11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

CERRM MOHON GERAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA JAPAN

INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) DARI JEPUN

CERRM terus giat merencanakan masa depan dan hala tuju menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang mapan dan

berprestasi tinggi di Malaysia umumnya dan di negeri Pahang khususnya. Terbaharu, CERRM telah mengadakan satu

perbincangan dengan wakil Japan International Cooperation Agency (JICA) cawangan Malaysia yang berpusat di

Menara Citibank, Ampang, Kuala Lumpur. Perbincangan tersebut diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &

Inovasi) UMP, Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff serta Pengarah CERRM, Profesor Madya Dr. Muzamir Hasan bagi

mewakili UMP. Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Profesor Dr. Masayuki Hyodo dari Yamaguchi University,

Jepun yang merupakan rakan kolaborasi CERRM, UMP serta Presiden syarikat Asahi Techno Co. Ltd., Jepun iaitu

Shigeyoshi Takahashi bersama pegawainya Sachiaki Kagaya. Urusan perbincangan bersama wakil JICA cawangan

Malaysia itu turut disertai oleh Yusaku Arimura dari Japan Development Institute.

Menurut Profesor Madya Dr. Muzamir Hasan, penglibatan Yusaku Arimura dalam perbincangan ini amat penting

memandangkan beliau berpengalaman menguruskan permohonan geran antarabangsa JICA ini kerana pernah

berkhidmat di JICA, Jepun selama enam tahun dan diharap mampu membantu memberi khidmat nasihat yang terbaik

kepada CERRM bagi memastikan permohonan yang dikemukakan kepada pihak JICA adalah lengkap dan menepati

prosedur yang ditetapkan. CERRM amat berharap perbincangan yang diaturkan bersama wakil JICA cawangan Malaysia

ini akan membuahkan hasil positif kepada UMP memperoleh geran penyelidikan antarabangsa dari negara Jepun.

Sekiranya permohonan ini berjaya, CERRM akan meminta pihak Asahitechno Co. Ltd. Japan untuk mengemudikan satu

pilot test dengan menggunakan teknologi mereka untuk mengurangkan paras air dalam tanah dan secara tidak

langsung menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Projek ini akan sepenuhnya ditanggung

oleh kerajaan Jepun melalui peruntukan JICA.

Sepanjang berada di Malaysia selama lima hari bermula 7 Ogos 2017 hingga 11 Ogos 2017, delegasi Jepun tersebut

turut dibawa melawat serta mengadakan perbincangan bersama agensi kerajaan dan swasta di Kuantan dan Pekan,

Pahang. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi gambaran sebenar situasi yang dihadapi di Pahang

terutamanya masalah banjir; dan kawasan-kawasan pembinaan (contohnya, jambatan, empangan, cofferdam, caisson

dan lain-lain) serta kawasan kediaman bagi tujuan pembangunan yang digenangi air (aras air dalam tanah yang tinggi)

yang dihadapi oleh penduduk tempatan. UMP berhasrat untuk membantu kerajaan negeri Pahang bagi menangani

permasalahan banjir dan kawasan kediaman yang digenangi air ini dengan mengaplikasikan teknologi terkini dari Jepun

yang telah diperkenalkan oleh Asahi Techno Co. Ltd.

257

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!