12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Untitled - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Mazhab al-asy’ariah: Prinsip dan sejarahnyaOleh:Prof. dr. Muhammad al-zuhailiTerjemahan Oleh:dr. zulkifli bin Mohamad al-bakriTerbitan:J abatan Kemajuan islam Malaysia

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysiawww.islam.gov.myCetakan Pertama 2011Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan risalah ini dalam apa jua bentukdan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada KetuaPengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran KerajaanPersekutuan, 62519 Putrajaya. Perundingan tertakluk kepada perkiraanroyalti atau honororium.Terbitan:Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya.DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2011www.printnasional.com.myemail: cservice@printnasional.com.myTel.: 03-92366894 Faks: 03-92224773JD002426ii

isi KandunganKata PengantarvMuqadimah 1Pertama: Kemunculan Mazhab Asy’ariah 2Kedua: Prinsip-prinsip Asy’ariah 6Ketiga: Cara-cara Perbahasan di Sisi Asy’ariah 18Keempat: Perselisihan Antara Golongan Asya’irah 21dan MaturidiahKelima: Antara Permasalahan Khilaf yang Penting 23Keenam: Tempat atau Kedudukan GolonganAsya’irah Dalam Masyarakat 32Ketujuh: Ulama yang Masyhur di Kalangan Asya’irah 35Kesimpulan 39iii

Kata PengantarAlhamdulillah, dirafa’kan kesyukuran kepada Allah Rabb al-Alamindengan segala nikmat kurniaan-Nya, maka selesailah sudah terjemahansebuah buku kecil hasil karya Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili berkenaandengan “ Mazhab asya’irah: Prinsip dan sejarahnya.” Ia diambildaripada buku Mausu’ah Qadhaya Islamiah Mu’asirah, terbitan Daral-Maktabi.Sebenarnya saya terpanggil untuk menterjemah buku ini keranasuasana yang berlaku terkadang-kadang membawa kepada salah fahamberkenaan dengan mazhab Abi Hasan al-Asy’ari. Tambahan pula, terlalubanyak pendapat dan lontaran pemikiran yang kadang-kadang diambildari sebelah pihak tanpa mengenali asal usul tokoh seperti Imam AbuHasan al-Asy’ari ini. Lebih parah lagi, sangkaan berkenaan dengantokoh ini yang bukan realiti dan sebenarnya.Untuk menambahkan maklumat, kefahaman dan ilmu, saya jugamenotakakikan beberapa istilah atau huraian yang dirasakan perluuntuk para pembaca. Di samping itu, sebahagian tokoh diterjemahkanbiografinya secara ringkas agar dikenali tokoh yang dibincangkan itudengan sebaik-baik. Harapan saya buku yang bersaiz kecil ini dapatmenyelesaikan permasalahan berkaitan prinsip yang diimani oleh ImamAbu Hasan al-Asy’ari.Saya juga berharap ia sebagai jawapan untuk mengenali perananyang dimainkan oleh tokoh seperti Imam Abu Hasan al-Asy’ari ini. Semogakarya seperti ini dapat memberi sinar kefahaman yang jelas dalam isuberkaitan firaq dan adyan terutamanya membabitkan akidah.Akhukum fillah,dr. zulkifli bin Mohamad al-bakriv

Mazhab al-asy’ariah: Prinsip dan sejarahnyaMuQadiMahIstilah Asy’ariah ialah sebagai tanda dan alamat untuk satu cabangmazhab iktikad dalam Islam. Diitlaqkan nama mazhab kepadakumpulan Asy’ariah berjalan seiring secara bentuk keharusan bersamadengan nama mazhab iktikad yang lain. Ini kerana mazhab Asy’ariahmenggambarkan wakil pendapat iktikad dan iman dalam Islam sepertiyang tersebut dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mazhab Asy’ariah termasukdalam akidah Islamiah yang diterima pakai oleh jumhur umat Islamdan kebanyakan ulamanya bermula daripada zaman kenabian dansepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini sehingga Allah wariskandunia ini kepada siapa yang dikehendakiNya.Sekalipun terdapat banyak perselisihan antara mazhab Asy’ariahdan lainnya daripada kalangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, ia merupakankhilaf yang kecil dan tidak mematikan kepada asal akidah itu. Sejakdahulu lagi, ulama Asy’ariah mempunyai pendirian yang dapat dipujidalam menentang semua fahaman mazhab iktikad yang lain yangmencelarukan banyak prinsip yang asing dan pemikiran bercampuraduk.Mazhab Asy’ariah dinisbahkan kepada pengasasnya dan pemimpinutamanya al-Syeikh Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari yang dilahirkandi Kota Basrah pada tahun 260H dan meninggal dunia di Kota Baghdadpada tahun 324H.Lihat Tabaqah al-Syafieyyah al-Kubra (4/348), Wafayat al-A’yan (2/446),Tabyin Kazib al-Muftari (hlm. 34), al-A’lam oleh al-Ziriqli (5/69) dan al-Bidayahwa al-Nihayah (11/187).Diitlaqkan mazhab Asy’ariah bersamaan juga dengan mazhabMaturidiah pada ghalibnya. Begitu juga diitlaqkan lafaz Asy’ariahbertentangan dengan puak Mu’tazilah. Lafaz al-Asy’ariah pada ghalibnyamengandungi mazhab Asy’ariah dan Maturidiah. Apabila diitlaqkanAsy’ariah ia juga bersamaan dengan golongan hukama yang dikehendakidi sini semua ahli kalam.Lihat Dustur al-Ulama (1/118)1

Pertama: Kemunculan Mazhab asy’ariahMazhab Asy’ariah sama seperti mazhab yang lain muncul ketikakemuncak penguasaan Mu’tazilah 1 sama ada dari segi akidah, politikdan penentangan terhadap ahli feqah dan hadis. Ini menyebabkanorang ramai berpecah ketika itu dan banyaknya puak-puak kecil yangcuba menentang Mu’tazilah. Abu Hasan al-Asy’ari 2 adalah berasaldengan fahaman Mu’tazilah. Pada mulanya, beliau mempelajari danmenekuni kebanyakan kitab dan pemikiran serta uslub mereka dalamperdebatan dan berhujah. Kemudian dia tidak bersama dengan merekadan menggunakan senjata mereka untuk menentang, mendedahkankebatilan dan menguatkan iktikad yang sahih. Begitu juga semua prinsipkeimanan yang sempurna, pemikiran Islam yang sabit dan beliau bangkitmelawan Mu’tazilah, mendedahkan pembohongan pemikiran merekadengan kenyataan yang benar dan tepat. Hingga akhirnya dinisbahkanmazhab kepadanya sedangkan beliau sudah ada sebelum itu.Umat Islam berhimpun padanya, begitu juga para ulama fuqaha danahli hadis mendokong pendapatnya sehingga kebanyakan pendapatnyamenjadi perbincangan dalam kancah ilmu, dan pengajaran agama.Ketika itu juga muncul seorang lagi imam pembawa petunjuk, iaitu AbuMansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi. Beliaudilahirkan pada pertengahan kurun ke-3H dan sempat hidup sezamandengan Abu Hasan al-Asy’ari tetapi beliau menetap di Samarkand danjuga negeri di belakang sungai (Khurasan).1Imam al-Syakhrastani menjelaskan dengan panjang lebar dalam bukunya al-Milal waal-Nihal berkenaan dengan golongan Mu’tazilah. Dikatakan antara pengasasnya ialah Wasilbin Ata’, Ma’bad al-Juhani dan Ghaylan al-Dimasyqi. Munculnya golongan ini apabila persoalanyang dikemukakan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan kepada Hasan al-Basri berkenaandengan Qadar dan Jabr yang akhirnya anak muridnya, Wasil bin Ata’ menyalahi gurunya. Lihatbukunya (1/65-73).2Nama sebenarnya ialah Abu al-Hasan Ali bin Ismail bin Abi Basyar Ishaq bin Salim binIsmail bin Abdullah bin Musa bin Amir al-Basrah Bilal bin Abi Bardah bin Sahib Rasulillah SAWAbi Musa Abdullah bin Qays bin Hadhar al-Asy’ari al-Yamani al-Basri. Lahir pada tahun 260Hdan ada pendapat mengatakan pada tahun 270H. Beliau seorang yang mempunyai ingatanyang tajam dan kefahaman yang mendalam. Menguasai ilmu dan menghasilkan banyak karyayang menunjukkan ketinggian ilmunya. Meninggal dunia di kota Baghdad pada tahun 330H danada pendapat yang mengatakan selepas itu. Tetapi apa yang ditarjihkan oleh ahli tahkik sepertial-Zahabi, Ibn Kathir dan Abu Hasan al-Askari bahawa beliau meninggal dunia pada tahun324H. Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah (11/187), Siyar A’lam al-Nubala (15/86-90) dan TabyinKazib al-Muftari (hlm. 56).2

Beliau juga menentang fahaman Mu’tazilah dan mendukung fuqahadan ahli hadis dengan caranya yang tersendiri. Beliau bertemu titikpersamaan dengan Abu Hasan al-Asy’ari dalam banyak natijah.Lihat Tarikh al-Mazahib al-Islamiah oleh Abu Zahrah (hlm. 207), Tabyin Kazibal-Muftari (hlm. 19), al-Fawaid al–Bahiyah (hlm. 95), al-Jawahir al-Mudi’ah (2/130),al-A’lam (7/242) dan Marji’ al-Ulum al-Islamiah (hlm. 339).Jadilah mazhab Asy’ariah dan Maturidiah mewakili mazhab AhliSunnah wa al-Jamaah di kalangan orang Islam berkenaan denganiman, akidah dan tasawwur Islami yang berkaitan alam kemanusiaandan kehidupan. Ini ialah apa yang dibawa secara nyata dan terangdalam al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga bersamaan dengan parasahabat Rasulullah SAW, salaf al-Ummah dan yang kemudiannyadi mana beriltizam oleh kebanyakan ramai di kalangan orang Islamsama ada dahulu atau moden. Dua mazhab ini tidak datang untukmembawa akidah Islam yang baru. Mereka tidak melakukan bid’ahdengan menambahkan pendapat, tetapi sebaliknya berusaha menguatkanakidah Islamiah yang sahih yang datang dalam bentuk al-Quran danal-Sunnah.Umat Islam membina keduanya sejak dahulu dan kemudian. Begitujuga menghilangkan sebarang pergantungan berkenaan dengan kesangelombang yang datang segala syubhah, pemikiran baru, bid’ah danterkesannya dengan tamadun lama. Di samping itu, segala dasar danprinsip asing yang diterima oleh mazhab akidah lain seperti Mu’tazilah,Murjiah, Qadariah, Jabariah, Khasyawiah, Mujassimah dan lain-lainyang dikenali dengan mazhab ilmu kalam.Ibn Khaldun mendefinisikan ilmu kalam dengan ilmu yang mengandungi segala hujahberkaitan akidah keimanan dengan dalil-dalil aqli serta membangkang golongan bid’ah yangmenyeleweng dalam akidah daripada mazhab salaf dan Ahli Sunnah. Lihat MuqaddimahIbn Khaldun (hlm. 458) dan Marji’ al-Ulum al-Islamiah (hlm. 323).Abu al-Qasim al-Khusairi berkata: Ahli hadis sepakat bahawaAbu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari adalah imam hadis dan mazhabnyaialah ahli hadis. Beliau bercakap dalam usul agama mengikut caraAhli Sunnah dan menetang mereka yang menyalahi di kalangan ahlibid’ah. Beliau menjadi penentang utama seperti pedang yang terhunuskepada fahaman Mu’tazilah, Rawafidh, dan ahli bid’ah di kalangan ahlikiblah dan yang keluar daripada agama.Lihat Tabyin Kazib al-Muftari oleh Ibn Asakir (hlm. 112).3

