11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

LONJAKAN 5: KEUNGGULAN JENAMA

IMBASAN PENCAPAIAN NAIB CANSELOR 2017

BERSAMA UMP MEMASYARAKATKAN TEKNOLOGI

Tahun kesembilan sebagai Naib Canselor UMP lebih bermakna dengan genapnya 15 tahun usia UMP pada tahun ini yang

menyaksikan keterampilan cemerlang organisasi dan warga universiti ini secara menyeluruh. Selaras dengan agenda

‘Memasyarakatkan Teknologi’ yang mendasari pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 sebagai membangunkan potensi

dan daya saing universiti ini dilihat mampu membawa ilmu pengetahuan dan teknologi ke lapangan masyarakat.

Menyingkap 15 tahun yang lalu, generasi perintis universiti ini telah meletakkan asas yang menegakkan kedudukan UMP

sebagaimana yang kita lihat dan rasai kini. Asas tersebut terus diperbaharui dan diperkukuh dalam setiap fasa

perkembangan strategik dengan mengambil kira kedudukan dan keperluan semasa dan masa depan universiti ini secara

dinamik dan realistik. Ianya turut mereka bentuk UMP dari segi fungsi akademik dan peranan sosialnya tanpa mengubah

semangat asal penubuhannya sebagai sebuah universiti teknikal.

Hasil komitmen warga universiti ini jugalah, UMP diiktiraf cemerlang dengan pencapaian lima bintang dalam Penarafan

Sistem Pengumpulan Data Kementerian Pendidikan Tinggi (MyMoheS) 2017 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). UMP

terus menempa nama dengan cemerlang mencapai lima bintang dalam Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti

(SETARA) 2017 oleh KPT.

UMP turut disenaraikan pada kedudukan tempat keenam terbaik di Malaysia, 16 (Asia Tenggara), 30 (Asia) dan tangga ke-107

terbaik di dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-Greenmetric World

University Ranking.

170

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!