11.07.2015 Views

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

AKTA 678 - AKTA BIOKESELAMATAN 2007 BAHAGIAN I ... - NRE

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mendapatkan bantuan dan kerjasama agensi yang berkaitan dalam melaksanakanapa-apa langkah kecemasan termasuk langkah-langkah yang diperuntukkan dalampelan gerak balas kecemasan.(3) Apa-apa kos yang dilakukan oleh mana-mana agensi dalam melaksanakan apaapalangkah kecemasan hendaklah ditangggung oleh orang yang diluluskan itu.(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membebaskan atau disifatkanmembebaskan orang yang diluluskan daripada mana-mana obligasinya atau obligasipertubuhan perbadanan untuk mengambil segala langkah yang perlu sekiranyaberlaku apa-apa kecemasan.Seksyen 63. Penyampaian notis(1) Apa-apa notis yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Akta iniboleh dihantarkan dengan sendiri atau melalui pos berdaftar Akuan Terima,melainkan jika terdapat bentuk lain penyampaian yang ditetapkan-(a) dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, ke alamat pejabatberdaftar syarikat itu;(b) dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia, sama ada kepadaindividu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah AktaSyarikat 1965 [Akta 125], atau ke alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikatatau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana-mana jua ia terletak; atau(c) dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, ke alamat perniagaan ataupersendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.(2) Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar AkuanTerima yang mengandungi apa-apa notis yang diberikan di bawah Akta ini diberitahuhakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar Akuan Terima yang sedangmenunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai mengambil suratberdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan padanya pada tarikhdia diberitahu sedemikian.Seksyen 64. Kesalahan oleh pertubuhan perbadananJika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta iniatau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, maka manamanaorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus,setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya itu dalam pertubuhan perbadananitu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yangmengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagipengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantudalam pengurusan sedemikian-

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!