11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

pengumpulan dana hasil kerjasama dengan pihak industri dan tokoh korporat dengan sasaran nilai endowmen sebanyak 40

juta menjelang tahun 2020.

Segala pencapaian yang diraih membuktikan bahawa UMP mampu berdiri sama tinggi dengan universiti-universiti

antarabangsa yang ternama. Sebagai sebuah institut pengajian tinggi bertaraf global berlandaskan daya saing kepakaran

teknologi dan kejuruteraan, UMP kini sedang mengorak langkah menjadi sebagai universiti teknologi terunggul menjelang

2020 nanti.

UMP DILANTIK UNIVERSITI FOKAL

UMP telah dilantik sebagai Universiti Fokal bagi program Latihan Kemahiran Industri Projek (PLKI-ECRL). Dalam

membangunkan silibus UMP mendapat kerjasama pihak Beijing Jiaotong University (BJTU) dan Southwest Jiaotong

University (SWJU) bagi perkongsian pengetahuan dan teknologi dalam bidang pengangkutan kereta api. Pada masa ini, juga

UMP melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) telah memperkenalkan Program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

(Operasi dan Penyelenggaraan Sistem Rel) sebagai kursus elektif yang mula ditawarkan pada semester ini. UMP

menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Syarikat Malaysian Rail Link (MRL) dan Syarikat China

Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCC) dalam pelaksanaan Program PLKI-ECRL bagi melahirkan lebih ramai

yang tenaga mahir dalam industri rel dan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE).

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menyaksikan majlis menandatangani MoA antara Naib Canselor UMP,

Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dengan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak dan Pengarah Urusan

Syarikat CCCC, Bai Yinzhan di Hotel Marriott Putrajaya. Program yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 14 Jun 2017 ini dijalankan pihak MRL dengan kerjasama UMP dan tajaan CCCC sebanyak 23

juta bagi tujuan latihan adalah inisiatif tanggungjawab khidmat sosial bagi melahirkan 3,600 pelatih di sepanjang tahun

2017 hingga 2022. Program PLKI-ECRL menyasarkan kerja berkaitan projek kemahiran dalam mereka bentuk dan pembinaan

rel manakala NRCOE akan mengkoordinasi jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan rel.

172

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!