12.07.2015 Views

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5.2 OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan pengendalian kessyariah telah dilaksanakan dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan.5.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANPengauditan ini dijalankan terhadap pengurusan pengendalian kes syariah Mal danJenayah di MTS Johor Bahru dan Muar bagi tahun 2007 hingga 2009. Dokumen berkaitanbagi tahun sebelumnya juga disemak mengikut keperluan. Pengauditan dijalankan denganmembuat semakan dan analisis terhadap data dan maklumat yang terkandung dalamlaporan, minit mesyuarat, rekod, fail dan dokumen berkaitan dengan pengendalian kessyariah. Temu bual dengan pegawai dan kakitangan <strong>Jabatan</strong> juga dilakukan. Sebanyak200 borang soal selidik telah diedarkan kepada orang awam yang berurusan dengan<strong>Jabatan</strong> untuk menilai kualiti perkhidmatan pengurusan pengendalian kes. Sampelpengauditan adalah terdiri daripada 50 fail kes yang telah ditutup dalam tahun 2009 dan100 fail yang didaftarkan bagi tahun 1997 hingga 2005 yang masih tertangguh di MTSJohor Bahru dan Muar.5.4 PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan antara September hingga Disember 2009 mendapatipada keseluruhannya, pengendalian kes syariah di Negeri Johor adalah tidak memuaskan dimana prestasi penyelesaian kes adalah di bawah 40% daripada jumlah kes yang belumselesai. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah kekosongan jawatan hakim MTS danlain-lain jawatan antara 20% hingga 61.9% masih belum diisi, sebanyak 12.1% kes yangdidaftarkan lewat disebut di mahkamah, alasan penghakiman bagi 995 kes Mal masih belumdikemaskinikan dalam e-Syariah, sebanyak 61% waran tangkap tidak dikeluarkan kepadaOrang Kena Tuduh dan seramai 51.4% responden tidak berpuas hati dengan tempohmenunggu untuk mendapatkan perkhidmatan. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yangdiperhatikan adalah seperti perenggan berikut:5.4.1 Prestasi Penyelesaian KesPrestasi penyelesaian kes diukur dari sudut peratusan kes yang dapat diselesaikan dan keslama yang belum selesai.a) Bilangan Kes Belum Selesai Meningkat Setiap TahunMengikut manual pengguna e-Syariah, kes dianggap selesai sebaik sahaja maklumatalasan penghakiman dikemaskinikan. Bagaimanapun, <strong>Jabatan</strong> memaklumkan maklumatalasan penghakiman masih belum dikemaskinikan menyebabkan statistik kes belumselesai dalam e-Syariah tidak tepat. Oleh itu, <strong>Jabatan</strong> telah menyelenggarakan statistikkes belum selesai secara manual mulai tahun 2008. Pengiraan bilangan kes belumselesai secara manual diperoleh dengan menolak bilangan kes yang didaftarkan dalam61

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!