11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

HUBUNGAN STRATEGIK ANTARA AMIK TUNAS BANGSA DAN STIKOM TUNAS BANGSA

UMP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Akademik Manajemen Informatika dan

Komputer (AMIK) Tunas Bangsa yang memfokuskan kerjasama dalam bidang akademik seperti program pertukaran

pelajar yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini turut melibatkan Tunas Bangsa High

Technology Computer School, (STIKOM), Indonesia pada 9 Ogos 2017. AMIK Tunas Bangsa dan STIKOM Tunas Bangsa

telah dibangunkan oleh Muhammad Nasir Foundation di mana bidang kejuruteraan dan teknologi komputer adalah di

antara kursus yang ditawarkan kepada pelajar di sana.

LAWATAN AKADEMIK UMP KE DHAKA, BANGLADESH

Pada 2 hingga 6 April 2017 yang lepas, UMP melalui FSKKP telah mengadakan lawatan akademik ke beberapa buah

universiti di sekitar Dhaka, Bangladesh. Tujuan utama adalah untuk melihat kualiti akademik dan mengenal pasti

universiti yang berpotensi untuk dijadikan sebagai rakan kerjasama khususnya dalam bidang akademik. Delegasi UMP

terdiri daripada Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Profesor Dr. Md. Mustafizur Rahman, Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Dr.

Md. Arafatur Rahman dan Arman A. Rahim. Hasil daripada lawatan ini, delegasi UMP melawat enam buah universiti iaitu

Northern University of Bangladesh (NUB), United International University (UIU), Ahsanullah University, University of

Liberal Arts Bangladesh (ULAB), American International University-Bangladesh (AIUB), dan Manarat International

University (MIU). UMP menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga buah universiti iaitu NUB, UIU

dan MIU. MoU yang ditandatangani menjurus ke arah kerjasama dalam bidang akademik seperti program pertukaran

pelajar berkredit dan pertukaran pensyarah. Selain itu juga, UMP dalam perancangan untuk menjayakan Degree

Transferred Program di mana pelajar di Bangladesh berpeluang menghabiskan pengajian mereka di FSKKP dan layak

untuk menerima pengijazahan daripada UMP. Program ini memerlukan pelajar belajar selama setahun di Bangladesh

sebelum menghabiskan tiga tahun lagi pengajian di UMP. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2018.

Ringkasnya, lawatan ini sangat memberikan impak yang tinggi khususnya kepada FSKKP dan amnya kepada UMP kerana

ia dapat menarik beberapa buah universiti di sana untuk menjadi rakan kerjasama dalam bidang akademik. Diharapkan

dengan terjalinnya hubungan dua hala ini dapat menaikkan lagi nama UMP di peringkat antarabangsa.

215

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!