Ibn al-Subki berkata: Ketahuilah bahawa Abu al-Hasan tidak pernahmerekacipta pendapat yang baru dan juga mazhab, tetapi sebenarnyabeliau mengikrarkan segala mazhab salaf dan mempertahankan pegangansahabat Rasulullah SAW.Justeru, menisbahkan kepadanya semata-mata dan beliaumengikat jalan salaf dengan ikatan yang kukuh, berpegang dengannyaserta mengemukakan segala hujah dan bukti. Justeru, jadilah orangyang mengikuti beliau, berjalan mengikut hujah dan dalilnya dikenalisebagai al-Asy’ari.Lihat Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (4/365).Ibn Khallikan berkata: Imam Abu Hasan al-Asy’ari sebagai sahibusul, banyak menolong dan mempertahankan mazhab Ahli Sunnah dankepadanyalah dinisbahkan kumpulan al-Asy’ariah.Lihat Wafayat al-A’yan (2/446).Kemudian, dinukilkan daripada Syarafi bahawa kenyataannya:Adalah golongan Mu’tazilah telah menolak ketua mereka sehingga Allahmenzahirkan Imam al-Asy’ari yang menyekat mereka pada pukulanyang kukuh.Ibn al-Imad berkata: Semoga Allah memberi cahaya kepadamuka golongan Ahli Sunnah dan menghitamkan pembawa benderaMu’tazilah dan Jahmiah sehingga Allah menzahirkan wajah kebenaranyang sebenarnya.Lihat Syazarat al-Zahab (2/303).Imam al-Asy’ari sekali-kali tidak mencipta mazhab yang khusustetapi menganut fahaman dan iktikad jumhur umat Islam di kalanganulama hadis, feqah, para sahabat dan tabi’in. Begitu juga denganapa yang sabit dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW danhendaklah kembali kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ apabila berlakuperselisihan. Tetapi dinisbahkan akidah ini kepadanya kerana beliaubangkit mempertahankannya menentang golongan sesat, ahli bid’ahdan pendapat dari puak-puak yang lain. Beliau mendedahkan segalafahaman mereka yang bercanggah dengan Islam. Ini menyebabkannamanya terkenal di seluruh ufuk. Justeru dinamakan beliau denganmazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah.4

Pengikut, penolong serta murid-muridnya menggunakan cara danmanhajnya serta pendapatnya di seluruh negeri Iraq, Khurasan, Syam,Maghribi, utara Afrika, Saqaliah, dan Andalus. Al-Qadhi Abu Bakaral-Baqillani yang bermazhab Maliki pada pertengahan kedua kurunke-4 Hijrah datang mempertahan dan mendukung mazhab al-Asy’ari.Beliau mengukuhkan manhajnya dan menambah hujah perdebatandengan menggunakan teori mantiq dan akal yang terhenti padanyasegala dalil dan qias.Lihat Mukaddimah Ibn Khaldun (hlm. 465).Seterusnya beliau mengemukakan banyak kaedah dan qias.Justeru, jadilah segala kaedah ini ikutan bagi akidah iman dalam wajibberiktikadnya kerana terhenti pada semua dalil tersebut dan pembatalandalil membawa kepada batalnya apa yang didalilkan.Beliau telah menulis beberapa kitab berkenaan akidah. SeterusnyaImam al-Haramain al-Juwaini juga mengikut cara dan manhajnya.Beliau juga mengemukakan beberapa karya dalam akidah. Selepas itudatangnya pula Hujjatul Islam al-Ghazali dan beliau mendapati semuamukaddimah (kaedah mantiq) dan dalil-dalil diambil daripada kalam ahlifalsafah lantas beliau mengurangkan sedikit. Beliau memperkuatkanbahawa batalnya apa yang didalilkan tidak sabit dengan batal dalilnyasecara mantiq dan falsafah. Imam al-Ghazali melebihkan penggunaandalil-dalil naqli. Kemudian, mengasingkan perbincangan yang khususdalam menolak gaya dan fahaman ahli falsafah. Akhirnya jadilah paraulama Asy’ariah mengikut cara pembentangan berkenaan akidah yangberkesan dengan gaya-gaya ini. Ada yang menghimpunkan antaranyakadang-kadang atau melebihkan salah satu dari keduanya pada masayang lain.Lihat Mukaddimah Ibn Khaldun (hlm. 466).Diiktibar kitab Tawali’ al-Anwar oleh al-Qadi al-Baidawi sebaikbaikcontoh dalam menghimpunkan antara cara-cara yang terdahulu.Justeru, jadilah beliau mendapat kemasyhuran yang besar dankedudukan yang tinggi sehingga Ibn al-Subki berkata berkenaannya:Adapun al-Tawali’, maka ia di sisiku adalah sebaik-baik dan semuliamuliaringkasan dalam ilmu kalam.Lihat Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (8/157).5

Maka berterusanlah mazhab al-Asy’ari berkembang suburdipelajari dan ditalaqqi serta disusun dalam karya hingga kurun ke-8H.Ia tersebar dengan meluas di dalam universiti, masjid, sekolah dan iamenjadi pengenalan selepas itu berkekalan di kalangan umat Islam tanpasebarang pertikaian sebagaimana kita akan lihat dalam perbincangankedudukan mazhab Asy’ari.Kedua: Prinsip-prinsip asy’ariahNyata sebagaimana terdahulu bahawa dibentangkan pemikiran Asy’ariahdan prinsipnya ialah menjelaskan akidah Islamiah dari satu sudut danpendirian Islam berkenaan pemikiran baru yang memberi kesan kepadamazhab-mazhab yang lain.Peranan dan jawatan Asy’ariah serta tujuannya untuk memperkuatkanapa yang menjadi akidah Ahli Sunnah, para ahli hadis dan juga dalammasalah usuluddin. Ia diwarisi apa yang mereka warisinya dari generasitabi’in dan disambung dari generasi sahabat. Sumber ambilannyadaripada nas-nas kitab dan sunnah dan kadang-kadang terdedahketika berlakunya perdebatan ahli kalam dan perselisihan mazhab yangbanyak dipelopori oleh puak Mu’tazilah dan lainnya.Tambahan lagi, tersebarnya banyak bid’ah serta fahaman yangmenyeleweng dari agama dan Islam. Kemudian, datang Abu Hasanal-Asy’ari untuk memperbaharui dakwah dan seruan kepada akidahyang sebenar. Beliau mendedahkan hakikat sebenar bid’ah, 3 hawa3Imam al-Syatibi berkata: Asal kata bada’a adalah mencipta atau mendatangkan sesuatuyang belum ada contohnya. Allah SWT berfirman:Maksudnya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya).(Surah al-Baqarah: 117)Ayat di atas menjelaskan bahawa Dia menciptakan dengan tidak ada mana-mana contohsebelumnya. Dikatakan “Ibtada’a fulan bid’atan” iaitu si fulan memulai dan mengawal satu caradan metod yang belum pernah ada sebelumnya. Lihat al-Lisan (9/351).Sedangkan bid’ah menurut istilah ialah: Cara baru dalam agama (yang belum adacontohnya) yang menyerupai syariah dan bertujuan untuk dijalankan dan berlebihan dalamberibadah kepada Allah.Imam al-Syafie Rahimahullah berkata: Perkara baru itu ada dua, iaitu:i. Perkara baru yang bertentangan dengan al-Kitab atau al-Sunnah atau athar (sunnahsahabat) atau ijma’. Ini adalah bid’ah dalalah.6ii.Perkara baru yang baik, tetapi tidak bertolak belakang dengan al-Kitab, al-Sunnah,athar sahabat atau ijma’. Ini pula adalah bid’ah yang tidak tercela.

nafsu dan pemikiran yang dibawa masuk ke dalam Islam. Ini juga yangtelah dilakukan oleh Syeikh Abu Mansur al-Maturidi di belakang sungai(kawasan Khurasan). Semua bersungguh-sungguh mempertahankanakidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dengan menggunakan manhaj aqli,hujah mantiq dan dalil naqli.Justeru, dinisbahkan prinsip-prinsip ini kepada kedua-duanya.Ini menyebabkan tersebarnya pemikiran mereka. Mereka dianggapsebagai Imam Ahli Sunnah wal al-Jamaah sama ada di sebelah timurdan barat tanpa dinafikan wujud perselisihan kecil antara kedua-duanyayang tidak melebihi beberapa belas masalah.Khilaf antara Asya’irah dan Maturidiah terhad kepada masalah juz’iah ijtihadi yanghanya membabitkan cabangan prinsip iktikad yang disepakatinya. Kebanyakannyaadalah khilaf lafzi dan istilahi yang tiada penghujung di bawahnya. Justeru, tiada kaitandengan perkara asas iktikad. Sebahagian ulama menghitungnya pada 10 masalah. Ibnal-Subki mengiranya sebanyak 13 masalah, 6 daripadanya khilaf maknawi dan bakinyakhilaf lafzi. Syeikh Zadah menambahnya kepada 40 yang merangkumi padanya banyakkhilaf falsafah dan aqli serta mantiq semata-mata. Beliau menghimpunkannya dalamkitabnya yang bertajuk Nazm al-Faraidh wa Jam’u al-Fawaidh, cetakan Adabiah diMesir. Cetakan Pertama 1317H, kami akan nyatakannya secara ringkas. Lihat Tabaqatal-Syafieyyah al-Kubra (3/378) dan Aqidah Islamiah (hlm. 81).Imam Abu Hasan al-Asy’ari menjelaskan berkenaan iltizamnyadengan al-Quran dan sunnahnya yang mulia serta sumber dari keduanya.Beliau dengan tegas berkata dalam kitabnya, al-Ibanah 4 (hlm. 17),4Syeikh Hammad bin Muhammad al-Ansari melalui bukunya Abu Hasan al-Asy’ari (hlm. 12-19) telahmengumpul pendapat ahli ilmu yang mengiyakan nisbah kitab Ibanah kepada Abi Hasan al-Asy’ari seramai15 orang, selain Ibn Asakir iaitu:• Abu Bakar Ahmad bin al-Husin al-Baihaqi melalui kitabnya al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabilal-Rasyad.• Al-Hafiz al-Zahabi dalam kitabnya, al-Uluw li al-Ali al-Ghaffar.• Ibn Farhun al-Maliki melalui kitabnya al-Dibaj al-Muzhib.• Abu al-Fallah Abdul Hayy Ibn al-Imad al-Hanbali melalui kitabnya Syazarat al-Zahab.• Al-Sayyid Murtadhi al-Zubaidi melalui kitabnya Ithaf al-Sadah al-Muttaqin.• Ibn Kathir melalui kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah.• Abu al-Qasim Abdul Malik bin Isa bin Dirbas al-Syafie melalui kitabnya al-Zabb an Abi Hasanal-Asy’ari.• Ahmad bin Thabit al-Iraqi.• Abu Uthman Ismail bin Abdul Rahman bin Ahmad al-Sabuni.• Abu Ali al-Hasan bin Ali bin Ibrahim al-Farisi.• Abu al-Ma’ali Majli, pengarang kitab al-Zakhair fi al-Fikr.• Abu Muhammad Ibn al-Baghdadi.• Syeikh al-Islam Ibn Taimiah.• Ibn Qayyim al-Jauziah melalui kitabnya Ijtima’ al-Juyus al-Islamiah.Sebagai penutup, dalam hal ini dinukilkan pendapat Ibn Dirbas melalui kitabnya al-Zabb an Abi Hasanal-Asy’ari berkata: Ketahuilah, wahai khalayak dan saudara bahawa kitab al-Ibanah an Usul al-Diyanahyang dikaryakan oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari ialah apa yang diiktikadkannya dan dengannya ia berimankepada Allah selepas kembalinya daripada fahaman Mu’tazilah.7

