11.07.2015 Views

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilanorganisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan,peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, bagimaksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturanyang dibuat di bawah Akta ini.Seksyen 52. Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat tentang organismadiubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian(1) Lembaga boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan apa-apaaktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organismasedemikian memberi kepada Lembaga maklumat yang berhubungan dengankomposisi dan kegunaan apa-apa organisma diubah suai yang hidup atau hasilanorganisma sedemikian.(2) Mana-mana orang yang gagal memberikan apa-apa maklumat yangberhubungan dengan komposisi dan kegunaan mana-mana organisma diubah suaiyang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang dikehendaki di bawahsubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,-(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus riburinggit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihisepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi duaratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnyatidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepasdisabitkan.Seksyen 53. Kuasa untuk mengambil sampel(1) Seseorang pegawai penguat kuasa boleh meminta, memilih, mengambil ataumendapatkan sampel mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakanatau mengandungi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organismasedemikian bagi maksud analisis-(a) apabila dibayar, daripada mana-mana orang yang menjual organisma atauhasilan sedemikian, atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmatpertubuhan perbadanan itu; atau(b) tanpa bayaran, daripada mana-mana pengilang atau pengimport organisma atauhasilan sedemikian atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmatpertubuhan perbadanan itu.(2) Sampel yang diminta, dipilih, diambil atau didapatkan di bawah subseksyen (1)hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!