11.07.2015 Views

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

(4) Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawahsubseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenaiperuntukan subseksyen (2) dan (3).(5) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen inihendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatanganioleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikutmana-mana yang berkenaan, selepas-(a) pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatolehnya; dan(b) dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.Seksyen 49A. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataanyang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai penguat kuasasemasa penyiasatan dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan,selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa,merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepadaseseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta iniatau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya,jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supayatertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakanuntuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan olehAkta Keterangan 1950 [Akta 56].(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan,pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannyasemasa perbicaraan.(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-manapernyataan yang dibuat semasa suatu perbarisan cam atau terangkum dalamseksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.(5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubungdengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnyakepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan yang dibuatdi bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aktaini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.Seksyen 50. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan benda yang berhubungdengan kesalahan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!