12.07.2015 Views

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

konteks hubungan perniagaan dan mematuhi undang-undang dan pengawalaturan yang berkuat kuasa.Undang-undang berkenaan privasi pengguna sering digubal dan diubahsuai. Kita komited untukmengawasi perkembangan undang-undang privasi dan piawai dan mungkin, dari semasa ke semasa,menubuhkan dasar tertentu berdasarkannya, Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan perlindungan dataperibadi, sila hubungi Organisasi Undang-undang Global.Kita berpegang pada dasar permintaan akhbar dan media.Permintaan untuk maklumat kewangan atau perniagaan Colgate dari media, akhbar, komuniti kewanganatau awam hendaklah dirujuk kepada Naib Presiden, Komunikasi Korporat atau Naib Presiden HubunganPelabur. Permintaan untuk maklumat atau perutusan lain dari Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC),Bursa Saham New York (NYSE) atau pengawal atur dan pihak berkuasa lain di seluruh dunia hendaklahdirujuk kepada Organisasi Undang-undang Global. Amat penting sekali bahawa pertanyaan atau perutusansedemikian tidak dijawab sendiri oleh sesiapa kerana sebarang jawapan yang tidak wajar atau tidak tepat,sekalipun penyangkalan atau penafian maklumat, boleh menghasilkan publisiti buruk yang sebaliknya bolehmemberikan kesan yang serius terhadap menjejaskan secara serius kedudukan undang-undang Syarikat.Dasar ini tidak dikenakan kepada permintaan maklumat kewangan yang telah diumumkan, sepertiLaporan Tahunan dan Laporan Suku Tahun, atau aktiviti promosi seranta Syarikat.Permintaan temu bual dengan mana-mana individu Colgate berhubung dengan Syarikat ini atau halehwalnya dan/atau pengeluaran sebarang siaran akhbar dan/atau kenyataan hendaklah dikaji semuladan diluluskan terlebih dahulu oleh Naib Presiden, Komunikasi Korporat atau Naib Presiden, HubunganPelabur. Temu bual yang dimulakan oleh Syarikat juga hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulusebelum boleh dijadualkan dengan pihak media.Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang garis panduan Syarikat berkaitan menjaga maklumat sulit,sila rujuk kepada “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Perdagangan Sekuriti dan Kerahsiaan Maklumat”dan “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Menyimpan Maklumat Proprietari Syarikat dan MenghormatiMaklumat Proprietari Orang Lain,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.Kita menyimpan rekod dan laporan yang boleh dipercayai.Kedudukan kewangan Syarikat kita dan hasil operasinya hendaklah direkodkan sejajar dengan keperluanundang-undang dan prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP). Dasar Syarikat serta undangundang,menghendaki Colgate menyimpan buku kira-kira, rekod dan akaun yang menunjukkan jenistransaksi perniagaan dan pelupusan aset Syarikat secara tepat dan wajar.Integriti rekod perakaunan dan kewangan Syarikat adalah berlandaskan ketepatan dan kelengkapanmaklumat sokongan asas yang dimasukkan ke dalam buku akaun Syarikat. Semua yang terlibat dalammewujudkan, memproses dan merekodkan maklumat sedemikian bertanggungjawab terhadap integritinya.Setiap masukan perakaunan atau kewangan hendaklah menunjukkan dengan tepat apa yang dinyatakandalam maklumat sokongan. Penyembunyian maklumat daripada (atau oleh) pengurusan, atau daripadajuruaudit dalaman Syarikat atau juruaudit bebas adalah dilarang.Pembayaran bagi pihak Syarikat tidak akan diluluskan atau dibuat dengan tujuan atau pemahaman bahawamana-mana bahagian pembayaran tersebut akan digunakan untuk sebarang tujuan lain kecuali yangdinyatakan dalam dokumen menyokong pembayaran tersebut. Masukan palsu atau mengelirukan tidakboleh dibuat dalam mana-mana buku kira-kira atau rekod Syarikat atas sebarang alasan sekalipun, dan dana,aset atau akaun Syarikat tidak boleh ditubuhkan, diperoleh atau dikekalkan untuk sebarang tujuan kecualijika dana, aset atau akaun demikian dimasukkan dengan betul dalam buku kira-kira dan rekod Syarikat.Dana atau aset korporat tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang tidak sah atau tidak wajar.Colgate-palmolive company 11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!