12.07.2015 Views

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

HUBUNGAN KITA DENGANPERSEKITARANPersekitaran yang lebih bersih dan lebih sihat adalah penting bagi Colgate bukan sahajakerana ini perkara yang patut tetapi kerana ini juga pertimbangan perniagaan yangwaras. Keutamaan kita dalam memainkan peranan melindungi planet ditumpukan padaberoperasi dengan cara yang selamat kepada persekitaran dan melindungi dunia kitauntuk generasi masa depan.Kita komited terhadap kebertahanan dan tanggungjawab sosial.Di Colgate, kebertahanan adalah kewajipan perniagaan jangka panjang yang penting terhadap kejayaan Syarikat ini. Iabertapak dalam nilai Colgate kita iaitu Keprihatinan, Kerja Berpasukan Global dan Peningkatan Berterusan. Fokus kitaadalah pada Pekerja, Prestasi dan Planet.Selain itu, kita komited untuk mencapai objektif kemapanan global untuk memastikan perniagaan Colgate berkembangdengan cara yang konsisten dan bertanggungjawab dan memanfaatkan orang yang kita berkhidmat, termasuk pekerja,pemegang saham kita dan pemegang kepentingan lain di peringkat global sementara menggalakkan kesejahteraan generasiakan datang.Selama beberapa tahun yang lalu, komitmen kita kepada kebertahanan dan tanggungjawab sosial telah meningkat sambilkita menyepadukan inisiatif ini ke dalam operasi perniagaan kita. Pendekatan bersepadu ini ini telah memperkukuhkankebertahanan dan tanggungjawab sosial kita dan pencapaian perniagaan kita, membantu kita merekrut dan mengekalkanbakat yang terbaik, mempertingkatkan perhubungan kita dengan pemegang saham, dan menawarkan peluang untukinovasi. Boleh jadi yang paling penting, komitmen ini telah meneruja dan menarik pekerja Colgate di serata dunia.Dasar dan program kesinambungan kita dirumuskan untuk tatapan anda di bahagian “Mengamalkan Nilai Kita” di lamanweb www.ColgatePalmolive.com.Kita menjaga dan melindungi persekitaran.Syarikat ini komited untuk melindungi persekitaran. Oleh itu, kita semua harus mematuhi dengan ketat undang-undangdan peraturan persekitaran yang berkenaan yang tersurat dan tersirat dan dasar awam yang diwakilinya. Individu ataupengurus dalam Syarikat ini tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kelakuan yang tidak mematuhi dasar ini, atau untukmembenarkan, mengarah, meluluskan atau menyokong kelakuan sedemikian oleh sesiapa sahaja.Kita akan menggalakkan komunikasi terbuka dengan orang awam dan cuba mewujudkan perkongsian yang aktif danproduktif dengan komuniti di mana kita beroperasi. Kita akan terus berkongsi maklumat dengan pengguna tentang dasardan program persekitaran kita dan bekerjasama dengan ketua komuniti dan semua orang lain yang mempunyai komitmenyang sama untuk melindungi persekitaran kita bagi generasi akan datang.Dalam dunia kita yang sentiasa berubah-ubah, Colgate amat mementingkan beroperasi secara bertanggungjawab danhormat. Usaha ini telah meningkatkan kecekapan dan kelebihan kewangan untuk Syarikat. Kami tahu bahawa masih banyaklagi yang harus dicapai. Strategi berterusan kita untuk mengurangkan jejak kaki kita di persekitaran akan kekal menjadibahagian yang penting dalam penghasilan, pembungkusan, pengedaran dan pemasaran produk kita.Untuk maklumat lanjut tentang undang-undang persekitaran yang berkenaan dengan Syarikat dan dasar dan prosedurberkaitan Syarikat, sila rujuk kepada “Kenyataan Dasar Persekitaran, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Colgate-Palmolive,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.Colgate-palmolive company 25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!