11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

UMP terus meningkat dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi apabila berjaya meraih kejayaan demi

kejayaan dalam dan luar negara. Pencapaian tertinggi diiktiraf negara apabila produk PISOPTERA® dinobatkan penerima

Anugerah Inovasi Negara (AIN) dalam National Innovation and Creative Economy (NICE) Expo 2017. Produk berteknologi hijau

pertama di Malaysia yang mesra alam berjaya menangani masalah berkaitan serangan anai-anai yang dikomersialkan oleh

syarikat terbitan universiti, UMP Ecopest Sdn. Bhd.

Memperkasa akademik, UMP telah dilantik sebagai Universiti Fokal bagi program PLKI-ECRL hasil rundingan kerjasama pihak

KPT dengan kerjasama Malaysia Rail Link (MRL) dan Syarikat China Communications Construction Sdn.Bhd. (CCCC) bagi

menjayakan Projek Laluan Rel Kereta Api Pantai Timur (ERCL) yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun

Abdul Razak. Bagi ambilan pertama seramai 49 pelatih perintis program telah berjaya menamatkan latihan yang dijalankan di

UMP. Selain itu turut membanggakan peningkatan kadar kebolehpasaran graduan di universiti ini berada pada kedudukan

tertinggi iaitu 95 peratus pada tahun ini.

UMP giat memainkan peranan sosialnya secara strategik dengan memanfaatkan sumber dan bakat yang dimiliki

menggunakan pendekatan tindakan penyelesaian saintifik, teknikal atau inovasi terhadap sesuatu isu dan masalah yang

dihadapi masyarakat. Antaranya yang terpenting adalah dengan memberi tumpuan kepada kajian yang mengarah kepada

pembangunan teknologi yang bersesuaian dengan keperluan komuniti yang disasarkan sebagai penerima manfaat.

Pelaksanaan Program Facelift D’Kuala Pahang juga merupakan satu usaha khidmat komuniti yang digerakkan oleh UMP

untuk mengubah wajah dan landskap sosial Kuala Pahang sebagai Perkampungan Nelayan selain memaknakan kewujudan

UMP sebagai salah satu universiti awam di Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 59 buah rumah-rumah uzur yang terletak di

laluan masuk Kompleks Medan Ikan Bakar di Kuala Pahang telah dinaiktarafkan dan dikenal pasti selain membangunkan

sosioekonomi komuniti dengan kempen dan latihan.

Realiti ekonomi semasa dan komitmen kewangan serta status autonomi yang dimiliki UMP kini telah turut mencabar untuk

mendakap inisiatif MyGift sebagai nadi pertumbuhan endowmen secara proaktif sebagai menyahut seruan pihak KPT dalam

meminta semua UA untuk meneroka prospek endowmen seoptimum mungkin bagi mengurangkan kebergantungan

kewangan mereka kepada sumber kerajaan semata-mata. Dengan pendekatan Charity Begins at Home sumbangan

memfokuskan pelbagai usaha di peringkat jabatan dan fakulti malahan usaha ini diteruskan dengan memperluas

171

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!