12.07.2015 Views

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

) Perancangan Pembinaan Balai Raya Dan Dewan Orang Ramai Tidak DilaksanakanRancangan Tempatan Daerah Muar yang disediakan mengikut Akta Perancang Bandardan Desa 1976 (Akta 172) menyatakan Majlis perlu membina sebanyak 37 unit balairaya dan 23 unit dewan orang ramai dalam tempoh 12 tahun iaitu dari tahun 2004hingga 2015. Kos keseluruhan pembangunan projek adalah sejumlah RM22.53 jutayang akan dilaksanakan melalui tiga fasa. Pembinaan fasa satu bermula dari Januari2004 hingga Disember 2007 melibatkan sebanyak 18 unit balai raya dan 18 unit dewanorang ramai. Pembinaan fasa dua bermula dari Januari 2008 hingga Disember 2011melibatkan sebanyak lapan unit balai raya dan dua unit dewan orang ramai dan fasa tigabermula dari Januari 2012 hingga Disember 2015 melibatkan sebanyak 11 unit balairaya dan tiga unit dewan orang ramai.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati pembinaan sebanyak 18 unit balai raya dan 18 unit dewanorang ramai tidak dilaksanakan di tiga blok perancangan yang telah ditentukan sehinggaakhir tahun 2009. Semakan selanjutnya mendapati tiada sebarang rekod diselenggarabagi menunjukkan status kemajuan projek bagi fasa satu dan fasa dua. Majlis tidakdapat melaksanakan pembinaan balai raya dan dewan orang ramai yang dirancangkerana lokasi sebenar tapak projek belum ditentukan dan tiada kajian semula dibuatterhadap keperluan balai raya atau dewan orang ramai di sesuatu tempat yang telahdirancang. Selain itu, Majlis tidak menyediakan peruntukan kewangan dalam bajettahunannya untuk projek berkaitan. Kelewatan melaksanakan rancangan yang dibuatmenyebabkan orang awam tidak dapat menggunakan kemudahan awam yang telahdirancang.Menurut Majlis, Rancangan Tempatan yang disediakan adalah sebagai garis panduan dalammelaksanakan pembangunan di mana pembinaan balai raya dan dewan orang ramai iniakan dilaksanakan apabila perlu dan Majlis mempunyai peruntukan kewangan yangmencukupi.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, perancangan Majlis untuk mengadakan rizab tapak kemudahanawam adalah tidak memuaskan kerana bilangan tapak kemudahan awam yangdisediakan tidak mencukupi dan tidak mengambil kira keperluan masa hadapanselaras dengan pertambahan penduduk.10.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDITSecara keseluruhannya, pengurusan kemudahan awam di Majlis Perbandaran Muaradalah tidak memuaskan dan boleh dipertingkatkan melalui tindakan bersepadu antarajabatan dalam Majlis. Antara kelemahan yang ditemui adalah aspek penyenggaraan kurangdiberikan perhatian menyebabkan kemudahan awam tidak boleh digunakan lagi. Terdapatjuga kolam renang yang terbiar dalam keadaan yang terlalu usang. Kemudahan awam yangdirancang tidak dilaksanakan dan kemudahan awam yang disediakan tidak dimanfaatkan.Selain itu, tanah lapang dan kawasan permainan kanak-kanak juga tidak dipantau serta tiada150

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!