11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PUSAT KECEMERLANGAN

PENYELIDIKAN ALIRAN BENDALIR

TERMAJU (CARiFF)

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (Centre of Excellence for Advance Research in Fluid Flow) atau

singkatannya CARiFF, merupakan pusat kecemerlangan yang terbaharu ditubuhkan di UMP. CARIFF ditubuhkan pada

penghujung tahun 2011 di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan pelantikan pengarah

pertama pada 15 Disember 2011. Penubuhan CARIFF bertujuan melaksanakan penyelidikan terkemuka dalam aliran

bendalir maju dengan tumpuan diberikan kepada saluran paip dan pengurangan geseran, multiphase mixing, minyak

dan gas, computational fluid dynamics dan aliran reaktif. Kesemua felo penyelidik CARIFF terdiri daripada para pensyarah

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) memandangkan fokus penyelidikan CARIFF yang berkait rapat dengan

bidang kejuruteraan tersebut.

AKTIVITI CARiFF 2017

PENGANJURAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON FLUIDS & CHEMICAL

ENGINEERING (FluidsChE) 2017

Penganjuran International Conference on Fluids & Chemical Engineering (FluidsChE) 2017 oleh CARiFF pada 4 hingga 6

April 2017 bertempat di TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah merupakan edisi kedua penganjuran telah berjaya menarik

minat seramai 121 orang peserta dari dalam dan luar negara, antaranya Kazakhstan, Thailand, India, Iraq, Iran, Indonesia

dan Pakistan. Persidangan ini yang membawa tema Advancing Fluids Engineering for a Sustainable Future selaras dengan

bidang tujahan (niche field) CARiFF yang memberi tumpuan kepada bidang tenaga, alam sekitar dan perubahan iklim

serta penjagaan kesihatan. Persidangan selama tiga hari itu juga antara lainnya bertujuan untuk menghimpunkan para

penyelidik dari dalam dan luar negara berkongsi kepakaran dan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Bendalir dan

Kimia.

265

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!