11.07.2015 Views

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi5. (1) Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsiPengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Menteriboleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk melaksanakan fungsiPengerusi.(2) Sehingga suatu pelantikan di bawah subperenggan (1) dibuat atau jika tiadapelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuaratLembaga, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada merekauntuk menjadi Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.(3) Seseorang anggota yang dilantik di bawah subperenggan (1) atau (2), mengikutmana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh yang dia melaksanakanfungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.Mesyuarat6. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam bulan sekalipada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.(2) Sekurang-kurangnya empat belas hari notis secara bertulis mengenai sesuatumesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Lembaga.(3) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi.(4) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapatbilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undipemutus.(5) Pengerusi dan empat orang anggota lain yang hadir pada mesyuarat Lembagahendaklah membentuk suatu kuorum.Pengerusi Jawatankuasa Penasihat hendaklah hadir pada mesyuarat Lembaga7. (1) Pengerusi Jawatankuasa Penasihat atau wakilnya hendaklah hadir pada tiaptiapmesyuarat Lembaga, tetapi kehadirannya tidaklah membentuk suatu kuorumbagi mesyuarat itu dan dia tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.(2) Jika pengerusi Jawatankuasa Penasihat atau wakilnya menghadiri mesyuaratLembaga dia hendaklah dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan olehLembaga.Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat8. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri apa-apamesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentangapa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untukmengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!