12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

nafsu dan pemikiran yang dibawa masuk ke dalam <strong>Islam</strong>. Ini juga yangtelah dilakukan oleh Syeikh Abu Mansur al-Maturidi di belakang sungai(kawasan Khurasan). Semua bersungguh-sungguh mempertahankanakidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dengan menggunakan manhaj aqli,hujah mantiq dan dalil naqli.Justeru, dinisbahkan prinsip-prinsip ini kepada kedua-duanya.Ini menyebabkan tersebarnya pemikiran mereka. Mereka dianggapsebagai Imam Ahli Sunnah wal al-Jamaah sama ada di sebelah timurdan barat tanpa dinafikan wujud perselisihan kecil antara kedua-duanyayang tidak melebihi beberapa belas masalah.Khilaf antara Asya’irah dan Maturidiah terhad kepada masalah juz’iah ijtihadi yanghanya membabitkan cabangan prinsip iktikad yang disepakatinya. Kebanyakannyaadalah khilaf lafzi dan istilahi yang tiada penghujung di bawahnya. Justeru, tiada kaitandengan perkara asas iktikad. Sebahagian ulama menghitungnya pada 10 masalah. Ibnal-Subki mengiranya sebanyak 13 masalah, 6 daripadanya khilaf maknawi dan bakinyakhilaf lafzi. Syeikh Zadah menambahnya kepada 40 yang merangkumi padanya banyakkhilaf falsafah dan aqli serta mantiq semata-mata. Beliau menghimpunkannya dalamkitabnya yang bertajuk Nazm al-Faraidh wa Jam’u al-Fawaidh, cetakan Adabiah diMesir. Cetakan Pertama 1317H, kami akan nyatakannya secara ringkas. Lihat Tabaqatal-Syafieyyah al-Kubra (3/378) dan Aqidah <strong>Islam</strong>iah (hlm. 81).Imam Abu Hasan al-Asy’ari menjelaskan berkenaan iltizamnyadengan al-Quran dan sunnahnya yang mulia serta sumber dari keduanya.Beliau dengan tegas berkata dalam kitabnya, al-Ibanah 4 (hlm. 17),4Syeikh Hammad bin Muhammad al-Ansari melalui bukunya Abu Hasan al-Asy’ari (hlm. 12-19) telahmengumpul pendapat ahli ilmu yang mengiyakan nisbah kitab Ibanah kepada Abi Hasan al-Asy’ari seramai15 orang, selain Ibn Asakir iaitu:• Abu Bakar Ahmad bin al-Husin al-Baihaqi melalui kitabnya al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabilal-Rasyad.• Al-Hafiz al-Zahabi dalam kitabnya, al-Uluw li al-Ali al-Ghaffar.• Ibn Farhun al-Maliki melalui kitabnya al-Dibaj al-Muzhib.• Abu al-Fallah Abdul Hayy Ibn al-Imad al-Hanbali melalui kitabnya Syazarat al-Zahab.• Al-Sayyid Murtadhi al-Zubaidi melalui kitabnya Ithaf al-Sadah al-Muttaqin.• Ibn Kathir melalui kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah.• Abu al-Qasim Abdul Malik bin Isa bin Dirbas al-Syafie melalui kitabnya al-Zabb an Abi Hasanal-Asy’ari.• Ahmad bin Thabit al-Iraqi.• Abu Uthman Ismail bin Abdul Rahman bin Ahmad al-Sabuni.• Abu Ali al-Hasan bin Ali bin Ibrahim al-Farisi.• Abu al-Ma’ali Majli, pengarang kitab al-Zakhair fi al-Fikr.• Abu Muhammad Ibn al-Baghdadi.• Syeikh al-<strong>Islam</strong> Ibn Taimiah.• Ibn Qayyim al-Jauziah melalui kitabnya Ijtima’ al-Juyus al-<strong>Islam</strong>iah.Sebagai penutup, dalam hal ini dinukilkan pendapat Ibn Dirbas melalui kitabnya al-Zabb an Abi Hasanal-Asy’ari berkata: Ketahuilah, wahai khalayak dan saudara bahawa kitab al-Ibanah an Usul al-Diyanahyang dikaryakan oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari ialah apa yang diiktikadkannya dan dengannya ia berimankepada Allah selepas kembalinya daripada fahaman Mu’tazilah.7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!