12.07.2015 Views

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - Jabatan Audit Negara

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - Jabatan Audit Negara

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA PENDAHULUAN1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Akaun Awam serta aktivitiKerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong yang akan mengarahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 3 kaedahpengauditan seperti berikut :-1.1. Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan - untuk memberi pendapatsama ada Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaanmenggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunanmengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.1.2. Pengauditan Pematuhan - untuk menentukan sama ada pengurusankewangan di Kementerian/Jabatan dilaksanakan mengikut undang-undang danperaturan kewangan yang berkaitan.1.3. Pengauditan Prestasi - untuk menentukan sama ada sesuatu aktivitiKerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamatyang telah ditetapkan.2. Laporan saya mengenai Penyata Akaun Awam Dan Aktiviti Kementerian/JabatanPersekutuan Tahun 2003 ini disediakan hasil daripada pengauditan yang telahdijalankan di beberapa Kementerian/Jabatan Persekutuan sepanjang tahun 2003melalui ketiga kaedah pengauditan yang telah dinyatakan. Bagi tujuan pengesahanPenyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan Tahun 2003, pengauditan terhadapsistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan pembayaran dan terimaantelah dijalankan di 32 Pejabat Perakaunan, iaitu 25 pejabat Jabatan Akauntan Negaradan 7 Jabatan Mengakaun Sendiri. Pengauditan tersebut melibatkan pemeriksaanterhadap 36,648 baucar bayaran bernilai RM414.33 bilion, 20,496 penyata pemungutbernilai RM370.44 bilion dan 4,790 baucar jurnal bernilai RM215.24 bilion. Pada masayang sama, pengauditan pematuhan terhadap pengurusan kewangan di 107 pejabatKerajaan dan 31 pengauditan prestasi telah dijalankan. Berhubung dengan pengauditanprestasi, program/aktiviti yang diaudit adalah berkaitan dengan pembinaan;penyelenggaraan; penguatkuasaan undang-undang; program peningkatan sosioekonomi;pengurusan aset dan stor serta pengurusan aktiviti secara berkomputer.3. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkarayang akan dilaporkan untuk pengesahan mereka. Laporan ini juga mengandungikedudukan masa kini perkara yang dibangkitkan dalam Laporan saya bagi tahun 2002untuk memberi gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambiloleh pihak Kementerian/Jabatan berkenaan terhadap isu yang telah dibangkitkan.ix

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!