12.07.2015 Views

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

negeri johor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan daripada MBJB manakala pegangansaham biasa berjumlah RM5.10 juta dalam syarikat tersebut adalah ditentukanoleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan bukan berdasarkan nilai tanahserta diberikan secara percuma.Bagi pembangunan tanah Sungai Kim Kim pula, layout yangdikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang oleh IDJKim Kim Sdn. Bhd. (IDJ) tidak mendapat kelulusan kerana zon guna tanahSungai Kim Kim dikategorikan sebagai Hutan Simpan. Kesannya pulangansejumlah RM77.35 juta iaitu nilai minimum tanah turut tertangguh. KPRJmemaklumkan IDJ sedang dalam perancangan mengemukakan layout barusetelah KPRJ berjaya mendapatkan kelulusan pertukaran zon guna tanahtersebut daripada Hutan Simpan kepada pembangunan bercampur.Pembangunan bagi tanah Sedenak belum bermula kerana ia masih dalamtindakan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Johor bagi proses penyerahansebahagian tanah kepada Kerajaan Negeri Johor. Kesannya pulangankeuntungan sejumlah RM21.14 juta juga tertangguh. KPRJ memaklumkan akanmembuat tindakan susulan terhadap masalah berkaitan pembangunan di tanahtersebut.• Tanah Untuk Projek Usaha Sama Digadaikan – Mengikut sekatan kepentinganyang dinyatakan pada surat hak milik, tanah yang dikurniakan tidak boleh dijual,dicagar, dipajak, digadai atau dipindah milik tanpa kebenaran Pihak BerkuasaNegeri (PBN). Mengikut Pekeliling PTG Johor Bil. 10/86 mengenai KebenaranMenyeluruh Bagi Cagaran/Gadaian Untuk Tanah-tanah Yang DikenakanSekatan Kepentingan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di dalam RingkasanMesyuarat Bil. 321/86 bertarikh 5 April 1986 telah memberi persetujuanmembenarkan pemilik tanah kurnia menggadaikan tanah kepada pihak banktanpa perlu merujuk kepada PBN terlebih dahulu. Semakan <strong>Audit</strong> mendapatilapan bidang tanah untuk projek usaha sama seluas 25.48 hektar di Larkin Jaya,Johor Bahru telah dicagarkan oleh Cemerlang Land Sdn. Bhd. (CLSB) (dahuludikenali sebagai Genting Unggul Sdn. Bhd.) kepada bank bagi mendapatkanpinjaman berjangka dan bridging loan berjumlah RM21 juta pada 6 April 2001.KPRJ memaklumkan pinjaman tersebut adalah untuk membiayai bayaranpampasan penduduk setinggan yang berada dalam kawasan pembangunan danselebihnya bagi perbelanjaan operasi CLSB. Mengikut penyata pinjamandaripada pihak bank berkaitan, prestasi pembayaran pinjaman adalah tidakmemuaskan kerana pinjaman berjangka dan bridging loan tidak dapatdiselesaikan dalam tempoh 30 bulan yang ditetapkan iaitu pada 1 Julai 2003 danberlaku kelewatan selama enam tahun. Bayaran terakhir bagi menyelesaikanbridging loan adalah pada Julai 2009 manakala baki pinjaman bagi pinjamanberjangka setakat Disember 2009 adalah berjumlah RM4.1 juta.164

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!