pendapat kami yang kami beriman dengannya dan kami yakininyabahawa berpegang dengan kitab Tuhan kami, sunnah nabi kami danapa yang diriwayatkan daripada sahabat, tabi’in serta ulama hadis.Kami dengan demikian berpegang dan dengan apa yang dikatakanoleh Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, semoga Allahcahayakan wajahnya, mengangkat darjatnya, kurniakan pahalanya, jugakami berkata sedemikian. Dan sesiapa yang menyalahi pendapatnya,maka kami menjauhinya. Ini kerana beliau adalah imam yang mulia danpemimpin yang sempurna yang Allah zahirkan dengannya kebenaran,menolak kesesatan, menjelaskan hakikat manhaj dan menentanggolongan bid’ah yang sesat dan mereka yang ragu-ragu.Lihat al-Ibanah an Usul al-Diyanah (hlm. 17).Imam Abu Hasan al-Asy’ari membataskan akidah Asya’irahdengan katanya: “Jumlah pendapat kami bahawa kami berikrar denganAllah, para malaikatnya, kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya dan apa yangdidatangkan daripada sisi Allah.” Begitu juga apa yang diriwayatkanoleh mereka yang thiqah daripada Rasululllah SAW di mana kamitidak mengingkarinya sesuatu pun… hingga beliau berkata bahawaAllah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa, dan bahawa Muhammadadalah hamba dan Rasul-Nya, bahawa syurga adalah benar, nerakaadalah benar dan kiamat pasti menjelma tanpa syak dan Allah pastimembangkitkan orang yang mati dalam kubur.Lihat al-Ibanah (hlm. 18).Kami akan jelaskan di sini sebahagian contoh berkenaanpermasalahan iktikad yang masyhur yang dinisbahkan kepada Asya’irahhingga membawa perdebatan pemikiran dan perselisihan teori. Begitujuga dengan banyak perbahasan yang hangat dan perselisihan dalammanhaj ijtihadi. Perjalanan ilmu dalam berisitidlal merangkumi:i. Sifat-sifat Allah.Mazhab Asya’irah berpendapat bahawa Allah mempunyai sifat yangazali seperti ilmu basar, kalam dan kudrat. Sesungguhnya Allah MahaMengetahui dengan ilmunya, Maha Melihat dengan penglihatannya,bercakap dengan kalamnya, Maha Kuasa dengan Kudratnya… hingga20 sifat yang wajib bagi mukallaf mengetahuinya dan telah datangdengan nas-nas syarak. Mu’tazilah telah mengingkari sifat bagi Allah8

dengan berpendapat bahawa Allah Maha Mengetahui dengan zat-Nya,Maha Melihat dengan zat-Nya, berkata-kata dengan zat-Nya, Berkuasadengan zat-Nya dan segala sifat ini yang datang dalam al-Quran wajibditafsirkan dengan-Nya, seperti tangan Allah dengan maksud lemahlembutnya, wajah Allah dengan maksud zat-Nya. Sedangkan golonganmusyabbihah 5 telah menyamakan sifat Allah Pencipta dengan sifatmakhluk berkenaan tangan dan wajah.Imam Asy’ari berpendapat: “Sesungguhnya sifat-sifat wajib tidakdiambil berdasarkan zahir lafaz dan tidak dengan takwilan, tetapihendaklah diambil tanpa mengandaikan bagaimana berserta denganpenyerahan padanya dan penerimaan pada kaifiat-Nya”.Bahawa mengisbatkan sifat bagi Allah bukanlah menjasadkannya,tetapi semua sifatnya adalah hakiki, kecuali tidak diketahui tabiatnyadengan mendalam, seperti sifat istiwa’ atas Arasy, dan kalam itu bersifatazaliah. Begitu juga Quran itu kalam Allah yang bukan makhluk, danbahawa sifat-sifat adalah berlainan daripada zat.Imam al-Asy’ari juga berkata: Bahawa Allah berisitiwa’ atasArasnya sebagaimana firman-Nya:Maksudnya: (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam diatas Arasy. 6 (Surah Taha: 5)5Al-Syakhrastani menyebut dengan panjang lebar dalam bukunya al-Milal wa al-Nihalberkenaan golongan yang menyamakan sifat Allah SWT dengan makhluknya. Lihat bukunya(1/116-122).6Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya: Jalan yang paling selamat pada tafsiran demikian itumengikut cara salaf, iaitu melalukan atau mengiakan apa yang terdapat daripada al-Quran danal-Sunnah tanpa mempersoalkan bagaimana, pemindaan, , dan tamsil.Dalam buku Manhaj Aqidah Imam al-Syafie oleh Dr. Muhammad al-Aqil, antara lainmenyebut: Sifat adalah sifat dan tetap bagi Allah di mana al-Quran menyebut pada tujuh ayat.Semuanya menunjukkan berkenaan bersemayamnya Allah di atas Arasy sesuai dengan apayang Dia kehendaki.Dalam menafsirkan , ramai di kalangan salaf mengemukakan empat maksud, iaitu: denganmakna ketinggian, dengan makna meninggi, dengan makna naik ke atas dan pula denganmakna menetap.9

Dan bagi-Nya mempunyai wajah tanpa bagaimana atau kaifiatsebagaimana firman-Nya:Maksudnya: Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesarandan kemuliaan. 7 (Surah al-Rahman: 27).Bagi Allah mempunyai dua tangan tanpa kaifiat, sebagaimana firman-Nya:Maksudnya: Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu. 8(Surah al-Maidah: 64).Bagi Allah mempunyai mata tanpa kaifiat sebagaimana firman-Nya:Maksudnya: Yang berlayar dengan pemeliharaan kami. 9(Surah al-Qamar: 14).7Imam al-Syafie menetapkan sifat wajah ini bagi Allah sesuai dengan cara fahaman salafseperti yang dinyatakan dalam buku Tabaqat Abu Ya’la (1/283).8Sifat yad termasuk dalam sifat zatiah khabariah. Al-Syaukani dalam Fath al-Qadir berkata:Perkataan yad di sisi bahasa Arab, diitlaqkan dengan beberapa makna, antaranya: Anggota,nikmat, kudrat dan sokongan. Dikehendaki di sini dengan dua tangannya yang terhampardikatakan sebagai tanda sifatnya yang amat pemurah, tidak disebut di sini dengan satu tangan,tetapi dua tangan untuk menunjukkan bangkangan bagi golongan Yahudi. Ada pendapatmenyatakan dengan nikmat dunia yang zahir dan nikmat-Nya yang batin. Ada pendapatmenyebut dengan nikmat hujan dan tumbuhan. Ada juga pendapat mengatakan dengan pahaladan hukuman seksa.9Ibn Khuzaimah berkata: Maka wajib bagi setiap mukmin untuk menetapkan bagi Khaliqal-Bari (Allah SWT) apa-apa yang telah ditetapkan oleh-Nya bagi diri-Nya iaitu sifat ‘ain. Lihatkitab al-Tauhid (1/97).10

Sesiapa yang menyangka bahawa nama Allah adalah lainnya,maka dia adalah sesat dan bagi Allah mempunyai ilmu sebagaimanafirman-Nya:Maksudnya: Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya, dan malaikat-malaikatpun menjadi saksi (pula). Cukuplah Allah yang mengakuinya. 10Dan sebagaimana firman-Nya:(Surah al-Nisa’: 166).Maksudnya: Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dantidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya.(Surah Fatir: 11).Kami mengisbatkan bagi Allah pendengaran dan penglihatantanpa kami nafikan demikian itu, sebagaimana telah dinafikan olehpuak Mu’tazilah, Jahmiah dan Khawarij. 11 Kami mengisbatkan bagiAllah mempunyai kekuatan sebagaimana firman-Nya:Maksudnya: Dan apakah mereka itu tidak memerhatikan bahawa Allahyang menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatan-Nya daripadamereka?(Surah Fussilat: 15).10Imam al-Syafie menyatakan dengan tegas berkenaan sifat ilmu yang termasuk daripadasifat zatiah bagi Allah dan bahawa ilmu-Nya bersifat azali, mendahului segala sesuatu sebelumdiciptakannya lagi. Lihat Manaqib al-Baihaqi (1/406) dan Ahkam al-Quran yang dihimpun olehAbu Bakar al-Baihaqi (1/67).11Al-Syakhrastani dalam bukunya menyebut: Khawarij ialah mereka yang keluar daripadapemerintah yang sebenar yang telah disepakati oleh khalayak ummah sama ada pada zamansahabat atau selepasnya. Golongan pertama yang menentang pemerintah ialah jemaah yangbersama Sayidina Ali dalam Peperangan Siffin yang kemudiannya menentang Sayidina Ali.Lihat al-Milal wa al-Nihal (1/129).11

Dan kami berpendapat: Sesungguhnya kalam Allah bukan makhlukdan Allah tidak menciptakan sesuatu kecuali berfirman padanya: “Kunfayakun!” (Jadilah, maka jadilah).Lihat al-Ibanah (hlm. 18-19).Kefahaman Imam al-Asy’ari berkenaan menerima dengan segalasifat adalah berdasarkan al-Quran al-Karim. Justeru, tidak diambilmengikut zahir lafaz dan tidak ditakwilkannya. Ia adalah pendapat salaf,tetapi datang daripada Asy’ari takwil berkenaan tangan dengan kudratdalam bukunya al-Luma’ dan datang daripada ulama Asya’irah sepertiImam al-Baghdadi dan al-Juwaini mentakwilkan sifat-sifat ini. Merekamentakwilkan tangan-Nya dengan kudrat-Nya, wajah-Nya dengan zat-Nya atau wujud-Nya.Inilah yang diikuti oleh kebanyakan Asya’irah yang mutakhirdengan mengikut yang layak bagi kemuliaan Allah dan keranamendekatkan kefahaman. Justeru, diibaratkan oleh ahli tahkik dengankenyatan mereka: Sesungguhnya pendapat salaf dengan menyerah danmenerimanya sahaja adalah lebih selamat, sedangkan mazhab khalafdengan takwilan adalah lebih kukuh.ii.Tanggungjawab Manusia dan KehendaknyaPersoalan ini merupakan cabang dari salah satu rukun iman, iaituberiman dengan qada’ dan qadar. Ulama Asy’ariah menafsirkan keduaduanyabahawa qada’ ialah terdahulunya ilmu Allah dengan apa yangakan berlaku dari pekerjaan hamba. Sedangkan qadar pula terbitnyaperbuatan dan berlakunya sesuatu mengikut takdir yang telah ditentukanoleh qada’. Semuanya bergantung dengan sifat Allah pada iradat, ilmu,kudrat dan perbuatan. Dan tiada kaitan bagi qada’ dan qadar denganmasalah jabr (terpaksa) secara mutlak atau iradat dan pilihan padaperbuatan hamba.Tetapi, malangnya ramai orang menyangka seperti demikian itusehingga mereka terjerumus dalam permasalahan jabr dan ikhtiar.Akhirnya lahirlah dua puak, iaitu Jabariah dan Qadariah yang salingmelampau.Lihat Syarah al-Nawawi dalam Sahih Muslim (1/154) dan jugaMabadi’ Aqidah Islamiah (hlm. 184).12

