SPTB di Pejabat Tanah Dan Galian dan semua Pejabat Tanah Daerahdi Negeri Terengganu telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9002:1994 bagipendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga pada Mac 1998. Semua proses kerjapendaftaran ditetapkan dalam Prosedur Kualiti Proses Urus Niaga Tanah danProsedur Kualiti Proses Bukan Urus Niaga Tanah. Bentuk urus niaga dalamProsedur Kualiti Proses Urus Niaga Tanah adalah seperti pindah milik, gadaian, danpajakan. Manakala bentuk bukan urus niaga dalam Prosedur Kualiti Proses BukanUrus Niaga Tanah adalah seperti perintah mahkamah, pembatalan gadaian, dankaveat persendirian.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, undang-undang dan peraturan telah digubal dan disediakanoleh Kementerian dan Kerajaan Negeri dan digunakan dalam pelaksanaan SistemPendaftaran Tanah Berkomputer.18.2.3 Pencapaian Sasaran SPTBPelaksanaan SPTB mempunyai beberapa sasaran yang dikenal pasti antaranya semuapendaftaran tanah dilakukan melalui komputer, menyeragamkan proses pendaftarantanah dan mempercepatkan proses pendaftaran tanah. Semakan <strong>Audit</strong> mendapatiperkara berikut:a) Pemindahan Dokumen Hak Milik Manual Kepada KomputerKementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi telah melantik vendor iaitu ImateraDigital Image Services Sdn. Bhd. untuk melaksanakan SPTB di Negeri Terengganu.Syarikat Imatera bertanggungjawab terhadap pengumpulan data dan pemindahanhak milik manual kepada komputer (title conversion). Aktiviti pengumpulan datamelibatkan kerja memuat turun data (data loading) dan mengemas kini data (dataupdating). Memuat turun data melibatkan kerja muat turun data daripada SistemPungutan Hasil Tanah ke pangkalan data SPTB kepada pelayan (server) di semualokasi Pejabat Tanah. Mengemas kini data melibatkan kerja pengemaskinian data89

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!