12.07.2015 Views

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ekod perbicaraan, perintah dan alasan penghakiman. Bagi tujuan kawalan, semuamaklumat alasan penghakiman perlu dikemaskinikan oleh hakim yang berkenaandalam e-Syariah. Semakan Audit mendapati alasan penghakiman bagi 995 kes Mal diMTS Johor Bahru yang telah selesai pada tahun 2009 masih belum dikemaskinikandalam e-Syariah sehingga Disember 2009. Pihak Audit dimaklumkan maklumat initidak dapat dikemaskinikan oleh hakim berkenaan kerana kesuntukan masadisebabkan sebahagian besar masa dihabiskan untuk urusan perbicaraan. Selain itu,tarikh alasan penghakiman yang dimasukkan dalam e-Syariah boleh di back datedmenyebabkan statistik kes selesai e-Syariah sentiasa berubah-ubah.Kelewatan mengemaskinikan maklumat alasan penghakiman menyebabkan LaporanStatistik Kes dalam e-Syariah tidak tepat. Kesannya, beban kerja kakitanganbertambah kerana perlu menyediakan Laporan Statistik Kes secara manual danwujud perbezaan antara kedua-dua laporan. Perbezaan Laporan Statistik Kese-Syariah dengan laporan yang disediakan secara manual adalah sepertidi Jadual 5.10. Keadaan ini menunjukkan matlamat JKSM untuk mewujudkan sistemyang membolehkan pengguna memperoleh maklumat di hujung jari gagal dicapai.Jadual 5.10Perbezaan Laporan Statistik Kes e-Syariah Dengan Secara ManualStatistik Kes e-Syariah Statistik Kes Secara ManualTahun Jumlah KesBerdaftarJumlah KesSelesaiJumlah KesBerdaftarJumlah KesSelesai2007 4,143 947 Tiada data Tiada data2008 5,954 1,703 2,595 1,0332009 7,042 1,461 5,236 1,802Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri JohorPihak Jabatan memaklumkan bahawa tindakan telah diambil setelah menerimateguran daripada pihak Audit untuk mengemaskinikan maklumat alasanpenghakiman bagi 995 kes Mal di MTS Johor Bahru dalam e-Syariah.ii) Rekod Bayaran Tidak Dapat Dipaparkan - Rekod Bayaran adalah merupakan submodul kepada Sistem Kutipan dalam e-Syariah untuk merekodkan transaksi kutipanbayaran denda dan deposit di mahkamah syariah. Modul ini boleh memaparkansetiap transaksi bayaran yang diterima secara terperinci bagi memudahkan semakandan rujukan. Pihak Audit mendapati modul ini menghadapi masalah untukmemaparkan setiap transaksi bayaran denda dan deposit bagi kes Mal di MTS JohorBahru sekiranya pada hari berkenaan terdapat transaksi bayaran bagi kes Mal danJenayah. Modul berkenaan hanya memaparkan jumlah besar bayaran denda kes Maluntuk hari berkenaan tidak sebagaimana transaksi bayaran kes Jenayah dapatdipaparkan secara terperinci. Sehubungan itu, transaksi bayaran secara manualterpaksa dibuat untuk hari berkenaan. Jabatan memaklumkan bahawa JKSM sedangmembangunkan e-Syariah versi II dan berharap masalah di atas dapat diselesaikanapabila sistem baru ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011.69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!