11.07.2015 Views

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

(2) Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,-(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus limapuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun ataukedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidakmelebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepasdisabitkan;(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi limaratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnyatidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepasdisabitkan.Seksyen 27. Ketua Pengarah boleh menghendaki maklumat tambahan(1) Pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan yang dibuat di bawahsubseksyen 23(1) dan seksyen 24, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang yangdiluluskan itu supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.(2) Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan maklumat, butirbutiratau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), pengakuterimaanyang dikeluarkan kepadanya atau kepada pertubuhan perbadanan itu di bawahseksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatupermohonan baru dikemukakan.Seksyen 28. Ketua Pengarah hendaklah merujuk pemberitahuan kepadaJawatankuasa Penasihat dan agensi yang berkaitanApabila suatu pemberitahuan diaku terima dengan sewajarnya mengikut seksyen 25,Ketua Pengarah hendaklah merujuk pemberitahuan itu kepada JawatankuasaPenasihat dan mana-mana agensi Kerajaan yang berkaitan tentang perkara khusus.Seksyen 29. Jawatankuasa Penasihat hendaklah membuat syor tentangpemberitahuan(1) Apabila menerima pemberitahuan di bawah seksyen 28, JawatankuasaPenasihat hendaklah menilai pemberitahuan itu bagi maksud membuat syor kepadaLembaga tentang sama ada atau tidak aktiviti yang berhubungan denganpemberitahuan itu patut diteruskan, dan terma dan syarat yang hendaklah dikenakanoleh Lembaga, jika ada.(2) Pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan itu, JawatankuasaPenasihat boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan melaluiKetua Pengarah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!