Pendapat Asya’irah adalah pertengahan antara pendapat Jabriahdan Mu’tazilah yang berkata sama seperti Qadariah. Puak Mu’tazilahberpendapat bahawa seseorang hamba yang mencipta perbuatannyasendiri dan dia berhak mempunyai kebebasan yang mutlak tanpa bolehdigugat oleh sesiapa pun. Sedangkan puak Jabariah 12 pula berpendapatbahawa seseorang itu tidak mampu mengadakan sesuatu, berusahadan tidak juga mempunyai iradat dan pilihan. Tetapi terarah segalaperbuatannya samalah seperti bulu binatang yang berterbangan mengikutarah tiupan angin. Mereka menafikan tanggungjawab.Sebaliknya segala kata keji dan perbuatan mungkar bahkansemua amalan mereka sandarkan kepada Allah SWT. Mazhab Asy’ariahmenyalahi dua pendapat tadi dan membezakan antara kudrat Allah daniradat-Nya, qada’ dan qadar-Nya di antara iradat manusia.Ia mengukuhkan hakikat pilihan manusia pada perbuatanya sertaberterusan pada pendapat bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiapsesuatu dan Allah sahaja yang mengurniakan kudrat kepada manusiauntuk melakukannya.Lihat Tarikh al-Mazahib al-Islamiah (hlm. 197, 198, 131, 217 dan selepasnya).Ia dikenali dengan kasb atau usaha di sisi Asy’ariah, sedangkanMaturidiah dikenali dengan ikhtiar.Ibn al-Subki berkata: Yang menjadi keputusan kami bahawaikhtiar dan usaha merupakan dua ibarat daripada sumber yang satu.Tetapi Asy’ariah melebihkan penggunaan kasb daripada lafaz ikhtiarkerana berdasarkan mantuq (nas) al-Quran. Sedangkan pihak yang lainbanyak menggunakan lafaz ikhtiar kerana padanya terserlah perasaankudrat bagi hamba.Lihat Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (3/386).Perkataan kasb dan ikhtiar dari sudut maknanya ialah satu. Inimerupakan pendapat Ahli Sunnah wa al-Jamaah.12Iaitu golongan yang menafikan sebarang perbuatan secara hakikinya daripada hamba,sebaliknya disandarkan kepada Tuhan. Ia mempunyai banyak kumpulan atau cabangnya,antaranya ialah Jabriah yang sebenar-benarnya dan Jabriah yang bersifat sederhana. Lihatal-Milal wa al-Nihal oleh al-Syakhrastani (1/99).13

iii.ImanIaitu iktikad yang jazim dengan keyakinan pada hati, dibenarkan olehlidah, serta wujudnya perlakuan oleh anggota zahir. Ia merupakanasas agama dan sepakat Ahli Sunnah bahawa iman itu pada syarakmerupakan membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramaldengan anggota zahir.Semua ulama bersepakat bahawa iman yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW berdasarkanhadis Jibril: Bahawa kami beriman dengan Allah, Malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, hariAkhirat dan qada’ qadar.Tetapi, mereka berselisih pendapat selepas itu berkenaan pecahankecil berkaitan iman. Antara yang paling penting ialah:i. hakikat iman. Maturidiah dan jumhur ulama Hanafi berpendapatsesungguhnya ikrar dengan lidah adalah sebahagian daripadaiman. Ia termasuk rukun pada iman kerana iman pada bahasaadalah membenarkan dan pembenaran ini hanya terletak padahati dan lisan. Sedangkan Asy’ariah pula berpendapat bahawamengucap dengan iman bagi yang mampu adalah syarat bagiiman. Syarat yang keluar daripada hakikat serta kedudukan tasdiqyang terdapat pada hati.Lihat Sahih al-Bukhari (1/11) dan Nazm al-Faraidh (hlm. 77). Telah sepakat duapuak bahawa ikrar dengan lidah adalah keperluan yang terhenti padanya iman,tetapi mengikut pendapat yang pertama bahawa ia adalah rukun dan sejuzu’daripada iman. Sedangkan pendapat yang kedua, ia merupakan syarat yangpenting dan perlu, tetapi keluar daripada asas keimanan. Ini merupakan khilaflafzi dan istilahi.ii. iman bertambah dan berkurang. Imam Abu Hasan al-Asy’ariberkata: Sesungguhnya Islam lebih luas daripada iman, danbukan setiap yang Islam itu beriman… kemudian beliau berkata:Iman merangkumi ucapan serta amalan yang boleh bertambahdan berkurang. Lihat al-Ibanah (hlm. 24). Ia bermaksud bahawaiman seseorang boleh bertambah dengan taat dan amalan soleh,sebaliknya berkurangan dengan perlakuan maksiat dan kejahatan.Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:14

Maksudnya: Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,menjadikan mereka bertambah iman.(Surah al-Anfal: 2).Dan firman Allah SWT:Maksudnya: Dan supaya orang-orang yang beriman bertambahimannya.(Surah al-Muddasir: 31).Dan firman Allah SWT:Maksudnya: (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hatiorang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadapangkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakinberserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada.(Surah al-Fath: 4).Abu Mansur al-Maturidi berkata: Sesungguhnya iman tidakberkurang dan tidak bertambah kerana iman itu merupakan tasdiqyang tinggi yang mencapai had jazam atau putus, yang demikianitu tidak menerima sebarang berlebih kurang mengikut zatnya.Sedangkan kekurangan padanya menafikan keyakinan, justerusamalah padanya oleh semua manusia.Lihat Nazm al-Faraidh (hlm. 39) dan Syarah Muslim olehImam al-Nawawi (1/146).Ini juga merupakan khilaf istilahi dan tiada masalah pada istilah.Justeru, tidaklah setiap puak membantah pandangan puak yanglain kerana athar yang menuntut hal tersebut.15

iii. amal bersama iman. Puak Murjiah berpendapat bahawa iman tiadahubungan dengan amalan. Siapa yang melakukan maksiat, perkarayang haram dan meninggalkan yang wajib serta fardu, makahukumnya tidak memberi sebarang kesan kepada imannya. Manakalapuak Khawarij pula berpendapat, amalan satu rukun daripadaiman, dan setiap yang melakukan maksiat atau meninggalkanyang wajib, maka hukumnya kafir. Sedangkan Mu’tazilah pulaberpendapat bahawa yang melakukan maksiat, bukanlah dikiraorang yang beriman dan orang yang kafir. Pendapat Asya’irahdan jumhur Ahli Sunnah bahawa pelaku dosa dan maksiat sertameninggalkan yang wajib dinamakan penderhaka dan fasik, tetapitidak menjadi kufur dengan sebab itu, sebaliknya kekallah imanyang berkurangan di sisinya.Imam Abu Hasan al-Asy’ari berpendapat: Kami percaya bahawakami tidak berhak mengkufurkan seseorang di kalangan ahli kiblatdengan dosa yang dilakukannya seperti zina, mencuri dan minumarak, sebagaimana yang diyakini oleh puak Khawarij bahawamereka semua yang melakukan dosa tersebut adalah kufur.Lihat al-Ibanah (hlm. 22).iv. Kepimpinan atau pemerintahan. Jadilah isu kepimpinan dan kerajaansebelum dan selepas pembunuhan Sayidina Ali KarramallahuWajhah perbincangan yang begitu hangat dan perdebatan yangbegitu ketara sehingga ia dimasukkan dalam bab iman dandibincangkan dalam kitab-kitab akidah. Ini membawa perselisihanantara kebanyakan mazhab politik dalam Islam yang mengubahsudut pandangannya dalam akidah dan ilmu kalam. Imam AbuHasan al-Asy’ari berkata: Pertama-tama yang berlaku yang menjadikhilaf di kalangan orang Islam selepas wafatnya Nabi merekaialah perselisihan di antara mereka berkenaan pemerintahan.Lihat Maqalat al-Islamiyyin (hlm. 2).Sepakat mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada satu pendapat.Inilah yang dijelaskan oleh Abu Hasan al-Asy’ari seraya berkata:Kami berpendapat sesungguhnya pemerintah yang utama danmempunyai kelebihan selepas Rasulullah SAW ialah Abu Bakaral-Siddiq RA, dan sesungguhnya Allah muliakan dengannya agamaIslam, dan mengalahkan golongan murtad, begitu juga orang Islam16

melantiknya sebagai pemerintah sebagaimana Rasulullah SAWmelantiknya menjadi imam solat. Semua sahabat menamakannyasecara ijma’ sebagai khalifah Rasulullah SAW, kemudian Umarbin al-Khattab RA, diikuti Uthman bin Affan RA dan merekayang membunuhnya adalah membunuh dalam bentuk kezalimandan permusuhan. Kemudian Ali bin Abi Talib RA, mereka itulahpemimpin-pemimpin selepas Rasulullah SAW. Pemerintahanmereka merupakan penggantian kenabian.Lihat al-Ibanah (hlm. 24).Kemudian, Imam Abu Hasan al-Asy’ari menyebut sejumlah dalilberkenaan kepimpinan Abu Bakar RA, kemudian menjelaskanpemerintahan al-Faruq, kepimpinan Uthman dan pemerintahanAli RA, seraya berkata: Mereka semua merupakan imamyang empat yang disepakati berkenaan keadilan mereka dankelebihan mereka R. Anhum. Kemudian, katanya lagi: Adapunperselisihan yang berlaku antara Ali dan Zubair dan Aisyah R.Anhum sebenarnya kerana berdasarkan takwil dan ijtihad. Aliyang bertaraf imam dan semua mereka di kalangan ahli ijtihad.Hal ini diakui oleh Nabi SAW dengan jaminan syurga. Justeru,jadilah mereka semua benar mengikut ijtihad mereka. Begitujuga apa yang berlaku perselisihan antara Ali dan MuawiyahR.Anhuma mengikut takwilan dan ijtihad. Semua sahabat adalahberamanah dan tidak boleh ditohmah pada agama mereka. Inikerana Allah dan Rasul-Nya memuji mereka dan memerintahkankita untuk memuliakan mereka, mentaati mereka dan berlepasdiri dari puak yang menghina mereka. Semoga Allah merahmatimereka semuanya.Lihat al-Ibanah (hlm. 185-189, 190 dan 191) lihat juga Syarah al-Aqidahal-Tahawiah (hlm. 552 dan selepasnya, cetakan Dar al-Bayan).Sepakat Ahli Sunnah wa al-Jamaah bahawa tidak sabit sebarangwasiat berkenaan khilafah selepas Rasulullah SAW kepadaseseorang dan hal tersebut berdasarkan syura antara umatIslam.17

