11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

d. Pembinaan dalam kemajuan

Universiti Malaysia Pahang

Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

Pembinaan dalam kemajuan adalah kerja-kerja yang masih belum disempurnakan pada akhir

tahun kewangan. Jumlah yang diambilkira adalah kos yang terlibat berdasarkan kepada sijil

bayaran kemajuan.

Pembinaan dalam kemajuan adalah mengikut kos pembinaan (peringkat bayaran) dan

susutnilai tidak akan diperuntukkan. Segala kos pembinaan akan dipindahkan ke aset apabila

aset tersebut telah mendapat Perakuan Siap dan Pematuhan.

e. Pelaburan

Pelaburan saham tidak disebutharga, pelaburan dalam subsidiari-subsidiari dan lain-lain

pelaburan jangka panjang dinyatakan pada kos ditolak kerugian rosot nilai. Semasa pelupusan

pelaburan, perbezaan antara hasil pelupusan bersih dan nilai dibawa diiktiraf dalam penyata

pendapatan.

Peruntukan akan dibuat apabila terdapat penurunan nilai yang kekal dalam pelaburan tersebut.

f. Inventori

Inventori dinyatakan pada harga terendah di antara kos (ditentukan pada asas masuk dahulu,

keluar dahulu) dan nilai boleh realis bersih. Nilai boleh realis bersih merupakan harga jualan

anggaran ditolak semua kos anggaran siap dan kos pengangkutan dan pemasaran yang perlu

ditanggung untuk melakukan jualan.

g. Kos Pembangunan

Kos pembangunan hartanah terdiri daripada semua kos yang berkaitan secara langsung

dengan aktiviti pembangunan atau yang boleh diagihkan secara munasabah kepada aktiviti

tersebut.

Jika hasil aktiviti pembangunan boleh dianggarkan dengan sewajarnya, hasil pembangunan

hartanah dan kos pembangunan hartanah diiktiraf dalam Penyata Pendapatan dengan merujuk

kepada kaedah mengikut penyiapan. Peringkat penyiapan diukur dengan merujuk kepada

pembahagian kos pembangunan hartanah yang ditanggung bagi kerja yang telah dijalankan

sehingga kini kepada jumlah anggaran kos pembangunan hartanah.

Jika hasil pembangunan hartanah tidak boleh dianggarkan dengan sewajarnya, hasil

pembangunan hartanah diiktiraf setakat kos pembangunan hartanah yang ditanggung yang

mungkin akan boleh diperolehi semula, dan kos pembangunan hartanah bagi hartanah yang

dijual diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tempoh ia dikenakan.

Sebarang kerugian yang dijangka atas projek pembangunan termasuk tempoh tanggungan

liabiliti diiktiraf sebagai perbelanjaan dengan serta merta.

h. Penghutang dan pelbagai penghutang

Penghutang telah dinyatakan pada nilai yang telah dijangka boleh direalisasikan. Peruntukan

hutang ragu bagi penghutang pelajar dibuat berdasarkan kepada status pelajar gagal, berhenti

dan diberhentikan manakala bagi penghutang lain peruntukan hutang ragu dibuat berdasarkan

kepada status penghutang tidak aktif melebihi satu (1) tahun. Hutang lapuk dilupuskan setelah

mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti.

i. Tunai dan kesetaraan tunai

Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada tunai di tangan, baki di bank dan simpanan tetap di

institusi kewangan.

10

332

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!