12.07.2015 Views

2012 - Tenaga Nasional Berhad

2012 - Tenaga Nasional Berhad

2012 - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

258TENAGA NASIONAL BERHAD (200866-W)Nota-nota kepada Penyata Kewangan– 31 Ogos <strong>2012</strong>Penyata Kewangan3 ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKALAnggaran dan pertimbangan dinilai oleh para Pengarah secara berterusan dan dibuat berdasarkan kepada pengalaman masa laludan faktor-faktor lain, termasuk harapan berkenaan peristiwa masa hadapan yang dipercayai munasabah dalam keadaan tertentu.(a)Pertimbangan kritikal dalam mengguna pakai dasar perakaunanTidak ada bahagian besar pertimbangan kritikal dalam mengguna pakai dasar perakaunan yang mempunyai kesan ketara keatas amaun yang diiktiraf dalam penyata pendapatan.(b)Anggaran dan andaian perakaunan kritikalKumpulan membuat anggaran dan andaian berkaitan masa hadapan. Anggaran perakaunan yang terhasil, menurut definisi,jarang sekali menyamai keputusan sebenar yang berkaitan. Bagi mempertingkatkan kandungan maklumat anggaran beberapapembolehubah yang dianggar mempunyai kesan mendalam ke atas keputusan dan kedudukan kewangan Kumpulan telahdiuji bagi sensitiviti kepada perubahan yang mendasari parameter. Anggaran dan andaian yang mempunyai risiko ketara yangmengakibatkan pelarasan penting kepada jumlah aset dan tanggungan yang dibawa bagi tempoh kewangan selanjutnyadisenaraikan di bawah.(i)Kemerosotan nilai hartanah, loji dan kelengkapanKumpulan menilai kemerosotan nilai apabila suatu peristiwa atau perubahan keadaan menunjukkan bahawa jumlah bawaaset tidak boleh dikutip semula iaitu jumlah bawaan aset lebih daripada jumlah boleh dikutip semula.Jumlah yang boleh dikutip semula diukur pada yang lebih tinggi antara nilai saksama tolak kos menjual bagi aset dannilai kegunaan. Nilai kegunaan adalah nilai semasa bersih aliran tunai masa hadapan yang diunjur yang timbul daripadapendiskaunan aset berkenaan pada kadar diskaun yang sesuai. Aliran tunai masa hadapan yang diunjur adalahberdasarkan kepada anggaran Kumpulan yang dikira berasaskan masa lalu, arah aliran sektor dan industri, pasaran umumdan keadaan ekonomi, perubahan teknologi dan maklumat tersedia yang lain. Andaian yang digunakan, keputusan dankesimpulan penilaian kemerosotan nilai dinyatakan dalam Nota 13 penyata kewangan ini.(ii)Anggaran hayat berguna hartanah, loji dan kelengkapanKumpulan dari masa ke semasa mengkaji semula anggaran hayat berguna bagi hartanah, loji dan kelengkapanberdasarkan kepada faktor-faktor seperti rancangan dan strategi perniagaan, jangkaan tahap penggunaan dan kemajuanteknologi pada masa hadapan. Keputusan operasi masa hadapan boleh terjejas dengan ketara oleh perubahan dalamanggaran ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor yang dinyatakan di atas. Pengurangan dalam anggaran hayatberguna hartanah, loji dan kelengkapan akan meningkatkan susut nilai yang dicatatkan serta mengurangkan nilaihartanah, loji dan kelengkapan.(iii)Tanggungan luar jangkaPenentuan pengurusan tanggungan luar jangka adalah berdasarkan kepada pendapat pengurusan mengenai jangkaanhasil luar jangka selepas berunding dengan penasihat undang-undang bagi kes litigasi dan pakar dalaman dan luarKumpulan bagi perkara yang berkaitan dengan tindakan dalam perjalanan biasa perniagaan.Laporan Tahunan <strong>2012</strong>

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!