Ketiga: Cara-cara Perbahasan di sisi asy’ariahPuak Asy’ariah bergantung dalam perbahasan berkenaan isu akidahatas dua perkara:i. Penggunaan dalil naqli.Dengan apa yang sabit dalam al-Quran dan hadis yang muliaberkenaan sifat-sifat Allah, Rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan ikrarserta pengakuan berkenaan malaikat, hisab, balasan seksa danpahala, syurga dan neraka. Mereka berhujahkan kepada semuazahir nas berkenaan ayat-ayat yang disangka membawa kepadapenyerupaan serta membersihkan Allah daie sebarang keserupaandan perbandingannya. Mengisbatkan semua sifat bagi Allah yangia sabitkan untuk diri-Nya serta yakin dan jazam bahawa sifatsifat-Nyabukan seperti sifat makhluk, sekalipun bersamaan padasudut namanya kadang-kadang. Ini kerana firman Allah SWT:Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat-Nya,sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang MahaMendengar, lagi Maha Melihat.(Surah al-Syura: 11).Ini yang dijelaskan oleh puak Asya’irah dalam kitab mereka danjuga imam mereka, Abu al-Hasan al-Asy’ari berkenaan nas-nasterdahulu yang kami naqalkannya daripadanya dalam akidahiman, sifat dan iman bertambah dan berkurang.Hujah Asya’irah banyak berasaskan tafsiran al-Quran dan hadis, yangdemikian dapat dilihat kepada manhaj mereka dalam membuatdalil pada aspek ini bahawa ia menyerupai manhaj salaf danpengikut Imam Ahmad bin Hanbal yang begitu memelihara dalil.Inilah yang dinaskan oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari secaraharfinya.Lihat al-Ibanah (hlm. 17 dan selepasnya), al-Aqidah al-Islamiah (hlm. 74 danselepasnya), Tarikh al-Mazahib al-Islamiah (hlm. 197).18

ii. Penggunaan akal.Puak Asya’irah bergantung kepada akal dan ia membawa kepadahujah dengan dalil aqliah dan bukti mantiq untuk menguatkanistidlal yang diambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Mendalilkandengan akal dan mantiq untuk menyokong nas dan naqli.Inilah cara penggunaan Imam Abu Hasan al-Asy’ari yang tidakmenjadikan akal semata-mata penghukum kepada semua nasuntuk ditakwilkannya seperti yang dilakukan oleh Mu’tazilah.Sebaliknya, menggunakan akal sebagai khadam untuk menguatkanzahir nas dan menyokongnya. Imam al-Asy’ari cukup hebat danpintar dalam penggunaan dalil aqli dan beliau reda dengan caraini selama mana akal berfungsi untuk tunduk dan patuh kepadakekuasaan nas.sebab yang Membawa imam al-asy’ari bergantung kepada akalkerana beberapa Perkara:1. Imam Abu Hasan al-Asy’ari asalnya berfahaman Mu’tazilah dantamat daripada Madrasah mereka yang diajar cara penggunaandalil aqli, begitu juga dengan prinsip falsafah, akal dan mantiqberkembang pesat ketika itu. Justeru, pelbagai mazhab dan puakmenggunakannya untuk meraih sokongan atau mendatangkan syakdalam akidah, begitu juga menyerang Islam dan menyebarkansyubhah di kalangan khalayak ummah.2. Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan puak Asya’irah bangunmempertahankan dan berhadapan dengan puak-puak atheis danbatin. Mereka mendedahkan kesesatan dan berusaha memberiperingatan kepada pengikut mereka di samping menjauhkanorang ramai dari mereka. Ini kerana mereka tidak berpuas hatidengan semata-mata dalil naqli dan nas. Justeru, mereka berhajatkepada qias mantiq dan dalil aqli.3. Imam Abu Hasan al-Asy’ari bangkit menentang golongan Mu’tazilah,pendapat dan penyelewengan mereka di samping sifat melampau.Justeru, mereka kemukakan semua pendapat dalam medanpolitik dan akademik. Maka penggunaan senjata mereka untukmenentang syubhah mereka dan menolak segala hujah merekatelah dilakukan oleh Imam al-Asy’ari.19

Bukanlah Imam al-Asy’ari perintis yang menggunakan akaluntuk mempertahankan mazhab Ahli Sunnah, tetapi sudah ramaiulama sebelumnya seperti al-Harith al-Muhasibi dan lainnya. Tetapi,Imam al-Asy’ari yang mempunyai ilmu mendalam lagi thiqah telahmemperincikan semua pendapat Mu’tazilah dan menggunakan akalserta ilmu kalam dengan cara yang boleh diterima oleh kebanyakanramai ulama Ahli Sunnah.Justeru, jadilah ia perintis dalam menggunakan cara ahli kalamdalam perbahasan dalam perbahasan dan perdebatan serta menggunakandalil aqli untuk menyokong mazhab mereka. Kemudian, cara ini telahdiperkukuhkan dengan aqli dan bentuk mukaddimahnya di sisi ulamaAsya’irah yang menjadi pengikut-pengikutnya seperti al-Baqillani danal-Juwaini serta menolak fahaman ahli falsafah oleh Imamal-Ghazali.Lihat al-Aqidah al-Islamiah wa Fikr al-Mu’asir (hlm. 79), Tarikh al-Mazahib al-Islamiah (hlm. 200) dan Maqalat al-Islamiyyin.Nyata penggunaan Abu Hasan al-Asy’ari, cara bergantungkepada teori dan aqli dalam perdebatannya dengan Abi Ali al-Jubba’iedan puak-puak Mu’tazilah yang lain, Qadariah, Jahmiah, 13 Hasyawiahadalah bergantung berdasarkan hujah mantiq dan akal, qias dan illah,nazar dan ijtihad.Lihat Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (4/356) untuk mengkaji perdebatan mereka.Lihat juga kitab al-Ibanah, Maqalat al-Islamiyyin untuk meletakkan tangan padacara aqli dan uslub perdebatan di sisi Imam al-Asy’ari.Golongan Maturidiah berpegang kepada cara penggunaan akaldalam akidahnya juga. Dengan terdapat sedikit perbezaan di manaImam Abu Hasan al-Asy’ari mendahulukan nas atas akal dan tidakmemberi sebarang kekuatan akal yang digunakan secara ijtihad sedikitpun nilai apabila bertembung dengan nas-nas. Sekalipun sifat nastersebut datang dari cara dan sumber ahad.13Iaitu pengikut Jaham bin Safwan dari asal puak Jabriah yang sebenarnya, zahir bid’ahnya dinegeri Turmuz dan telah dibunuh oleh Salam bin Ahwaz al-Mazini di negeri Marw pada zamanraja terakhir Bani Umayyah. Beliau banyak sependapat dengan golongan Mu’tazilah dalammenafikan sifat azaliah. Lihat al-Milal wa al-Nihal oleh al-Syakhrastani (1/99).20

Adapun Abu Mansur al-Maturidi tidak menggunakan untuk hukumhukumakal sebarang kedudukan lebih daripada demikian itu dan bolehdihimpunkan antara aqli dan naqli. Justeru, tiada wujud khilaf jauhariatau asas dalam perkara asas iktikad di sisi golongan Asya’irah danMaturidiah.Ini kerana kedua-duanya mempunyai manhaj yang satu danmatlamat yang satu iaitu mengikut akidah Islamiah yang sebenarnya.Mereka mempertahankan mazhab Ahli Sunnah dan bangun menentangsebarang tuduhan ahli bid’ah, tetapi Asya’irah memilih cara wasatidalam mengimbangi pendapat-pendapat ahli falsafah yang berhubungandengan al-Quran. Yang demikian bersepakatlah golongan Asya’irahbersama fuqaha dan ahli hadis pada perkara yang datang padanyanas-nas dalam al-Quran dan al-Sunnah.Lihat al-Aqidah al-Islamiah wa al-Fikr al-Mu’asir (hlm. 80) dan Tarikh al-Mazahibal-Islamiah (hlm. 197).Keempat: Perselisihan antara Golongan asya’irahdan MaturidiahGolongan Asya’irah dan Maturidiah mengiyakan dan mengakui akidahIslam dan orang Islam diambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.Mereka dikenali dengan nama Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Keduaduanyasepakat bersama dengan mazhab yang lain pada usul akidahdan rukun Iman.Kedua-duanya bertemu titik pada kebanyakan cabangan akidahdan juzu’nya tetapi wujudnya sedikit perselisihan pada cabang-cabangakidah sebagaimana terhasil perselisihan dalam mazhab Asya’irah sendiridan juga mazhab Maturidiah di kalangan ulama mereka. Begitu jugabersama mazhab yang lain. Kebanyakan khilaf terjadi dari segi lafazaqli dan istilah yang tidak memberi kesan pada hakikat sebenarnya.Sebahagian yang lain berasaskan dari muqaddimah mantiq dan aqliatau dalam tafsiran sifat Tuhan yang terhenti di sisi nas. Begitu jugakerana percubaan tafsirannya untuk membersihkan Allah SWT darimenjisimkannya atau mentasybihkan dengan sifat makhluk-Nya.21

Mazhab Asya’irah diitlaqkan pada ghalibnya mengikut duapendapat golongan Asya’irah dan inilah yang dianuti oleh kebanyakanumat Islam. Ibn al-Subki berkata: Sesungguhnya golongan Malikiahsemuanya bermazhab Asya’irah yang aku tidak kecualikannya walaupunseorang. Begitu juga ulama Syafie pada kebanyakannya berfahamanAsya’irah yang aku tidak kecualikan melainkan sedikit sahaja yangmengikut fahaman secara tajsim atau Mu’tazilah… dan Hanafiah jugakebanyakan mereka Asya’irah. Aku maksudkannya mereka berimandengan akidah Imam al-Asy’ari yang tidak keluar dengan merekakecuali yang bersetuju dengan fahaman Mu’tazilah. Golongan Hanbalipula kebanyakannya yang utama dan ulama mereka yang terdahuluberfahaman Asya’irah juga tidak keluar daripada akidah tersebut kecualiyang mengikut golongan Mujassimah.Lihat Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (3/377).Khilaf antara golongan Asya’irah dan Maturidiah amat sedikitberdasarkan apa yang dinuikilkan oleh Ibn al-Subki daripada ayahnyayang berkata: “Apa yang terkandungnya daripada akidah al-Tahawi(bermazhab Hanafi) iaitu apa yang diiktikadkan oleh Imam Asy’ari(yang diikuti oleh ramai ulama Syafie). Tidaklah menyalahinya kecualidalam tiga masalah. Ibn al-Subki berkata: Kemudian aku buka lembarankitab-kitab Hanafi dan aku dapati semua masalah yang berlegar antarakami (mazhab al-Syafie) dan golongan Hanafi hanya khilaf dalam 13masalah daripadanya 6 masalah secara ma’nawi dan bakinya secaralafzi. Kemudian dia berkata: 6 masalah ma’nawi tidaklah membawakepada percanggahan dengan kami dan kami tidaklah berkhilaf denganmereka pada demikian itu sehingga membawa kepada mengkafirkanatau membid’ahkan.Hal ini telah dijelaskan oleh al-Ustaz Abu Mansur al-Baghdadi danlainnya di kalangan ulama kami dan imam mereka. Ianya amat jelastanpa perlu dinyatakan. Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan seraya berkata:Ashab bersama khilafnya mereka pada sebahagian masalah semuanyaberijma’ untuk meninggalkan dan mengkufurkan sebahagian merekadengan sebahagian yang lain yang telah disepakatinya. Berlainan pulabagi selain mereka dari puak-puak dan semua golongan.Lihat Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (3/378).22

