11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

PROGRAM TRANSFORMASI KEPIMPINAN PELAJAR KEDIAMAN LUAR KAMPUS

Perlaksanaan Program Transformasi Kepimpinan Pelajar Luar Kampus (PTKPLK) dibuat oleh pasukan daripada Jabatan

Softskill, PBMSK kepada pelajar yang tinggal di luar kampus sekitar Gambang dalam tempoh satu semester pengajian.

Program yang diketuai oleh Dr. Rohana Hamzah ini mempunyai objektif seperti berikut:

a) Mengenal pasti masalah pembangunan dan pengurusan diri pelajar luar kampus;

b) Melaksanakan program bimbingan pengamalan tanggungjawab sosial dalam mengatasi masalah pengurusan diri

dan kecerdasan sosial bersama rakan serumah di persekitaran kehidupan luar kampus secara praktikal; dan

c) Menilai pencapaian peserta dari segi perlaksanaan tanggungjawab pengurusan diri dan tanggungjawab sosial

dalam pengurusan perhubungan dengan rakan serumah dan pengurusan persekitaran kehidupan di luar kampus.

Pelajar yang mengikuti program ini juga berpeluang untuk mengikuti sesi biofeedback secara individual bagi melihat

kemampuan untuk membangunkan potensi siri sebagai pemimpin perubahan kawalan diri, orang lain dan persekitaran

kehidupan impak yang diharapkan daripada program ini ialah:

a) Melahirkan graduan yang memiliki prinsip hidup dan jati diri secara integrasi di antara kecerdasan spiritual dan

sosial;

b) Melahirkan graduan yang memiliki kemampuan melaksanakan proses transformasi diri sendiri secara berterusan;

dan

c) Meningkatkan kecerdasan sosial dengan latihan kesedaran dan perlaksanaan tanggungjawab memimpin

perubahan diri, rakan-rakan dan persekitaran dalam suasana kediaman luar kampus.

Berdasarkan kepada penilaian yang dibuat secara ilmiah dan berstruktur, secara keseluruhannya, program ini telah

berjaya mencapai objektif dengan terdapat perubahan signifikan dari sudut perlaksanaan tanggungjawab kepimpinan

perubahan diri, kepimpinan sosial terhadap rakan serumah dan pengurusan persekitaran kediaman. Pelajar yang

mengikuti program ini pada awalnya adalah pelajar yang lemah daripada sudut akademik namun terdapat juga

peningkatan dari segi akademik setelah mereka mengikuti program ini. Oleh itu, program TKDPLK sekiranya diteruskan

perlaksanaannya mampu memperteguh pembangunan diri pelajar luar kampus secara menyeluruh dan secara tidak

langsung menunjukkan keprihatinan universiti kepada mereka.

246

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!