11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LIGHTING UP THE COMMUNITY

Seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan, UMP telah menyertai

khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS), Kuantan dengan

bertemakan Lighting up the Community. Antara pengisian program adalah pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa

suria dan perkongsian ilmu teori dan praktikal teknologi fotovoltaik bersama 78 orang pelajar tingkatan empat.

Pengarah program, Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir berkata, program ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar

sekolah menengah di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan menggalakkan

penglibatan golongan milienia dalam usaha mempromosikan teknologi hijau.

TEKNOLOGI RAWATAN AIR KE SABAH

Sekumpulan pensyarah FSTI UMP telah melibatkan diri dengan aktiviti Khidmat Komuniti bertempat di Pusat

Pembangunan Minda Insan, Kunak, Sabah. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti program yang dijalankan oleh

penyelidik-penyelidik ini semasa lawatan kerja mereka di Sabah. Menurut pengarah program, Profesor Madya Dr. Wan

Mohd Faizal Wan Ishak, aktiviti ini bertujuan membina dan merapatkan hubungan di antara fakulti dan masyarakat luar

khususnya pelajar-pelajar dan penduduk-penduduk di kawasan pedalaman, serta menyampaikan maklumat berkaitan

dengan kajian Sains dan Teknologi yang dijalankan oleh mereka. Hasil inovasi beliau iaitu sistem rawatan air telah

dipasang telah memudahkan pelajar-pelajar, guru-guru dan penduduk setempat menerima bekalan air yang bersih

dengan kos rawatan air dan penyenggaraan yang lebih rendah. Turut membantu dan hadir aktiviti ini adalah penyelidikpenyelidik

dari program Teknologi Bahan iaitu Dr. Ahmad Salihin Samsudin, dan Dr. Nur Jannah Salim, Program Kimia

Industri, Nazikussabah Zaharudin, dan wakil dari Pusat Pembangunan Minda Insan, Lajulliadi Jahidi.

231

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!