12.07.2015 Views

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HUBUNGAN KITA DENGANPEMEGANG SAHAMKita berusaha untuk berkhidmat demi kepentingan pemegang saham kita dan membinanilai pemegang saham.Kita mendukung tadbir urus korporat yang baik demi melindungi nilaipemegang saham.Dasar dan program tadbir urus korporat Syarikat yang merupakan satu komponen penting Tatakelakuanini, bertindak sebagai perlindungan penting pemegang saham. Sejak beberapa tahun kebelakangan inibanyak “sekatan dan imbangan” telah ditubuhkan oleh Kongres, Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC), BursaSaham New York (NYSE), dan pengawal atur dan pihak berkuasa lain di seluruh dunia demi menggalakkankelakuan korporat beretika yang telah menjadi amalan piawai Colgate sejak bertahun-tahun. Pemegangsaham kita mendapat perkhidmatan yang baik daripada lembaga pengarah yang bebas, yang segolonganbesar terdiri daripada pengarah bebas, dan jawatankuasa bebas yang mengendalikan hal-hal audit, pampasandan tadbir urus. Piagam jawatankuasa dan garis panduan tadbir urus yang sering dikemas kini menggariskandengan jelas peranan dan tanggungjawab pengarah dan dasar tadbir urus korporat Syarikat.Untuk mendapatkan keterangan yang lebih terperinci tentang program tadbir urus korporat Syarikat, sila lihat“Garis Panduan Lembaga Pengarah Colgate-Palmolive tentang Isu-isu Penting Tadbir Urus Korporat” danpiagam Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat, Jawatankuasa Kakitangandan Organisasi dan Jawatan Kuasa Kewangan Syarikat, kesemuanya terdapat di laman web Syarikat.Kita mengekalkan program audit yang kukuh untuk menambah keyakinanpelabur.Syarikat ini komited terhadap kualiti, integriti dan ketelusan laporan kewangannya. Komitmen ini dapatdilihat dalam dasar dan prosedur berterusan Syarikat, termasuk kumpulan audit dalaman yang mengawaskawalan kewangan seluruh dunia, juruaudit bebas yang diberikan mandat luas, dan Jawatankuasa Auditbebas yang mengendalikan bahagian-bahagian tersebut. Untuk memaksimumkan keberkesanan sumbersumberini, pekerja kita dikehendaki melibatkan diri dalam komunikasi yang terbuka dan jujur danpertukaran maklumat yang bebas dengan juruaudit dalaman dan luar dan Jawatankuasa Audit.Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang peranan penting juruaudit dalaman, juruaudit bebasdan Jawatankuasa Audit Syarikat ini, sila lihat “Piagam Jawatankuasa Audit Syarikat Colgate-Palmolive,”yang terdapat pada laman web Syarikat.Kita sentiasa memaklumkan pemegang saham tentang kemajuan Syarikat.Setiap tahun pemegang saham dipelawa untuk menghadiri mesyuarat tahunan Syarikat di mana kemajuanSyarikat sepanjang tahun lepas ditinjau semula dan pemegang saham berpeluang mengemukakan soalankepada pengurusan kanan Syarikat. Dalam bulan-bulan yang berselang, pemegang saham boleh melawatlaman web Syarikat, www.colgate.com, untuk mendapatkan maklumat tentang pelancaran produk baharu,penyata kewangan terkini dan perkembangan perniagaan lain.26 TATAKELAKUAN

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!