11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) SAMSUNG-ICoE

Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Samsung Malaysia bersama-sama dengan Kementerian

Pendidikan Tinggi melalui ICoE Kluster Elektrik & Elektronik. Ia telah bermula pada tahun 2016 dan masih berterusan

sehingga kini. Melalui program ini, pihak Samsung dan juga ICoE terlibat dalam memberi bantuan teknikal dan khidmat

sukarelawan bagi penduduk warga orang asli yang menetap di Kampung Ulu Tual, Kuala Lipis, Pahang.

Bagi tahun 2017, ICoE telah terlibat dalam projek pemasangan Auto Operated Solar Powered Mobile Ultrafiltration Unit di

kampung tersebut. Program tersebut yang diberi nama Samsung Love & Care telah berlangsung pada 21 Oktober 2017

dan melibatkan Samsung Malaysia Elektronik Sdn. Bhd. (SME), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

dan Universiti Malaya (UM).

Selain pemasangan sistem tersebut, antara aktiviti utama lain yang telah dijalankan adalah seperti khidmat sukarelawan

menyediakan kelas bimbingan bagi kanak-kanak orang asli, kelas bimbingan penyelenggaraan sistem elektrik solar,

penanaman pokok-pokok baharu, pembersihan kawasan sekitar dan sesi kaji-selidik tahap kepuasan penduduk di

kampung tersebut dengan bantuan-bantuan yang telah dihulurkan oleh Samsung dan juga ICoE.

290

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!