13.07.2015 Views

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

) Pelupusan Tanah BandarPelupusan tanah bandar dibuat melalui proses pelelongan atau mendapatkelulusan khas daripada Ketua Menteri selaras dengan Seksyen 55 OrdinanTanah. Sebelum pelelongan dilaksanakan, notis pelelongan akan disediakan olehPengarah Jabatan Tanah Dan Ukur dan proses pelelongan dikendalikan olehPenolong Pemungut Hasil Tanah atau pegawai lain yang diberikuasa secarabertulis olehnya di daerah berkenaan. Harga rizab yang ditetapkan oleh PengarahJabatan Tanah Dan Ukur mestilah diberitahu kepada pemohon sebelum prosespelelongan dimulakan pada tarikh yang dinyatakan dalam Notis Jualan/Lelongan.Penolong Pemungut Hasil Tanah hendaklah mendaftar semua pembida yangberminat sebelum pelelongan dimulakan. Jika pembeli bertindak sebagai wakilorang lain, nama yang diwakilinya mestilah diberitahu. Pelelong hendaklahmengumumkan dengan jelas nama pembeli yang berjaya berdasarkan bidaan yangtertinggi. Pembeli dikehendaki menandatangani di Buku Jualan Lelong di manasemua butiran tanah yang ditawarkan direkodkan dalam buku tersebut. Sekiranyatidak ada bidaan dibuat atau lot ditarikbalik dari dilelong, fakta tersebut perludinyatakan dalam Buku Jualan Lelong. Penolong Pemungut Hasil Tanah akanmemastikan pembayaran dibuat menurut terma Notis Pelelongan. Pembelian akandibatalkan sekiranya pembeli gagal membuat pembayaran. Keputusan pelelonganhendaklah dilaporkan kepada Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur bagipengeluaran surat tawaran hak milik untuk dikemukakan kepada Setiausaha HasilBumi dan seterusnya kelulusan daripada Ketua Menteri.15.1.5 Kaedah Pemberimilikan TanahTerdapat dua kaedah pemberimilikan tanah iaitu secara dirancang dan tidak dirancang.Kaedah pemberimilikan yang tidak dirancang adalah pemohon mengenalpasti kawasandan seterusnya mengemukakan permohonan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanahdi daerah berkenaan.Bagi kaedah pemberimilikan secara dirancang, Jabatan Tanah Dan Ukur akanmengenalpasti kawasan yang hendak dibangunkan dan seterusnya menyemakpermohonan yang telah dikemukakan oleh pemohon terhadap kawasan berkenaan danmembuat tawaran kepada pemohon tersebut.15.1.6 SasaranJabatan ada menyediakan sasaran terhadap urusan pemberimilikan tanah iaitu jumlahpermohonan yang diproses dan premium dari jualan tanah. Pada tahun 2003, Jabatanmerancang untuk memproses 40,000 permohonan pemberimilikan tanah. Jumlah yangsama juga disasarkan bagi tahun 2004 dan 2005. Matlamat sasaran yang ditetapkanadalah bagi membolehkan pihak pengurusan membuat tindakan awal dan pemantauanberterusan dalam usaha mempercepatkan pemprosesan permohonan dan mengenalpasti bebanan kerja.86

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!