12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Adapun Abu Mansur al-Maturidi tidak menggunakan untuk hukumhukumakal sebarang kedudukan lebih daripada demikian itu dan bolehdihimpunkan antara aqli dan naqli. Justeru, tiada wujud khilaf jauhariatau asas dalam perkara asas iktikad di sisi golongan Asya’irah danMaturidiah.Ini kerana kedua-duanya mempunyai manhaj yang satu danmatlamat yang satu iaitu mengikut akidah Islamiah yang sebenarnya.Mereka mempertahankan mazhab Ahli Sunnah dan bangun menentangsebarang tuduhan ahli bid’ah, tetapi Asya’irah memilih cara wasatidalam mengimbangi pendapat-pendapat ahli falsafah yang berhubungandengan al-Quran. Yang demikian bersepakatlah golongan Asya’irahbersama fuqaha dan ahli hadis pada perkara yang datang padanyanas-nas dalam al-Quran dan al-Sunnah.Lihat al-Aqidah al-Islamiah wa al-Fikr al-Mu’asir (hlm. 80) dan Tarikh al-Mazahibal-Islamiah (hlm. 197).Keempat: Perselisihan antara Golongan asya’irahdan MaturidiahGolongan Asya’irah dan Maturidiah mengiyakan dan mengakui akidahIslam dan orang Islam diambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.Mereka dikenali dengan nama Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Keduaduanyasepakat bersama dengan mazhab yang lain pada usul akidahdan rukun Iman.Kedua-duanya bertemu titik pada kebanyakan cabangan akidahdan juzu’nya tetapi wujudnya sedikit perselisihan pada cabang-cabangakidah sebagaimana terhasil perselisihan dalam mazhab Asya’irah sendiridan juga mazhab Maturidiah di kalangan ulama mereka. Begitu jugabersama mazhab yang lain. Kebanyakan khilaf terjadi dari segi lafazaqli dan istilah yang tidak memberi kesan pada hakikat sebenarnya.Sebahagian yang lain berasaskan dari muqaddimah mantiq dan aqliatau dalam tafsiran sifat Tuhan yang terhenti di sisi nas. Begitu jugakerana percubaan tafsirannya untuk membersihkan Allah SWT darimenjisimkannya atau mentasybihkan dengan sifat makhluk-Nya.21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!