11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

PROGRAM LATIHAN BAHARU 2017

Pada tahun 2017, sebanyak empat program latihan telah mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa GE, Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT). Program-program tersebut adalah:

AUTHORISED ENTRANT AND STANDBY PERSON FOR CONFINED SPACE

Latihan ini merupakan kursus kompetensi yang memberi nilai tambah dan seterusnya menyumbang kepada

kebolehpasaran graduan bagi membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan sekaligus melahirkan graduan

yang berkebolehan dan berketerampilan. Kursus kompetensi ini berlangsung selama dua hari dan melibatkan 40 orang

pelajar di mana pelajar akan didedahkan dengan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Program latihan

ini dijangka akan memberi kelebihan kepada pelajar kerana akan dibekalkan dengan sijil profesional Authorized Entrant

and Standby Person for Confined Space (AESP) daripada badan profesional yang diiktiraf sejurus selepas tamat latihan.

ICoE Bioteknologi telah mengenal pasti dan memilih National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)

sebagai rakan strategik dan pembekal latihan yang paling berkelayakan bagi memberikan latihan ini kepada para pelajar

kerana mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran yang mana sangat bersesuaian untuk pengendalian program ini.

LIFE SCIENCE INDUSTRY TRAINING PROGRAMME 2017

Latihan intensif ini dijalankan selama sepuluh hari di mana pelajar akan didedahkan secara langsung dengan kemahiran

teknologi tinggi sains hayat yang diperlukan oleh industri berkaitan. Hal ini kerana, industri semasa seperti bioteknologi

dan farmaseutikal khususnya mengalami kekurangan bakat sedia ada di Malaysia. Program ini melibatkan pelajar tahun

akhir beberapa bidang seperti Bioteknologi Industri, Kimia Industri, dan Kejuruteraan Teknologi daripada pelbagai

universiti awam, swasta dan politeknik. Program latihan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada pelajar kerana

selain daripada menerima latihan praktikal secara langsung, pelajar juga akan dibekalkan dengan sijil profesional

daripada badan profesional yang diiktiraf oleh Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industry (MOPI) sejurus selepas

tamat latihan. Program latihan ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang perspektif teknologi di industri

teknologi sains hayat serta kemahiran dalam mengendalikan:

• Makmal dan uji kaji;

• Pembangunan produk dan proses; dan

• Validasi dan kelayakan.

ICoE Bioteknologi telah mengenal pasti Dream Catcher Consulting Sdn. Bhd. sebagai rakan strategik yang boleh

membantu dalam pembangunan sumber manusia untuk industri teknologi tinggi sains hayat serta boleh memberikan

latihan khusus kepada peserta berserta tawaran kerja sejurus selepas tamat latihan bagi pelajar yang cemerlang di

sepanjang program latihan tersebut.

282

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!