12.07.2015 Views

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HUBUNGAN KITA DENGANKERAJAAN DAN UNDANG-UNDANGKita mematuhi semua undang-undang yang mengawal perniagaan Colgate. Malah,memang sudah menjadi dasar kita untuk mematuhi undang-undang baik yang tersuratmahupun yang tersirat. Jadikan kebiasaan untuk berunding dengan Organisasi UndangundangGlobal jika anda mempunyai keraguan.Kita mematuhi undang-undang persaingan/antitrust.Menjadi dasar Colgate yang menghendaki semua pekerja mematuhi dengan sepenuhnya undang-undangpersaingan (dikenali sebagai undang-undang antitrust di Amerika Syarikat) setiap negara, negeri, dantempat di mana Colgate berurus niaga. Tujuan undang-undang persaingan ialah untuk melindungi prosesbersaingan demi memanfaatkan pengguna. Undang-undang persaingan memastikan syarikat bersainguntuk mendapat perniagaan melalui menawar harga yang lebih rendah, produk yang lebih inovatifdan perkhidmatan yang lebih baik dan tidak melalui mengganggu kuasa pasaran iaitu penawaran danpermintaan. Undang-undang persaingan juga melindungi syarikat daripada tindakan pemangsa atau tidaksaksama oleh syarikat dominan supaya medan bersaingan adalah terbuka dan saksama kepada semua.Colgate menyokong matlamat undang-undang persaingan. Kita percaya bahawa Syarikat kita berprestasisebaik-baiknya dalam pasaran bersaingan.Boleh dikatakan hampir semua negara telah menubuhkan undang-undang persaingan. Kitabertanggungjawab untuk memahami undang-undang di mana kita berurus niaga dan mendapatkanpanduan daripada penasihat undang-undang unit anda atau Organisasi Undang-undang Global apabiladiperlukan. Anda harus mematuhi secara tersurat dan tersirat undang-undang yang berkuat kuasa.Undang-undang persaingan di seluruh dunia melarang persetujuan yang merosakkan persaingan di antarapesaing yang wujud atau yang mungkin menjadi pesaing. Kunci pematuhan ialah kebebasan. Colgateharus bertindak secara bebas dalam aktiviti perniagaannya – menetapkan harga, diskaun, promosi, dansyarat pembelian dan jualan; memilih pelanggan, pengedar, dan pembekal; dan memilih produk untukdihasilkan dan berapa banyak untuk dijual. Penting diingatkan bahawa persetujuan haram tidak semestinyadalam bentuk bertulis rasmi atau pun hanya bertulis. Ia mungkin persetujuan lisan atau yang disimpulkandaripada kelakuan semasa menjalankan perniagaan atau komen dalam dokumen. Persetujuan juga tidaksemestinya berjaya dilaksanakan untuk menjadi haram.Undang-undang persaingan juga mengenakan batasan tertentu terhadap hubungan dengan pelanggan danpengedar. Di kebanyakan negara, sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan pelanggan atau pengedaruntuk memastikan harga, terma dan syarat jualan, atau untuk meletak sekatan tidak wajar ke atas hakmereka untuk beroperasi secara bebas menyalahi undang-undang persaingan.Ketakpatuhan Colgate dan pekerjanya terhadap undang-undang persaingan boleh mendatangkan akibatyang amat serius. Pelanggaran sebahagian undang-undang persaingan boleh membawa kepada dendadan pemenjaraan bagi individu yang terlibat dan denda yang lebih berat bagi Syarikat. Tambahan pula,walaupun jika pendakwaan jenayah tidak berlaku, tuntutan sivil boleh dikemukakan untuk mendapat balikganti rugi dan bayaran peguam.Setiap kali anda mempunyai keraguan tentang sama ada tindakan yang akan diambil boleh menimbulkanmasalah di bawah undang-undang persaingan, anda hendaklah berunding dengan Organisasi UndangundangGlobal.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu persaingan/antitrust, sila rujuk kepada “Garis PanduanPersaingan Antarabangsa Colgate-Palmolive”, yang didapati dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.Colgate-palmolive company 19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!