Kelima: antara Permasalahan Khilaf yang PentingKami jelaskan di sini khilaf yang terjadi antara golongan Asya’irah danMaturidiah dalam bab akidah, iaitu antara Syafieyyah dan Hanafiahyang berpindah kepada fiqh, usul fiqh dan hukum-hukum syarak. Kamikemukakan di sini antara permasalahan yang penting dengan ringkasberserta illah dan dalil secara mukhtasar untuk menguatkan apa yangkami nyatakannya:1. Sifat sama’ dan basarGolongan Hanafiah berpendapat bahawa sifat sama’ berkaitan denganapa yang sah untuk didengari dan basar pula berkaitan dengan apayang sah untuk dilihat. Kedua-dua sifat ini bertaalluq dengan yang adasahaja. Ini yang dapat difahami dalam al-Quran dan al-Sunnah.Imam al-Asy’ari dan pengikut mazhab Syafie berkata: Sesungguhnyasifat sama’ dan basar bertaalluq dengan setiap yang ada. Dan AllahSWT mendengar pada azali zat-Nya yang Maha Tinggi dan sifat-Nyayang Ada kerana mendapatkan apa yang dilihat dengan penglihatan(mata) berdasarkan adat dan mungkin dengan cara yang lain.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u wa al-Fawaid (hlm. 10).2. Qada’ dan qadarGolongan Hanafi berpendapat: Sesungguhnya qadar merupakanpenetapan Allah sejak azali akan setiap sesuatu mengikut hadnya yangdiadakan dengannya. Sedangkan qada’ pula ialah perlakuan denganpenambahan hukum-hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:Maksudnya: Dan Dia lah yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu lalumenentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdiryang sempurna.(Surah al-Furqan: 2).Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah mentakdirkansetiap sesuatu dengan takdir yang berbetulan dengan hikmah maka23

diciptakannya dan dita’khirkannya perkataan xxxxxxxxxxxxxx atasxxxxxxx kerana untuk memelihara pemisahan.Jumhur Asya’irah pula berpendapat: Sesungguhnya qada’merupakan kehendak Allah pada azali yang membawa kepada sistemyang ada di kalangan makhluk mengikut tertib yang khusus. Sedangkanqadar pula taalluq setiap iradat dengan sesuatu pada waktu-waktunyayang khusus. Mereka berdalilkan dengan hadis yang sahih bagi siapayang bertanya daripada apa yang dilakukan oleh manusia dan usahamereka. Adakah sesuatu tersebut telah diputuskan ke atas mereka danberlangsung pada mereka siapa yang menentukan telah terdahulu?Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Bahkan sesuatu telah diputuskan ke atas mereka.”Sayidina Ali RA menafsirkan qadar dengan “alam syahadah.”Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 21).3. MutasyabihatGolongan Hanafi berpendapat sesungguhnya mengisbatkan tangan,wajah dan lainnya kerana Allah SWT adalah sebenar tetapi maklumdan asalnya dan jahil dengan sifat. Justeru, tidak harus membatalkanyang asal kerana kelemahan dari mendapati sifatnya. Mereka berhujahdengan firman-Nya:24

Maksudnya: Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)Kitab suci al-Quran. Sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayatayatmuhkamat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelasmaksudnya) ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran.Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat (yang samar-samar, tidakterang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah fahaman yang berlainanmenurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yangada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka merekaselalu menurut apa yang samar-samar dari al-Quran untuk mencarifitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurutyang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsirmaksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yangtetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agamaberkata: Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisiTuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatanmelainkan orang-orang yang berfikiran.(Surah ali-Imran: 7).Wajib wakaf ketika lafaz jalalah Allah dan golongan rasikhmenyerahkan urusan bagi Allah sedangkan yang sentiasa bertasybihtidak mengetahuinya kecuali Allah. Golongan Asya’irah berpendapat:Sesungguhnya ayat-ayat mutasyabihat bersifat majaz dari makna yangzahir, maka tangan adalah majaz daripada kudrat. Wajah pula daripadayang wujud, mata pula daripada penglihatan, istiwa’ daripada penguasaandan mereka berhujah dengan ayat terdahulu tanpa wakaf pada lafazAllah. Ini kerana golongan rasikh yang mendalam ilmu mengetahuitakwil berkenaan dengan ayat mutasyabihat. Jika tidak sudah pastimereka tidak mempunyai kelebihan daripada orang jahil.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u Al-Fawaid (hlm. 23).4. Taklif dengan perkara yang tidak mampuGolongan Maturidiah berpendapat bahawa taklif dengan perkarayang tidak mampu daripada Allah adalah tidak harus. Ini kerana taklifmerupakan gambaran pada perkara yang mungkin dapat dilakukannyalantas diberi pahala. Jika sekiranya enggan, nescaya akan dihukum.Ini berdasarkan firman Allah SWT:25

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yangterdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Merekaberdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkaumengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. WahaiTuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yangberat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orangyang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkaupikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Danmaafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilahrahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglahkami untuk mencapai kemenangan terhadap golongan kafir.(Surah al-Baqarah: 286).Taklif dengan apa yang tidak mampu sudah pasti tidak berlaku.Hal ini diperkuatkan lagi oleh ulama seperti al-Isfiraini, al-Ghazali danIbn Daqiq di kalangan ulama Syafie.Golongan Asya’irah berpendapat: Sesungguhnya taklif dengan apayang tidak mampu adalah harus. Tetapi terhad dengan yang ditegahbagi selainnya selama mana ianya bersifat mungkin pada dirinya. Tetapitidak harus berlaku pada yang mukallaf kerana ternafi syaratnya ataumungkin berlaku tegahan seperti sebahagian taklif terhadap penderhakadan orang kafir. Mereka berhujah dengan firman Allah SWT:26

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yangterdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Merekaberdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkaumengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. WahaiTuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yangberat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orangyang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkaupikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Danmaafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilahrahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kamiuntuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(Surah al-Baqarah: 286).Jika sekiranya hal tersebut tidak harus, nescaya tidak sah mintaberlindung dengannya. Allah SWT perintahkan dengan iman padamereka yang Allah Mengetahui bahawa ia tidak beriman.Lihat rujukan lepas (hlm. 25) dan Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (3/387).5. Kebaikan dan keburukanGolongan Maturidiah berpendapat: Sesungguhnya akal dapat menimbangsebahagian perkara dan keburukan sebahagiannya yang lain denganmemuji yang pertama serta mencela yang kedua. Ini kerana permulaanperkara yang wajib ialah membenarkan Nabi SAW adalah wajib padaakal. Jika terhenti khasnya pada syarak, nescaya mewajibkan dur 14dan tasarsul. 15Golongan Asya’irah berpendapat tidak diketahui dengan akalbaiknya sesuatu dari yang lain dan buruknya juga. Tetapi hanyadapat diketahui berdasarkan syarat yang sabit yang dipuji oleh pelakukebaikan dan akan dikenakan hukuman bagi mereka yang melakukankejahatan.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 31 dan selepasnya).14Dur adalah bulatan yang tiada noktah awalan dan akhiran.15Berantai yang seolah-olah tiada penghujungnya.27

6. Hakikat ImanGolongan Hanafiah berpendapat: Sesungguhnya iman ialah ikrar dantasdiq. Dengan kata lain bahawa ikrar sebahagian daripada imandan rukun yang termasuk padanya kerana iman pada bahasa ialahmembenarkan. Justeru, ia merangkumi pembenaran hati dan lisan, makakeduanya adalah rukun. Sementara golongan Asya’irah pula berpendapat:Iman ini semata-mata tasdiq pada hati sahaja. Sedangkan ucapan bagiyang berkuasa merupakan syarat daripada iman yang keluar daripadapengertian tasdiq itu. Ini berdasarkan firman Allah SWT:Maksudnya: Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan imandalam hati mereka.(Surah al-Mujadalah: 22).Firman Allah SWT:Maksudnya: Sedang hatinya tenang tenteram dengan iman.(Surah al-Nahl: 106).Hati merupakan tempat iman yang berfungsi sebagai tasdiq qalbisahaja.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 37).7. Iman bertambah dan berkurangPuak Maturidiah berpendapat: Sesungguhnya iman tidak bertambah danberkurang. Ini kerana iman merupakan tasdiq yang benar-benar hinggamencapai tahap yakin. Justeru, ia tidak menerima sifat berlebih kurangmengikut zatnya kerana takut andaian dan penafian yang menafikankeyakinan merangkuminya.28

Golongan Asy’ari berpendapat: Iman bertambah dan berkurang.Ini berdasarkan firman Allah SWT:Maksudnya: Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menjadikan mereka bertambah iman.(Surah al-Anfal: 2).Firman Allah SWT:Maksudnya: Supaya mereka bertambah iman dan yakin bersertadengan iman dan keyakinan mereka.(Surah al-Fath: 4).Ayat ini dengan jelas menunjukkan hal demikian itu.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 39 dan selepasnya).8. Iman orang yang bertaqlidUlama Maturidiah berpendapat: Sesungguhnya siapa yang beriktikadbahawa rukun-rukun agama boleh dengan cara taqlid seperti tauhid,kenabian dan lainnya, maka sah imannya. Ini kerana Nabi SAW, parasahabat dan tabi’in menerima iman orang Arab Badwi yang tidakmempunyai pengetahuan, teori dan dalil. Mereka juga tidak sempatuntuk mengkaji dan mempelajari dalil-dalil. Hal ini sabit dengannas-nas. Begitu juga ramai di kalangan orang awam Islam memadaidengan cara taqlid.29

Ulama Asya’irah berpendapat tidak memadai taqlid dalam babberkaitan akidah agama. Disyaratkan untuk sahnya iman hendaklahmengetahuinya dengan dalil. Ini kerana tasdiq tidak ada tanpa ilmudan ma’rifah. Ibn al-Subki telah mentahqiqkan bahawa percakapan initelah didustakan kepada Imam Abu Hasan al-Asy’ari.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 40) dan Tabaqat al-Syafieyyahal-Kubra (3/385).9. Iman dan IslamRamai ulama Hanafi berpendapat bahawa iman dan Islam adalah satukerana Islam menjadikan sesuatu semuanya kerana Allah yang khususdan selamat tanpa disekutukan kepadanya dengan yang lain. Imanadalah tasdiq dan ia hendaklah membenarkan bahawa Allah Tuhanbagi setiap sesuatu. Apabila seseorang membenarkan Allah Tuhanbagi setiap sesuatu, maka sesungguhnya Dia menjadikan sesuatuitu kerana Allah SWT dalam keadaan sejahtera. Sedangkan ulamaAsya’irah berpendapat bahawa sesungguhnya iman dan Islam adalahdua perkara yang berlainan. Iman mewakili tasdiq sedangkan Islampula mewakili amal. Sebagaimana hadis Umar Ibn al-Khattab berkenaanpersoalan Jibril AS tentang iman dan Islam dan perbezaan jawapanantara keduanya, dan ia merupakan khilaf dari segi istilah sahaja.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 44 dan selepasnya).3010. Pengecualian dalam ImanUlama Hanafi berpendapat tidak sah dikatakan aku orang yang berimaninsyaAllah. Ini kerana iman tidak sah kecuali dengan tasdiq dan yakindengan sebenarnya. Dan syarat menunjukkan bahawa terhasilnyatawaquf dan tanpa yakin. Justeru, ia termasuk syak dalam iman.Ulama-ulama Asya’irah berpendapat harus bagi seseorang berkata:Aku orang yang beriman, Insya Allah. Ini kerana siapa yang berkatademikian dengan sebenarnya di sisi Allah, maka jadilah hukum padailmu Allah dalam perkara ghaib. Dan setiap puak mempunyai pandanganpada setiap tajuk dari sudut tertentu.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 48) dan Tabaqat al-Syafieyyahal-Kubra (3/383).

