11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

INDUSTRI (FSTI)

Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mei 2008. FSTI menawarkan Ijazah Sarjana

Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri , Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Bioteknologi Industri dan

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan. Objektif penubuhan FKM ialah bagi menghasilkan

tenaga kerja profesional dan separa profesional dalam bidang Sains dan Teknologi. Ia selaras dengan usaha untuk

meningkatkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran terutamanya bekalan saintis dan jurutera penyelidik

(RSE) serta staf sokongan dalam industri berasaskan kimia, petrokimia, oleokimia, hasilan semula jadi dan bahan termaju.

PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA BERSAMA INDUSTRI DAN AGENSI LUAR

PROGRAM MOBILITI BERKREDIT PROGRAM MEVLANA (UMP DAN SAKARYA UNIVERSITY,

TURKI)

Secara amnya, program pertukaran pelajar ini adalah kali kedua bagi FSTI. Melalui kerjasama ini, pihak fakulti dapat

mengukuhkan hubungan kerjasama akademik pada peringkat antarabangsa antara kedua-dua institusi. Sehubungan

itu, kerjasama ini memberi peluang kepada para pelajar FSTI untuk mengikuti aktiviti dan proses pembelajaran di

universiti luar negara. Persekitaran pembelajaran yang berbeza mampu memberi manfaat kepada para pelajar untuk

mempelajari budaya hidup di luar negara. Seramai dua orang pelajar FSTI telah terpilih bagi mengikuti program ini yang

telah bermula pada September 2017 iaitu Christysterra Johny, Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi

Bahan dan Nur Amirah Athirah Binti Zaini, Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri.

221

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!