12.07.2015 Views

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HUBUNGAN KITA DENGANMASYARAKATSyarikat ini berusaha untuk menjadi ahli yang menyumbang kepada komuniti global. Kitaialah warga setiap tempat di mana kita beroperasi dan, seperti warga individu, mempunyaitanggungjawab sivik untuk menyokong kesihatan, pendidikan dan kebajikan komuniti tersebut.Kita menyertai pendermaan dan kesukarelawan tempatan.Di seluruh dunia, matlamat kita ialah untuk menyertai projek yang memajukan perkembangan dankebajikan komuniti tempatan. Projek sedemikian termasuk menyertai kempen amal dan memikultanggungjawab untuk membantu orang yang miskin, tercedera dan tak berumah semasa bencana negara.Fokus utama kita adalah pada orang muda, terutama pendidikan orang muda. Colgate percaya bahawapelaburan dalam kanak-kanak hari ini akan memanfaatkan kita semua di hari esok. Justeru itu Syarikatini menaja program membaca, inisiatif pementoran, pertandingan olahraga dan aktiviti belia yang lain diseluruh dunia. Usaha-usaha ini menggalakkan semangat pertandingan dan pencapaian dalam belia.Syarikat ini juga menggalakkan pekerjanya menyertai aktiviti amal tempatan pilihan mereka mengikutmasa mereka sendiri.Kita bekerjasama dengan kerajaan dalam isu yang menjejaskanperniagaan kita.Sebenar-benarnya global dalam skop, Syarikat ini menjual produknya di 200 negara dan sempadan.Menjadi dasar kita untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan nasional. Dari semasa ke semasa,mungkin timbul masalah yang menjejaskan perniagaan kita. Selepas membuat pertimbangan teliti, Syarikatakan menawarkan pendapat dan saranan kepada kerajaan tentang masalah tertentu untuk menyokongmatlamat dan keperluan perniagaan kita.Kita menentang amalan buruh yang bersifat mengeksploitasi dan tidakberperikemanusiaan.Colgate menentang penggunaan haram buruh kanak-kanak, eksploitasi kanak-kanak, dan semua jenislayanan yang tidak boleh diterima terhadap pekerja. Lagipun, menjadi dasar Colgate untuk tidak berurusniaga dengan mana-mana pembekal atau kontraktor yang diketahui beroperasi dengan layanan yang tidakboleh diterima terhadap pekerja seperti eksploitasi kanak-kanak, hukuman fizikal, penderaan wanita,perhambaan paksa, atau penderaan jenis lain. Syarikat ini tidak menerima penderaan kanak-kanak ataupelanggaran undang-undang buruh lain, dan jika sebarang pelanggaran dasar kami diketahui oleh Syarikat,ia menjadi asas untuk menamatkan dengan segera hubungan perniagaan.Kita menunjukkan komitmen kita terhadap hak asasi manusia sejagat.Colgate komited untuk menghormati hak asasi manusia di seluruh dunia. Untuk mencapai tujuan itu, Colgatemengamalkan dan cuba berurusan dengan rakan kongsi perniagaan yang menggalakkan piawai berikut:Colgate-palmolive company 23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!