13.07.2015 Views

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN AIR NEGERI SABAHPROGRAM PENGURANGAN AIR TAK BERHASILMELALUI PROJEK PENGGANTIAN PAIP22. LATAR BELAKANG22.1 Jabatan Air di Negeri Sabah menghadapi masalah kehilangan air tak berhasil atauNon Revenue Water (NRW) setiap tahun. Kadar purata kehilangan air adalah sebanyak68.2% bagi tempoh tahun 2000 hingga 2004. Faktor utama yang mengakibatkan NRWadalah kebocoran paip lama jenis Asbestos Cement, High Density Polyethylene danUnplasticised Polyvinyl Chloride yang dianggarkan berusia lebih 20 tahun. NRW ini jugadisebabkan oleh kecurian air. Oleh itu, Jabatan Air Negeri Sabah telah berusaha untukmengurangkan NRW melalui Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Berhasil(NRW) yang mula dilaksanakan pada tahun 1996.22.2 NRW adalah jumlah air yang telah dirawat dan disalurkan di dalam paip tetapi telahhilang dan tidak mendatangkan hasil kepada Jabatan Air. NRW terbahagi kepada dua iaitukehilangan fizikal dan kehilangan komersil. Kehilangan fizikal adalah disebabkan olehkebocoran sementara kehilangan komersil antaranya disebabkan oleh meter perlahan,salah bacaan meter, kecurian dan air yang dibenarkan percuma. Mengikut Malaysia WaterIndustry Guide 2004, peratus NRW di peringkat Kebangsaan pada tahun 2002 adalah40.6% dan tahap peratus NRW yang boleh diterima adalah 25%.22.3 Tujuan projek penggantian paip adalah untuk mengurangkan NRW. Projek inimerupakan salah satu daripada komponen utama Program NRW yang mengandungi 9komponen kerja projek. Komponen kerja projek ini terdiri daripadamengganti/membaikpulih/menyelenggara saluran paip termasuk lengkapan, stesen pampenggalak dan takungan khidmat, memperluaskan liputan Sistem Pengawalan KobocoranAir Secara Aktif, mengadakan sistem pengurusan tekanan air yang efektif, mewujudkanatau menaik taraf Sistem Maklumat Geografi atau Geographical Information System (GIS),menaik taraf sistem pangkalan data bil, meneruskan Program Pengurangan KehilanganKomersil, mengganti/mengurus/menyelenggara meter air termasuk paip penghubung,mengawal kecurian air dan pemindahan teknologi serta sumber manusia kepada JabatanAir.22.4 Program NRW ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8)dengan kos berjumlah RM127 juta yang dibiayai melalui pakej pinjaman KerajaanPersekutuan. Sebahagian besar daripada kos program yang diluluskan tersebut adalahuntuk projek penggantian paip. Di bawah program ini, Jabatan Air merancang untukmenjalankan 10 projek penggantian paip iaitu melibatkan Daerah Kota Belud, Sipitang,Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Ranau dan Kudat.135

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!