11. Syarat Nabi Mestilah LelakiUlama Hanafi berpendapat bahawa lelaki merupakan syarat kenabian.Ini berdasarkan firman Allah SWT:Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutus Rasul sebelummu (wahaiMuhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yangKami wahyukan kepada mereka.(Surah Yusuf: 109).Ini menafikan kenabian wanita kerana wanita tidak layak dalamurusan pemerintahan, maka lebih tidak layak dalam urusan kenabian.Imam Abu Hasan al-Asy’ari berpendapat: Tidaklah disyaratkan lelaki baginabi. Bahkan sahih kenabian wanita berdasarkan firman Allah SWT:Maksudnya: Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa.(Surah al-Qasas: 7).Perkataan iha’ di sini iaitu diwahyukan adalah daripada perkarakhusus bagi para nabi dan ini termasuk bagi khilaf lafzi yang nyata.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm. 49).12. Balasan orang kafir yang meninggalkan perkara fardu.Jumhur Hanafiah berpendapat bahawa orang kafir tidak diseksa padahari Akhirat kerana meninggalkan ibadat tambahan pada balasankekufuran. Hal ini berdasarkan bahawa Rasulullah SAW mentaklifkanMuaz bin Jabal menyeru manusia kepada dua kalimah syahadah.Apabila mereka menyahutnya akan diajar kepada mereka berkenaankefarduan solat, zakat dan puasa. Justeru, ini menunjukkan bahawakefarduan solat terkhusus dengan penerimaan syahadah. Jika tidak,maka ia tidak difardukan ke atas mereka kerana tiada dalil yangmenunjukkan demikian itu.31

Imam al-Syafie dan pengikutnya berpendapat bahawa orangorangkafir akan diazab pada hari Akhirat kerana meninggalkan segalaibadat sebagai tambahan atas hukuman kekufuran. Ini berdasarkanfirman Allah SWT:Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, merekaberkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka)Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasukdalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.(Surah al-Muddasir: 42-43).Justeru, meninggalkan solat merupakan penyebab bagi hukuman.Lihat Nazm al-Faraid wa Jam’u al-Fawaid (hlm 58). Hal ini telah dibahaskan olehulama usul fiqh adakah sah taklif berserta luputnya syarat. Lihat Usul al-Fiqhal-Islami karya kami (hlm. 328).Kami rasakan memadai dengan sejumlah permasalahan ini dankami ringkaskan penerangan berkenaan khilaf dan dalil dengan pendekkerana huraian demikian itu memerlukan kepada bidang yang lain.Keenam: Tempat atau Kedudukan Golongan asya’irahdalam MasyarakatAbu Hasan al-Asy’ari muncul di kota Iraq, iaitu tempat bertapaknyagolongan Mu’tazilah. Beliau mengadakan perdebatan dengan merekadan menyebarkan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Beliau jugamengemukakan pendapat fuqaha dan ahli hadis dalam hal berkaitanakidah. Ini menyebabkan ramai khalayak ummah dan ulamanyabersama dengannya yang akhirnya mengalahkan mazhab yang terdapatdi negeri Iraq. Kemudian dia berpindah ke Khurasan, negeri Syam,negeri Maghribi dan semua negeri Afrika termasuk juga Saqaliahdan Andalus. Mazhab tersebut berkembang melalui rakan Abu Hasanal-Asy’ari iaitu Abdul Aziz al-Tabari yang meriwayatkan Tafsir Ibn Jariral-Tabari dari pengarang asalnya. Negeri Hijjaz pula disebarkan olehal-Hafiz Abu Zar al-Harawi.32

Antara perkara yang penting dalam penyebaran mazhab al-Asy’ariialah karya Imam al-Ghazali dan begitu juga Ibn Tumart pengasasnegeri Muwahhidin yang juga murid kepada Imam al-Ghazali yangpenuh dengan kebenaran selama beberapa tahun. Apabila beliaumenguasai kota Andalus, beliau mengajak masyarakat mendukungmazhab Asya’irah dan mempertahankannya. Beliau juga menyebarkankarya Imam al-Ghazali. Ini menyebabkan beliau merupakan tunjangmazhab Asya’irah di negeri Maghrib sebagaimana beliau menolongsebahagian ulama tasawwuf di kalangan Ahli Sunnah mengikut jalanAsya’irah sejak kurun ke-5H lagi.Lihat Tabyin Kazib al-Muftari (hlm. 15 dan selepasnya) dan Tarikh al-Mazahibal-Islamiah (hlm. 201).Mazhab Asya’irah dibina kebanyakannya oleh pengikut mazhabyang empat. Justeru, semua golongan mazhab Maliki berfahamanAsya’irah. Kebanyakan ulama Syafie, dan ramai di kalangan mazhabHanafi dan Hanbali. Adapun baki bagi mazhab Hanafi dan Syafie,maka mereka memilih manhaj Abi Mansur al-Maturidi dan mengikutmazhabnya. Justeru, jadilah kebanyakan ulama sunnah menganutmazhab Asy’ari. Inilah yang dii’timadkan dalam pengajaran di sisimereka di kebanyakan negeri Islam dan bertambah kukuh mazhabAsya’irah yang mewarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.Justeru, bertambah kuatlah fahaman mereka.Mazhab Asy’ariah terpaksa berdepan rintangan dan halangan.Justeru, puak Mu’tazilah berhenti dan berdiri untuk berdepan denganAbi Hasan al-Asy’ari hingga dapat dikalahkan dengan mereka. Selepaskewafatan Abi Hasan al-Asy’ari dalam tempoh yang sedikit, makakekuatan Mu’tazilah pada zaman Bani Buyah sama ada fikiran danpolitik. Kemudian bangkit Imam Abu Bakar al-Baqillani berdepandengan mereka dan mematahkan hujah mereka. Ini membawa kepadakukuhnya markaz Ahli Sunnah mengikut cara Asya’irah sehinggatersebarnya. Pada awal pemerintahan Bani Saljuk, al-Wazir al-Kandarimampu pada asalnya bermazhab Mu’tazilah untuk menguatkan denganmazhab Hanafi.Beliau juga mampu untuk memberi kepuasan kepada SultanSaljuk yang pertama Tughrul Bek dengan memaki puak Asya’irah danmenghalau mereka begitu juga dengan memenjarakan mereka danmeniupkan api fitnah ke atas mereka di Naisabur. Kemudian bahayaini bertukar membawa kepada maslahat golongan Asya’irah pada33

zaman Alb Arsalan. Wazir yang pertama menyokong Nizam al-Mulkmemadamkan fitnah dan seterusnya kembalilah kedudukan ulamaAsya’irah pada tempat yang tinggi.Ibn Hazmin al-Zahiri bangkit dengan menentang pendapat-pendapatAbi Hasan al-Asy’ari dan menepis pendapat muridnya. Sesekali beliaumenuduhnya golongan Jabriah dan pada masa yang lain dituduhsebagai Murjiah. Tetapi perselisihan ini tidak mengambil masa yanglama sehingga hilangnya hal tersebut.Kebanyakan puak yang menentang Asya’irah tidaklah bangkitdaripada golongan yang melampau di kalangan Hanbali dan lainnyauntuk berdepan pada saf yang bertentangan dengan Abi Hasan al-Asy’arikhususnya di Iraq. Mereka berkata dengan sebahagian pendapat yangbercanggah dari usul mazhab mereka.Mereka mengemukakan hujah terhadap Abi Hasan al-Asy’arisebagai musuh dan banyak menuduhnya. Begitu juga menisbahkanpelbagai pendapat yang Abu Hasan sendiri tidak mengatakannya.Mereka menukilkan daripadanya pendapat-pendapat yangtidak benar. Bahkan telah dinaskan pada banyak daripadanya yangberlawanan seperti permasalahan sifat dan berpegang kepada zahirnas dan mereka begitu bersungguh untuk beriltizam dengan gambaranyang dikemukakan seperti yang berlaku di Hijjaz.Ia berjalan mengikut fahaman sahabat dan mereka menamakandiri mereka Salafiyah. Ini membawa pertentangan antara mereka dangolongan Asya’irah serta ulama yang ramai sebagai khilaf dan kekalutanyang membawa kadang-kadang kepada fitnah pada satu-satu tempat.Hal ini menyebabkan muhaddis yang terkenal, Ibn Asakir bangkit untukmenolak fahaman mereka dan mempertahankan Imam Abi Hasanal-Asy’ari dalam bukunya Tabyin Kazib al-Muftari fima Nusiba ilaal-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari.Beliau telah menyebut hal ini melalui pendapat-pendapat Asy’arisendiri dan menterjemahkan ramai tokoh ulama Asya’irah sertamenerangkan pendapat dan qaul mereka.Lihat Tarikh al-Mazahib al-Islamiah (hlm. 225) dan Tabyin Kazib al-Muftari (hlm.19).34

Perbahasan tersebut secara fikri begitu ketara antara golonganAsy’ariah dan Hanabilah tetapi pemerintahan kekal bagi golonganAsy’ariah pada kebanyakan negeri sejak kurun ke-5 hingga kurunke-8H. Kemudian diperbaharui oleh Imam Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyimdalam tempoh yang singkat, kemudian hilanglah daripada asalnya.Perselisihan antara mazhab Asy’ariah dan Maturidiah hanyaterhad dalam masalah teori dan khilaf manhaji. Kedua-duanyabertemu dan bersamaan dalam kebanyakan pemikiran yang mewakiliakidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti yang kami nyatakan. Halini berterusan di sisi ramai ulama Islam dengan mengikut pendapatAbi Hasan al-Asy’ari, mengulanginya dan mengajarnya. Begitu jugamengarang pada karyanya. Mereka menisbahkannya dengan Islamsecara langsung. Mereka kurang selesa untuk memasukkan diri merekadengan menisbahkan kepada Asy’ari sekalipun apa yang dikuniahkanbaginya dan pengikut-pengikutnya sebagai penghormatan. Sekaranghampir tiada kekal pada realitinya dan tempat-tempat ilmu apa yangdikenali dengan mazhab Asy’ari.Ketujuh: ulama yang Masyhur di Kalangan asya’irahKami dapati kebanyakan ulama Islam dan pengikut mazhab feqah yangempat adalah beriltizam dengan cara Asya’irah dalam bab akidah,dakwah dan manhaj. Tetapi yang menonjol sekumpulan daripada merekapada bab ilmu dan amal.Lihat Tabaqat al-Asy’ariah dan ulama mereka dalam kitab Tabyin Kazib al-Muftari(hlm. 177 dan selepasnya), Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra (3/368 dan selepasnya),Mukaddimah Ibn Khaldun (hlm. 465), Tarikh al-Turath al-Arabi (1/4/48) dan TarikhMazahib al-Islamiah (hlm. 202 dan selepasnya).Kami nyatakan di sini sebahagian dari kalangan mereka:1. Ramai ulama dan pengikut yang mengambil pengajaran daripadaImam Abi Hasan al-Asy’ari. Antara mereka ialah Abu Ishaqal-Isfiraini, Abu Bakar al-Qaffal, Abdul Aziz bin Muhammadal-Tabari, Ibn Mujahid Muhammad bin Ahmad al-Ta’ie, AbuHasan al-Bahili dan dua orang yang akhir inilah pendukungutama mazhab al-Asy’ari pada kurun ke-3H menyebar danmempertahankannya.35

2. Pada kurun ke-4H, mazhab al-Asy’ari mula bertapak kukuh.Banyak karya dikarang dan mula berkembang subur, makaramailah di kalangan ulama yang mendukungnya. Tiga orangyang paling masyhur mendukung mazhab mereka ialah:i. Al-Baqillani, iaitu al-Qadi Abu Bakar Muhammad al-Tayyib(403 H). beliau digelar sebagai Syeikh al-Sunnah danlisan ummat ini, bermazhab Maliki dan menapis bahankajian ilmiah mazhab Asy’ari. Mendukung pendapatnyadan beriltizam dengan mazhab serta uslubnya. Beliaubegitu meluas dalam penggunaan mukaddimah aqliah,antara karyanya yang masyhur ialah al-Tamhid fi al-Radd ala al-Mulahidah wa al-Mu’attilah wa al-Rafidhahwa al-Khawarij wa al-Mu’tazilah, al-Bayan, Manaqibal-Aimmah fi Naqd al-Mata’in ala Salafi al-Ummah,al-Intisaf, Kasyfu al-Asrar fi al-Radd ala Batiniahdan juga al-Ibanah an Ibtali Mazhabi Ahli al-Kufri waal-Diyanah.ii.iii.Ibn Furak, iaitu Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan(406H), sasterawan, ahli kalam, ahli usul yang bermazhabSyafie menghimpunkan Ahli Sunnah di kawasan al-Rayydan Naisabur. Beliau menghasilkan hampir seratuskarya.Al-Isfiraini, iaitu Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad(418H), seorang yang faqih, ahli usul dan ahli kalam.Beliau mempunyai madrasah di Naisabur. Al-Baqillani, IbnFurak dan al-Isfiraini hidup sezaman dari kalangan ashabAsy’ari. Al-Sahib bin Abbad berkata berkenaan mereka:“al-Baqillani adalah laut yang melimpah, Ibn Furak pulaadalah seperti emas yang ditempa, manakala al-Isfirainipula dianggap sebagai api yang membakar.”Lihat Tabyin Kazib al-Muftari (hlm. 244).3. Pada kurun ke-5 H, terkenal dengan zaman ramainya ulama dikalangan pengikut mazhab al-Asy’ari. Antara mereka ialah:i. Abdul Qahir bin Tahir al-Baghdadi (429H). Beliaumempunyai beberapa buah kitab, antaranya berkaitanusuluddin dan al-Farqu Baina al-Firaq.36

ii.iii.iv.Muhammad bin Ahmad bin Ahmad Abu Ja’far al-Samnanial-Hanafi.Al-Qadi al-Baghdadi (444H) yang bermazhab Hanafidalam fiqh dan mengikut akidah pada usul mazhabAsy’ari.Ahmad bin al-Husin Abu Bakar al-Baihaqi (458H). Beliaumerupakan seorang hafiz, muhaddis, ahli feqah dan ahliusul.v. Ahmad bin Thabit al-Khatib al-Baghdadi (463H).Antara yang masyhur dalam kumpulan ini ialah dua orangiaitu:• Imam al-Haramain Abu al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullahal-Juwaini (478H), seorang yang faqih, ahli usul danahli kalam. Beliau menghasilkan banyak karya dalamusuluddin dan akidah, antaranya al-Syamil fi Usulial-Din, al-Irsyad ila Qawati’e al-Adillah fi Usuli al-I’tiqad,Luma’ al-Adillah fi Qawati’e Aqa’idi Ahli al-Sunnah.Imam al-Juwaini sezaman dengan Imam Ahli al-Sunnahdan mazhab Asy’ari di kota Naisabur, iaitu Abu al-QasimAbdul Karim bin Hawazin al-Qusyairi (465H). Beliauadalah pengarang kitab al-Risalah al-Qusyairiah danulama yang lain ialah al-Syeikh Abi Ali al-Daqqaq.• Imam al-Ghazali iaitu Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammadbin Muhammad (505H) yang meringankan sedikit manhajal-Baqillani yang nampak ketara taksub penggunaanmukaddimah aqliah. Beliau menolak fahaman ahlifalsafah. Antara kitabnya yang masyhur ialah Tahafutal-Falasifah, al-Munqiz min al-Dhalal dan Ihya’ Ulumal-Din. Di kota Maghrib pada kurun yang ke-5H, antaraulama yang terkenal ialah Abu al-Walid al-Baji, Ibn Abdal-Bar al-Hafiz dan Qadi Iyadh bin Muhammad al-Yahsubidan lain-lain.37

4. Lahir pada kurun ke-6 H, ramai tokoh besar di kalangan ulamaAsy’ari, antara mereka ialah:• Muhammad bin Tumart (525H) murid kepada Imamal-Ghazali dan pengasas Daulah al-Muwahhidin.• Abu Bakar Muhammad bin Abdullah yang lebih terkenaldengan gelaran Ibn al-Arabi al-Maliki (543H) seorangyang faqih dan ahli tafsir. Antara karya beliau ialahal-Awasim min al-Qawasim dan al-Tawassut fi Ma’rifatiSihhati al-I’tiqad.• Abu al-Fatah Muhammad bin Abdul Karim al-Syahrastani(548H) antara karya beliau ialah al-Musara’ah yangmenolak pendapat Ibn Sina dalam mendukung falsafahYunani, Nihayah al-Aqdam fi Ilmi al-Qalam, al-Irsyadila Aqaidi al-‘Ibad dan al-Milal wa al-Nihal.• Abu al-Qasim Ali bin al-Hasan yang lebih dikenali dengangelaran Ibn Asakir al-Dimasyqi (571H).• Antara ulama yang paling masyhur pada kurun yangke-6 H ialah Fakhruddin al-Razi (656H).Beliau merupakan seorang ahli tafsir, ahli feqah, ahli usul danahli kalam. Beliau juga banyak menghasilkan karya bermututinggi.5. Pada kurun ke-7 H, mazhab Asy’ari telah dikembangkan olehramai tokoh. Antara tokoh yang masyhur ialah:• Saifuddin al-Amidi (631H).• Syeikh al-Islam al-Iz bin Abdul Salam (660H).• Syeikh Abu Amar bin al-Hajib al-Maliki (641H).• Syeikh al-Islam Izuddin al-Khusairi al-Hanafi daripadaBukhara.• Al-Qadi al-Baidawi (685H). Antara karyanya ialah Tawali’al-Anwar yang telah kami nyatakan.38

6. Daripada tokoh ulama Asya’irah pada kurun ke-8H pulaialah:• Syeikh al-Islam Ibn Daqiq al-‘Id.• Taqiyuddin al-Subki.• Syeikh Safiyuddin al-Hindi.• Syeikh Jamaluddin al-Zamlakani.• Qadhi al-Qudah Syamsuddin al-Saruji al-Hanafi.• Al-Qadhi ‘Adudu al-Din al-Iji al-Syirazi (756H). Antarakaryanya ialah: al-‘Aqaid al-Adudiah dan al-Mawaqif.Beliau hidup sezaman dengan al-Sayid al-Syarif al-Jurjani.Seorang yang faqih bermazhab Hanafi dan menguasaiilmu-ilmu aqli. Beliau panjang usianya dan meninggaldunia pada kurun ke-9 (816H).Lihat terjemahan secara ringkas tokoh-tokoh mereka dan mengenali kitab-kitabmereka dalam kitab Marji’ al-Ulum Islamiah.KEsiMPulaNNatijah daripada kesungguhan para ulama terdahulu, maka kekallahsemua prinsip mazhab Asya’irah dalam akidah umat Islam di kalanganAhli Sunnah wa al-Jamaah. Begitu juga ia menjadi sebati denganpemikiran mereka dan pendapat dalam kitab tauhid, ilmu kalam sertaakidah Islamiah. Para ulama tidak mengira nisbah mereka kepadaAsy’ari atau mengkhususkan mazhabnya dengan buku-buku danpengajaran.Hal ini melenyapkan segala pertelingkahan mazhab pada perkaraini secara khusus dengan pengecualian yang cuba disebarkan olehsebahagian salafiah dari sejumlah fikiran ahli kalam yang qadim, danperselisihan yang bersejarah serta lafaz istilahi. Begitulah mazhabAsya’irah melaksanakan tanggungjawabnya dalam mensabitkan akidahyang sahih di kalangan orang Islam, menerangkan kefahaman sertamakna-makna yang muhkamah pada semua permasalahan khilafiah.39

Mereka berdiri menghadapi musuh Islam yang menyeleweng, membatalkanhujah mereka dan mendedahkan segala tipu muslihat berkenaansyubhah yang mereka lontarkan.Dengan sebab itulah kukuhnya akidah di sisi umat Islam yangsudah sebati dengan kitab mereka, warisan dan kehidupan serta hatimereka selepas mereka melaksanakan tanggungjawab yang terpikulpada leher mereka berdasarkan fasa-fasa sejarah yang terdahulu.Untuk terus menjadikan akidah orang Islam selamat dan sahihbersih dan suci serta bercahaya dan bergemerlapan bersama syariatdan hukum-hukum. Begitu juga dengan sumber-sumber Islam yangasas dan rukun-rukun yang utama, semuanya adalah dengan kurniaanAllah. Benarlah firman-Nya:Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, danKamilah yang memelihara dan menjaganya.(Surah al-Hijr: 9)Kami berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepadakami jalan yang benar, memelihara dan menjaga akidah kami sertamengkhatimahkan kami dengan sebaiknya apabila meninggal duniadengan syahadatain. Dan segala puji bagi Allah Rabb al-Alamin.40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!